CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coldfusionr

Bahagia ke Tanpa Restu?!!!

[Copy link]
Post time 31-12-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #27 comei's post

mak mak sekarang perasan anak2 diorg best.. bohsan.. tak reti ukur baju kat badan sendiri.. keyword dia, PERASAN..  berasa diri lebih dr org lain.. mcm org lain haprak sgt.. tua tua pon takdak akai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by mummyslove at 31-12-2008 09:46 AM

Huih brutal nya cik hana kiter nie


bosann..
semuaa nak salahkan mak..
kalau fail exam..salahkan mak
kalau jadi perangai buruk2 & tak jadi org ..salahkan mak..
kalau terlibat dgn kancah2 dadah2/bohsia/pelacur..salahkan mak..
kalau jobless, pemalas, tak reti tanggungjawab & jaga diri tapi, gatal2 nak kawen..pun salahkan mak tak kasi kawen..

bila nak salahkan diri sendiri pun tak tahu..

mcm ler mak tu suka sgt nak melahirkan anak2 yg suka melawan ckp..degil tak dengar cakap..
sekali beranak..sakit kan?
mcm ler beranak tu mcm berak aje..sekali tekan..terus baby keluar..

patutkan..semua ibu2..sblum nak beranak tu..gi menilik dulu..anak yg akan dilahirkan tu jenis suka nak salahkan mak ke tak.
kalau suka jenis salahkan mak utk semua benda..gugurkan ajek..buat pening kepala besok2..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 03:59 PM | Show all posts

Balas #36 comei\ catat

kawen lari ..tak yah restu kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by <i>gilagila2</i> at 30-12-2008 05:06 PM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=28018705&ptid=393486" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />

<br />

<br />
bukan semua org macam kau. kau tak diuji lagi memang boleh cakap lepas, masalahnya org yg diuji .<br />
<br />
bagi aku dalam memilih pasangan, ibu bapa nak restu ke tidak, lantak lah.yg penting aku ka ...
<br />

Cakap lepas ? Tak... cakap berfikirlah nie... Tak pernah diuji? Mana ko tahu?

Cuba ko kira betul-betul... Dalam Islam, mana yang lebih penting... Mak ke isteri? Mak ke suami? Mak dengan ayah? Mana lebih penting? Kita hidup didunia ni lama mana sangat? 30 tahun? 40? 50? 60? Selama mana mak ayah kita akan berada bersama kita, boleh kita pegang, boleh kita cakap, boleh kita tatap? Boleh kita cium tangan dia pohon maaf?

Kalau ko nak pentingkan lelaki lebih daripada mak ayah sendiri, itu terpulang, sebab pada aku aku lebih sayang mak ayah aku daripada org lain yang baru kita kenal... CUba pujuk mereka, berbuat baik kepada mereka, itu usaha kita, tapi untuk membelakangkan mereka semata-mata inginkan kehendak kita dipenuhi adalah BIG NO NO kepada aku, mungkin tidak kepada ko...

So kalau ko mmg berniat nak tampo mak ko sebab mende2 macam ni aku cuma mampu tepuk dahi jerlah... CInta bukan segala-galanya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by matdue77 at 31-12-2008 08:35 PM


Cakap lepas ? Tak... cakap berfikirlah nie... Tak pernah diuji? Mana ko tahu?

Cuba ko kira betul-betul... Dalam Islam, mana yang lebih penting... Mak ke isteri? Mak ke suami? Mak dengan ay ...


aku akan pilih calon suami yg aku suka, kalau mak aku tak suka, lantak dia la. Lepas aku kahwin,syurga aku bukan di tapak kaki mak aku lagi, selagi aku taat pada laki aku, terjamin syurga bagi aku. masa tu kalau laki aku tak bg aku jenguk mak aku seumur hidup pun,aku tak berdosa dah sebab aku taat pada laki aku.

erkk...ada kau dgr syurga bag isteri di tapak kaki mak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 10:49 PM | Show all posts

Reply #45 gilagila2's post

Aku bukan pakar agama, juga bukan ustaz, tapi setahu aku kalau kita tak menghormati ibu sendiri, tak pedulikan dia, tak ambil tahu tentang hal ehwal dia, even ko taat pada suami pun, rasanya masih lagi akan masuk syurga ke?

Yes, ko mungkin akan argue plak nanti yang sapa yang boleh tentukan hal syurga neraka kan? So i'll rest my case kat sini... Biar org yang arif agama plak komen tentang hal ini...

