CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Xim

Lori Langgar 10 Kereta Parking Di Bahu Jalan

[Copy link]
Post time 22-10-2021 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak lebih side pada pemandu lori tu...sb situ bukan tempat parking...tu mmg jalan untuk laluan lori ..kereta..motor....jalan tu dah sempit depa parking dua2 side...ya ampon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang layak kena seret...buat lagi parking sesuka hati kt bahu jalan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 07:42 AM | Show all posts
nolya replied at 21-10-2021 08:51 PM
Kereta parking kiri kanan memang nampak lorong tengah itu sempit.  Lari badan besar memang akan ters ...

kereta mahal,gaji murah,disangka  kakitangan x mampu beli kereta,tapi realitinya,nak harap pengangkutan awam pun adehai,
xde pilihan,parking terhad,
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 08:25 AM | Show all posts
Kompleks E ni tempat yg ada 2 kementerian terbesar di Malaysia, KPM dan KKM.
Ni mmg kementerian yg paling banyak pegawai, tapi parking space limited sungguh.
Kalau siapa pernah dtg Kompleks E ni mmg seksa nak letak kereta.
Parking yg berbayar pun penuh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 08:40 AM | Show all posts
pemandu lori salah ler langgar keta2 tu.. what other choice does he have? keta parking sebarang je kiri kanan jalan... sapa suruh parking 2-2 belah jalan? adoiyai....

management perbandaran pun bangang. isu takde parking kat putrajaya tu bukan baru.. da lama kot? last aku ke sana 2015 memang da known case esp kat parcel e tu nak cari parking kemain susah. kenapa tak initiate je buat multistorey parking? dpt gak buat duit kot? ni tak, banyak bangunan ofis ja bina serata tempat.. penjawat awam kat putrajaya takkan harap parking free ja? nak parking, bayar ler parking fee. ni mesti kedeks jugak. mesti semua nak free, semua nak ditatang minyak yg penuh.. orang awam datang berurusan sana pun bole gak merasa kemudahan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 08:45 AM | Show all posts
ada je tempat parking area lapang kat putrajaya tu x silap akak....tapi jauh la nak menapak ke satu2 tempat yang kita nak pi....kalau sayang kereta sendiri mesti takkan rela parking tempat yang mengundang risiko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2021 09:00 AM | Show all posts

10 Kenderaan Diparkir Tepi Jalan Calar Teruk Diseret Lori

Putrajaya: Sepuluh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks Kerajaan Parcel E, di sini, mengalami kerosakan akibat digesel sebuah lori hari ini.


Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dan tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.


A Asmadi tidak menolak kemungkinan kenderaan yang diparkir di bahagian kiri dan kanan jalan itu menghalang kelancaran laluan, sehingga menyebabkan kenderaan lain sukar untuk melepasi jalan berkenaan.




Foto: Harian Metro




"Daripada rakaman CCTV, saya lihat laluan jadi sempit. Mungkin pemandu lori itu lama menunggu untuk melepasi laluan namun pemilik kereta tidak muncul.


"Maka dia (pemandu lori) cuba melepasi laluan itu dengan merempuh kereta," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, pemandu lori itu berjaya dikesan polis dan pihaknya akan mengambil keterangan daripada semua pihak yang terbabit.


"Apa pun kita akan siasat dahulu untuk dapatkan maklumat punca sebenar kejadian," katanya dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Menerusi rakaman CCTV yang tular, sebuah lori berwarna putih dilihat melanggar sebuah kereta berwarna merah di bahagian kiri laluan sebelum mengundur dan melanggar sebuah kereta berwarna putih.


Lori terbabit kemudiannya kelihatan melanggar kereta berwarna putih itu sekali lagi dan meneruskan perjalanan dengan melanggar beberapa kereta lain yang turut diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kereta.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:01 AM | Show all posts
Ikut perancangan awal Putrajaya dulu, Tun plan nak buat park and ride je, kakitangan yg bekerja di Putrajaya ada kemudahan monorel yg menghubungkan antara parcel-parcel dan presint 1 dan 2.
Tapi sbb stop projek monorel tu, ganti dgn perkhidmatan nadiputra yg entah apa-apa tu. So acik-acik gomen tak merasalah nak park and ride. tu yg terpaksa parking dibahu jalan kiri kanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-10-2021 10:55 PM
Padan muka keter2 tu sume
Sah2 la tu bukan designated parking
Kalo claim insurans pun x dpt sbb ko x ...

