CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angketam

[UMUM] wrung pokok cherry....

[Copy link]
 Author| Post time 14-12-2010 12:14 AM | Show all posts



To discover the health benefits of ginger for yourself, simply make
a tea by steeping about 5 slices of ginger in hot water.

If you prefer it in your food,


Ginger is excellent in many dishes and
is perfect when combined with garlic.




Ginger doesn't only spice up your food it can also help to put
some extra spice in your intimate life too.  It improves blood flow
to your sexual organs, and contains Vitamin C, zinc and magnesium.



Hope it will be of benefits to you & others.

Wishing you all a happy healthy life.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2010 03:58 PM | Show all posts
teruskan lagi usaha, gigih bro!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2010 09:07 AM | Show all posts
teruskan lagi usaha, gigih bro!
lizaliza Post at 26-12-2010 15:58



    kamsia kamsia.. buat masa nie ilham belum mari lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 09:06 AM | Show all posts
Cerita-cerita pelik di tahun 2010
Kanak-kanak perempuan kembar di England mendapat adik kembar mereka yang ketika selepas 11 tahun!
Suami isteri, Adrian dan Lisa Gembala memutuskan untuk menjalani persenyawaan embrio di Klinik Fertilitas Midland kerana Lisa mengalami masalah kesuburan . Doktor yang memperolehi 24 telur dari wanita tersebut , 14 di antaranya berjaya disenyawakan. Dua daripada mereka embrio kemudian ditanam dalam Lisa, yang kemudiannya melahirkan kembar Megan dan Betania pada tahun 1999.


Lagi 12 embrio tersebut disimpan di klinik tersebut. Selepas 10 tahun, mereka kembali ke klinik, di mana doktor yang menanam embrio ketiga ke dalam Lisa yang daripada embrio yang dihasilkan pada hari yang sama dengan Megan dan Betania. Ryleigh lahir pada November 2010 , 11 tahun selepas kakaknya. Pakar mengatakan ini merupakan menjadi perbezaan usia terlama antara saudara kandung semasa rawatan kesuburan yang sama.

2. Ditembak dikepala tetapi hanya tahu selepas 5 tahun.
Seorang lelaki yang hidup di Jerman berjalan dan hidup normal selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala. Peluru caliber 0.22 ditemui ketika orang itu pergi ke doktor untuk membuat rawatan dari apa yang disangkanya ada tumor di kepalanya.
Yang dia ingat adalah bahawa ia telah menerima pukulan di kepala sekitar tengah malam di sebuah pesta Tahun Baru “pada tahun 2004, atau 2005″ tapi sudah lupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk.”

3. Marah remaja memakai seluar baggy.
Polis di Tennessee mengatakan seorang penjenayah, Kenneth Obligasi, 45 tahun menjadi sangat marah pada seluar baggy yang dipakai seorang remaja sehingga dia menembak remaja tersebut di punggungnya. Pada 25 September, Obligasi, yang didakwa dengan dua tuduhan penyerangan, dipercayai melepaskan beberapa tembakan kepada mangsa yang 17 tahun selepas mangsa menolak untuk menarik seluarnya melorot dan memanggil lelaki yang bersenjata itu gemuk.

4. Tentera Taliban melatih monyet.

Sebuah laporan dari China People Daily mengatakan bahawa Taliban sedang mencipta tentera mujahidin monyet. Cerita yang muncul pada bulan Julai 2010 di China People Daily , Taliban dikatakan mengajar “monyet bagaimana menggunakan Kalashnikov, senjata mesin Bren ringan dan mortar.”

5. Perempuan tergemuk di dunia
Terri Smith, 49, seorang wanita mempunyai berat 319 kilogram yang hanya tinggal di bilik tidur, tidak mampu bergerak, berdiri sendiri – mencipta rekod dunia baru sebagai wanita paling gemuk. Dia menderita sakit kepala parah dan memerlukan MRI scan untuk memeriksa , malangnya dia juga terlalu besar untuk masuk dalam scanner atau untuk melalui pintu-pintu hospital.
6. Bayi jatuh dari tingkat tujuh masih hidup.

Pada November 2010, di Paris seorang bayi yang sedang bermain-main dengan kakaknya terjatuh dari tingkap bangunan setinggi tujuh tingkat tetapi nyawa bayi tersebut masih panjang kerana jatuh di atas bumbung khemah sebuah cafe sebelum jatuh kedakapan seorang lelaki yang nampak kejadian tersebut dan berlari sambil menghulurkan tangan.

