best giler album ni! awan layan lagu2 ni siang malam. awan paling suka belasmu, hawa, oh my dan cantik. mmg berbaloi RM25.90!!! tahniah nikki & vernon!
[ Last edited by jac_diehard_fan at 12-2-2009 03:10 PM ]
lagu cantik - copy paste lagu dayang nurfaizah (tiga)
lagu belasmu - copy paste lagu mariah carey (bye-bye)
lagu oh my - copy paste lagu ning (drama)
lagu cinta - copy paste satu lagu instrumental yang selalu dlm movie (esp. scene ballroom)
lirik semalam dan sebelumnya.. best laa.. standard la ad samad kann
SEMALAM DAN SEBELUMNYA
Sedang berjalan di kaki lima
Ramai yang pulang dari bekerja
Sehari lagi hampir berlalu
Esok bermula semua semula
Apakah erti hidup ini
Sebuah kitaran tanpa penghujung
Bertambah sayu bila ku sedar
Ku bersendirian di tengah ramai
Cukup sudah berkali mentari terbit tanpa diriku berteman
Malam disindir bulan purnama
Menyempurnakan kesepianku
Cemburu berkunjung ke hatiku melihat pasangan yang berkasih
Seolah dunia ini tercipta
Hanyalah kerana mereka..
Gosok baju, lekas bersiap
Lepas sarapan ke tempat kerja
Tiada beza hari ini, dengan semalam dan sebelumnya
Apakah erti hidup ini
Sebuah kitaran tanpa penghujung
Makin kufikir, makin terasa
Betapa beratnya hidup yang kosong
lagu Betara Sukma tu adapted daripada opera aria kan? ...Donizetti's Lucia di Lammermoor..best gak la album ni..lagu Cinta plak saduran Bach's Air on G String..
[ Last edited by flying_cow at 14-2-2009 05:47 PM ]
this album is masterpiece...semua track best...dan aku tak skip satu track pun..semakin suka lagu CANTIK, TAK PERLU, SELAMAT TINGGAL,HAWA,BABY'S BABY,RELAKAN..yang penting ada satu part dalam lagu BABY'S BABY tu vokal NIKKI boleh lenggok akrobatik macam beyonce dalam lagu emotions...aku sgt impress..so far ada 3 artis malaysia yg boleh buat lenggok tu-HAZAMI, SYAFINAZ n NIKKI...
vokal NIKKI dalam album ni mmg meletops..
aku sgt tak kisah komposer mensample lagu..kalau ikut akta copyright pun 70% of the song is a new material dan 30% lagi sampling itu dikira sebagai sebuah lagu baru..in fact teknik sampling ni bukannya perkara baru..kat industri muzik US tu berlambak guna sample..menang je award lagu2 yang ada sample nie..cuma bezanya diorg sangat particular tetang bab ni..diaorg akan dapatkan kebenaran copyright dari syarikat rakaman dan akan bagi kredit dalam inlay..sebab tulah tak pernah jadi isu ciplak menciplak kat sana....terbalik dgn industri muzik malaysia..ada komposer yg terangan meniru pun tak bagi kredit pada pencipta lagu asal...apatah lagi utk dapatkan kebenaran..cth paling ketara ialah lagu EZLYN HI HI BYE BYE tu sangat meniru ROCK DJ...tiru yang melampau2i batasan fikiran manusia..still boleh menang AJL lagi...dalam album NIKKI - HAWA ni banyak juga kredit diberikan kepada pencipta lagu asal dalam inlay album nie...thats y aku macam tak kisah diorg membuat sample2 nie...ikut kreativiti masing2...