CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: andria

Peluang Bekerja Di New Zealand - Pengambilan SEKARANG!

[Copy link]
 Author| Post time 5-4-2009 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 31-3-2009 23:02
erk andria...brapa modal jika nk g sana erk...?

leh ke tanya open direct kt sni?or kna pm gak?



Better pm or cek info kat thread lagi satu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 12:02 PM | Show all posts
Salam Kak Andria dan forum-ers,

Pada tahun 2012, saya telah terserempak dengan thread akak 'fruit picker NZ' semasa google working holiday NZ for Malaysians. Saya telah membaca setiap satu komentar yang dihantar oleh setiap orang ke thread tersebut, especially perjalanan akak dari awal sampai ke akhir.

Saya sangat terinspirasi dengan semangat pengembaraan akak, dan bermula dengan panduan di thread akak itu, saya mengumpul maklumat sedikit demi sedikit tentang working holiday, backpacking dan fruit picking di NZ.

Saya juga secara serius mula mengumpul duit untuk mengikut jejak langkah kembara akak. Setelah setahun bekerja keras, alhamdulillah saya berjaya mengembara backpacking dan working holiday NZ pada tahun lepas di bulan September. Saya baru sahaja kembali ke tanah air pada bulan lepas setelah visa tamat. Hajat di hati mahu menyambung lagi visa, tetapi saya masih terikat dengan tempat kerja sekarang dan harus kembali.

Tidak dinafikan, sepanjang setahun sebelum saya berangkat, begitu banyak halangan yang terkadang hampir membuatkan saya berputus asa. Tetapi berbekalkan semangat yang saya dapat dari cerita pengalaman akak di thread itu, dan sebuah buku lama bertajuk Arus Kehidupan nukilan Khadijah Hashim yang menceritakan kisah pengembaraan seorang lelaki Melayu yang mengembara ke negeri orang mencari rezeki untuk mengubah nasib keluarganya, saya hadapi jua halangan-halangan yang melintang.

Saya telah berniat, sekembalinya ke Malaysia, saya pasti akan mengutuskan P.M kepada akak untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman akak di forum Cari ini dan telah menjadi panduan berguna kepada saya (dan saya pasti juga kepada orang-orang lain yang mempunyai semangat yang sama). Saya sangat menghargai sumbangan perkongsian pengalaman akak itu.

Saya juga telah berjanji kepada diri saya untuk mengikut jejak langkah akak juga untuk berkongsi pengalaman saya supaya dapat sedikit sebanyak membantu sesiapa yang sedang mencari panduan untuk working holiday dan backpacking ke NZ. Semasa di NZ, saya telah menulis sebuah buku panduan mengenainya dan sekarang di dalam proses untuk menerbitkannya. Saya juga telah membuka sebuah blog 'refleksi pengalaman' saya dari awal perjalanan sehinggalah ke akhirnya. Kalau akak sudi, (and forum-ers yang mahu mendapatkan gambaran umum) bolehlah baca blog saya malaysianbackpackingnewzealand.wordpress.com.

Saya semata-mata mendaftar di forum Cari ini adalah kerana untuk P.M akak dan juga memberi kredit kepada sumbangan akak melalui thread fruit picker NZ itu.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada sumbangan akak di alam maya ini yang telah menjadi langkah pertama pengembaraan NZ saya. Saya doakan semoga akak sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga dan dirahmati Allah sentiasa.

Aisha
Shah Alam

p/s: Catatan ini adalah ubahsuai salinan P.M saya kepada Kak Andria. Saya rasa Kak Andria tidak aktif lagi di forum kerana selepas seminggu lebih masih tiada respond dari beliau. Tetapi saya masih mahu memberi kredit kepada Kak Andria dan membuat keputusan untuk publish sahaja catatan ini di thread ini (thread 'fruit picker NZ' original rasa-nya telah dipadamkan oleh beliau). Semoga bermanfaat kepada yang ingin mengembara backpacking atau working holiday NZ.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 10:49 PM | Show all posts
As Salam Aisha,

Sy dah khatam baca blog awak. X sabar nak tunggu entry seterusnya part cari kerja, bekerja dan menjalani kehidupan di sana.

Actually saya mmg nak apply NZ Working Holiday January 2014 lepas tapi masa tu sy tengah bercuti oversea n dapat tahu tentang visa ni pun last minute. So agak tidak berkobar utk apply. Next year dah x boleh apply sbb next year saya dah 30 tahun. Visa tu utk yg berumur 30 ke bawah jer..

Sy tgh kumpul maklumat utk Working Holiday Australia pula. Application Julai ni.

Harap dapat baca lebih banyak pengalaman Cik Aisha..

Thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 06:31 AM | Show all posts
aisha2014 posted on 1-5-2014 12:02 PM
Salam Kak Andria dan forum-ers,

Pada tahun 2012, saya telah terserempak dengan thread akak 'fruit ...

salam. sy pun berminat nak kerja dekat NZ. TT dah lama x online. mcm mana nak apply?

