Impak Maksima ~ 23 Ogos 2007 (by Hiven & JDF)
[Copy link]

trailer tu blum siap punya...
dkat youtube dah ada TRAILER YG DAH SIAP ...pegi la tgk
diaorg tambah2 kereta kat situ..memang gempak lah sbb kereta kereta tu mmg dikawal dgn baik.
ada mat rempit pun kat dataran merdeka tu..pastu kereta2 biasa
mmg la trailer yg raw xada kereta..takkan nak buat betul2 kot..karang xsemena mena mampos anak org..
jadi diaorg pakaila teknologi...
jgn menghukum filem malaysia tanpa siasatan ya ACP lady_NF.. saje je.. |

Originally posted by lady_nF at 19-6-2007 10:01 AM

apsal macam sama ngan cita anak yusuf haslam je

apa ntah nama cita yg fasha berlakon tuh...kl drift ke hape

arituh tgk trailer cita nih...

dalam trailer je dah nampak typical cita melayu

ja ...

ko tgk trailer mana??..kalau yg ni ada gak kete2 kat jalan.. http://www.youtube.com/watch?v=K0QC74xmAR4
tp diorang tmbh gune CGI...maybe yg ko tgk yg version awal kot..trailer version awal mmg kete lain tadek kat jalan..
tp cara ko komen mcm menghina citer melayu je..lek la weii..bersabar..
even after diorang letak CGI pon org akan ramai tak puas hati gak..tp aku rasa bia la citer siap dulu..baru la nak komen ke ape kan..ni citer blum siap lagi dah ckp citer ni typical citer melayu la ape la.. |

Impak Maksima
Impak Maksima sensasikan sukan permotoran!
10-08-2007 12:06:29 PM
Oleh WAHIDA ASRANI | JANGAN bandingkan filem arahan Ahmad Idham ini dengan filem motorsport dari negara luar seperti Initial D dan Tokyo Drift, kerana tidak dinafikan Impak Maksima memang tidak mampu menyaingi kehebatan filem-filem tersebut dari segi CGI dan teknik komputer yang lain.
Namun, penulis ingin memberi pujian untuk Idham kerana kesungguhannya dan usaha Idham untuk menghasilkan filem aksi sukan permotoran itu tidaklah 'seteruk' mana.
Dengan peruntukan bajet yang mencecah hampir RM2 juta ini, memang sukar untuk Idham menjadikan Impak Maksima seperti filem motorsport negara luar, tetapi Idham bijak menjadikan filem aksi ini di dalam bentuk yang ringan dan menghiburkan.
Dengan penggunaan kereta-kereta lumba yang berkuasa tinggi serta teknik-teknik yang mengagumkan seperti drifting dan drag race ini, penulis yakin ia mampu menjadi satu daya penarik untuk generasi muda, khususnya, untuk datang menonton filem kedua terbitan Excellent Pictures ini yang bakal ditayangkan di 55 pawagam seluruh negara termasuk Brunei bermula 23 Ogos ini.
Para pelakon dan krew Impak Maksima
(Foto The Star oleh Sam Tham)
Impak Maksima berkisarkan tentang dua beradik, Ayie (Awal Ashaari) dan Johari (Eizlan Yusof) yang meminati sukan perlumbaan kereta.
Johari merupakan seorang abang yang sentiasa memantau tindak-tanduk adiknya yang nakal dan ingin menceburi dalam bidang perlumbaan kereta.
Namun, padah terjadi apabila Ayie terperangkap dengan jerat yang dirancang oleh Ray (Zul Huzaimy) dan dia dimasukkan ke dalam penjara.
Lantas, Johari mengadakan sebuah perlumbaan kereta untuk menyelamatkan adiknya yang meringkuk di dalam penjara.
Selain tiga tunggak utama itu, filem ini turut membariskan pelakon-pelakon lain seperti Cat Farish, Opie, Dynaz, Yatt, M.Rajoli, Riezman Khuzaimi, Sari Yanti dan Azizah Mahzan.
Skrip yang mudah serta diselitkan dengan elemen komedi tetapi masih memberi banyak penekanan kepada paparan visual aksi racing dan stunt itu membuatkan filem ini cukup 'rencah'nya sebagai sebuah filem aksi yang berbeza.
Persembahan aksi dan seni pemanduan gaya drift di dalam filem ini juga boleh dibanggakan kerana Idham sendiri menggunakan khidmat professional termasuklah drifter nombor satu negara dari Proton R3, Tengku Djan Ley.
Jadi jangan 'mengeluh' jika sepanjang tayangan filem ini anda tidak tahan dengan bunyi bising deruman kereta dan sebagainya kerana ini adalah filem aksi motorsport, bukannya filem cinta!
Cuma agak ketara kelemahan dari segi teknik CGI sepanjang filem ini, terutamanya ketika babak kereta yang dipandu Amran (lakonan Opie) terbakar. Apapun, penulis positif sebenarnya Idham mampu lakukan dengan lebih baik jika mempunyai peruntukan kewangan yang lebih.
Bayangkan saja walaupun babak yang betul-betul menggunakan teknik CGI tidak pun sampai lima minit, kosnya saja sudah mencecah RM100,000!
Awal bersama 'penyeri' Impak Maksima (dari kiri) Sari Yanti, Dynaz dan Yatt
(Foto The Star)
Dari segi lakonan, tidak dinafikan Idham berani mengambil risiko mengenengahkan bintang muda dan pelakon-pelakon 'biasa' lain untuk menjayakan filem ini.
Tetapi, percaturan yang tidak sia-sia kerana di antara pelakon-pelakon muda yang sedia ada masa kini, Awal yang menjadi pilihan Idham.
Impak Maksima merupakan filem kedua jejaka itu, tetapi Awal memang dilihat mempunyai potensi untuk diletakkan sebaris dengan hero-hero filem tempatan lain kelak.
Lakonan Awal nampak bersahaja, cuma ada ketikanya aksi Awal agak 'terkawal'. Begitu juga dengan pelakon senior Eizlan Yusof. Beri apa saja watak pada Eizlan, dia mampu mencorakkannya dengan baik.
Seorang lagi pelakon yang penulis rasa agak menyerlah lakonannya ialah Zul Huzaimy. Secara peribadi, Zul dilihat berjaya membawakan watak jahat Ray dengan gaya yang berbeza, bukan watak jahat yang tipikal.
Cuma ada sesuatu yang penulis rasakan tidak kena dengan lakonan bintang baru, Yatt. Pelakon yang pernah hangat diperkatakan bakal memegang watak Saliha tidak lama dulu nampaknya masih perlu polish teknik lakonannya.
Lakonannya yang tidak natural dan adakalanya nampak kaku, sedikit menjejaskan keseluruhan jalan cerita filem ini.
Namun, secara keseluruhan, penulis dapat rasakan filem ini mampu memikat audiensnya tersendiri. Sama ada Idham bakal mengulangi sejarah seperti filem Remp-It tidak lama dulu, semuanya masih sukar diramalkan.
Impak Maksima akan mula ditayangkan pada 23 Ogos ini