Ni klau buat report polis tnya keta parking kt mana? Driver ckp errr tepi jln, polis tu akn bagi 2 pilihan nk buat report blh tp byr saman sbb park bkn kt kotak parking atau x pyh report keta rosak repair sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:06 AM | Show all posts
Bila park kiri kanan, lorong tengah2 tu memang ngam2 kereta sahaja yang boleh lepas. Polis pulak baru sekarang cakap tak boleh park situ.. selama ni buat apa? dah jadi isu baru nak ambik tindakan.  Malaysia ni selalu macam tu.  Asalnya memang tak boleh, bila orang try2 buat tiada tindakan dan dah jadi kebiasaan... tapi bila something happen tetiba penguatkuasa kata memang tak boleh... cuci tangan.. apa2 hal tanggung sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 22-10-2021 09:01 AM
Ikut perancangan awal Putrajaya dulu, Tun plan nak buat park and ride je, kakitangan yg bekerja di P ...

Sapa la town planning putrajaya tu? Dia ingat ni zmn jepun ke suma org kayuh basikal
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 22-10-2021 09:01 AM
Ikut perancangan awal Putrajaya dulu, Tun plan nak buat park and ride je, kakitangan yg bekerja di P ...

Lepas tun resign, developer tak ikut apa yg dah dirancang. Next pm tak nak teruskan. Budget dialih ke projek pm seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:09 AM | Show all posts
Puas hati meolls tengok nih. Padan muka yg sesuka hati parking tepi jalan.
Itu makan dia.
Ada ke acik2 gomen dan swasta yg terlibat kereta rosak tercalar remuk ni cer kabo jap... ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:13 AM | Show all posts
Naya oooo, takleh nak claim kerosakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:21 AM | Show all posts
Salah sendiri parking sesuka hati tak fikir kenderaan lain boleh lalu ke tidak.
Ambil ikhtibar lah bila kena mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:21 AM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 22-10-2021 09:56 AM

Yang rekod cctv tu pbt ke? Salahkan lori means mereka okay lah kereta parking merata? Lol. Kalau pbt cerdik, guna cctv ada tu, keluarkan saman dekat kereta yang parking merata supaya tak berlanjutan.

Tapi yelah, malaysia ni langgar undang2 takpe asalkan ramai orang buat.

Parking lot punya lah banyak dan luas kat putrajaya tu, free.
Pemalas. Nak depan mata. Nak pbt buat parking tepi jalan? Tu kawasan kompleks kerajaan, bukan bandar pelancongan.

Weekend I lari kat putrajaya banyak je ruang dekat parking lot tepi mahkamah tu. Tepi2 jalan jugak penuh, ganggu lalu lintas & pedestrian walk.

Kalau time ada event pape pun so far waktu hujung minggu /cuti je, bukan waktu gov beroperasi. Available je parking.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 09:40 AM | Show all posts
Kalau kereta tu parking kat line kuning memang padan kan je muka tu hidup nak nyusah kan orang je
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:43 AM | Show all posts
kasihan...nak kena repair kereta mau ribu2 juga tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Banyak sangat manusia suka menyusahkan orang macam ni. Haritu pun baru tengok bas rapid tak lepas lalu. Penat dia hon, pemilik kereta tak datang2. Nasib baik pak cik tu penyabar.. hari2 kena hadap manusia macam ni, stress ooii.
Kalau kena macam ni, pemilik kenderaan boleh claim insurans ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:52 AM | Show all posts
cousin iolss duduk putrajaya. dia pernah merungut kat ayah iolss pasal orang parking tepi jalan ni. dia cakap kalau ada trak bomba lalu, 'sapu' kereta kat tepi2 jalan tu jangan nak marah2 la.

lagi satu parking kat hospital serdang. kakak iolss masa anak dia appointment kat situ dulu slalu amik grab je. tak pun laki dia drop je kat situ, pastu balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.140259 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list