View: 4088|Reply: 42
|
Ada Yang Kena Cerai Dan Menumpang Rumah Anak Sebab Rugi Beli Saham
[Copy link]
|
|
Ada dalam kalangan pembeli Saham Tebus Islam (Islamic Redeemable Share-PRS-i) mendakwa menumpang rumah anak dek kerugian.
Malah, ada juga antara mereka yang mahu cepat kaya itu bercerai kerana duit hagus begitu sahaja.
Semalam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerima 330 aduan membabitkan kerugian lebih RM100 juta berhubung dakwaan rugi akibat membeli saham PRS-i.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, aduan itu dibuat ke atas sebuah syarikat yang didakwa tersenarai di Bursa Malaysia dipercayai wujud sejak tahun 2021.
Menurut beliau, pihak beliau percaya setakat ini kira-kira 700 individu di seluruh negara rugi akibat memberi saham daripada skim PRS-i.
“Seramai 330 individu tampil kepada kita sejak dua minggu lalu bagi membuat aduan dengan kerugian dianggarkan RM100 juta dan daripada jumlah itu, 150 individu sudah membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui bersama kira-kira 100 mangsa di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, mangsa mendakwa mereka tertarik dengan tawaran RPS-i apabila dijanjikan dengan pulangan dividen sehingga 18 peratus setahun atau 1.8 peratus setiap bulan kepada setiap ‘subscriber’ yang membeli RPS-I.
“Masalah mulai timbul apabila mangsa kata mereka tidak lagi menerima bayaran dividen bermula pada Mei tahun lalu.
“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mangsa kemudian dimaklumkan bahawa syarikat itu akan membuat ‘early redemption’ (penebusan awal) ke atas RPS-i yang dibeli oleh mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa-mangsa turut mendakwa syarikat itu menyalahgunakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang kononnya memberi kelulusan untuk melaksanakan pelaburan selamat.
“Ia menyebabkan mangsa terpedaya bahawa syarikat itu dikawal selia oleh SC. Malah, syarikat tersebut mendakwa pelaburan yang dibuat adalah patuh syariah dan tersenarai di Bursa Malaysia.
“Syarikat ini juga didakwa menggunakan nama ikon pelaburan ternama bagi ‘memancing’ mangsa supaya menyertai pelaburan berkenaan,” katanya.
Malah, katanya, terdapat mangsa yang tampil memaklumkan dirinya diceraikan kerana simpanan habis akibat pelaburan tersebut.
“Malah, ada mangsa berusia 60 tahun yang sepatutnya menikmati hasil pelaburan terpaksa menumpang rumah anak kerana wang simpanan habis digunakan untuk melabur.
“Justeru, kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat ke atas syarikat pelaburan yang menyebabkan mereka terpedaya dan rugi,” katanya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Patuh syariah la sgt
 |
|
|
|
|
|
|
|
taruk nama isele je terus buang duit situ.
fail.
belajar la sikit asas pelaburan which is: pulangan tu berpaksikan business activity.
pulangan bukan sbb produk. |
|
|
|
|
|
|
|
Company apa ni..awat tak nk reveal je...kan susah je org yg baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tatau pun kewujudan co ni |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 4-3-2023 07:19 PM
Tatau pun kewujudan co ni
Sebab agen cari mangsa yang semekin berangan nak kayo..depa tak target geng t20.. |
|
|
|
|
|
|
|
PRS-i ??? Tak penah dengar pong....masuk bursa halimunan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah dengar pun nama company ni. Yang ko gatai main labur je dah kenapa dekkkk... Buat penat jah ASB semua tu wujud kat dunia ni, hujung2 ko labur kat tempat macamni. |
|
|
|
|
|
|
|
Percaya la sangat.. org jual baju raya kat IG pun ramai kena tipu inikan duit berkepok beribu skali masyukkkk!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-3-2023 08:48 PM
Tak pernah dengar pun nama company ni. Yang ko gatai main labur je dah kenapa dekkkk... Buat penat j ...
Jenis semai nak suh bulan depan terus berbuah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul la, company yg kt rawang ni. Syariah compliance.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelaburan ni benchmark dia ASB dgn KWSP je..tak pun FD...bank besar gajah pun x mampu bagi interest tinggi..18% mana datangnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ade lg ek skim yg bagi pulangan fix ni
Sampai 18%
Dpd dia bg korang labur, baik dia bagibsuku sakat dia labur, buat loan jer...
Untung sampai 18%. Interest baru brp je kalu loan
Da 2023 masih ada yg terpedaya
Dulu2 MO labur camni jugak
Bagi org labur byk2
Pastu sendri lingkupkn lepas dah untung juta2
Terus akaun kena freeze
Naik court. Tp pemangsa aman2 jah wp reta kena freezez
Huhu,
Pernah ditipu 10k dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Simple je.. nak tau benda tu pelaburan betul ke tak.. kalau dah level paling pemalas... You just ambil benchmark FD ajelah. Or ASB/ EPF. Kalau semua ni tak mampu bagi dividend mencanak macam yang offered by the so-called syarikat pelaburan ni, tak perlulah melebur duit anda...  |
|
|
|
|
|
|
|
bebal tak nak dengar kata. bodo tak mau kaji. bini kata jangan tapi degil. da tua masih tamak. nyusahkan orang lain. tambah hutang sana sini konon buat modal, next month bayar full semula.
ei buang masa fight untuk orang tamak pemalas ni weh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cari kat Bursa, produk yg ada nama Islamic redeemable share ni dari SP Setia.... Ada yg lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk Afyan tulis produk ni legit, tp biasalah sbb jaminan pulangan tu buatkan org x pikir rugi.... High return high risk lah, benda simple |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah ini produk Qew group? |
|
|
|
|
|
|
| |
|