|
teringat sebelum arwah ayah aku meninggal dulu....dia meinggal hari ahad...tapi jumaat sebelum tu...kami sama2 pegi solat jumaat di masjid....secara kebetulan..ada org meninggal & diletakkan dimasjid utk disolatkan selepas jumaat....so lepas balik dari masjid...aku berbual dgn mak aku..tadi ada satu jenazah kat masjid..tapi ayah aku cakap..eh tak la dia nampak ada 2 jenazah...aku pelik sebab aku mmg lalu dan jengah kat van jenazah tu mmg cnfm satu..tapi ayah nampak ada 2....adaha yg satu lagi tu dia terbayang pada dirinya...wallahualam...dan pada ahad berikutnya jenazah ayah aku juga disolatkan dimasjid yg sama...kedudukan van jenazah pun sama... ..Allah Maha besar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ladida at 27-6-2008 08:16 AM
nak tanya yer....kalu org mati mata terbuka kenapa yer...yg aku dgr ada hajat dia yg tak tercapai masa dia hidup....betol ke???
org tua2 cakap mcm tu juga,,,thats why kalo sejurus lepas menghembuskan nafas terakhir..kita kena tutupkan matanya.....dan aku tgk biasanya ada org tua yg akan gunakan air utk melembutkan sendi2 jenazah agar tidak kejung dan mudah ketika dimandikan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku sedih bila dgr citer korg coz aku teringat mak aku yg selalu ckp mimpi jumpa arwah nenek aku... ...mudah2an mak aku dipanjangkan umur sihat walafiat...Amin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda-Tanda Kematian
100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.
3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bobbie80 at 27-6-2008 10:53 AM
aku sedih bila dgr citer korg coz aku teringat mak aku yg selalu ckp mimpi jumpa arwah nenek aku... ...mudah2an mak aku dipanjangkan umur sihat walafiat...Amin....
aaaamin..sama2 kita doakan...utk pengetahuan bobbie perit rasa nya bila kita kehilangan ibu & ayah...kalo la di beri pilihan antara selonggok emas .... mmg kita pilih utk ayah & ibu hidup bersama.....jaga hati your mom baik2 ...mcm sy nie...ibu & ayah dah tiada.....hanya pusara saja menjadi kenangan & kerinduan.... |
|
|
|
|
|
|
|
" Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. "
ayat nie mengingatkan aku pada masa sebelum ayah aku meninggal...my sister pernah ternampak..ayah mcm ternampak sesuatu kat tingkap luar rumah..tapi bila ditanya dia kata takde apa2..tapi wajah nya mcm terperanjat...mungkin kejadian manusia mmg tak bole menceritakan bila hal sebegini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih betul baca cerita korang. Tetiba teringat arwah papa yg pegi masa tunaikan haji.Langsung tak dapat bersama...apatahlagi masa tu, umor kita cuma 6 thn. Apa sgt laa yg dpt diingat. Cuma mama penah cerita arwah kerap termenung sebelum ke Mekah..N kata2nya , mmg menjurus kepada "kalau saya takde..." Masa tu jugak ,arwah sediakan sumber2 kewangan lain..katanya untuk mama n anak2 bila dia takde.. Ni bila umor cecah 30 thn..selalu terfikir akan mati. Amalan serba kekurangan...dosa pun tak tertanggung....Kekuatan apakah yg diperlukan bagi menghadapi perkara yang pasti nih.... Mudah2an , mama akan terus dipanjangkan umor, dikurniakan kesihatan dan diberikan ketenangan sepanjang masa...Ameen. Begitu juga utk suami tercinta...moga Allah kurniakan umor yg panjang dan segala kebaikan dunia akhirat utknye...Ameen...belum puas bersama yg tersayang..yg mampu mengajar diri redha dgn ketentuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CosmoCrimson at 27-6-2008 11:30 AM
Tanda-Tanda Kematian
100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaima ...
Bila kita baca semua nie kita jadi insaf...tapi takut kita tak sedar akan tanda2 tersebut jadi pada kita....harap2 kita sentiasa ingat kepada Allah dan tidak mudah lupa & lalai dengan kenikmatan yg dikurniakan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 lebaimandraguna's post
good info...
tq... |
|
|
|
|
|
|
|
sedih sgt baca kisah korang semua kat thread ni...
aku teringat kat arwah atuk aku...
baik sangat..rindunye kat die...
tp terkilan sangat sbb saat akhir dia..
sorang pun takde kat sisi dia..
padahal masa dia meninggal tu..
baru 5 minit mak aku balik kjp dari teman dia..(rumah dkt dgn hospital)
masa tu..mak long aku yg mmg 24 hours jaga dia kat hospital gi solat...
