|
kasihan Adni, terpaksa mengorbankan diri untuk menolong keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Wang ringgit menyebabkan mata manusia tidak nampak kemungkaran................. |
|
|
|
|
|
|
|
penduduk taman tu semua mcm kaum nabi Lut kot
sorang pun tak kesian kat Adni |
|
|
|
|
|
|
|
mak inah ni sekufu dgn solahuddin ke??
xkan dia x tahu perangai sebenar majikannya..
wang ringgit mampu mnutup kebenaran....sian adni... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian adni...knp kwsan perumahan tu pun sebelah laki dia?? ermm.. mmg duit ada pengaruh nya... mak inah tu?? ayah adni org yang paling tak mengerti..sepatut mendalami hati anak.. ini tegak benang yg basah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ke mana wafi membawa diri agaknya???? adakah wafi akan muncul semula utk menyelamatkan adni dari suaminya yg hanya pada nama..........
Plzzz.... bintang, we miss adni yg ceria....... |
|
|
|
|
|
|
|
ke mana wafi membawa diri agaknya???? adakah wafi akan muncul semula utk menyelamatkan adni dari sua ...
cewey2 Post at 29-10-2010 13:39
harap2 dia akan muncul semula....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 bintang akan muncul dgn n3.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam...tak ada pun N3 baru ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang belum ada sambungan lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu malam, Adni terjaga. Kecoh di tengah rumah. Kedengaran suara lelaki bergaduh. Adni bangkit dan mengintai dari balik tirai pemisah antara ruang tamu; dia melihat tiga lelaki dan salah seorang di antara mereka adalah Solahuddin. Berdiri di sebelah Solahuddin seorang lelaki muda berkulit cerah, keningnya bercukur sedang meletak tangannya ke muka, menangis. Potongan rambutnya seperti mendiang Lady Diana. Gaya seorang wanita namun sekujur tubuhnya adalah lelaki. Seorang lagi lelaki muda berkulit kemerahan sepertinya berketurunan dari timur tengah duduk bersahaja di sofa tepi pintu, menyedut rokok. Adni kira itu cuma pergaduhan biasa. Cemburu. Ah, dia sudah biasa dengan semua ‘kesongsangan’ hidup lelaki-lelaki yang sering datang ke rumah ini. Dia ingin kembali menyambung lena tidurnya yang terganggu. Tapi kakinya jadi tertahan.
“Balik..!” Suara Solahuddin bergema nyaring.
“Kenapa…..” soal lelaki kening bercukur. Suara itu manja tapi parau.
“Aku tak perlukan kau,” lembut kembali suara Solahuddin.
“You tak patut buat I macam ni, Sol. I masih setia dengan you,” balas lelaki berkulit cerah kening bercukur itu. Dan esakannya kedengaran sangat buruk. Geli di telinga Adni.
“Aku kata balik, aku dah tak perlukan kau lagi. Fahaaammmm?!!” Kuat teriakan Solahuddin membuatkan gema dalam rumah seperti dentuman halilintar. Adni tersentak. Drama apakah ini?
“I tak rela you buat I macam ni. I ni kekasih you. Setia dengan you dari dulu lagi. Mana janji-janji you, hah..? Ini… ini.. kekasih baru you ya? I tak rela melihat semua ini. You kejaaaammmm……”
Tangisan lelaki berkulit cerah kening bercukur itu sungguh kuat dan tersangat buruk dengan hentakan kakinya melepaskan amarah. Dan, seperti sebuah mimpi Adni menyaksikan lelaki berkulit cerah, bercukur kening itu mengeluarkan sesuatu dari bajunya dan begitu mendadak membenam sesuatu ke perut Solahuddin, dicabutnya kembali dan dirodoknya lagi ke perut Solahuddin. Dan kali ketiga pisau yang berlumuran dengan darah Solahuddin itu dibenamkan ke perutnya sendiri sambil dia merintih;
“Biar kita mati berdua. I tidak sanggup ditinggal… aarrrgghhh…….”
Solahuddin jatuh tersandar ke dinding memegang perutnya mengaduh kesakitan. Matanya memandang kearah lelaki berkulit kemerahan yang seperti warga bumi timur tengah itu, mengharapkan bantuan. Namun lelaki itu terlihat ketakutan, meluru ke arah pintu cuba melarikan diri.
Namun sesuatu yang sangat tidak terduga tiba-tiba;
“Polis…!” beberapa orang anggota polis muncul menangkap lelaki itu saat pintu rumah dibuka, dan menggarinya. Dan dari balik tirai Adni keluar, badannya menggeletar. Dia memandang hairan ke arah salah seorang anggota polis tersebut seperti sangat dikenalinya. Tersenyum lelaki itu memandang Adni yang raut wajahnya nyata ketakutan dan bungkam.
