CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

ARTIKEL ARTIS KPOP DI MAG/PAPER MALAYSIA

[Copy link]
Post time 26-4-2011 08:14 AM | Show all posts
menat jastin beber..ada potensi nak bunuh diri tak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 11:34 AM | Show all posts
x tau ler apa kena gan Berita Harian ni....
asyik buat kesilapan aje....

link online : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuasaK-Pop/Article

Kuasa K-Pop
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
2011/04/23   

  • GAMBAR atas, Big Bang dan 2PM.




Artis Korea langkau sempadan bersama muzik popular

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, demam muzik popular Korea atau K-Pop di kalangan penggemar muzik di Asia semakin menjadi-jadi. Bahkan ia bagaikan sudah berbudaya di kalangan generasi muda hari ini. Negara kita tidak terlepas daripada terkena tempias pengaruh muzik artis solo mahupun berkumpulan dari Korea Selatan.

Ditambah dengan kewujudan media baru, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua ini, bahkan sebahagian bakat dari negara berkenaan sudah pun melangkah lebih jauh hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah. Rain dan Wonder Girls, umpamanya, sudah memahat nama mereka di persada seni Amerika.

Semuanya dikatakan bermula kira-kira 20 tahun lalu, dengan penubuhan kumpulan Seo Tai-ji & Boys pada 1992. Kewujudan mereka mengubah landskap muzik negara itu. Dengan mengetengahkan konsep rap rock dan tekno, kumpulan berkenaan mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik Korea ketika itu.

Dua dekad kemudian, pelbagai nama dan bentuk muzik menghiasi dunia muzik negara terbabit. Semuanya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dek fenomena yang sememangnya banyak mendatangkan laba buat artis dan syarikat yang menaungi mereka. Kumpulan Big Bang, sebagai contoh, dilaporkan mampu memungut sekitar RM50 juta pada 2007.

Maka tidak hairanlah apabila syarikat besar seperti S.M. Entertainment, YG Entertainment, DSP Entertainment dan JYP Entertainment sanggup berbelanja besar untuk merekrut, melatih, seterusnya memasarkan produk menguntungkan ini.

Difahamkan, paling kurang syarikat terbabit mengambil masa selama dua tahun untuk mencipta seseorang bintang atau sesebuah kumpulan, bagi memastikan nama mereka benar-benar melekat di hati peminat sebaik saja single atau album mereka dipasarkan.
Walaupun impak K-Pop kuat dirasa di negara seperti Jepun, Thailand, Malaysia dan Singapura, pengaruhnya dikatakan turut dilihat sehingga ke Australia. Bahkan negara Afrika Utara dan Asia Barat tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya.

Tiga tahun lalu, kumpulan Wonder Girls muncul artis Korea pertama yang berjaya menempatkan diri dalam carta 100 Lagu terhangat Billboard di Amerika Syarikat menerusi single Nobody. Pada tahun lalu, artis solo, Taeyang dan sebuah lagi kumpulan yang dianggotai penyanyi perempuan, 2NE1, turut tersenarai dalam pelbagai carta di negara itu dan Kanada.

Pada tahun ini pula, album kumpulan Big Bang berjudul Tonight menjadi album K-Pop pertama yang menembusi kedudukan 10 terbaik dalam carta iTunes dan muncul satu-satunya album bukan Inggeris dalam senarai Top 100.

Dalam usaha mereka mengetengahkan lagi bakat dari negara terbabit, syarikat yang menaungi artis Korea ini menggunakan pendekatan kerjasama bersama artis luar. Di Amerika Syarikat umpamanya, artis Korea menyertai siri jelajah dengan beberapa kumpulan muzik terkemuka seperti Jonas Brothers, serta mengadakan kolaborasi bersama penerbit unggul termasuk will.i.am, Rodney Jerkins dan Kanye West.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 07:05 PM | Show all posts
harian metro nyer artikel semalam...
Super Junior beraksi di Vietnam

SELEPAS singgah di beberapa negara Asia termasuk di Manila, Bangkok dan Malaysia, pada 7 Mei ini, kumpulan K- Pop paling popular di Korea, Super Junior atau lebih popular dengan nama Suju akan meneruskan konsert jelajah Asia, Super Show 3 - Super Junior The Third Asia Tour di Vietnam.