tau2 sampai kat wad dia..doktor n nurse baru kuar dari bilik atuk..
kata atuk dah takde...
sedih sangat...
yg tambah2 terkilan...
beberapa hari sblm arwah atuk aku meninggal..
dia nak sangat minum air coke..air yg mmg dia wajib berpantang sblm ni sbb dia ada penyakit kencing manis...sebelah kaki dah kena potong...kaki lagi sebelah plk kat ibu jari kena potong lagi..sbb tu kitorang larang dia minum air coke...
tak dpt...dia rengek nak makan asam n jeruk plk...xpe lah..kitorang belikan jgk utk dia..
tp dia sekadar jamah sikit je...
dia mintak lagi nak minum air coke...
kakak aku kata..."tuk ayah..owg belikan air 100plus je lah ye.."
dia kata..."ehm...ye lah.."
tp mcm biasa..dia minum sikit je...
esoknye dia mintak lagi kat maklong aku..belikan lah air coke...nak minum sgt..
mak long aku sblm tu marah2 lah kat dia kata tak elok minum air tu..
last2 dia tak sampai hati dia belikan jgk....air coke tin tu...
tapi...atuk aku tak sempat rasa pun air coke tu..
dia dah takde...
terkilan sgt...
sampai sekarang mak long aku simpan air coke tin tu...
tak bukak lagi pun..
masa mula2 dia simpan..dia larang sape2 pun amik minum air coke tu...
**atuk...ati rindu sangat kat atuk...
al fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
Anis baru sahaja kehilangan bonda tersayang pada 12 June 2008 yang lalu...Apabila baca kisah2 di sini..airmata ni terus bergenang ( sambil tulis ni airmata mengalir keluar, sebak).
Anis mula perasan bonda berperangai pelik pada 18 Mei 2008 yang lepas.Ketika itu anis balik kampung anis dan seperti biasa, akan duduk menyembang dengan bonda di dalam bilik bonda anis.Tiba-tiba bonda memberitahu anis, simpanannya di tabung haji ada sekian sekian banyaknya, buku ada pada kakak Non..kalau apa2 berlaku, beritahu pada semua gunakan duit tu utk uruskan kesemuanya.Mak tak mahu nyusahkan anak2 walau sikitpun.
Anis jawab balik, mak ni, kenapa cakap mcm ni..anis sebagai anak mak tak pernah rasa terbeban pun selama ini.Dia diam sahaja dan terus sambung..geran tanah semua Kak Non yang pegang, duit pencen bukunya pun Kak Non yang pegang..Barang-barang kemas semua mak dah siap simpan.Masa tu anis dah mula terfikir, kenapa bonda seolah-olah berwasiat...
Kemudian bonda hulurkan sejumlah wang kepada anis...dia suruh anis lekatkan pada barang yang anis boleh nampak setiap detik...Melihat jumlahnya yang banyak, anis menolak tetapi bonda berkeras suruh anis ambil..katanya ini kenangan dari mak...Tidak mahu membendung perasaan sedih, anis mintak diri utk ke pasar, dan bonda berpesan, suruh belikan dia buah-buahan yang paling segar.
25 Mei 2008, anis telefon bonda, beritahu anis nak tukar kereta lain sebab anak2 semakin besar, kereta sedia ada sempit...Bonda gembira mendengarnya tetapi bonda menjawab sayup...kalau sampai 3 bulan baru dapat, mak tak sempatlah nak merasa. Anis pun jawablah...anis doakan mak panjang usia dan nanti bila dah dapat kereta tu, anis nak ajak mak makan angin...Mak diam sahaja...
7 June 2008, kakak anis call beritahu bonda hendak datang dan bermalam di rumah anis..anis gembira....pukul 10 malam, mak dan kakak pun sampai ke rumah anis...kemudian pukul 11 lebih, bonda bertanya, anis tak buat apam ke?...buat lah, mak nak, nak jugak merasa kuih apam yang anis cakap ari tu sedap sangattt...terus anis ke dapur...bancuhkan bancuhan apam...esok pagi boleh kukus...Tidur...
8 June 2008, bonda berselera sungguh makan apam dan lempeng yang anis buat.kemudian makan roti yg anis buat...berselera sungguh bonda..kemudian bonda seolah2 sedih memandang ke arah anis...bila anis tanya...kenapa mak...bonda diam sahaja...kemudian bonda balik dan hendak pergi ke rumah adik anis yg bongsu pula..hendak tidur di sana pula katanya....masa bonda nak balik, anis salam dan peluk bonda...dan bonda lama peluk anis..macam tak mahu lepaskan....sayu mata dia....