Tapi pendapat aku still sama, taat pada ibu-bapa dulu then baru fikirkan tentang pasangan hidup... full stop....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2008 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by matdue77 at 31-12-2008 10:49 PM
Aku bukan pakar agama, juga bukan ustaz, tapi setahu aku kalau kita tak menghormati ibu sendiri, tak pedulikan dia, tak ambil tahu tentang hal ehwal dia, even ko taat pada suami pun, rasanya masi ...


Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya."(Hadis riwayat Abu Daud)
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:31 PM | Show all posts
Aku copy sikit je undang2 syariah ni, maksudnya bila dah kahwin sama ada ibu bapa restu atau tidak, isteri mesti taat pada suami. Tak de pun disoal mak kau restu atau tidak untuk mensabitkan kesalahan nusyuz tu.

Berkaitan nusyuz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 11:39 PM | Show all posts
Dilema seorang Isteri: Antara suami dan ibu

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

saya seorang perempuan berumur 30 tahun. sudah mendirikan rumahtangga sejak tiga tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. saya selalu dengar tentang keluhan para isteri yg tidak puas hati dengan tindak tanduk mak mertua masing2. tapi utk kes saya ini lain.

sekarang ini saya & suami serta anak tinggal dirumah emak saya sejak 2 tahun selepas bapa saya meninggaldunia. tujuan saya memutuskan utk tinggal bersama emak saya kerana hendak menemani emak kerana dia tinggal seorg memandangkan kakak tinggal dirumah lain bersama suami dan adik lelaki tinggal di subang.

saya tahu saya sebagai seorang anak mesti membantu, mentaati, melayani emak sebaik mungkin, mungkin saya ade buat silap kpd mak saya sbb saya tahu yg saya tak perfect, hanya manusia biasa. tetapi, mak saya masih tak puas hati dengan layanan saya terhadap dia. dia ckp yg saya ni sayang suami lebih dari dia (cara dia ckp mcm sy tak pedulikan die & mcm mendera dia). selain daripada itu,bila saya britau die saya hendak balik kampung suami saya, dia tak setuju sbb membuang duit dan lebih afdal kalau balik pada hari raya shj. dan semalam, baru je terjadi lagi pergaduhan hanya kerana cara saya mendengar perbualan dia. dia ckp kalau dia bercerita dgn saya, saya seperti tidak mendengar dgn betul & tidak pandangnyer. padahal mmg saya dengar & dia berada di hadapan saya, cuma mata saya ke tv. pastu, dia ckp bila saya berbual ngan suami saya, saya siap pandang belakang mengadap suami saya.

jadi soalannye ialah

1. syurga anak perempuan yg berkahwin terletak di mana? di bawah ibunya atau suaminya?

2. emak saya menuduh suami saya menceritakan hal tak elok tentang dia (emak) kat sepupu suami, padahal tidak. ini terjadi bila emak menjemput sepupu masuk ke rumah, dan sepupu menolaknye kerana hanya hendak berbual di luar rumah & mungkin taknk menyusahkan mak sya. jd ape hukumnye jika seorang emak menuduh anak & menantunye tanpa selidik?

3. dengan siapakah perlu saya ikut ckp terlbih dahulu, emak atau suami.

4. siapakah lebih afdal menjaga emaknya? anak lelaki atau perempuan?

5. selama saya tinggal dgn emak, saya telah byk mengendahkan suami saya kerana hendak memenuhi keperluan emak, tetapi emak saya tetap mgatakan saya ni anak yg teruk. dan adakah saya berdosa sekirenya saya mengabaikan tanggungjawab saya sbg seorg isteri utk melayan sepenuhnye kpd emak? kiranya saya terpaksa mendahului emak, baru suami.

6. adakah saya menderhaka kpd emak, jika dia(emak) menuduh suami saya & saya mempertahankan kerana ia tidak benar? sbb dia akan ckp yg saya melawan dia. bagi saya, saya cuma mempertahankan suami saya.