7. Anjing menelan berlian yang berharga $20,000
Seekor anjing yang bernama Sully menangkap berlian yang terjatuh seorang pengedar berlian sedang menjatuhkannya semasa menyeluk saku untuk di beri kepada pemilik kedai berlian Robert rosin di
Robert Bernard Jewelery Store.
Selera mahal Sully itu membuatkan pemilik kedai perhiasan menjadi panik. Panggilan kecemasan di buat kepada doktor haiwan dan doktor mencadangkan supaya tidak meninggalkan Sully dari pandangan mata mereka.
Pemilik itu mengatakan itu adalah pengalaman yang tidak menyenangkan, kerana dia harus mengikuti Sully sepanjang masa termasuk waktu membuang air.
Selepas tiga hari , Sully memuntahkan berlian tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 09:07 AM | Show all posts
Simptom Serangan Jantung

1. Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.


4. Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.

6. Mual atau tidak nafsu makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

7. Sakit di bahagian tubuh lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.

9. Sukar bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

10. Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.

11. Tubuh bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

12. Sangat lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 09:49 AM | Show all posts
Simptom Serangan Jantung

1. Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan a ...
angketam Post at 4-1-2011 09:07



    thanks...penting benda ni utk kita ambik tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2011 10:49 PM | Show all posts
Buat suami yang baru kupunya                                                                                                                                                       

Dapat artikel yang touching ni dari email dan biasanya saya akan search dulu untuk mengetahui sumbernya. Rupanya kisah ini ditulis  Sebagai renungan untuk suami dan bakal suami. Gaya penulisannya selamba tetapi menggunakan bahasa shortcut internet. Faham-faham jer la..

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..


Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur… Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.



sambung.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 10:50 PM | Show all posts
Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..



sambung lagi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2011 10:52 PM | Show all posts
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 05:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum warahmatullah,

Kebanyakan dari kita memang gemar bersikap negatif terhadap diri sendiri. Ada kemungkinan, ia disebabkan teguran dan kritikan yang diperolehi semasa kecil. Kalau dahulu ramai yang menganggap, pujian tidak wajar diterima, tetapi kini ahli-ahli psikologi menyedari akan perlunya pujian sebagai penggalak dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik.

[size=130%]Tanda-tanda kurang keyakinan diri :
  • Bercakap dalam keadaan berbisik, kalau menjerit pun tidaklah sekuat mana.
  • Bermain-main dengan hujung rambut atau tangan mengusik-usik barang kemas.
  • Duduk dalam keadaan lutut dirapatkan dan tangan menutup lutut.
  • Menaikkan bahu seolah-olah takut.
  • Bercakap dengan cepat atau terburu-buru sehingga orang lain langsung tidak faham.
  • Menyorokkan diri di sebalik buku atau surat khabar.
  • Kelihatan hidup di dunianya sendiri, kerana tidak memperdulikan orang lain.


[size=130%]Keyakinan diri bermula dari dalam diri anda sendiri

Bukan semua orang mempunyai daya keyakinan pada diri sendiri secara sepenuhnya. Jangan mudah berputus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperoleh keyakinan diri. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membina keyakinan diri dan seterusnya memperoleh kekuatan dalaman yang akhirnya memberi sinar kebahagiaan dalam kehidupan kita. Di antaranya :

[size=130%]1 – Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda

Pastikan ia sesuatu yang boleh anda peroleh seperti belajar memandu atu mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja.

[size=130%]2 – Luahkan perasaan takut anda

Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian.

[size=130%]3 – Belajar dari pakar

Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus Motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlamat tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

[size=130%]4 – Latih depan cermin

Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati wtak jika berlatih di depatn cermin sebelum berada di pentas atau sebelum menghadiri temu duga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.

[size=130%]5 – Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh

Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkenyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup. Ke semua mereka ini boleh dijadikan contoh untuk membina daya keyakinan diri kita.

[size=130%]6 – Mendapatkan ‘feedback’ atau tindak balas

Tiada siapa yang tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan ‘feedback’ mengenai perkembangan diri anda.

[size=130%]7 – Berfikiran positif

Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran secara positif dengan meyakinkan diri anda bahawa anda sebenarnya seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan ‘tidak’ dan katakan ‘boleh’. Lama-kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.