“Kami terpaksa geledah rumah ini,” kata anggota polis muda itu dan memberi isyarat anggukan kepada anggota polis lain. Hampir sepuluh orang bergerak memasuki bahagian rumah yang lain. Sebahagiannya pula masuk ke dalam bilik Solahuddin.
Adni tidak berkata-kata malah memandang polis yang memberi isyarat tadi.
Seperti mengerti gerak mata Adni, polis muda itu menjelaskan; “Solahuddin ditahan atas tuduhan memperdagangkan pelacur lelaki." Kerana Adni terus diam, dia menambah bicara; “Salah seorang yang memberi maklumat adalah lelaki itu,” tunjuknya kepada lelaki kening bercukur yang rebah di sisi sofa, ntah mati ntah hidup.
Namun tiada reaksi apa-apa pada Adni. Dia cuma memandang polis itu, polos.
“Wa..fi…?!” suara Adni tersekat, bergetar.
Wafi tersenyum mengangguk.
“Bukankah kamu pelukis?”
“Polis jawatan tetap saya,” Wafi tersenyum memandang kehairanan Adni dan melanjutkan lagi, “Potret awak ada di galeri lukisan. Kita ke sana nanti.”
“Kita?”
“Ya, kita. Setelah semua ini selesai.”
“Saya tak faham. Kenapa ……”
“Saya akan terangkan di balai nanti, awak ikut sama sebagai saksi. Oh, ya… Mak Inah turut ditahan.”
“Hah? Atas kesalahan apa?”
“Bersubahat. Tapi hukuman mungkin diringankan kerana dia turut berkerjasama begitu baik dengan polis.”
Adni mengikut Wafi dengan menaiki kereta peronda polis. Solahuddin dan lelaki kening bercukur dihantar ke hospital oleh ambulan yang disusuli trak polis.
***
Semuanya sekelip mata. Di hospital Adni melihat semua orang menangis; emak, abah, mertua dan ipar duainya. Tanpa dapat menyelami perasaan mereka, ntah kesedihan, simpati, kekesalan atau malu. Adni tidak ada air mata lagi untuk dialiri buat Solahuddin. Dia cuma berdoa, Solahuddin sempat bertaubat sebelum ajalnya datang. Dia sudah pun memberitahu emak, abah dan mertuanya bahawa dia akan bercerai dengan Solahuddin. Semua menunduk dan diam yang kedengaran esak tangis emaknya dan ibu Solahuddin. Perempuan memang empati.
Adni tidak ingin lama di situ. Dia menyusup di celah-celah kemurungan orang mencari pintu keluar. Segar di kepalnya tentang janji bersama Wafi petang itu di galeri seni!
“Pameran lukisan diadakan di Pasar Seni selama dua minggu, saya turut mempersembahkan hasil karya saya,” cerita Wafi sewaktu melangkah ke ruang galeri lukisan. Terpampang lukisan wajah Adni dalam rinai hujan namun tubuhnya tidak membasah.
"Sudah ada pembeli," bisik Wafi.
"Hah?"
"Tapi saya tidak akan menjualnya, hanya untuk dipamerkan."
“Bukankah lukisan itu sudah musnah?”
“Saya melukisnya semula. Bayangan kamu sering di hati saya. Saya melukisnya dengan jiwa.”
Adni terdiam. Memandang lukisan itu. Calitan oil painting di atas kanvas ukuran 80 x 55cm. Dirinya mendepa tangan mendongak hujan namun tidak membasah. Membaca judulnya; Rinai Hujan Tidak Membasah.
TAMAT. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Maaf, entry lambat... bintang tak sihat sangat...
Terimakasih kepada yang membaca dan sudi memberi komentarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 53# qimi08
Terimakasih qim... akan menyusul nanti, insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
dah abis dahhh...
tahniah bintang ada masa nanti buat citer baru ya??
|
|
|
|
|
|
|
|
seperti biasa.... cerita bintang sgt best
tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 56# sang_arjuna
Terimakasih smiley |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah bintang
best sgt citer ni ...tak sabar nak tungu citer yang baru dari bintang |
|
|
|
|
|
|
|
Karya yang padat dan berkesan. Mesej yang tajam utk difikirkan!
Syahbas pada bintang! |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Bintang
*****
Cerita yang meninggalkan kesan yang mendalam.
Moga terus diberikan idea untuk menulis buat tatapan pembaca WR. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|