7. benarkah seorg emak boleh ckp ape saje benda tak baik kat anak, tetapi emak tidak mendapat dosa?

itu sahaja. saya harap akan mendapat jawapan dgn detail lagi. insyaAllah sy akan ikut nasihat ustaz.

hubungan dengan emak saya kira ok tetapi kadang2 kami sering berselisihan pendapat shingga menjadi pergaduhan. dan emak kecewa dgn jawapan yg saya beri jika dia bertanya sehingga dia mengatakan saya melawan ckp dia. bagi saya, sebagai serorg berumur 30, saya hanya meluahkan pendapat saya.

contohnya, emak tidak setuju suami saya bekerja menjual kereta, tetapi saya cuma katakan yg itu shj offer yg suami dpt dan tiada offer lain lagi. tapi dia tak puas hati sbb bg dia ade byk lg peluang pekerjaan. tapi saya masih ckp tiada peluang pekerjaan lain, sudah hantar byk resume, tapi cuma itu je yg dpt. lepas tu timbul le rase tak puas hati emak terhadap suami saya. dia ckp dia tak berkenan kt suami sya sejak dari zaman saya berkawan. then dia ckp kenapa cari suami mcm tu ler, dia lebih berkenan dgn sorg lelaki ni. saya ckp, kalau dh jodoh nk buat mcm mana. then dia ckp jodoh lain, ini lain. dengan perkara2 mcm ini yg membuat emak saya ckp anak2 dia melawan ckpnya. saya tak paham.

lepas je bergaduh, emak saya ckp yg dia doakan bahawa anak2 saya akan melawan saya suati hari nanti. saya tahu, anak akan berbuat demikian, tapi bagi saya tak perlu lah berdoa seperti begitu utk cucu2nya. dan dia juga berdoa agar anak saya dpt suami seperti menantu lelaki (yg tidak digermari) supaya saya rase ape yg dia rasa. bagi saya, seorg ibu mesti sentiasa doa kebaikan utk anak2 walaupun anak tu menderhaka. tapi emak saya membuat demikian sbb kecewa dgn saya.

jd ape perlu saya buat? adakah saya perlu berdiam sahaja tanpa memberi pendapat saya?

jawapan:

&#1576;&#1587;&#1605; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1548; &#1608; &#1575;&#1604;&#1581;&#1605;&#1583; &#1604;&#1604;&#1607;&#1548; &#1608; &#1575;&#1604;&#1589;&#1604;&#1575;&#1577; &#1608;&#1575;&#1604;&#1587;&#1604;&#1575;&#1605; &#1593;&#1604;&#1609; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1548; &#1608;&#1576;&#1593;&#1583;:

Jawapan kepada keseluruhan persoalan di atas secara ringkasnya adalah seperti berikut :

Secara umumnya Islam meletakkan hak suami sebagai perkara yang wajib dilaksanakan serta didahului berbanding dengan memenuhi keperluan dirinya (isteri) sendiri dan juga ibu dan bapanya , selagi mana ianya bukan kepada perkara-perkara yang dilarang atau maksiat kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw , maksudnya :

Sekiranya Aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain , nescaya aku akan menyuruh si isteri untuk sujud kepada suaminya.
(Hadis Sahih riwayat Abu Daud dalam Kitab an-Nikah bab 41 , Tirmizi no : 1159 , Ahmad : 4/381 dan Al-Hakim : 2/187.Ianya disahihkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi)

Malah dalam satu riwayat lain , Nabi saw bersabda dengan maksudnya :

Demi diriku dalam genggaman-Nya , seseorang perempuan itu tidak dikatakan telah menunaikan hak Tuhannya melainkan setelah ia menunaikan terlebih dahulu hak suaminya.
(HR al-Baihaqi dalam al-Kubra : 29207)

Walaubagaimana pun si isteri tetap dibolehkan untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada kedua ibu dan bapanya selagi mana ianya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suaminya. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra ayat 23 :

&#1608;&#1614;&#1602;&#1614;&#1590;&#1614;&#1609; &#1585;&#1614;&#1576;&#1615;&#1617;&#1603;&#1614; &#1571;&#1614;&#1604;&#1614;&#1617;&#1575; &#1578;&#1614;&#1593;&#1618;&#1576;&#1615;&#1583;&#1615;&#1608;&#1575; &#1573;&#1616;&#1604;&#1614;&#1617;&#1575; &#1573;&#1616;&#1610;&#1614;&#1617;&#1575;&#1607;&#1615; &#1608;&#1614;&#1576;&#1616;&#1575;&#1604;&#1618;&#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1616;&#1583;&#1614;&#1610;&#1618;&#1606;&#1616; &#1573;&#1616;&#1581;&#1618;&#1587;&#1614;&#1575;&#1606;&#1611;&#1575;

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.

Apabila berlaku pertembungan antara hak atau kewajipan kepada suami dengan hak atau kewajipan kepada ibu dan ayah , maka si isteri diwajibkan untuk mendahulukan tanggungjawab dan kewajipan kepada suaminya terlebih dahulu.