impakmaksima This user has been deleted

Filem Impak Maksima akan berada di pawagam 23 OGOS 2007...
Jangan lupa datang ramai ramai ..
Official website: www.impakmaksimathemovie.com
Sokonglah industri perfileman tempatan |

impakmaksima This user has been deleted

tukar la tajuk tu betul betul.... org confius nanti |

bukan ker dulu..si eizlan ni aktif dlm lumba keter? |

Reply #47 pisang69's post
yeker...aku ponk xamik tau..tp aper2 pon ..cam xsesuai .. |

ekekkeke..citer biasalah mmg exaggerate melampau....siap drift kat tgh2 kl lagik tak penah dibuat drifter huhuhu.......tapi biasalah takkan nak wat citer 2 jam drift je manjang ye tak..walopon hakikatnyer bukanlah gitu drifters2 nie..heheh...banyaklah pulak awek2 menepek cam citer rempit lak dah pakai lawa2 cam tu camner nak nak duk sebelah drifter nie?? huhuhu...dalam movie biasalah sumer keta gempak2 je tunjuk..hehe...drift bukan based 100% pd keta..drift lebih kpd skill..tak cam drag.. |

impakmaksima This user has been deleted

Drifter drifter Malaysia sumer ada dalam ini movie.. |

tgk the making.....
muahahahhahahahahaha.......
[ Last edited by hyphrigian at 16-8-2007 06:35 PM ] |

aku rase awal tak sesuai bwk watak hero... watak bunge2 leh la |

Tgk the making gak..nk gelak gak..muahahaha.. yg pasti kete2 biase yg diorg ltk gune cgi tuh memang x real..katun siyes.. :kant: |

Reply #53 MsJaneDoe's post
itulla sedey sgt tgk cgi die |

gambar die tak lawo la |

Sat g (or bile2 laa..dunno dun care..) lagi satu filem ala2 drift nih kuar mesti org dok compare tahap baboon.. Evolusi Drift x silap tajuk filem tuh..anak Usop Selamnye work.. tp yg pasti dedue nih aku rase x cukup ilmu lagik nk wat action packed movie nih..(A.Idham kire dh ade xperiencela based on Remp-It die tuh..tp tgk cgi yg die gune tuh..puhlisss.. :kant: ) yg cucu Selam nih lagiklaa..taukah die gune teknologi cgi nih..hehee.. :re: mau jadik Evolusi Gerak Khas jek tarapnye.. :2cool: (memandai jek aku label org x cukup ilmu yek.. ) |

kalau dah KRU boleh guna CGI dgn baik, kenapa film2 yg nak gunakan kesan khas ni taknak gunakan khidmat KRu? kalau KRU leh belajar cara2 nak buat CGI dgn baik, kenapa yg lain tak boleh? atau adakah sbb kos tinggi? tapi rasenye duit tu bukanlah masalah utk mana2 company yg dah establish macam Metrowealth kan? |

ha'ah mmg dah jadik ruper kartun dah movie nie...hehe.. |

Reply #57 laislabonita's post
Metrowealth ke..?? sbb ari tuh tertgk Trek Selebriti A.Idham nih..die ckp IM nih movie ke2 terbitan company die sendiri after Tipah Tertipu tuh..Excellent x silap name production die..tp baru macamane sekalipun company ko..kalu dh decided nk gamble buat citer genre action+drift yg kene ade aspek teknikal yg gempak, kenela ongkos yg gempak gak..kalu x, buat malu diri sendirik jek.. n that's what he's doin rite now.. |

impakmaksima This user has been deleted

Cerita ni gilerrr gempak..... Best giler.... tak der la cerita cintan cintan ... saper yang tak tau menghargai cerita ni mesti dier mamat bunga atau mamat cintan cintan.... muahhahhahahahh...
ceria Terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd.
korang tak caye nanti pi tgk sendiri.... |