[size=130%]8 – Menghargai diri sendiri

Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu. Walaupun caranya bukan mudah, terutama apabila segala yang anda lakukan boleh menyebabkan orang lain berasa marah terhadap anda. Ingatlah, sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan berasa takut dengan orang lain. Ingatlah, ‘nobody’s perfect’. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Kita perlu kuat dalam hidup ini. Kita perlu hidup demi memberi kehidupan dan sinar kebahagiaan kepada orang-orang yang sangat kita cintai. Malam dan siang adalah permainan hari, sedangkan kebahagiaan dan penderitaan adalah permainan hidup.

Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya.... Renung-renungkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 05:33 PM | Show all posts
Dear ALL,
The ordinary toothpaste that we use at least twice daily should not be taken for granted. Read on.....


Toothpaste: it whitens, brightens, deodorizes, removes stains, and restores and protects enamel. But toothpaste's cleaning capabilities work wonders on many things besides our teeth. The same ingredients that help polish our pearly whites can also soothe some common ailments, make household items sparkle, and even get rid of stains and pungent smells.


Try out these sixteen tricks with a white, non-gel toothpaste (unless otherwise noted), and watch that cavity-fighting, breath-freshening tube of wonder work its magic.

1. Relieve irritation from bug bites, sores, and blisters:
These skin irritations all tend to weep and, in the case of bug bites, often itch.
a) Apply a drop of toothpaste to a bug bite or insect sting to stop the itching and decrease any swelling.
b) When applied to sores or blisters, it dries them up, thus allowing the wound to heal faster. It's best when used overnight.
2. Soothe a stinging burn:
For minor burns that do not involve an open wound, toothpaste can deliver temporary cooling relief. Apply it delicately to the affected area immediately after a burn develops; it temporarily relieves the sting and prevents the wound from weeping or opening.
3. Decrease the size of a facial blemish:
Want to speed up the healing of a zit?
a) Apply a tiny dot of toothpaste to the affected area at night before bed.
b) Wash it off in the morning.

4. Clean up your fingernails:
Our teeth are made of enamel, and toothpaste is good for them, so it stands to reason that toothpaste would also be good for our fingernails.
For cleaner, shinier, and stronger nails, simply scrub the underneath and tops of fingernails with a toothbrush and toothpaste.

5. Keep hair in place:
Gel toothpastes contain the same water-soluble polymers that many hair gels are made of. If you are looking to style and hold an extreme hair creation, try gel toothpaste as your go-to product if you are out of regular hair gel. (This is also a great trick for making baby barrettes stay in place.)
6. Scrub away stinky smells:
Garlic, fish, onion, and other pungent foods can permeate the skin cells on our hands. Scrubbing hands and fingertips briefly with toothpaste removes all traces of smelly odors.

7. Remove stains:
Toothpaste can make tough stains on both clothing and carpets disappear.
a) For clothes, apply toothpaste directly to the stain and rub briskly until the spot is gone, then wash as usual.
(Note that using a whitening toothpaste on colors can sometimes bleach the fabric.) b) For carpet stains, apply toothpaste to the stain and scrub it with an abrasive brush, then rinse immediately.
8. Spruce up dirty shoes:
This tactic works great on running shoes or scuffed-up leather shoes.
a) As with carpet stains, apply toothpaste directly to the dirty or scuffed area/
b) then scrub with a brush and wipe clean.
9. Remove crayon stains on painted walls:
Rub a damp cloth with toothpaste gently on the marked-up wall and watch the Crayola marks disappear.
10. Make silver jewelry and other silver pieces sparkle:
a) Rub toothpaste onto jewelry and leave overnight.
b) Wipe clean with a soft cloth in the morning.
c) Make diamonds shine by giving them a gentle scrub using a toothbrush, toothpaste, and a little water.
d) Rinse thoroughly to remove all traces of toothpaste. Do not use this method on pearls, as it will damage their finish.
11. Remove scratches on DVDs and CDs.