Ia adalah konsert jelajah paling yang diadakan kumpulan ini bagi peminat mereka di rantau Asia. Konsert anjuran Viet Vision dan diuruskan Marctensia itu akan berlangsung di Go Dau Stadium.


Super Junior adalah kumpulan boy band paling terbesar di dunia pop dianggotai 13 pemuda yang diketuai Leeteuk bersama rakannya - Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun.

Mengimbau kembali sejarah kumpulan ini, Super Junior ditubuhkan pada September 2005. Mereka berjaya menghasilkan 19 album termasuk album baru, Sorry Sorry yang mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai peminat di seluruh dunia.



Mereka juga dikenali menerusi pecahan beberapa kumpulan mereka seperti Super Junior KRY, Super Junior M dan Super Junior Happy yang menampilkan pelbagai bahasa termasuk Jepun dan Mandarin dengan penampilan genre muzik berbeza.


Selain menerima anugerah Album Terbaik dan Kumpulan Paling Popular di tanah air sendiri, pencapaian mereka dihargai pelbagai anugerah antarabangsa seperti MTV Asia Awards dan Anugerah Muzik Hiburan CCTV 2008.

Kepada peminat mereka di sini yang ingin menyaksikan konsert mereka di Vietnam, boleh mendapatkan tiket berharga RM511.50 (berdiri bebas), RM449.50, RM279.00 dan RM204.60 (tempat duduk bernombor) dengan menghubungi hotline tiket ejen tempatan Ticket Charge atau layari laman sesawang http://supershow3vn.ticketcharge.com.my.



cr:hmetro online


*cuba tengok n baca kat petikan yg riza boldkan tuh......album sorry sorry??bukankah album baru dorg bonamana ??dah nak masuk album yg lg baru dh pun....
depa ni copy paste  petikan lama kaa???
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 09:46 PM | Show all posts
kat UTUSAN MESIA dlm ruangan S3 tarikh arini tak taulah kalo wartawan tu tak wt homework dulu ker or ape. dlm ruangan KAMI MINAT K-POP budak yg di interview tu ckp dia minat K-POP pd taun 2006 slps menyaksikan persembahan grup 2NE1. bukan ke 2NE1 tu debut taun 2009.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:23 AM | Show all posts
huhuhu macam2....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:15 AM | Show all posts
kat UTUSAN MESIA dlm ruangan S3 tarikh arini tak taulah kalo wartawan tu tak wt homework dulu ker or ...
langit_biru18 Post at 7-5-2011 21:46


ahahah taw takpe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2011 04:46 PM | Show all posts
harian metro nyer artikel semalam...
Super Junior beraksi di Vietnam
SELEPAS singgah di beberapa n ...
elizawoonnie Post at 7-5-2011 19:05



    huh... sebab tu lah aku tak suke bace metro...
berita ntah hape hape... :@
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:56 AM | Show all posts
good article...

dari Bpop berita harian...



gmbar cdt to sultanmuzaffar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 02:08 PM | Show all posts
good article...

dari Bpop berita harian...

gmbar cdt to sultanmuzaffar...
airwickss Post at 3-7-2011 11:56


ehemm..emel dlm artikel tersebut diantar oleh peminat mati keras (hard core baybehh!!!!!!) BIG BANG okeh..Cayalah Ana Luv Sushi!! Gud job onni!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:43 PM | Show all posts
tu dia luvsushi da tunjuk taring go2 sisushi!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:10 PM | Show all posts
good article...

dari Bpop berita harian...



gmbar cdt to sultanmuzaffar...
airwickss Post at 3-7-2011 11:56



    bpop dan kpop... hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:09 AM | Show all posts
good article...

dari Bpop berita harian...



gmbar cdt to sultanmuzaffar...
airwickss Post at 3-7-2011 11:56



isk..isk..airwicks, kumbawo!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by luvsushi at 4-7-2011 10:30

