|
Originally posted by redsinner at 24-4-2007 06:33 PM
i voted for all...i like reading.
ya..aku pun voted semua..kecuali bil..hehe
still collecting books.... nasib baik aku ada minat membaca dan kumpul buku ni dari kecik....
teringat masa kat sekolah dulu, dpt 2nd best student..so dptlah hadiah voucher dari kedai buku... mak aku suruh beli brg2 sekolah mcm pen dan sebagainyer... tapi aku guna semua voucher tu beli buku2... mak aku tak boleh nak kata apa... .....kenalah aku pinjam alat2 tulis abg aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab perlu ke pesta buku
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)
SEORANG rakan yang tanpa gagal mengunjungi pesta buku saban tahun sejak 25 tahun lalu mendesak jawapan dan meminta beberapa sebab mengapa beliau harus ke pesta itu sekali lagi tahun ini.
Jawapannya saya berikan begini. Dahulunya ia bermula sebagai Pesta Buku Malaysia dengan hanya penyertaan 10 gerai sahaja sebelum berkembang dinamai Pesta Buku Kuala Lumpur, membawa bersama berpuluh-puluh penyertaan. Setelah menjadi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sejak beberapa tahun lalu, ia berkembang dengan begitu pesat, sekali gus penyertaan juga berkembang menjadi beratus-ratus buah gerai. Maknanya di sini, industri buku itu terus berkembang sebabnya ada permintaan daripada peserta-peserta berkenaan. Apabila industri itu berkembang disebabkan permintaan daripada para peserta, ia bererti adanya pasaran di situ.
Para peserta di sini bermaksud penerbit, pengedar, pengeksport dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan perusahaan atau industri perbukuan. Manakala, pasaran itu pula bermakna orang-orang yang mencari buku atau ilmu. Ini membawa pula kepada petunjuk ia sesebuah masyarakat yang maju kerana rakyatnya cintakan buku dan ilmu. Kalau kita terus memberi sokongan dengan berlanjutan mengunjungi PBAKL, ia memberi makna kita ingin tetap mahu duduk di negara maju dan terus menggali tasik ilmu.
Pada tahun 2005, PBAKL ini berjaya menarik seramai 500,000 pengunjung dan kemudiannya bertambah menjadi 700,000 orang pada tahun seterusnya. Dan, pada tahun ini, sasarannya ialah sejuta orang. Tidak banggakah kita menjadi salah seorang yang menyumbang kepada jumlah sejuta itu?
Sebab lain perlu ke pesta buku kali ini ialah kerana kekuatan PBAKL itu sendiri. Saban tahun di sini penggemar ilmu dan pencinta buku bertemu. Penerbit-penerbit pula menggunakan kekuatan PBAKL ini untuk mengeluarkan judul-judul buku yang baru bagi direbut penggemar dan pencinta ilmu itu tadi. Malah ia telah pun menjadi satu jenama yang tidak dapat tidak, boleh dikatakan 慾angan terlepas peluang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Acara PBAKL 2007
SEMPENA Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007 bermula hari ini, pelbagai acara dan aktiviti dirancang bagi memeriahkan penganjuran pesta.
Berikut ialah sebahagian program atau aktiviti menarik sepanjang 10 hari pesta tersebut:
* Pelancaran komik dan pementasan aksi karakter oleh KLP Productions pada 27 April 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.
* Majlis perasmian PBAKL 2007 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar pada 28 April 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.
* Pelancaran buku terbaru oleh Berita Publishing pada 28 April di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.
* Seminar: Educational needs for children with Dyslexia oleh Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan pada 28 April 2007 di Bilik Seminar Johor/Kedah.
* Forum publishing : Applying the blue ocean strategy oleh Persatuan Penerbit-Penerbit Buku ASEAN (ABPA) pada 28 April 2007 di Bilik Seminar Kuala Lumpur.
* Reading of 慣he Voice |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 Syd's post
thanx for the info... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku memang suka gi pesta buku.
InsyaAllah nak pergi ni
Originally posted by h@i at 22-4-2007 02:44 PM
jom jom g pesta buku kat pwtc minggu depan... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia bakal jadi 'World Book Capital City' menjelang 2010
28-04-2007 04:26:39 PM
KUALA LUMPUR: Malaysia akan berusaha menawar diri untuk gelaran berprestij berkaitan buku dan ilmu dunia iaitu "World Book Capital City" pada 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar berkata gelaran itu hanya dianugerahkan kepada negara yang mempunyai perancangan program dan aktiviti berkaitan buku dan ilmu yang berkualiti sepanjang tahun dan Malaysia mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk menerima gelaran itu.