This remedy has been used with mixed success rates, but it seems to work fairly well on shallow scratches and smudges.
a) Apply a thin coating of toothpaste to the disc.
b) Rub gently
c) then rinse clean.
12. Tidy up piano keys before tickling them:
Piano keys retain oil from the skin, which then attracts dust and dirt.
a) Clean away grime gently with a damp, lint-free cloth and toothpaste.
b) after rubbing in the toothpaste, wipe the keys clean with a second lint-free cloth.
13. Deodorize baby bottles:
If baby bottles develop a sour-milk smell, a good cleaning with some toothpaste and a bottle scrubber will clean away residue and deodorize. Always make sure to rinse well.
14. Remove the burned crust on irons:
For those of you who still use an iron, you may find that after time, the plate of the iron develops a burned crust. The silica in toothpaste gently grinds away this rusty-looking layer.
15. Defog goggles:
Scuba divers, swimmers, and triathletes may already know about this handy little trick:
a) Rub a small spot of toothpaste into each lens of your goggles.
b) then rinse thoroughly, and voila! There'll be no need to ever buy expensive defogger gels again.
c) Avoid rubbing too vigorously, though, as the abrasive ingredients in toothpaste could scratch the lenses.





16. Wax / pesticide remover :

a) Remove the wax/pesticide on fruits like grapes, tomato by adding some toothpaste to a container of water.
b) Stir the mixture.

c) Place the bunch of grapes or tomatoes in the container.  Leave them for about 20 minutes.

e) You will find that the grapes/tomatoes look clean and shiny - minus the wax/pesticide. Further rinse the fruits under running water before eating them.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply 49# angketam


berjurai ayaq mata aku baca...   
ana ni adalah jugak spesies ara tu coz ana ni pun x bnyk cakap
tapi ana x sakit tekak
mmg dah azali ana x pandai nak sembang2
nak dikatakan pendiam tu x lah, tapi ana x ada idea la nak story mory ni
hubby ana pun cam tu gak
cam na ni.......
slalunya kalau sorang diam sorang lagi potpek potpek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 10:30 PM | Show all posts
Reply 52# ainnursyakira

itu satu anugerah tuhan.... yg penting jiwa mau tenang...

apakata syakira mulakan dgn berkarya dlm penulisan..

sekurang2nya dpt menenangkan ati jiwa dan fikiran....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 10:33 PM | Show all posts
Mungkin anda sudah mendengar cerita ini, hanya sebagai refresh sahaja.

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”


Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”

“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”

Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:

Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.

Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.

Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.

:
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 10:35 AM | Show all posts
Reply 53# angketam

saya x pandai laaaa
betoi tu menulis tu satu anugerah
ana x da anugerah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2011 06:55 PM | Show all posts
Reply 55# ainnursyakira

cuba dulu... itu pun kalu berminat..

mcm gaya tulisan jugak ada yg tulisannya cantik ada yg nanpak cam tulisan doktor.
yg penting maksud tulisan org faham bila membacanya..

mungkin kita x nampak apa yg kita miliki..
x mustahil.. sesuatu hobi boleh bertukar menjadi rezeki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2011 07:01 PM | Show all posts

Koleksi mutiara kata Albert Einstein.


* Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

* Di tengah kesulitan terdapat peluang.

* Tugas sains antara lain adalah untuk menemukan keindahan alam

* Cubalah tidak untuk menjadi seseorang yang sukses, tetapi menjadi seseorang yang bernilai.


* Tragedi kehidupan adalah sesuatu yang mati di dalam diri seseorang sedangkan dia masih hidup.

* Banyak orang mengatakan kepintaran yang menjadikan seseorang cendekiawan besar. Mereka keliru.. itu adalah karakter.

* Saya tidak memiliki bakat tertentu. Saya hanya ingin tahu.

* Telegraph tanpa kabel tidak sulit untuk dimengerti. Telegraph biasa seperti kucing yang sangat panjang. Anda tarik ekornya di New York, dan mengeow di Los Angeles. Yang tanpa kabel sama saja, hanya tanpa kucingnya.

* Membaca, setelah beberapa waktu, menggelapkan fikiran kerana terlalu jauh dari pencarian kreatifnya. Seseorang yang membaca terlalu banyak dan menggunakan otaknya terlalu sedikit dan akan menjadi kebiasaan untuk malas untuk berfikir.


* Kaum intelek menyelesaikan masalah, para genius mencegah mereka.


* Ketika anda berpacaran dengan gadis yang manis, satu jam seperti sedetik. Ketika anda duduk di atas tungku panas, sedetik serasa satu jam. Itulah relativiti.

* Itu tidak bererti saya cerdas, Itu hanya kerana saya tetap dengan masalah tersebut lebih lama.

* Kelemahan dalam tingkah laku menjadi kelemahan karakter.

* Jika A adalah ‘sukses’, maka rumusnya adalah ‘A=X+Y+Z’, dimana X adalah ‘kerja’, Y adalah ‘bermain’, dan Z adalah jaga mulut anda agar tetap tertutup.