10 June 2008, pukul 2pm, anis dapat call dari kg...bagitau bonda pengsan...anis terus campak semua barang....kuar opis terus balik kg...sampai kg, pi hospital, bonda di wad kecemasan, blur2 anis nampak pandangan bonda...malam itu anis temankan bonda di dalam wad, yang lain semua berkampung di luar....bonda seolah2 tak bagi anis tidur...setiap kali anis terlelap...ibu jari kirinya akan mengaru2 telapak tangan anis...sampai ke pagi anis tak tidur...ibu koma...tapi tangan kirinya kuat mengenggam tangan anis...
11 June 2008....malamnya anis menemani bonda lagi di dalam wad...kali ini anak2 anis semua ikut bermalam di dalam wad, adik ipar bonda pun ikut tidur di dalam bilik di mana bonda ditempatkan...kali ini...bonda tidak banyak bergerak seperti malam sebelumnya...cuma kadang kala dia buka mata melihat ke arah anis dengan pandangan yang sayu...
12 june 2008....tepat pukul 10:40 pagi....bonda pergi buat selama2nya....tenang perginya...peluh dingin memercik di dahinya....perginya dengan satu senyuman...dan rahmat Allah utk kami anak2nya...sebelum bonda pergi buat selama-lamanya...bonda membuka matanya dan memandang ke arah anak-anaknya dan setelah itu, dia tersenyum dan pergi buat selama-lamanya....Abg anis dan anak2 menantu lelaki bonda tak putus2 mengajar syahadah di telinga bonda....
Semua urusan dipermudahkan Allah, hajat bonda untuk dikebumikan di sebelah pusara ayah juga dimakbulkan Allah s.w.t, walau ayah sudah pergi 8 tahun yang lepas, sebelah pusara ayah tetap kosong...seolah-olah memang dikhaskan untuk bonda...
Al-fatihah untuk bonda, semoga rohmu tenang di sana dan tergolong dalam golongan hambaNya yang beriman.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca pengalaman dari korang nie, rasa mcm nak tumpang sekali... boleh la yer..
citer mengenai arwah bapak sedara aku...
Peristiwa ni berlaku ms aku dlm sek rendah... dan aku adalah anak sedara yg paling kerap kena sakat dgn arwah. kiranya aku nie dh jd anti ler skt ngan arwah ni... dan dalam famili dia, si arwah nie mmg kerap bergaduh dgn adik beradik dia terutama mak aku & mak sedara aku. mmg tak 'sebulu' ler... pantang berjmpk, mesti bertekak punyer la....
Arwah pak sedara aku ni x kawen lagi... keje kt ipoh. bila time cuti dia akan balik ke rumah tok aku.. rumah aku plk sblh je ngan rmh tok aku tu... nk di jdkan citer, ms dia balik ke rmh tok aku tu, ada la selisih faham sikit ngan mak aku smpi x bertegur. Ntah aper kes aku pun dh lupa... Tp yg pelik, esoknyer... pagi2 buta lagi, blm sempat kami bgun tidor, arwah ni dh tercegat kat depan pintu rmh kami... (utk makluman, arwah ni selalunya akan bgn tido tghari, x penah le bgn awal) dia bgtau nak makan cucur kodok mak aku msk... sedangkan br semlm brtekak ngan mak aku. dia kata kt mak aku sekali ni je.. nnti x bleh rasa dh.. sikap dia pun mmg baik sgt ngan mak aku. ckp pun lembut je, x mcm selalu... mak aku dh mula rasa pelik dh... tp dia x nak pk yg bukan2... layan je la adik dia.. kbetuln hari tu kami beli tilam baru... lps abis bukak plastik tilam... si arwah nie dgn badan berpeluh2 terus baring guling2 atas tilam tu. mak aku marah la.. x pernah dia buat perangai mcm tu. maklum la, tilam baru, badan berpeluh2, bau paham2 je la.. Mgkn dia dh bg tanda2...
Dan esoknyer... masa dia nak balik ipoh, dia bgtau tok aku dia akan balik sini balik dlm 2 hari lagi. Suh tunggu dia kt rumah... dan masa hari yg dia nk balik tu, tiba2 dlm pkl 6pg ada 2 org polis dtg rmh kami... mak aku dh terkejut.. polis tu bgtau pak sedara aku xcident kt ipoh... tp dia x bgtau dh meninggal... beberapa minit kemudian, kami dpt call dr sedara kt ipoh maklumkan perkara yg sama.. baru diorg bgtau arwah dh meninggal.. cuma kami x bgtau kt tok aku.. ms dlm sedih2 + berahsia tu, tetiba ada sedara terlepas ckp. baru tok aku dpt tau yg anak bongsu dia dh xder... mcm nk pengsan tok aku ms tu.. kesian dia, dia xleh terima hakikat yg anak dia dh xder... dia kata dia nak balik masak n kemas rumah, sbb kjp lg anak dia nak balik. anak dia suh tggu kt rumah.. sdih sgt masa tu...
