CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Jangan Pandang Belakang Congkak

[Copy link]
Post time 27-5-2009 01:33 PM | Show all posts
kalo blh dapat tu best la. peluang terbukak cam ni jarang dtg..senang gak upload video je
ade ke dpt pencen kakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2009 12:47 AM | Show all posts
mcm best cite die.. nk g tgk nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 12:47 AM | Show all posts
macam nak tgk...first time rasa cite melayu best lepas zombie kampung pisang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 11:58 AM | Show all posts
Idham kitar semula judul filem untuk 'jual' JPBC

Oleh WAHIDA ASRANI

BERMULA dengan hanya cakap-cakap kosong, pengarah tersohor Ahmad Idham akhirnya merasakan idea untuk menghasilkan karya baru menggunakan judul Jangan Pandang Belakang Congkak sebenarnya cukup menarik.

Setelah perbincangan dibuat dengan MIG Production tentang idea tersebut, tercetuslah filem yang ditampilkan di dalam genre komedi seram dan bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula 4 Jun ini.

"Selepas saya hasilkan dua buah filem seran, Jangan Pandang Belakang dan Congkak, ramai yang asyik bertanyakan pada saya bila saya nak buat filem seram lagi.


Barisan pelakon utama JPBC (dari kiri) Lan, Cat, Shaheizy dan Lisa - foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

"Jadi, saya hanya berseloroh dalam nada spontan dengan mengatakan saya akan buat filem Jangan Pandang Belakang Congkak, menggabungkan judul dua buah filem. Tapi ketika itu memang saya sekadar 'main-main' saja.

"Tapi selepas itu, saya terfikir idea tersebut macam menarik pula dan saya mula cuba kembangkan idea itu untuk dijadikan sebuah cerita. Filem ini bagaimanapun bukan sekuel kepada dua buah filem tersebut," kata Idham pada majlis prebiu filem tersebut di Cineleisure Damansara, semalam.

Menurut Idham, dia tidak kisah jika ada pihak yang beranggapan dia sengaja meletakkan strategi dengan 'mengitar semula' judul-judul filem terdahulu semata-mata untuk 'menjual' JPBC.

"Bagi saya, tak salah untuk saya berbuat demikian jika dengan cara ini ia dapat mencetuskan kesedaran dan menarik minat ramai. Sama juga dengan projek filem baru saya, Puaka Niyang Rapik yang menggunakan judul yang sama dengan versi drama yang saya hasilkan dulu.

"Saya tetap gunakan judul tersebut walaupun ia akan menampilkan jalan cerita yang lain, tidak seperti drama Puaka Niyang Rapik.

"Saya tidak kisah kalau orang cakap saya suka kitar semula judul. Saya sendiri belajar dengan penerbit, Mohd Nor Kadir yang selalu cakap pada saya, jika tajuk itu dapat 'capture' penonton, itu merupakan satu kejayaan," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang filem JPBC itu, kata Idham, filem yang menampilkan barisan pelakon seperti Lan Pet Pet, Shaheizy Sam, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee, Dina dan Zarina AF itu lebih mengenengahkan elemen komedi berbanding mesej yang ingin disampaikan.

"Kali ini, saya lebih banyak fokus kepada elemen komedi manakala mesejnya hanya kecil iaitu tentang saka. Dan saya tidak tekankan unsur saka ini dari segi Islamik, tetapi apa yang buat ialah lebih kepada unsur-unsur komedi saja," kata Idham.

Secara ringkasnya, JPBC mengisahkan tentang tiga orang pemuda yang menerima surat daripada Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka.

Pak Sudir telah meninggal dunia dan menerusi surat tersebut, dia berhasrat untuk menyerahkan harta pusakanya kepada ketiga-tiga pemuda itu yang sebenarnya adalah cucu kepada Pak Sudir walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain dan tidak pernah bertemu Pak Sudir.

Ketika masih hidup, Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu, Mustika, seorang yang cukup misteri. Namun, sebelum ketiga-tiga pemuda ini dapat mewarisi harta Pak Sudir, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam wasiat iaitu mereka perlu menginap di rumah Pak Sudir selama tiga malam berturut-turut dan tidak dibenarkan menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut, terutamanya sebuah congkak usang.

Namun, mereka akhirnya terjumpa juga congkak yang dimaksudkan dan terpandang belakang congkak itu yang kemudiannya telah mengubah hidup mereka dan menimbulkan kekecohan di kampung tersebut.

Ditanya tentang barisan pelakon filem itu, kata Idham, dia yakin setiap pelakon yang terlibat mempunyai kekuatan tersendiri, terutamanya tiga watak utama yang didukung oleh Lan Pet Pet, Shaheizy Sam dan Cat Farish.

Walaupun Shaheizy Sam dipilih untuk menggantikan tempat Pierre Andre yang sepatutnya membawakan watak sebagai salah seorang pemuda dalam filem itu, namun ujar Idham, lakonan Shaheizy ternyata cukup memberangsangkan.

