CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mulutbisa

Montessori Kindergarten

[Copy link]
Post time 22-9-2006 10:39 PM | Show all posts
salam mulutbisa..

i know someone that owns a montessori based kindy kat usj 27... she did take the montessori dip kat sunway before buka this kindy... probably boleh visit sendiri the kindy, the name is Tunas Suria.... ada day care sekali... if interested, i can PM u her kindy number..




Originally posted by mulutbisa at 21-9-2006 02:25 AM


bagus gak utk fluent in english..
but i area puchong..
kat sini byk2 yg i survey.. tak byk sgt montessorian yg 100%
byk francais je..that why kena find out yg betul2..

ada 2-3 yg i jumpa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2007 10:27 AM | Show all posts
Kaedah Montessori ransang kanak-kanak
Oleh RAHANA MD



AISHA ZAINARIAH Abdullah, Pengurus Tadika Bistari Children抯 Playhouse di Sek 9, Shah Alam menunjukkan buku tulisannya untuk kanak-kanak tadika.
--------------------------------------------------------------------------------

KISAHNYA
憭Saya masih ingat suatu pagi ketika saya terjumpa sebutir kelongsong di kulit kayu sebatang pohon, seekor kupu-kupu sedang membuat lubang pada kelongsong tersebut, bersiap sedia untuk keluar.

Saya menunggu seketika, tetapi ia mengambil masa yang begitu lama untuk muncul dan saya pun hilang sabar.

Saya membongkok dengan menghembuskan nafas ke atas kelongsong itu untuk memanaskannya. Saya memanaskannya secepat mungkin dan keajaiban mula menjelma di depan mata dengan begitu pantas sekali.

Kelongsong itu terbuka, kupu-kupu itu pun merangkak keluar perlahan-lahan dan tidak akan saya lupa kengerian apabila melihat sayapnya terlipat ke belakang dan renyuk, kupu-kupu malang itu menggigil-gigil mencuba sedaya upaya untuk membuka sayapnya.

Saya membongkok sekali lagi dan cuba menolong dengan nafas saya, sia-sia sahaja. Ia pelu menetas perlahan-lahan di bawah cahaya matahari. Kini sudah terlambat.

Nafas saya telah memaksa rama-rama tersebut untuk keluar, dengan sayap yang renyuk, sebelum tiba masanya. Ia telah berusaha tetapi kecewa, dan beberapa saat kemudian, mati di tapak tangan saya.

Saya percaya badan kecil itulah yang paling membebankan sanubari saya. Saya menyedari sekarang bahawa ia suatu dosa besar untuk menentang hukum-hukum alam semula jadi yang agung. Kita tidak harus tergesa-gesa, tidak harus kurang sabar, tetapi seharusnya, dengan yakin, mematuhi ritma yang abadi semula jadi.

(Petikan dari Panduan Keibubapaan Bestari Times, Mengapa Montessori oleh Aisha Z. Abdullah diambil daripada cerita Zorba the Greek oleh Nikos Kazantzakis dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Cald Wildman)

Kisah di atas amat menyentuh hati dan menjelaskan dengan terang tentang bagaimana kerakusan manusia yang melawan kehendak ritma alam menyebabkan kupu-kupu yang baru ingin melihat dunia maut di telapak tangan.

Walaupun niat asalnya mulia, mempercepatkan proses penetasan, namun bukan semua perkara boleh disegerakan atau melanggar prosedur yang telah ditetapkan oleh hukum alam.

Diterjemahkah kepada kehidupan yang nyata, kupu-kupu itu diibaratkan kanak-kanak yang secara semulajadinya membesar mengikut proses semulajadi.

Bersandarkan kepada kisah di atas telah memberi idea kepada Aisha Zanariah Abdullah menguruskan dua buah prasekolah Montessori di Shah Alam, Selangor.

Menurut Aisha, minatnya tumbuh mengikut skala pembelajaran Montessori kerana tertarik dengan sistem yang diperkenalkan untuk mendidik dan mengasuh anak-anak sebelum masuk ke darjah satu.

Sebelum membandingkan Montessori dengan pilihan prasekolah yang lain, seseorang mestilah mempertimbangkan dahulu maksud perkataan Montessori itu. Nama ini mewakili hasil kerja Dr. Maria Montessori, doktor perubatan wanita pertama di Itali. Kini namanya dikaitkan dengan hasil kerja beliau dalam bidang pendidikan.

Menurut Aisha, Dr. Montessori sedar 慼ukum semula jadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.070543 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list