CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Malakat Mall Sendu Sebab Main Sentimen Agama? Ini Respons Owner Sendiri

[Copy link]
Post time 11-8-2022 12:14 PM | Show all posts
nak bisnes ni..jgnlah masuk agama, politik, bangsa..ko kena neutral la..unless kalau kau jual perlatan utk agama, kopiah, tudung, telekung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 12:16 PM | Show all posts
tak pernah pi lagi. selalu lajak ke dpulze
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:17 PM | Show all posts
melekaifc replied at 11-8-2022 11:20 AM
owner dia ni skit lagi nak jadi scammer. quantum metal dia la dok sebok up kan skang ni. produk dia  ...

lorh..owner BB ke?tapi kemain BB skang meletop2 sampai toktik pun hantar piyah oyen kat sana..

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
6 ribu org dtg masa pkp? Bukan takleh keluar ke masa tu.limit aje yg boleh keluar tu pun terbatas
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:29 PM | Show all posts
melekaifc replied at 11-8-2022 11:20 AM
owner dia ni skit lagi nak jadi scammer. quantum metal dia la dok sebok up kan skang ni. produk dia  ...

malakat mall ni human resoruce dia ke laut skit...lemau, lesu dan lembab...itu aje kelemahan mereka, kalau depa rancakkan man power, mungkin boleh perbaiki service...staf2 wanita kat situ pun asyik tengok henfon aje, geram nak luku kepala...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:43 PM | Show all posts
Point dia bukan masalah agama. Cuma masalahnya ngkaw menunggang benda yang tak patut kau tunggang untuk justify kepemalasan ngaw! Ada PAHAM?!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2022 01:23 PM | Show all posts
Pernah ke Malakat Mall utk pergi lunch kat restoran yg kat atas tu.
Conclusion => jln nak ke restoran tu berbelit2, auntie hampir sesat.

Uncle pulak gi reki2 brg2 groceries kat situ, tak fresh katanya. Dan byk brg2an keperluan rumah yg tak ada. Jadi tak boleh jadi 1 stop centre utk groceries shopping. Susunan brg pun tak teratur.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 01:33 PM | Show all posts
sekali saja pergi...tu pun sblm pkp...lepas tu dah tak pergi dah..walau dekat sangat dgn opis..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 01:45 PM | Show all posts
ifanonline replied at 11-8-2022 12:29 PM
malakat mall ni human resoruce dia ke laut skit...lemau, lesu dan lembab...itu aje kelemahan merek ...

siapa yang mana pernah/nak masukkan/consign product kat Malakat Grocer tu tau lah perangai management dia macam mana..

dari yang bawah sampai yang atas mintak duit tepi.. gilaaa.. commodity products ni bukan nya untung banyak.. satu benda adalah untung 20cents, 30cents base on volume..

nak jadi premium grocer.. biar sama level dengan JG/VG/Merc etc.. tapi bila quote harga, cakap mahal, MD, CEO, GM segala top management lah reject paper.. sudahnya pagi-pagi buta pergi borong sayur, buah kat pasar borong and yet claim premium items..

ni baru cerita grocer, kalau dengar cerita tenants lagi geleng kepala..

staff turn-over tak payah cakap.. bulan ni manager Ali, cara kerja macam ni.. 2 bulan depan pergi, ehhhh dah manager baru si Abu, cara kerja macam tu pulak.. pening..

the perks when hired/appoints management kalangan suku-sakat sendiri..



Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 01:48 PM | Show all posts
Nama Malakat Mall tu ada bunyi macam Malaikat Maut. Seremmm kot



Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 02:00 PM | Show all posts
melekaifc replied at 11-8-2022 11:20 AM
owner dia ni skit lagi nak jadi scammer. quantum metal dia la dok sebok up kan skang ni. produk dia  ...