"Sejak dulu saya lihat dia ada potensi untuk pergi jauh dalam bidang ini, cuma ketika itu nama dia tidak begitu komersial. Tetapi saya banyak ambil dia untuk projek-projek saya walaupun hanya sekadar pelakon pembantu dan ternyata, dia memang mempunyai bakat besar.

"Dan bila kami terpaksa cari pelakon untuk gantikan Pierre atas masalah tertentu, saya rasakan Shaheizy memang layak," kata Idham.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 03:34 PM | Show all posts
ku nak jadi pelakon jugak, tapi muka hodoh bleh ke?   klau nak join hanye upload video ke? bila ke tarikh tutup contest ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 06:00 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

xsbr nk tggu cite ny..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2009 03:05 AM | Show all posts
Cam best gak preview dia..
Walopun Senario yg blakon, tp asalkan jalan cite tol2 lawak, aku relakan la gi bayor 10 hengget g tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 09:06 PM | Show all posts
kah2...aku nk trgelak tgk sorng minh nih...
ms kt wyg, time tuh ad trailer cte nih....dia siap tutup2 muke sb bajet ni cte hantu seram ar...
lps abih trailer...dia ckp "awat xseram pon" smbil wat muke konon2 berani......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 01:42 PM | Show all posts
mcm best jer citer nie. .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 03:07 PM | Show all posts
esok kan opening
aku nak p tgk

haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 03:22 PM | Show all posts
esok ak g tgk kt mega.. ak xnk pegi ah, kwn ak cbuk ajak gak ak.... tpakse r..

sape2 kt kuantan, jmpe d saneee...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 03:24 PM | Show all posts
sapa dah tgk crita la kat sini..aku baca sinopsis cam best la plak..lawak seram katanya ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 02:27 AM | Show all posts
Kena tonton movie ni.. Bila lagi nk kasi ilang stress~ huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 01:35 PM | Show all posts
tgu kat tv aje kot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 01:40 PM | Show all posts
ada 2 tred ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 11:48 PM | Show all posts
aku baru balik nengok citer nih

hheehh

kat sunway pyramid, yakni belakang umah aku...


hmm...

pada pendapat aku laa ye...

overall...

1. biasa2 je...nengok keliwon lagi best kot
2. yup, biasa buat orang gelak..tapi gelak tu mcm kejap dan tak abes...thenti2...so, boleh bayangkanlah pilem nih
3. scene yang mungkin aku ingat sampai bila2 dan bisa buat aku gelak banyak kali...adegan toyol (si cat farish) merempit ngan mat2 rempit tu....hahahaha
4. banyak muka baru...ntah sape2....skrip pung tak kuat mana pung...biasa2 jerk...yang aku boleh ingat....lakonan si den wahab jadik crook.
5. azli senahriuh tu...lakonan dia jadik tok moh mmg meyakinkan...suara lantang garau bila baca mentera, yakin..tapi bila buat muka badut dia mcm biasa...haha dah kelakar dan mcm tak real plak
6. lan pet-pet biasa2 je, sbb dah biasa nengok dia blakon mlawak mcm tu kot...
7. cat farish tu...aku rasa poyo plak...beryo yo yo...manjang...ntah..mungkin aku tak minat...tapi bila dia dah tukar hantu ijau (toyol) lawak laaa
8. aku mmg excited nak p tgk...sbb nampak gambo si kuman jadik tok bomoh gak...tapi rupanya ciput jerk watak dia..hampa aku...
9. si sam ke sape nama salah sorang pelakon tu, adik badik si zetty kan? kelakar laa dia bawak watak mcm tu..ala2 ponen skit...hahahah... dia nih lari seksi laaa... hihiihi
10. watak 3 dara pingitan, zarina, dina ngan sape tah lagi sorang tu...biasa2 jerk...nape aku nengok, dina tu takde la besar sgt badan nyer...?
11. lisa suriani..pung biasa2 jerk..... eh, set perkakas tok bomoh dalam gua tu...tak best langsung..tak real..kecuali ular sawa hidup tu jelah...hehehe


nanti laa..apa lagi aku ingat..aku sambung..

tapi aku rasa aku lebih enjoy nengok citer zombie kg pisang...dari awal sampai sudah gelak jerk haku...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 01:50 AM | Show all posts
tak best la ni? hmph..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 10:30 AM | Show all posts
haku plan nk nengok esok..

p/s syd, dr byk2 bintang..hang bg baper bintang??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 11:04 AM | Show all posts

Reply #59 rosa_canina's post

pendapat aku je ye
eheheh

personally, aku tak gemar nengok citer melayu

sbb ni citer hantu kelakar (penangan zombie kg pisang laa ni )
aku pung beria laa nak pegi...

hmm..aku kasik 3 bintang jer laaa



/- malam tadi show kul 9 kat sunway pyramid tu, penuh gak laaa....mak pak bawak anak2 dorang reramai p tgk...mat-mat rempit pung ramai nengok...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:04 AM | Show all posts

Balas #57 Syd\ catat

zombie kampung pisang pon tabest.. lg kan cite neh dak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061156 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list