Reply 22# airwickss


the article is quite ok, tapi part gamba tu ada gak flaw nye... SuJu dah transformed jadik 2pm. wow, impressed! kehkehkeh....
rasanya kan...wartawan hiburan kita kalo nak buat write-up pasal k-pop, chief editor takleh pakai arah je soh wartawan tu tulis. diorang kena hire part-time writer atau spy2 k-pop yg boleh membantu bagi informasi terkini and reliable. kalo tak, mmg sah2 majalah hiburan kita jadik majalah picisan yang memang terang lagi bersuluh, tak berkualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply  airwickss


the article is quite ok, tapi part gamba tu ada gak flaw nye... SuJu dah tran ...
luvsushi Post at 4-7-2011 10:24


Hire jer part time witer dari board ALM nih yg rata2 hard core fans Kpop!! Baru la infonya tepat, dan gambor retis2 nye takde main tepek ajer khenn..Yeah...i sokong luvsushi!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:40 PM | Show all posts
tu laaaaaaaa.... smlm ada baca artikel neh... tgk ana luvsushi.... tahniah ana... gud job... ms baca, wahhhh!!!! bagus btol bdk Ana...
diaorang ni tau nk cari salah org je... bkan nak perbaiki diri sendiri ... kalo dh kene komplen tu cuba la selidik ape kekurangan diri sendiri.. ni sket2 nk melenting...
industri hiburan tanahair kita ni kecik je.. toksoh la nk salahkan org lain...
pastu tulis la mcm2 keburukan kpop... mencikkkkk taw

once again, congrats ana n seme fanz KPOP esp dari CARIanz
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 02:34 PM | Show all posts
tu laaaaaaaa.... smlm ada baca artikel neh... tgk ana luvsushi.... tahniah ana... gud job... ms baca ...
nzhass79 Post at 4-7-2011 12:40



mak aih... takde le ape sgt pun kak zue. sekadar mengomel, meluahkan apa yg terbuku di hati. tak sangka lak zulhusni nak publish. apa pun, i'm glad korang suka and i really, really appreciate it
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 03:17 PM | Show all posts
Reply 56# luvsushi

Ini kalau oppa TOP baca ni sure dia bangga dgn u sushi..wah! reti ke baca tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:43 PM | Show all posts
Reply  luvsushi

Ini kalau oppa TOP baca ni sure dia bangga dgn u sushi..wah! reti ke baca tuh??; ...
stanum123 Post at 4-7-2011 15:17




oopppsss....TOP oppa? kita kena balik mansion nih bebaik...kang kena cantas ngan mod
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 08:40 AM | Show all posts
isk..isk..airwicks, kumbawo!
luvsushi Post at 4-7-2011 10:09



    ai tlg tepek jer..
gambo tu org lain punya....

ooo...diorg guna salah gambo rupanya...
mintak2 la ada sesiapa yg rajin..
leh tepk full article..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 08:14 AM | Show all posts

TEMPORARY:Pop Korea 'takluk' remaja Malaysia~KOSMO ONLINE~






SEJAK awal petang, ratusan anak muda tidak henti-henti memasuki sebuah dewan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Tepat jam 8.30 malam, alunan muzik rancak mula bergema di seluruh dewan. Aliran muzik yang dikenali sebagai Korea Pop atau K-Pop menyebabkan isi dewan bagaikan hidup.
Ratusan anak remaja tadi mula bertepuk tangan dan menjerit nama anggota dalam kumpulan Bing Bang VIP (BBVIP) yang menjadi kesayangan mereka.
Bahkan, walaupun tidak memahami bahasa Korea, hampir kebanyakan peminat fanatik kumpulan K-Pop itu boleh mendendangkan bersama lagu-lagu yang diperdengarkan.
Namun, peliknya 'konsert' pada malam itu, kelibat anggota BBVIP iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri tidak pula kelihatan di atas pentas.
Berbeza daripada konsert biasa, rupa-rupanya 'konsert istimewa' itu merupakan tayangan di skrin putih konsert terbaharu kumpulan berkenaan di Korea.
"Ketika tayangan berlangsung, kami bayangkan suasana ketika itu seperti menghadiri konsert sebenar. Kami akan menyanyi, menjerit, bersorak dan menangis bersama-sama. Tapi setiap tayangan dikenakan bayaran. Bagaimanapun bayaran tersebut akan disumbangkan ke pusat kebajikan yang terpilih," kata Zaty Aziz, 25, salah seorang peminat fanatik kumpulan berkenaan.


