|
Some Pix At KL Butterfly Park
Rama-rama kurang banyak...
Ikan sangat banyak, sihat dan cantik... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mummiena at 28-1-2008 01:47 PM
last weekend, saya bawa anak2 ke Butterfly Park, KL... love the ambiance..so green and soothing... the gallery provides superb info. about butterfly..tapi yang slacknya..rama2 kat situ...macam ta ...
true! i've experienced the same thing!
and sepanjang jalan2 lam tu,ade je bangkai rama2 yg mati |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #40 mummiena's post
kalo byk reramanye.. misti lagik meriah kan............ ni reramanye byk terbang kt jaring atas........ |
|
|
|
|
|
|
|
ske la rama2 yg transparent tu..mcm pepatung plak tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
mosaic
eh sori mod gmba xkua
[ Last edited by dhanishdhania at 22-3-2008 07:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 ati1402's post
tu lah..cantik2 betul yg dlm cermin tu...
tambah2 yg geng2 kaler biru tu..jenis morphdae kalau tak silap..
dah la besar..biru shining lak tu..
tp tu lah kan..sian di awetkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 ena80's post
tu laa..siann...tapi,jangka hayat rama2 mmg x panjang,kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 ati1402's post
masa jenjalan dlm butterfly farm tu pon byk tengok rama2 nih mati
bergelimpangan kat jalan..huhuhu...sayap dok cantik jer lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 alexandria_iz's post
perghh..nice shot..!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tarikan Taman Rama-Rama
Oleh Nas Norziela Nasbah
[email protected]
LAMAN landskap yang menjadi habitat 20 spesies rama-rama di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka.
MELAKA 28 Sept. - Bagi penggemar rama-rama, kunjungan ke negeri ini tidak sempurna jika tidak melawat Taman Rama- Rama dan Reptilia Melaka yang terletak berdekatan dengan Plaza Tol Ayer Keroh.
Pelbagai spesies rama-rama yang terdapat di taman itu mampu memberi pengalaman indah kepada pengunjung terutama apabila dikelilingi beratus-ratus jenis rama-rama yang berwarna-warni.
Terletak di kawasan seluas kira-kira lima hektar, taman itu merupakan habitat semula jadi rama-rama sejak 17 tahun lalu dan akhirnya dijadikan sebagai Taman Rama-Rama dan Reptilia yang pertama dibina di negeri ini.
Pengasas taman itu, Wong Beng Foo mengambil langkah membuka taman itu sebagai tempat penggemar rama-rama melihat pelbagai spesies semula jadi yang terdapat di situ.
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka dibuka pada 1 Februari 1991 dan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Pada mulanya ia dikenali sebagai Taman Rama-Rama memandangkan hanya terdapat spesies rama-rama di kawasan itu.
Bagaimanapun, sesuai dengan peredaran masa dan pertambahan pengunjung, pelbagai spesies reptilia turut dipamerkan sebagai tarikan tambahan di taman itu.
Melangkah masuk ke pintu gerbang taman ini, pengunjung pastinya terpegun apabila menyaksikan rama-rama pelbagai warna berterbangan bebas.
Lebih menarik, suasana nyaman di kawasan yang dipenuhi hutan hujan tropika itu sangat sesuai menjadi habitat lebih 20 spesies rama-rama di taman itu.
Antara spesies rama-rama yang menjadi tumpuan ialah Black and White Helen, The Malayan Birdwing dan Rajah Brooke's Birdwing.
Setelah puas melihat gelagat rama-rama berterbangan di sekeliling laman yang dipenuhi bunga-bungaan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis reptilia seperti kala jengking dan ular, burung kasuari, harimau dan labi-labi.
Taman itu yang dilengkapi dengan segala kemudahan seperti tempat duduk dan penyaman udara untuk keselesaan pengunjung.
Kemudahan lain seperti tandas awam, kafetaria dan kedai cenderamata menceriakan kedatangan pengunjung di situ.
Eksekutif Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Liyana Samat berkata, taman tersebut kini berwajah baru dan berjaya menarik ramai pengunjung.
''Antara tarikan utama kami adalah program close up with the animals di mana para pengunjung berpeluang mengabadikan gambar mereka bersama haiwan seperti iguana, ular dan burung kakak tua.
''Pihak kami sentiasa memastikan perkhidmatan yang terbaik bagi keselesaan pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya menawarkan pakej lawatan menerusi agensi pelancongan yang terdapat di Melaka dengan menjadi taman itu sebagai salah satu lokasi untuk dilawati.
Menurutnya, taman berkenaan dibuka setiap hari pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Pengunjung tempatan dikenakan tiket berharga RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 12 tahun.
Bagi pengunjung yang bukan pemegang MyKad dikenakan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Graduan temui kupu-kupu bersayap kepala ular, spesies terbesar di dunia
Muhaiza Mustafa melihat kupu-kupu snake's head moth yang ditangkap di rumahnya di Kota Puteri, Ijok, Kuala Selangor.
KUALA SELANGOR 5 April - Seorang graduan terkejut apabila menemui seekor kupu-kupu yang hujung sayapnya berbentuk kepala ular tedung hinggap di dinding luar rumahnya di Kota Puteri, Ijok di sini pagi ini.
Oleh kerana pelik dengan rupa kupu-kupu itu, graduan tersebut, Muhaiza Mustafa, 23, mengambil keputusan untuk memeliharanya.
Menurut Muhaiza, pada mulanya, dia menyangka kupu-kupu bersaiz 22.5 sentimeter (sm) lebar dan panjang 13sm yang ditemui kira-kira pukul 7.30 pagi itu anak ular kerana hanya sebahagian sayapnya yang kelihatan.
"Tetapi apabila saya lihat dari dekat, rupa-rupanya ia seekor kupu- kupu berwarna coklat dan bersaiz besar," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Kata beliau, abangnya, Hyzam Mustafa, 25, telah menangkap kupu-kupu itu menggunakan sebuah balang dan apabila dilihat dari dekat, corak dan bentuk ular itu semakin jelas.
Ujarnya lagi, dia mengambil keputusan memanggil wartawan untuk berkongsi penemuan kupu- kupu, yang mempunyai rupa yang pelik.
Sementara itu, Penolong Pengurus Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, Elaine Leong ketika dihubungi untuk mendapatkan keterangan mengenai kupu-kupu tersebut berkata, serangga tersebut dikenali sebagai snake's head moth dari spesies atlas moth.
Ujarnya, spesies kupu-kupu itu merupakan yang terbesar di dunia dan kebiasaannya boleh ditemui hidup di hutan negara Asia.
"Kupu-kupu spesies ini memang jarang ditemui, namun ia tidak dikategorikan dalam spesies terancam.
"Bagaimanapun tempoh hidup kupu-kupu ini sangat pendek iaitu sekitar dua minggu sahaja," tambahnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|