selain coach fadzil tu, tansri syed zainal pun part of owner malakat mall & brainy bunch ni.. pasta panas franchais pun dia punya.. eh banyak lagi lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 02:06 PM | Show all posts
memang sejadah tengah laman tu untuk solat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi dgn projek perumahan islam kat cyber tu?? Coach padzil ni yg buat jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat tuduhan memfitnah seseorang tu penunggang agama. Atas dasar dia menjalankan  bisness smbl berdakwah terus dicop penunggang?
Pastu ckp jgn campuradukkan agama dgn bisness? Kalo camtu, tak berkembanglah agama islam dinusantara abad 13. Thanks to pedagang dari timur tengah & india yg berdagang smbl berdakwah. So coach fadzil buat terus jd penunggang ehh.
Aku bukan backup dia. Dia tak perfect pon from what i heard stories from his former BB employee & tgk management MM.
Yeah, MM mmg kene improve & diversify products, & jgn jual mahal sgt.
But I guess, this is part of the challenges he has to face. Cina pon control perniagaan & pengilang kann..faham2 la camne they can sell at cheaper price & multiplying their outlets.
But aku support org Islam yg otak business, berdaya saing & berani asalkan tak tonggang agama.
Ko taknak shopping kat MM, fine. Hak masing2.
But plz, fitnah org penunggang tu besau dosanya. Renung2 kanlah & selamat beramal..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 11-8-2022 11:32 AM
bisnes2 berkonsepkan menunggang bangsa,agama camni manalah sesuai buat kat negara multi racial mcm M ...

Betol tu… asyik nk berlepak tengok bangsa sendiri baik pergi madrasah jew! If you cant beat them join them la …gitchew sambil belek2 sales H&M dek!

Idea x selari dgn reality kat Serambi Mekoh mungkin la berjaya ide ni dek…kt KL akak2 tudong pun lunch kat kedai korea soooo? Eh bergerak la dgn peredaran semasa x usah jd katak di belakang jamban curah sgt lawey!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu tempat sembahyang tepi tangga tu??  Kau solat sorang2, orang turun naik semua tengok kan. Agak2 lah nak buat tempat solat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 11-8-2022 05:56 PM
Betol tu… asyik nk berlepak tengok bangsa sendiri baik pergi madrasah jew! If you cant beat the ...

Khenn sis...even kat serambi mekoh pun ummah berpusupusu serbu mall kapir,aeon mall,lotus sume tu...ni kan pulak kat klang valley yg liberal nih..haruslah sendu di aidilfitri sajork kalo nk harapkan kedai melayu jah dlm mm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:46 PM | Show all posts
Edited by johnantak at 11-8-2022 06:49 PM

Viral video sebuah mall “kosong"
Warning: Bacaan Panjang (5 minit)
.
Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu tentang sebuah mall yang telah di-anak-angkat-kan oleh penduduk Cyberjaya.
.
Tapi bila ramai yang DM dan tanya "bro komen la sikit pasal mall tu". Saya just cakap, mall-angkat tu sebenarnya cukup sempurna dari segi infra, parking, design kedai, barang segar, ambience restoran, food court, event bulanan, dll.
.
Cuma ada beberapa perkara yang boleh kita cadangkan kepada pengendalinya (dibaca coach bola sepak).
.
1. PILIHAN PRODUK. Memang dari pengamatan ramai, variasi produk di mall-angkat ini agak terhad. Kalau ada variasi pun, ia dari jenama yang tidak cukup branding exposure. Kemudian kadang2 bila produk tu dah habis, ia lambat di re-stock. Maka ini akan menjadikan ramai customer yang frustrated kerana perlu pergi ke tempat lain untuk cari barang, akhirnya customer kena singgah ke beberapa kedai untuk berbelanja.  
.
2. HARGA. Yang ni kalau ikut sejarahnya "pengendali mall-angkat" tak nak charge racking fees pada vendor2 produk, sebab nak buat profit-sharing melalui markup harga dengan kadar beberapa percent sehingga produk para vendor melebihi harga pasaran. Ini menjadikan ramai yang merasa "barang di mall-angkat ini mahal sedikit". Jualan tak laku, profit pun tak nampak.
.
3. JENAMA KEDAI. Boleh dikatakan 80% jenama kedai-kedai di dalam mall-angkat ni adalah jenama yang di "ilham" kan oleh pengendali mall-angkat ini sendiri. Aku dah tahu apa pengendali mall-angkat ini akan jawab "ehh kita dah ajak brand2 luar masuk, tapi mereka yang tak nak!" Tapi satu je kau kena fikir "agak2 nya kenapa brand2 luar tu tak nak masuk mall-angkat ni?" Antara sebabnya adalah business model yang bersifat profit-sharing yang tidak praktikal. Maybe aku salah, tapi awalnya ini yang menjadikan diorang larikan diri.
.
Ketiga-tiga point di atas bagi aku biasa-biasa sahaja, tapi yang menjadikan mall-angkat ini kosong....mungkin adalah kerana faktor2 di bawah