Pada ketika itu si isteri hendaklah melakukan pendekatan yang berhikmah dengan cara bersikap lemah lembut dan memohon maaf kepada ibu atau ayahnya kerana tidak dapat mendahulukan kehendaknya tanpa memutuskan tali silaturrahim antara ibu bapa dan anak.

Buatlah yang terbaik agar kepentingan suami dan ibu Puan dapat dijaga dengan baik dan sempurna.Selalulah berbincang dengan suami agar dapat bertolak ansur dan bersabar dengan kerenah dan ragam ibu Puan tersebut agar ikatan kekeluargaan tidak rosak dan terputus.

al-ahkam
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by matdue77 at 30-12-2008 01:28 PM
Komen aku ni aku beri atas dasar aku jugak ada 2 anak perempuan yang sedang membesar...

Pada aku, kalau kita sememangnya menghargai ibu-bapa yang selama ini bersusah payah membesarkan kita dengan kasih sayang dan penuh perasaan, tanpa kira waktu, tanpa kira sebarang duit yang terpaksa dikeluarkan, selama lebih lebih kurang berapa? 20 tahun? 30 tahun?... kita tidak akan tergamak untuk melukakan hati mereka dengan memilih selain daripada yang mereka restui...

Aku sendiri tidak tergamak untuk mengenepikan pengorbanan ibu-bapa aku selama berpuluh tahun hanya untuk bersama-sama dengan seorang wanita yang aku baru kenal dalam 2-3 tahun... Lebih sikit mungkin 5-6 tahun...

Itu sebabnya setiap org rapat yang aku kenal bilamana diorang datang perkenalkan bakal suami/isteri diorang kepada aku, soalan pertama yang aku tanya adalah "Ibu-bapa kalian restui atau tidak hubungan korang ni?"

Selalunya jawapan yang aku dapat MEREKA RESTU, tapi tak tahulah kalau2 mereka berbohong...

Tapi pada aku, IBUBAPA lah segala-galanya kepada aku berbanding segala yang lain...

RESTU adalah kata pemutus bagi aku...


Saya berkahwin dengan suami asalnya memang tidak mendapat restu dari ibu bapa. Yalah, ibu bapa mana yang suka anaknya berkahwin dengan suami orang. Kalau ada pun, jarang-jarang sangat. Tapi saya dan suami tetap meneruskan niat kami untuk bernikah.

Setelah kami selamat dan sah menjadi suami isteri, suami tidak menghalang untuk saya berjumpa dengan ibu bapa saya. Tetapi untuk saya berbaik dan mengambil hati mereka sememangnya memakan masa. Yang penting saya tidak putus asa dan sentiasa bersabar. Saya cuba buktikan pada mereka bahawa pilihan hidup saya itu tidak salah. Walaupun tanpa restu mereka, saya masih boleh hidup bahagia.

Yang penting kita as suami isteri yang tidak dapat restu dari ibu bapa dari awal ni, cuba sedaya upaya untuk menjernihkan kembali hubungan kita dengan mereka. Minta maaf dengan mereka elok-elok. Cuba ambil & pujuk hati mereka perlahan-lahan. Ibu bapa ni bukannya apa. Mereka sebenarnya nak melihat anak-anaknya bahagia dengan pilihan hidup. Mereka tidak mahu anaknya tersilap pilih dan akhirnya hidup menderita. Itu yang mereka risaukan.

Tetapi jika sudah terbukti kita bahagia dengan pilihan kita, hidup aman dan selesa, hati mereka pun turut sama senang,tenang & sentiasa mendoakan kesejahteraan kita itu berkekalan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:29 AM | Show all posts
i punya pendapat pulak.....

kalo boleh, kalo boleh...dptkan restu mak/ayah
kalo tak boleh w/pun dah guna segala jenis kaedah...mak/ayah degei gak...anak2 ada HAK mencorak gaya hidup dia sendiri tapi kena jernihkan apa yg patut...

hormat mak/ayah memang takde penafian tapi jgn sampai ketepikan hak kita sebagai anak utk hidup....

dan esok lusa kita plak jadi mak/ayah.....buat benda yg sama kat anak2, anak2 nie cuma amanah tuhan pd kita BUKAN tahanan kita yg perlu ikut turutan kita sebagai mak/ayah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:34 AM | Show all posts
cuma nak kongsi ilmu masa tgk tv...

ustaz harun din kata, kalo mak perintah anak lelaki dia ceraikan isteri atas sebab mak tak tu tak suka....anak tu WAJIB menceraikan isterinya tapi ulamak sependapat mengatakan penceraian tu TAK SAH...

