|
1,000 peguam ke pejabat PM, gesa siasat video isu kehakiman
26-09-2007 01:08:25 PM
PUTRAJAYA: Kira-kira 1,000 peguam, dengan sokongan kumpulan aktivis badan bukan kerajaan, berkumpul di kawasan bangunan mahkamah Palace of Justice di sini sebelum berarak ke pejabat Perdana Menteri.
Perarakan itu, anjuran Majlis Peguam, bertujuan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri bagi mendesak penubuhan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan skandal kehakiman seperti dialog dalam satu klip video.
Beberapa buah bas digunakan untuk membawa peguam dari Kuala Lumpur ke sini bagi perarakan tersebut. |
|