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:24 PM | Show all posts
mhafis posted on 3-5-2014 10:49 PM
As Salam Aisha,

Sy dah khatam baca blog awak. X sabar nak tunggu entry seterusnya part cari kerja ...

terima kasih mhafis. tahun depan awak masih boleh apply walaupun dah umur 30. syaratnya tarikh lahir awak mesti selepas tarikh permohonan visa. contoh:
tarikh permohonan pembukaan visa: 23 Januari 2015
tarikh lahir pemohon: 02 Februari 1984; LAYAK
tarikh lahir pemohon: 02 Januari 1984; TIDAK layak

jadi anda masih punya peluang

RALAT

Pembetulan: Visa ini terbuka kepada yang berusia 18-30 tahun . Umur 31 masih layak memohon asalkan mengikut syarat yang saya contohkan di atas. mohon maaf atas kesilapan info (mhafis, talian jangka hayat awak untuk WHVNZ ada 2 tahun lagi ye, ) Last edited by aisha2014 on 6-5-2014 10:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:30 PM | Show all posts
aina_shaira posted on 5-5-2014 06:31 AM
salam. sy pun berminat nak kerja dekat NZ. TT dah lama x online. mcm mana nak apply?

aina, taip 'working holiday new zealand for malaysian' di Google. Link teratas akan direct anda ke website immigration nz. nak cerita satu persatu terlalu panjang. website tu akan bagi arahan langkah demi langkah cara-cara untuk apply working holiday nz. selamat buat research!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2014 01:18 AM | Show all posts
aisha2014 posted on 5-5-2014 11:24 PM
terima kasih mhafis. tahun depan awak masih boleh apply walaupun dah umur 30. syaratnya tarikh lah ...

Mcm tu ke? Ikut tarikh yer? Kalau mcm tu saya layak lagi lah tahun depan sbb kuota utk 2015/2016 akan dibuka pada January 2015 dan saya lahir February 2015. Alhamdulillah.. (pandai pula Cik Aisha memberi contoh)

Will try my luck apply Aussie punya visa dulu July ni. Kalau x lepas baru cuba NZ. Tak pun kalau lulus Aussie, pegi sana 6 bulan, balik sambung NZ pula.. Wah, semangat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 09:00 PM | Show all posts
mhafis posted on 6-5-2014 01:18 AM
Mcm tu ke? Ikut tarikh yer? Kalau mcm tu saya layak lagi lah tahun depan sbb kuota utk 2015/2016 a ...

mhafis, semoga berjaya !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
aisha2014 posted on 6-5-2014 09:00 PM
mhafis, semoga berjaya  !

As Salam..

Saya nak tanya mcm mana awak dapat kerja kat sana? Cari kat sana selepas sampai atau cari dari Malaysia.

Masa kat sana awak kerja apa? Dan berapa gajinya? Bagaimana keadaan kerjanya? Berapa jam berkerja?

Baliknya dari sana, berapa jumlah yang awak kumpulkan?

Sorry banyak tanya. Sy sebenarnya tunggu post ni dlm blog awak. Tapi mcm lambat lagi je nak sampai chapter ni.. Baru chapter berjalan2 makan angin tgk festival Cina je setakat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 09:11 PM | Show all posts
mhafis posted on 6-5-2014 01:18 AM
Mcm tu ke? Ikut tarikh yer? Kalau mcm tu saya layak lagi lah tahun depan sbb kuota utk 2015/2016 a ...

Salam,

Bukan saudara kerja sebagai guru ke?

Bagaimana dengan pekerjaan guru jika saudara bekerja 6 bulan di Australia?

Just bertanya sebab sangat curious.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:08 PM | Show all posts
shimbi posted on 7-5-2014 09:11 PM
Salam,

Bukan saudara kerja sebagai guru ke?

As Salam,

Tak lah.. Saya kerja swasta dah 5 tahun. Kalau dapat I just resign lah. Hehe.. Saya rasa sementara muda ni saya nak explore tempat orang. Nak kerja kat luar. Lain pengalamannya ke negara org sebagai pelancong dan penduduk (sementara). Hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 09:45 PM | Show all posts
mhafis posted on 7-5-2014 10:08 PM
As Salam,

Tak lah.. Saya kerja swasta dah 5 tahun. Kalau dapat I just resign lah. Hehe.. Saya r ...

Alamak. Tersilap. Sorry ye.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 12:45 AM | Show all posts
As Salam semua..

Sy baru je submit application utk Work and Holiday visa ke Australia pagi tadi kat VFS Global. Kata officer tu semua dokumen lengkap dan peluang cerah utk approve.

So nak start cari lubang kerja kat sana. Ada siapa-siapa tahu x? Plan nak stay kat Melbourne sbb kos sana murah sikit dr Sydney.

Kalau boleh nak kerja kat restoran atau theme park atau hotel. Fruit picker pun ok juga.

Btw mana Cik Aisha ni pegi. Blog x update pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.522049 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list