* Kerja keras bukan untuk sukses tetapi untuk sebuah nilai.

* Satu-satunya sumber pengetahuan adalah pengalaman.

* Aku meyakini bahwa Dia (Tuhan) tidak bermain dadu.


* Jika fakta tidak sesuai dengan teori, ubahlah faktanya.

* Satu – satunya hal yang bertentangan dengan ilmu pengetahuanku adalah pendidikanku.


* Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang luar biasa seandainya seseorang tidak harus menghabiskan hidupnya terhadap perkara tersebut.

* Pelepasan tenaga atom telah mengubah segalanya kecuali cara kita berfikir… pemecahan untuk masalah ini bergantung kepada hati nurani umat manusia. Jika saya mengetahuinya, lebih baik saya menjadi pembuat jam tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 12:26 PM | Show all posts
Sebelas Jenis Manusia Didoakan Oleh Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada Malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.


Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa Malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan Malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan MalaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan Malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Kalangan Malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Kalangan Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu Malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan Malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua Malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan MalaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 Malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:04 PM | Show all posts
Should you let yourself have that midnight snack if you're having trouble sleeping and you think hunger might be part of the problem? Here are five foods that can actually help you drift off:

Can't Get a Good Night's Sleep? 5 Surprising Reasons

1. Cherries. Fresh and dried cherries are one of the only natural food sources of melatonin, the chemical that controls the body's internal clock to regulate sleep. Researchers who tested tart cherries and found high levels of melatonin recommend eating them an hour before bedtime or before a trip when you want to sleep on the plane.

2. Bananas. Potassium and magnesium are natural muscle relaxants, and bananas are a good source of both. They also contain the amino acid L-tryptophan, which gets converted to 5-HTP in the brain. The 5-HTP in turn is converted to serotonin (a relaxing neurotransmitter) and melatonin.

3. Toast. Carbohydrate-rich foods trigger insulin production, which induces sleep by speeding up the release of tryptophan and serotonin, two brain chemicals that relax you and send you to sleep..

4. Oatmeal. Like toast, a bowl of oatmeal triggers a rise in blood sugar, which in turn triggers insulin production and the release of sleep-inducing brain chemicals. Oats are also rich in melatonin, which many people take as a sleep aid..

5. Warm milk. Like bananas, milk contains the amino acid L-tryptophan, which turns to 5-HTP and releases relaxing serotonin. It's also high in calcium, which promotes sleep.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2011 01:01 PM | Show all posts
Monyet dan pisang                                                                                                                                                       

Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh para profesor, ada 2 ekor monyet yang dimasukkan ke dalam satu bilik kosong secara bersama-sama. Kita gelar sahaja monyet tersebut Monyet A dan B.
Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah tiang, dan diatas tiang tersebut ada setandan pisang yang masak.
Setelah membiasakan diri dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tersebut, mereka mula nampak pisang-pisang tersebut. Monyet A yang mula-mula dahulu mencuba memanjat tiang.


Apabila monyet A berada di tengah tiang,profesor menyimbah air kepadanya,sehingga tangannya terlepas dan terjatuh.
Monyet A cuba lagi, dan disimbah lagi dan jatuh lagi, begitulah berkali-kali sehingga akhirnya monyet A menyerah. Giliran berikutnya monyet B yang mencuba,mengalami kejadian serupa, dan akhirnya menyerah juga.
Kemudian ke dalam bilik tersebut dimasukkan pula monyet C. Yang menarik adalah, profesor tidak lagi akan menyimbah monyet-monyet tersebut jika mereka naik. Seperti monyet A dan B, monyet C mula menyentuh tiang, tetapi dia terus ditarik oleh monyet A dan B.
Mereka berusaha mencegah, supaya monyet C tidak mengalami kemalangan seperti mereka. Kerana terus dicegah dan diberi nasihat
tentang bahayanya bila cuba memanjat keatas, monyet C akhirnya takut juga dan tidak jadi dan takut untuk memanjat tiang tersebut.
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh profesor adalah mengeluarkan monyet A dan B, serta memasukkan monyet D dan E.
Sama seperti monyet-monyet sebelumnya, monyet D dan E juga tertarik dengan pisang diatas tiang dan cuba memanjatnya. Monyet C secara spontan terus mencegah keduanya agar tidak naik.
“Mengapa kami tidak boleh naik?” protes keduanya.

