|
Gelaran tidak ubah personaliti Siti, Datuk K
Filed Under (Datuk K, berita harian online, Career) by admin
Oleh Sariha Mohd Ali
[SEGAK: Khalid bersama Siti kelihatan segak dalam pakaian sedondon pada majlis penerimaan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-77 yang membawa gelaran Datuk Seri.]
SEGAK: Khalid bersama Siti kelihatan segak dalam pakaian sedondon pada majlis penerimaan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-77 yang membawa gelaran Datuk Seri.
PENYANYI terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang kini bergelar Datin Seri, menganggap pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, tidak akan mengubah personaliti mereka berdua.
Siti Nurhaliza, 28, berkata kurniaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu, bukan tiket untuk mereka berdua bermegah diri.
揃agi Siti, ini satu kurniaan yang sangat besar kepada suami, daripada Sultan Pahang yang begitu prihatin terhadap sesiapa saja.
揝udah tentu Siti bangga dengan pencapaian suami kerana anugerah ini (SSAP) adalah darjah tertinggi di Pahang dan ini adalah hari yang bersejarah bagi kami berdua.
揃agi menghormati majlis protokol, bolehlah panggil saya dengan gelaran baru itu, tetapi di majlis biasa, Siti tidak kisah jika mahu memanggil Siti dengan gelaran biasa mengikut keselesaan masing-masing, |
|