"Saya melihat budaya penganjuran program dan aktiviti ilmu di negara kita tidak jauh bezanya ketika saya mengunjungi Turin, Itali yang juga menerima anugerah itu tahun lalu.
"Oleh itu, saya fikir kita yang banyak menganjurkan program seperti kuiz, pertandingan pidato, persidangan antarabangsa, pameran buku dan sebagainya juga layak menerima gelaran serupa," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau berkata Malaysia perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (Unesco) yang kemudiannya akan menghantar panel penilai untuk menilai perancangan program sebelum memberi pengiktirafan itu.
"Untuk kita layak menerimanya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan yang penting kita perlu mengenalpasti semua aktiviti yang dirancang dan kita susun aturcaranya secara sistematik," katanya.
Noh berkata, pihak kementerian telah menubuhkan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia untuk menjalankan perancangan dan penyelarasan program itu serta menjadi penganjur untuk semua pameran dan pesta buku peringkat negeri dan kebangsaan.
Sejak tahun 2001, lapan bandar di lapan negara telah dipilih sebagai "World Book Capital City" iaitu Madrid (Sepanyol), Alexandria (Mesir), New Delhi (India), Antwerp (Belgium), Montreal (Kanada), Turin (Itali), Bogota (Colombia) dan Amsterdam (Belanda).
Beliau berkata, budaya membaca di Malaysia juga sudah meningkat hasil kajian yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia terhadap 62,000 orang di bandar dan luar bandar pada 2005, mendapati purata rakyat Malaysia membaca sebanyak dua buah buku setahun.
"Tetapi sebahagian besar daripada mereka juga ada yang sudah membaca 50 buah buku setahun," katanya.
Pesta Buku Antarabangsa KL 2007 akan berlangsung di PWTC sehingga 6 Mei ini dan masuk adalah percuma. BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa erti "ibu kota buku dunia" jika kita tak suka membaca?
03-05-2007 12:30:22 PM
CITA-CITANYA bukan angan-angan Mat Jenin - timbalan menteri Pelajaran Datuk Noh Omar sebenarnya terangan-angan Kuala Lumpur dinobatkan sebagai 揑bu Kota Buku Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Buku umpama kekasih
Oleh RATNA ROSHIDA ABD RAZAK
DALAM peradaban Islam, buku merupakan seorang kekasih dan teman yang paling setia dalam memimpin ke arah kebenaran dan membentuk kemajuan unggul.
Sikap orang Islam ketika itu yang mencintai buku jelas dilihat dari kehidupan seharian mereka terutama ketika mereka berbicara.
Profesor Ahmad Shalaby dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Pendidikan Islam ada menyatakan bahawa di dalam sejarah Islam pernah diriwayatkan apabila seseorang berbicara tentang buku, maka pendengarannya akan mengira bahawa dia sedang berbicara tentang seorang yang amat setia dan jujur, seorang kekasih yang sudah lama tidak bertemu atau seorang pemimpin yang memimpin ke jalan kebenaran dengan satu tujuan yang suci murni.
Dalam buku ini beliau juga telah menulis satu bahagian yang khusus tentang hubung kait buku dan perpustakaan.
Di zaman Harun al-Rasyid yang merupakan kemuncak kepada perkembangan ilmu di bumi Arab, terutama apabila Baitul Hikmah yang merupakan perpustakaan dan juga sebuah pusat penterjemahan mula beroperasi.
Di sinilah tempat berkumpul segala ilmu yang didapati dari tamadun-tamadun luar seperti kaedah mantik atau logik dari tamadun Yunani, penghasilan kertas dari tamadun China dan ilmu nombor diambil dari tamadun India. Ilmu yang dikumpulkan ini terus dikaji dan diselidiki dengan lebih mendalam dan juga diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dihasilkan semula dalam bentuk buku untuk dimanfaatkan oleh semua.
Bagi pencinta ilmu, buku merupakan pasangannya yang paling setia. Ke mana sahaja mereka pergi akan tetap ditemani oleh pasangannya ini. Al-Jahiz, seorang ulama besar Islam yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan sehingga mati tertindih oleh buku-bukunya pernah berkata: 揃uku itu akan diam bila engkau menyuruhnya diam. Dia tidak akan mengganggumu kalau engkau sedang bekerja. Tetapi bila engkau diulit kesepian dialah teman yang akan menjadi temanmu yang paling baik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks Syd for the info!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Personaliti: Berbasikal 1,000km untuk beli buku
Oleh Hasliza Hassan
Muhammad Uthman hasilkan penulisan pemikiran signifikan kemajuan umat
BELIAU digelar sebagai lebai kampung atau 慙ebai Kampung Janggut Merah, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memburu buku terpakai
Oleh ROSFA HASHIM
Buku lama, buku terpakai, buku second hand mempunyai nilai yang berbeza- beza kepada kita semua. Kepada kebanyakan orang, buku lama cuma menghimpun habuk dan debu, membazir ruang dan menyemakkan mata memandang dan patut dihumbankan jauh-jauh.
