|
[Tempatan]
Update Cerita dari KEMBAR dan foto mangsa (dua-duanya cantik) #145 - Pasangan kekasih remaja maut dalam kereta kancil yang ditutup dengan kanvas, cinta yang tidak direstui
[Copy link]
|
|
sedihnya mak apak korang.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang sibuk bertanya
bila da tahu bangsa sendiri
terus senyap dah xcakap apa
|
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2022-09-07_17-27-03_1662543038.jpg)
ANGGOTA polis menguruskan penemuan mayat dua remaja. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Tak sedap hati hantar rakan jumpa teman lelaki
September 7, 2022 @ 5:30pm
Alor Gajah: Gerak hati seorang remaja perempuan yang curiga selepas menghantar sahabatnya berjumpa seorang lelaki petang semalam, menjadi kenyataan apabila rakan sekolahnya itu ditemukan mati di dalam sebuah kereta pagi tadi.
Remaja dikenali sebagai Damia, 16, berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika mangsa meminta dihantar ke kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau petang semalam untuk bertemu pemuda dipercayai teman lelakinya.
Menurutnya, selepas menghantar dia berasa tidak sedap hati sehinggalah dihubungi kakak sahabat baiknya itu kira-kira 8.30 pagi memaklumkan mangsa tidak pulang sejak semalam.
"Saya bergegas ke Japerun untuk mencarinya dan sebaik tiba saya dapati kereta Perodua Kancil yang dinaiki pemuda itu masih berada di lokasi, namun ditutup kain kanvas.
"Saya segera menyelak kain kanvas itu dan melihat kedua-dua mereka tidak sedarkan diri lalu menghubungi kakak mangsa," katanya di temui di lokasi.
Menurut Damia, tidak menyangka semalam adalah kenangan terakhir mereka bersama dan sempat membawa mangsa bersiar-siar dengan menunggang motosikal.
Sementara itu, bapa saudara remaja lelaki itu berkata, mangsa adalah anak sulung kakaknya daripada enam beradik dan seorang yang pendiam namun mempunyai ramai kenalan.
Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam bidang perkapalan.
"Dalam dua minggu lagi dia bakal bekerja kapal mengikut jejak ayahnya yang juga bekerja dalam bidang sama.
"Ibunya beritahu sebelum kejadian iaitu selepas asar, arwah ada meminta izin menggunakan kereta bapanya untuk pergi ke pantai, tidak sangka ini yang berlaku," katanya ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Menurutnya, mereka sekeluarga difahamkan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau tanda kedua-dua mangsa melakukan perkara sumbang di dalam kenderaan itu.
Katanya jenazah anak saudaranya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.
Sementara itu, ibu mangsa enggan ditemubual kerana masih terkejut dan amat bersedih dengan kejadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoi ruginya hidup kau adik.jantan x bekerja kau sanggup mati bersama aduh.umur baru 16 tahun bukan 60 kau nak frust tamatkan riwayat hidup kau.banyak lagi jantan kat luar nak pilih pelbagai warna kulit saiz yang berkualiti dan tidak.aduh![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Okey selepas aku makan dan sel otak berhubung, aku rasa diorang ni tak sengaja termati lah. Bukan planned suicide umpama Romeo and Juliet.
Sebab kete tu diorang selubung dgn canvas. Entah-entah diorang nak bersedap tanpa org nampak. Dalam kete paling senang, takyah bayar, ada aircond. Diorang pun miskin bukan ada duit nak sewa hotel walaupun ikut jam.
Nak elak orang nampak, selubungkan kete, parking kat balai raya so orang tak suspicious ingat memang kete parking kat situ.
Dah tu pergi on Aircond pulak sebab both tak membaca dan takde kesedaran dan pengetahuan pasal keracunan karbon. Tau tau ngantuk2 terus tertidur and sampai ke alam barzakh.
Sekian spekulasi.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 7-9-2022 02:16 PM
Susah payah mak ayah bela msg2 smpai 20 & 16 tahun sng2 kau nak mati sbb bf/gf pya psl
Tgk je kat medsos tu kdg2 kemain berkorban masa dan duit utk bf atau gf. Ni semua acah2 mcm si apiz dgn aina semua tu la |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 7-9-2022 06:19 PM
yeah, ini lagi makes sense. Accidental death rather than suicide.
Org yg ade potential utk suicide bukan tgk pd motive saje (inilah forumer speculate based on police statement), tp juga jika kedua2nya ade tinggalkan pesanan akhir atau last will note. paling busuk pun mesti ada kirim pesanan ringkas whatapps/SMS.
|
|
|
|
|
|
|
|
Uittt xtau nak komen apa
Aku pun ada ank2 remaja
Semoga dijauhkan dr kejadian sebegini
Penat parents bimbing ke jalan benar, jalan salah jg jd pilihan ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 7-9-2022 03:22 PM
umur 20 kerja tak mau belajar tak mau..
kalau hidup lagi lama jadi beban mak bapak and beban masyara ...
"Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam bidang perkapalan.
"Dalam dua minggu lagi dia bakal bekerja kapal mengikut jejak ayahnya yang juga bekerja dalam bidang sama".
Dah abis study n dah dpt keje. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 7-9-2022 06:05 PM
Okey selepas aku makan dan sel otak berhubung, aku rasa diorang ni tak sengaja termati lah. Bukan pl ...
Rasa nk setuju![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian Damia. Hrp dia xtrauma. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 7-9-2022 06:05 PM
Okey selepas aku makan dan sel otak berhubung, aku rasa diorang ni tak sengaja termati lah. Bukan pl ...
'menda ni' memana pon boleh buat..x pakai kos apa...bukti...lubuk tupah... ... . |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam bidang perkapalan.
"Dalam dua minggu lagi dia bakal bekerja kapal mengikut jejak ayahnya yang juga bekerja dalam bidang sama.
budak2 zaman skang ni
macam dah confirm2 yang jadi bf/gf tu
bakalan jadi suami/isteri
ada yang siap salam cium tangan bagai ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 7-9-2022 04:24 PM
Mungkin di rumah dah tak happy
Parents abuser or toxic
Sibling yang perangai hanat
Iollss tak rasa bunuh diri tapi kes terhidu gas dari aircond tu..ingat x dulu yg kes pompuan 1 kete terhidu gas aircond kete sampai sorang je yh survive yg len sume meninggal tu..lagi la kes yg kapel ni mgkin dorang buka enjin kete pasang aircond tambah plak ttup pakai kanvas lagi la buatkan dorang sesak nafas..**ni iollss speku je tau |
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 7-9-2022 03:32 PM
Adoiii riso betul anak muda, skrg nie |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 7-9-2022 06:41 PM
Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam b ...
Yang ni aku setuju sangat2..lagi2 cam belah somi iollss ni kemain bf & gf adik2 somi iollss dok panggil MIL & FIL iollss mak n bapak sedangkan belum lgi bertunang baru kapel..iollss masa kapel & bertunang takde panggil mak pak somi iollss tu mak n bapak sbab belum sah jdi menantu dorang..ujung2 bf n gf adik2 ipar iollss sume clash x sampai stage bertunang pun..tak ke segan awl2 da panggil org tu mak n bapak..klu iollss segan la hai |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 7-9-2022 06:05 PM
Okey selepas aku makan dan sel otak berhubung, aku rasa diorang ni tak sengaja termati lah. Bukan pl ...
Pahtu kete tak gegor |
|
|
|
|
|
|
|
risau aih bebudak sekolah jaman leni form 4 sibuk nak becintun. boleh paham la mana makpak yg nak restu |
|
|
|
|
|
|
| |
|