- Mengapa Mitsubishi dipilih sebagai rakan kongsi ?
sebenarnya sebelum berbincang dgn mitsubishi,banyak perbincangan dilakukan dgn pengeluar2 kereta yg lain (Daihatsu juga pernah terlibat dalam perbicangan tetapi tidak bersetuju dgn konsep tersebut pd masa itu) tetapi kerana penglibatan terus pengerusi MMC, Dr Kubo yang mempunyai keinginan khusus untuk mencipta kereta yang mempunyai keperibadian bangsa (nasional) dan Dr Kubo juga telah melihat semangat dan idea Tun Dr Mahathir yang ternyata mempunyao visi yang sama dengan beliau. Kereta untuk Rakyat!
- Dalam mesyuarat rundingan pihak yg terlibat ialah Projek kereta nasional Hicom diketuai Tan Sri Dato Jamil Jan, perwakilan Mitsubishi yang diketuai En Masanao Ueda dan konsultan teknikal & perunding kejuruteraan british, Maclaren & Partners.
HICOM – pasukan projek kereta nasional Hicom 1982-83 selepas majlis tandatangan perjanjian. Selepas kontrak ditandatangani hampir semua petugas projek kereta nasional Hicom diserap ke dalam Proton.
Proton Saga 1985 - Pelancaran pasaran proton saga pada September 1985
Fakta & Trivia proton saga :
- kod model proton saga ialah LM41 dan LM44
- dibina berdasarkan Mitsubishi Lancer Fiore.
- Disember 1982, Lakaran cadangan & clay model berskala penuh diserahkan kepada Tun Dr Mahathir di Airod, Lapangan Terbang Subang.
- Januari 1983, Tun Dr Mahathir dalam lawatan rasmi ke jepun dijemput untuk menyaksikan model-model yang sudah dikemaskan di Okazaki, MMC di Prefektur Nagoya.
- Penggayaan semula mitsubishi lancer kepada Proton Saga melibatkan tenaga kerja tempatan iaitu sebuah pasukan rekabentuk diketuai En Mohamad Azali Abdul Rahim (Pensyarah kanan rekabentuk perusahan ITM) dibantu perunding kejuruteraan dari british IAD.
- Disember 1983, Prototaip pertama LM41 diserahkan kepada Tun Dr Mahathir di tokyo.
- April 1984, beberapa buah kereta Proton dipandu uji di malaysia tanpa pengetahuan media dan org ramai.
- 30 April 1984, pemilihan nama kereta nasional pertama. 3 nama diantara ratusan nama telah diserah kepada panel hakim Saga, Perdana, Gagah. Akhirnya En Ismail Jaafar yang mencadangkan nama Saga telah dipilih dan mendapat sebuah kereta Proton. Sebab Saga dipilih pengerusi panel hakim, Tan Sri Prof Awang Had Salleh menyatakan pokok saga melambangkan kestabilan, ketahanan & keserasian sifat-sifat berkaitan mereka yang terlibat dalam projek kereta nasional.
- Sultan Brunei ialah VIP luar negara yang pertama memandu Proton Saga kepunyaan Tun Dr Mahathir di malaysia.
- Feb 1986, 3 buah teksi Proton Saga yang pertama beroperasi sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
- Okt 1988, Proton Saga memenangi 2 emas & 1 perak di Pameran Kereta Antarabangsa British.
Proton Saga Limo – dilancarkan oleh Datuk Seri Rafidah Aziz di Carcosa Seri Negara pada Sept 1990. Ia telah direkabentuk oleh pereka bentuk itali, Aldo Travaglini.
Proton Wira 1993 – pelancaran pasaran proton wira di PWTC pada Mei 1993.
SUBANG JAYA - Anda mungkin berpeluang membawa pulang wang tunai RM25,000 hanya dengan menggunakan sekeping gambar kereta Proton Saga yang dihantar kepada peraduan The Saga Snap & Win Photo Contest.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, peraduan tersebut bertujuan mengembalikan nostalgia yang mungkin menyentuh hati peminat model itu sejak ia diperkenalkan di pasaran sehingga versi terkini atau mengimbau pengalaman indah pemiliknya yang mempunyai nilai sentimental.
Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 telah mencatatkan sejarah apabila menghasilkan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga yang mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985.
Menurutnya, peraduan unik itu merupakan di antara pelbagai program yang akan dijalankan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 syarikat tersebut pada tahun ini.
Menurutnya, pelbagai program telah disusun sepanjang tahun yang akan membabitkan semua pihak dalam sejarah pembangunan Proton selama ini.
" Ia ditujukan kepada umum, pelanggan tempatan dan antarabangsa, kakitangan Proton, pengedar, vendor dan petugas media, " katanya pada majlis pelancaran logo rasmi ulang tahun ke-25 Proton di sini semalam.
Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, sebanyak 11 kelab kenderaan Proton yang membabitkan sebanyak 125 buah kereta keluaran syarikat automobil itu akan berkonvoi sambil beramal di seluruh negara.
" Selain itu, Proton juga akan menubuhkan sebuah tabung kebajikan khas yang mana bagi setiap jualan model keretanya maka sebanyak RM25 akan disumbangkan ke dalam tabung berkenaan mulai hari ini sehingga 30 Jun ini.
" Hasil tabungan itu akan diagihkan kepada 25 organisasi kebajikan pada Majlis Gala Ulang Tahun ke-25 yang akan diadakan 9 Julai ini, " jelasnya.
Sementara itu, beliau menjelaskan, pihaknya kini masih berbincang dengan syarikat di India untuk menjadikan negara itu sebagai pangkalan operasi Proton.
" Kami cuba merealisasikannya secepat mungkin, " katanya.