Kalau dijual dan ditimbang kati pun harganya tidak seberapa. Namun, kepada segelintir orang lain, buku-buku lusuh ini ada harganya.
Kalau ke Pulau Pinang, peminat buku second hand tentu kenal akan pasar Chowrasta tidak jauh dari Penang Road. Kebanyakan orang singgah untuk membeli buah pala, jeruk dan asam serta belacan buatan Pulau Aman di situ. Tak ramai yang mengetahui di bahagian atas bangunan tersebut menempatkan banyak kedai menjual buku terpakai.
Saya sendiri mengenali tempat ini daripada arwah Syed Hussein Alatas yang sering membeli buku terpakai di situ. Di sini kita dapat membeli buku baru dan lama, murah dan mahal, semuanya dengan tawar-menawar. Memang saya dan teman- teman peminat buku sering mendapat buku yang baik-baik di sini.
Di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, ada banyak kedai buku terpakai milik peniaga India Muslim atau kita boleh juga ke kedai buku Payless di Ampang Point atau di Ampang Park.
Kalau ke Jakarta, memang ada beberapa tempat yang agak baik dikunjungi oleh pencinta buku misalnya Pasar Festival di Kuningan. Di sini buku lama, kadangkala disebut buku vintage atau buku perawan tua. Di sini kita boleh mendapat buku sehingga lebih murah daripada separuh harga asal. Memang ini adalah syurga bagi penggemar buku harga murah.
Sudin, salah seorang daripada sekian banyak penjual buku terpakai di Jakarta bertempat di Taman Mini Indonesia Indah, mampu mengubah buku terpakai menjadi buku berharga. Buku terpakai diperolehnya daripada pengumpul barang terpakai yang berkeliling ke kampung-kampung dan membeli kertas atau buku secara timbangan berat.
Kemudian, pengumpul barangan terpakai yang berkeliling kampung itu menjual kembali barang tersebut secara timbangan berat. Sudin, membeli buku-buku tersebut dengan harga murah. 揔adang-kadang, buku ini kami beli Rp5 ribu ( RM2), bisa laku dijual kembali Rp500 ribu (RM200), karena orang umumnya enggak tahu nilai buku itu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tabiat membaca rakyat kita tak konsisten
SELEPAS 50 tahun Merdeka, rakyat semakin peka terhadap ilmu dan bacaan. Ribuan orang membanjiri kedai buku di seluruh negara setiap hari mencari bahan bacaan untuk memenuhi minat membaca. Ini adalah satu natijah baik daripada usaha menggalakkan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Sejak 1995 hinggalah 2006, gerakan mendorong minat membaca diperhebatkan dengan pelbagai slogan. Pada 2002 dan 2003, kerajaan bertindak menjadikan amalan membaca sebagai 揼aya hidup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Majalah ilmiah terlalu kurang berbanding bahan hiburan
SETIAP kali membeli akhbar di gerai, saya sempat membelek beberapa majalah untuk melihat isi kandungannya.
Mungkin bagi golongan bekerja seperti saya, kami hanya berpeluang menatap akhbar harian tanpa sempat membaca majalah utama di negara ini.
Saya dapati pelbagai jenis majalah wujud di pasaran pada masa ini.
Jika diteliti satu persatu dan dikira peratusannya, kita terkejut jika majalah ilmiah amat kurang berbanding majalah hiburan.
Pertama, mungkin jumlah majalah ilmiah yang dihasilkan di negara ini amat sedikit berbanding majalah berbentuk hiburan.
Adakah disebabkan trend generasi masa kini yang lebih suka hiburan maka jualan majalah ilmiah kurang memberansangkan? Atau adakah ia disebabkan mentaliti penerbit yang lebih suka menerbitkan majalah berbentuk hiburan bagi mengaut lebih keuntungan?
Mungkinkah mereka tidak sanggup menanggung risiko tidak laku jika menerbitkan majalah ilmiah?
Penekanan terhadap pentingnya bahan ilmiah seolah-olah terlepas pandang, sama ada pada peringkat pelajar, ibu bapa atau masyarakat.