4. HUTANG VENDOR. Sehingga hari ini aku terima beberapa keluhan dari bekas vendor / produk owner yang mereka letak barang secara consignment di mall-angkat ini....tapi bila barang mereka dah habis dijual, bayaran mereka menjadi tertunggak lebih dari setahun? Maaf aku terpaksa rahsiakan nama-nama vendor yang pernah bekerjasama dengan mall-angkat ini. Pernah aku tanya kepada mereka balik, kenapa tak kemukakan isu ni? Jawab mereka “ menjadi rumit dan tak suka hubungan akan jadi keruh”. Dan vendor2 ini pasti dah berdoa agar mall-angkat ini dibalas setimpalnya seperti mana mereka dizalimi. Tak apa guys, percayalah rezeki Allah itu luas.
.
5. ISU AGAMA. Aku tak berkenan kalau buat perniagaan menggunakan sentimen Melayu Islam. Buat pengetahuan tuan puan, penduduk di Cyberjaya kebanyakkanya adalah foreigner dan ada berapa kerat je penduduk Muslim di sini. Ramai yang tak setuju apabila isu agama digunakan untuk promosi mall-angkat ini. Kita KELUARGA MALAYSIA maaa
.
6. STAFF DIPERMAINKAN. Fuhh....letih jari aku weyh nak taip point kelima ni, tapi aku ringkaskan dengan point "sehingga hari ini hutang KWSP staf masih ada tunggakan".(isu ini pernah viral suatu ketika dahulu). Itu belum lagi cerita tentang pengendali mall-angkat gemar mengarah staf untuk melakukan kerja luar dari bidang, nak hadam satu department pun ambil masa... bayangkan pula kena sepak sana-sini dengan coach bola. Lama-lama boleh burn out weh.
.
7. WANG PELABUR KOPERASI. Untuk makluman, mall-angkat ini adalah antara salah satu dari projek koperasi (aku tak nak sebut koperasi mana, tapi korang confirm tahu), yang mana koperasi ini telah melaburkan wang pada mall-angkat dengan persetujuan "syok sendiri". Dan sebenarnya kalau anda tahu struktur dan hubungan antara mall-angkat dan koperasi ini, mungkin anda akan nampak bias (berat-sebelah) dalam pelaburan pada mall-angkat ini. Pada awalnya memang menjadi percaturan besar pabila mall-angkat ini menggunakan wang koperasi untuk dilaburkan dan juga telah menyatakan pelaburan ini mungkin bakal memberi dividen secara tahunan pada kadar "antara 7%-12%". Namun menurut owner mall-angkat ini "semua salah PKP dan kerajaan Tamil Nadu" sehingga mall-angkat itu tidak dapat memaksimumkan jualan dan keuntungannya. Lantas pelaburan oleh koperasi pada mall-angkat ini akhirnya umpama "tertumpang di biduk tiris". Jadi bayangkan sekali lagi jika kesemua pelabur di koperasi ini berdoa agar mall-angkat ini dibalas setimpalnya seperti mana mereka digantung tanpa sebarang penerangan berkaitan apa yang telah berlaku pada wang mereka dan bilakah wang mereka boleh dipulangkan....tak ke binasa mall-angkat ni?!
.
Eh sembang dekat social media, kenapa tak jumpa pihak sana sendiri tanya? Untuk makluman korang, aku dah pernah jumpa (hari aku resign) dan buang masa aku saja.  
.
Bukan nak jadi Hero, tapi aku nak menjawab persoalan dari mereka yang bertanya hingga hari ini. Ini pendirian aku, tak suka pun viral-viral ni. Ana ada banyak kerja demi menjayakan misi dan kerjaya.

Sekian.
.
Taha Omar
Coach Golf

*Penambahan: Aku adalah ex staff antara top management sana. Aku resign dan bukan dipecat. Posting ini untuk menjawab persoalan dan kebenaran berdasarkan pengalaman saya disana.
Tidak sesekali untuk menghasut atau mengaibkan, teruskan support bagi mereka yang suka dengan perjuangan mereka.
Bukan saya juga nak judge seseorang melalui ibadah dan akhlak seseorang. Penjelasan ini lebih kepada sistem Mall-angkat dan kebajikan  ex-staff, vendor2, dan investor yang dianayai.


Rujukan
https://www.facebook.com/photo?fbid=6121444711204053&set=a.493966720618575


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pekanwoohoo replied at 11-8-2022 10:44 AM
Kau nak tahu kenapa sendu takde orang? Kau pergi tanya dengan owner dia tu dulu, apa jadi dengan pro ...

Pastu ngaku coach kan. Suka buat mende sekerat jalan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash lah mall tertubuh dgan isu kaum. Digital mara mall sendu hasil buah tangan mail pon sama jugak. Cash cash cash!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042843 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list