Bila arwah dh xder sunyi pulak rasanya sbb dh xder org nak sakat aku lg dah.... huhu..
* Kisah Kemalangan melibatkan arwak pak sedara aku nie pernah masuk berita tv dan paper 1 ketika dulu... di kategorikan kemalangan ke-2 paling teruk dlm thn tu sbb ke semua 5 penumpang kenderaan tersebut meninggal sekaligus di tempat kejadian. Al- Fatihah..... |
|
|
|
|
|
|
|
~ Delete ~
[ Last edited by aliosa_07 at 2-7-2008 04:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AnisSuraya at 2-7-2008 01:06 PM
Anis baru sahaja kehilangan bonda tersayang pada 12 June 2008 yang lalu...Apabila baca kisah2 di sini..airmata ni terus bergenang ( sambil tulis ni airmata mengalir keluar, sebak).
Anis mula p ...
Takziah anis...cerita you nie buatkan sy rasa sebak sgt....teringat arwah mak & ayah saya...kadang2 dari masa kecil hingga ke besar pernah terpikir dlm hati.....saya tak mahu mengalami peristiwa ini...tapi apa kan daya itulah yang akan kita alami......mmg perit bila kehilangan ayah & ibu..oleh itu sesiapa yg masih mempunyai ibu jagalah hati & perasaan mereka...jika tidak kamu akan menyesal seumur hidup......moga roh ibu Anis sentiasa dalam rahmatNya aaaamin |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aliosa_07 at 2-7-2008 04:30 PM
bila baca pengalaman dari korang nie, rasa mcm nak tumpang sekali... boleh la yer..
citer mengenai arwah bapak sedara aku...
Peristiwa ni berlaku ms aku dlm sek rendah... dan aku adalah an ...
biasanya kematian disebabkan accident mmg agak sukar utk diterima...bayangkan..keluar rumah sihat walafiat...balik tubuh kaku..sejuk & biru......tak bernyawa......mmg susah nak diterima..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahan laa baca ceta korang.. mata dah kabur penuh ngan air mata... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 rzman_07's post
Terima kasih rzman atas doa miker...semoga Allah merahmati roh ibu dan ayah miker dan tergolong dalam golongan hambaNya yang beriman dan bertaqwa....amin....
Anis anak paling rapat dan manja dengan bonda...Bonda tatkala hatinya sedih, dia akan cari anis untuk berbual...mengadu dan meluahkan perasaannya.Tatkala dia inginkan sesuatu, pasti dia akan beritahu anis terlebih dahulu...mungkin anis tak pernah membantah apa yang dia hajatkan walaupun harganya mahal.Jika kakak2 anis bising padanya sebab membeli barang yang deme fikirkan tidak berfaedah atau kurang berfaedah...pasti bonda akan beritahu kepada kakak2 anis bahawa barang2 itu anis yang belikan...kenapa komer nak bising2...terus terdiam kakak2 anis...
Anis masih ingat sampai ke saat ini, 6 June 2008, anis call salah seorang kakak anis dan beritahu malam tadi anis bermimpi bonda berpakaian serba putih dan melambai2 kepada anis...kakak anis cakap..itu mainan tidur...tapi entahlah....mungkin kerana hubungan yang terlalu rapat dengan bonda...anis seolah-olah telah diberi signal awal olehNya supaya bersedia...
Terima kasih kepada Dr.Chee yang merawat bonda dan sedaya upaya cuba menyelamatkan bonda namun kuasa Allah s.w.t tidak mampu untuk kita halangi...Maaf jua anis pohon dari doktor kerana mungkin tanpa disedari bersikap kurang sopan terhadap doktor ketika bonda anis berada di hospital...anis sebagai seorang anak sebenarnya inginkan yang terbaik untuk seseorang yang terlalu anis kasihi....Maaf kerana ketika itu anis tetap berkeras hendak memindahkan bonda ke hospital private walaupun telah diterangkan olehmu keadaan bonda terlalu lemah....namun akhirnya anis akur...memang keadaan bonda tidak mengizinkan untuk dipindahkan ke mana2 hospital yang lebih lengkap kemudahannya...
Buat yang masih ada ibu ayah....hormatilah deme, peliharalah deme sebaik yang mampu dilakukan...kerana terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata tatkala kehilangan ibu bapa dalam hidup kita... |
|
|
|
|
|
|
|
aaaaamin terima kasih anis.....kamu ank bongsu ke? rzman mmg anak bongsu sbb tu rapat dgn my parents |
|
|
|
|
|
|
|
sedih baca cite korang semua...
b'genang air mata aku.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|