“Ada kawan-kawan yang memberitahu saya, bahawa naik ke atas itu berbahaya. Saya juga tidak tahu, ada apa di atas, tapi lebih baik jangan cari susah, jangan cuba naik ke atas” jelas monyet C.
Monyet D percaya dan tidak berani memanjat tiang, tapi tidak dengan monyet E yang agak berani.
“Saya ingin tahu, bahaya macam mana yang ada di atas … dan kalau ada bahaya, betulkah saya tidak boleh menghindarinya?” tegas monyet E. Walaupun sudah dicegah oleh monyet C dan D, monyet E nekad naik …
Dan kerana memang sudah tidak disembur lagi, monyet E berjaya mendapat pisang yang diinginkannya …
Renungan
===================


Sahabat

Manakah diantara watak diatas yang menggambarkan tingkah laku anda sekarang ini?
Watak A dan B adalah orang yang pernah melakukan sesuatu dan kemudian gagal. Oleh itu, mereka kecewa,tidak akan mengulanginya lagi, dan berusaha mengajarkan kepada orang lain tentang kegagalan tersebut. Mereka tidak mahu orang lain juga gagal seperti mereka.
Watak C dan D, adalah orang yang menerima petunjuk dari orang lain, perkara apa yang tidak boleh dilakukan dan mereka mematuhinya tanpa berani mencubanya sendiri.
Watak E adalah type orang yang tidak mudah percaya dengan sesuatu, sebelum mereka mencubanya sendiri. Mereka juga
berani menentang arus dan menanggung risiko asalkan boleh mencapai keinginan mereka.
Pisang dalam cerita diatas menggambarkan impian kita. Setiap orang dalam hidup ini mempunyai impian yang tinggi tentang masa depannya. Namun sayangnya, banyak sekali perkara-perkara yang terjadi di sekitar kita, yang menyebabkan impian kita terkubur.
Orang-orang dengan watak ABCD akan ‘menasihati’ kepada kita seperti ini


“Sudahlah, jangan melakukan pekerjaan yang siasia seperti itu. Saya dulu sudah pernah melakukannya berkali-kali dan gagal. Sebagai seorang teman yang baik, saya tidak mahu kamu gagal seperti saya”
Bukankah perkara-perkara seperti itu yang sering kita dengar sehari-hari?
Orang dengan watak E akan selalu berfikir optimis dalam menjalankan sesuatu. “Kalaupun orang lain gagal melakukan
sesuatu, belum tentu saya juga akan gagal” adalah kekuatan yang selalu ‘mengepam’ motivasinya.
Dan kegagalan orang lain boleh dipelajari dan dijadikan batu loncatan untuk melangkah lebih baik, bukannya dijadikan suatu ketakutan.


Saya akan memberikan satu ilustrasi lagi. Saya akan membawa anda ke tahun 70-an.
Apa yang akan kamu lakukan, bila suatu hari ada seorang mahasiswa berseluar jeans, berkacamata tebal, bajunya lusuh, datang berjumpa kamu dan berkata
“Saya ada suatu produk yang bagus, tapi saya tidak ada modal. Boleh tak anda pinjamkan saya modal $100 dollar?
Kalau produk ini sukses, kita berdua bakal jadi orang paling kaya di dunia bro”.
Hampir semua akan menghina dan mentertawakan mahasiswa tersb, bahkan mungkin menganggapnya gila. Berapa orang yang akan menjawab “Wow, bagus sekali, cuba jelaskan apa produk kamu, agar kita bolrh sama-sama kaya?”
Mungkin satu orang diantara sejuta, mungkin juga tidak ada.
Bagaimana kalau saya katakan bahawa mahasiswa tersebut adalah Bill Gates, yang kini sudah mencapai impiannya menjadi orang terkaya di dunia?


Bukankah itu dulu yang dilakukan Bill Gates pada awal kerjayanya. Dikelilingi orang type ABCD, ditolak, diperlekeh dan pelbagai macam penghinaan yang lain. Mujurlah, Bill Gates termasuk orang dengan watak E. Dan dengan pengorbanan dan kerja keras, dia berhasil meraih impiannya.

Sahabat  
saya yakin anda adalah orang type E. Setidaknya kerana anda mahu membaca tulisan ini untuk belajar bersama, ruang masa bersama, dan maju serta berjaya bersama.
Jangan biarkan orang lain membunuh impian anda. Maju terus, hadapi semua rintangan dan meraih impian anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.230079 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list