Jika anda tertanya, mengapa atau bagaimana sebuah konsert yang hanya memaparkan kumpulan K-Pop di layar skrin putih boleh mengumpulkan ratusan penonton, jawapannya adalah obsesi anak muda terhadap aliran muzik itu telah mewujudkan sebuah jaringan dipanggil komuniti K-Pop.


Komuniti K-Pop di Malaysia sebenarnya mengumpulkan puluhan ribu peminat yang digerakkan terutamanya menerusi medium jaringan sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.
Peminat fanatik itu biasanya dipecahkan mengikut kumpulan yang digemari.
Bagaimanapun, kebiasaannya peminat K-Pop di Malaysia tetap saling mengenali kerana saling berhubungan di internet atau menghadiri aktiviti yang dianjurkan seperti tayangan konsert atau jualan.
Zaty contohnya merupakan moderator kelab peminat kumpulan BBVIP dan 2NE1.
"Bak kata orang dari mata jatuh ke hati. Genre muzik dan gaya penampilan yang dimainkan kumpulan BBVIP sedap didengar dan berbeza daripada muzik yang biasa terdapat di negara ini," katanya yang pernah ke Korea untuk menonton persembahan konsert BBVIP itu.
READ FULL ARTICLE HERE



saje letak sini... rs nya ramai yg perasan ada beberapa kawan kita kat sini yg ada dlm gambar...
bangga ngan depa semua nih....
korang mmg terbaik laaaaaaaaa.....


Dari cafe ke laman sosial

Mengimbau kembali mekarnya komuniti K-Pop, seorang lagi peminat tegar aliran muzik itu, Iza Yanti Muhammad, 27, memberitahu, komuniti K-Pop secara umumnya mula hangat diperkatakan dari kedai-kedai kopi sehingga ke laman web sosial sejak tahun 2008.

Sebelum itu, peminat K-Pop hanya bergerak secara individu dan dalam kumpulan kecil, namun sejak tahun 2009 ditambah pula dengan kehadiran laman sosial Facebook, Twitter dan Tagged ia memeriahkan lagi fenomena K-Pop di negara ini.

"Dengan kewujudan media baharu, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua sehingga sebahagian bakat dari negara berkenaan sudah melangkah lebih jauh hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah," ujarnya.

Seperti penyanyi Rain dan Wonder Girls yang sudah mula memahat nama mereka di persada seni muzik Amerika Syarikat.

"Di Malaysia, semuanya bermula ketika artis berkumpulan Super Junior yang mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single terbaik mereka Sorry, Sorry pada tahun 2009. Bahkan, mereka sudah mengadakan konsert pertama mereka di sini.

"Selain itu ditambah pula dengan penubuhan kelab peminat mereka yang diberi nama ELF atau Ever Lasting Friends, maka kemuncak kegilaan K-Pop mula membuak-buak," katanya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara peminat K-Pop di Malaysia dan di Korea.

"Di Korea, kebanyakan ahli kelab peminatnya adalah peminat tegar seseorang artis solo atau berkumpulan, malah mereka tidak bergaul dengan peminat artis lain. Peminat tegar K-Pop Korea bersifat mempertahankan artis pujaan mereka sehingga kadang-kadang mencetuskan pergaduhan.

"Namun, sebaliknya berlaku di negara ini. Majoriti peminat muzik K-Pop meminati lebih daripada satu artis. Pendek kata kami meminati muzik mereka dan konsep persembahan yang dibawa artis tersebut," kata Iza lagi.


all credits to kosmo..
nk try mintak gambar lg kat diaorg laaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.376366 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list