Jika dulu kita lihat banyak majalah ilmiah yang mendapat tempat di hati remaja, namun kini majalah ilmiah makin dipandang sepi generasi muda.
Adakah sebab penampilannya kurang menarik dan isinya sukar difahami?
Atau mungkinkah majalah ilmiah ini hanya sesuai untuk golongan yang intelektual tetapi tidak sesuai untuk generasi kaki lepak?
Bagi saya semua orang perlu ambil pendekatan bijak dan berhikmah untuk membantu dan membawa generasi muda zaman ini untuk mencintai ilmu dan bahan bacaan ilmiah.
Mutiara ilmu zaman ini semakin hilang disebabkan kurangnya minat membaca bahan ilmiah oleh generasi muda.
Bagi mereka, belajar di sekolah sudah cukup untuk mempelajari segala ilmu.
Di luar sekolah, adalah hak masing-masing untuk memilih apa bahan bacaan yang ada.
Apabila perkara ini sudah ditanam generasi muda pada masa kini maka, segala yang dipelajari di sekolah tidak dipraktikkan apabila mereka keluar dari medan pendidikan.
Ilmu yang dipelajari di sekolah hanya jadi bahan cetak yang ditinggalkan selepas tamat peperiksaan.
Ramai generasi muda pada masa ini semakin bijak dan semakin meningkat prestasi akademik mereka tetapi kurang menyerlah dari segi siasah.
Sebagai masyarakat, kita sewajarnya menekankan kedua-dua elemen akademik dan siasah bagi memastikan generasi akan datang dapat menjadi pemimpin yang mampu mengekalkan kemerdekaan negara.
Penekanan kepada bahan bacaan ilmiah amat penting bagi melahirkan dua elemen penting dalam pembentukan generasi pada masa akan datang.
Saya menyeru kepada para penerbit, penulis dan karyawan untuk memperbanyakkan bahan bacaan ilmiah dan majalah ilmu bagi meningkatkan pencapaian ilmu dan pembentukan siasah ke arah melahirkan generasi yang terbilang di dunia dan akhirat.
NORWANI AHMAT,
Taman Sri Pulai, Seremban, NS. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tingkatkan perpustakaan
Oleh Mohamad Sofee Razak
Perpustakaan atau kutub- khanah adalah citra korpus ilmu dan lambang intelektual sesebuah bangsa, agama dan negara yang bertamadun. Institusi ini telah lama wujud sejak ribuan tahun dulu di mana sejarah kegemilangan tamadun agung Mesir, Rom, Parsi, China, India dan sebagainya adalah seiring dengan kewibawaan serta keagungan perpustakaan.
Perpustakaan terbesar dunia The Library of Congress di Amerika Syarikat (AS) yang memiliki jutaan koleksi keilmuan adalah inspirasi dan aspirasi sebenar dinamis perpustakaan dunia. Perpustakaan dikatakan wujud semasa berkembangnya kebudayaan dan keilmuan Sumeria, Babylon dan Assyria yang terletak di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates sekitar tahun 3000 hingga 650 Sebelum Masihi.
Perpustakaan Alexandria atau Iskandariyah yang dibina pada awal abad ke-3 Sebelum Masihi pada masa pemerintahan Ptolemeus II umpamanya pernah menjadi perpustakaan terbesar di dunia, menyimpan kira-kira 400,000 sehingga 700,000 naskhah gulungan papirus dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk geometri, kedoktoran, astronomi, bahasa dan sebagainya.
Dr. Mustafa As-Siba慽 telah menukilkan bahawa Muhammad Bin Abdul Malik Az- Zayyad memberi 2,000 dinar setiap bulan kepada penterjemah dan penyalin buku sebagai ganjaran di atas usaha gigih mereka.
Khalifah Al-Makmun pula selalu memberi hadiah emas kepada Hunain Bin Ishaq seberat buku-buku yang telah diterjemahkan beliau ke dalam bahasa Arab.
Ini adalah contoh unggul betapa pemerintah silam begitu mengambil berat dan telah melaksanakan inisiatif penting meneruskan sejarah kegemilangan buku dan perpustakaan.
Sejarah keagungan Islam merekodkan kegemilangan tradisi intelektual Islam dengan terbinanya perpustakaan yang berkaliber seperti Perpustakaan Khalifah Dinasti Fatimiyah dan Darul Hikmah di Mesir, Perpustakaan Baitul Hakam di Baghdad, Perpustakaan Al-Hakam di Andalus, PerPustakaan Bani Ammar di Tripoli, Perpustakaan Al-Fath Bin Khaqan dan banyak lagi yang menjadi rujukan peminat serta pencinta buku dan pelajar dari seluruh dunia.