so ustaz tu kata, belakang mak...bawak bini tu pindah tempat lain!

so igt kata2 laki aku, mak/ayah nie sampai jadi babi pun kita kena patut pd dia(igt kisah zaman nabi).....antara kita dgn dia masih anak dan mak/ayah ...dgn tuhan , itu urusan dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by Hyundai_2008 at 1-1-2009 12:51 AM


Saya berkahwin dengan suami asalnya memang tidak mendapat restu dari ibu bapa. Yalah, ibu bapa mana yang suka anaknya berkahwin dengan suami orang. Kalau ada pun, jarang-jarang sangat. Tapi s ...



setuju. kebahagiaan rumahtangga anak-anak tak de kaitan dengan restu mak bapak. bukti pun byk.

jadi saya paling benci bila ada org cuba kaitkan restu mak bapak dalam kebahagiaan rumahtangganya.

kalau nak bahagia, usaha sendiri bukan menyalahkan ibu bapa kalau tak bahagia.

peranan ibu bapa mungkin sebagai penasihat dan org tgh sahaja bila anak-anak perlu bantuan.

sesapa yg cuba tuding jari pada ibu bapa bila tak bahagia adalah manusia kejam.suka menyalahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:14 AM | Show all posts

Reply #53 gilagila2's post

gg2, eppi new year...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:15 AM | Show all posts
dan lagi, kepada pasangan yg tak kahwin sebab mak bapa tak restu adalah manusia yg pendek akal.

elok lah kahwin dgn pilihan hati tapi lepas kahwin, balik lah mohon restu. ibu bapa ni tak ke mana. jgn sampai pasangan kita lari...sebab kasih sayang kita adalah pemberian Allah,hargai lah.

jgn sampai selepas 10 tahun kemudian,baru menyesal tgk adik-beradik kita yg lain dah beranak pinak, kita masih seorang diri sebab pintu hati tertutup kerana pembalasan yg Allah berikan selepas kita menolak jodoh yg telah ditentukan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:16 AM | Show all posts

Reply #55 gilagila2's post

fuhh.. semenjak tawun baru ni, ceramah ko makin berisi la.. lahsyatt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2009 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 1-1-2009 09:14 AM
gg2, eppi new year...


happy new year ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 1-1-2009 09:16 AM

fuhh.. semenjak tawun baru ni, ceramah ko makin berisi la.. lahsyatt..



hmm tgk topik la.


ada kawan rapat saya, sama-sama belajar dulu. Mak ayah dia tak restu dia nak kahwin dgn suami org, padahal kwn saya tu dah bercinta bagai nak rak selama 5 tahun. mak dia tak layan permintaan dia. Sebabnya lelaki tu tak sekufu. Selepas kejadian tu, kawan saya patah hati sampai sekarang tak kahwin,dah 12 tahun dah kejadian tu. Adik-adikdia dah kahwin beranak pinak 5-6 org tapi si kwn saya tu masih sendiri, mengharap kasih anak-anak buah je.

Katanya, kalau dapat diulang semula hidup dia 12 tahun lalu, dia akan kahwin dgn lelaki tersebut .sebab pintu hati dia tak terbuka lagi sampai sekarang, kesian.

mak bapa dia dah byk berubat, tapi tak jalan juga. sampai akhirnya mak dia kata, kalau ada tukang cuci tandas pun yg masuk meminang dia akan terima padahal dulu tu dia juga yg tak kasi anaknya kahwin sebab tak sekufu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by gilagila2 at 31-12-2008 08:24 PM



hmm tgk topik la.


ada kawan rapat saya, sama-sama belajar dulu. Mak ayah dia tak restu dia nak kahwin dgn suami org, padahal kwn saya tu dah bercinta bagai nak rak selama 5 tahun. mak  ...

jodoh tu tak benti tahap 12 tahun aje...
mana tau tahun ke 18 lepas putus cinta tu terbukak hati dia nak bercinta..
ditambah masin mulut mak dia, ha adalah pencuci tandas buat dia terbukak hati..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by gilagila2 at 31-12-2008 08:15 PM
dan lagi, kepada pasangan yg tak kahwin sebab mak bapa tak restu adalah manusia yg pendek akal.

elok lah kahwin dgn pilihan hati tapi lepas kahwin, balik lah mohon restu. ibu bapa ni tak ke m ...


dan pasangan mana yg berkahwin tanpa restu.. lepas tu impian bahagia rupanya hampeh..
balik tempelkan muka kat parent yg ni patut dilempang ditampar tampar kerana kebangangan dorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.063350 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list