Di sini mereka menjalankan aktiviti diskusi, mentelaah, menyalin buku dengan bebas tanpa sebarang sekatan, bahkan diberi galakan dan insentif dari pihak pemerintah ketika itu.
Turut dilaporkan juga lahirnya begitu ramai genre penyalin dan penterjemah buku- buku yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang ilmu diperoleh melalui pembelian, pemindahan, pertukaran oleh pihak pemerintah dan termasuk proses penaklukan ke atas Ankara, Armenia, Cyprus dan sebagainya. Proses pemindahan ini telah mengubah landskap transformasi penterjemahan, penyalinan dan perkembangan dunia buku serta korpus ilmu dunia Arab.
Kewujudan perpustakaan menimbulkan integrasi minat membaca di kalangan masyarakat dan berlakunya proses menginstitusikan budaya membaca dalam sistem pemerintahan negara.
Menyelami perkembangan perpustakaan sebagai institusi kecemerlangan umat, maka kita perlu memperkasa dan mempertingkatkan lagi fungsi perpustakaan sewajarnya di negara kita.
Perpustakaan adalah khazanah dan aset negara yang amat berharga serta perlu diberikan pembelaan sepenuhnya. Di samping kewujudan Perpustakaan Negara Malaysia, kita memiliki perpustakaan awam hampir di setiap negeri termasuklah perpustakaan daerah, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak.
Namun begitu, kebergantungan kepada institusi ini tidak cukup dan ini menuntut semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta perlu mewujudkan perpustakaan di premis masing-masing.
Sebagai contoh mahkamah di seluruh Malaysia perlu mewujudkan perpustakaan di kompleks mahkamah agar sesiapa yang berminat boleh membuat rujukan berkenaan undang-undang secara langsung tanpa perlu pergi ke perpustakaan awam dan universiti.
Walaupun perpustakaan yang ada kini hanyalah bersifat koleksi peribadi para hakim dan majistret sahaja, tidak dibuka kepada umum, maka langkah menyediakan kemudahan perpustakaan memudahkan orang ramai, pelajar, pesalah, tertuduh dan sesiapa sahaja membuat rujukan dan carian akademik serta maklumat berkaitan undang-undang. Kemudahan ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan mewujudkan masyarakat celik undang-undang.
Hospital serta klinik kerajaan dan swasta juga perlu menyediakan kemudahan perpustakaan kepada orang ramai, pelajar dan pesakit agar mereka boleh mendapatkan akses maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan bidang perubatan dan kesihatan, di samping dapat mengisi masa lapang ketika mereka berada di hospital dan klinik.
Melalui kemudahan perpustakaan ini diharapkan dapat membantu usaha kerajaan membimbing dan membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat.
Pusat dan agensi peranginan, hotel, pusat rekreasi dan percutian juga perlu menyediakan kemudahan perpustakaan kepada pelanggan mereka di samping bercuti, mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan di mana sahaja mereka berada serta pada bila-bila masa.
Di samping itu kompleks beli-belah, pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Carrefour, Makro dan sebagainya juga digalakkan menyediakan kemudahan yang sama walaupun terdapat banyak kedai buku besar yang menyediakan kemudahan membaca dan merujuk buku secara percuma.
Pejabat-pejabat kerajaan, syarikat korporat, lapangan terbang, hendaklah menjadi contoh dan model penting menjadikan perpustakaan sebagai prasarana utama dalam proses pentadbiran dan pengurusan mereka. Dengan adanya perpustakaan, kemudahan menyimpan pelbagai koleksi maklumat dan menyediakan perkhidmatan dapat dilakukan seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya.
Gudang maklumat ini juga dapat menghimpun sumber bercetak, tidak bercetak dan elektronik untuk kegunaan syarikat dan rujukan orang ramai yang berminat terutamanya pelajar dan penyelidik.
Masjid dan surau juga wajar menyediakan kemudahan perpustakaan untuk kemudahan ahli jemaah dan kariah setempat. Tradisi Islam membuktikan perpustakaan telah memainkan peranan yang cukup penting dan merupakan pusat maklumat dan ilmu pengetahuan yang cukup berkesan.
Buku, jurnal, majalah dan bahan ilmu lain tidak semestinya bersifat keagamaan semata-mata tetapi perlu dipelbagai merangkumi ekonomi, teknologi, pendidikan, sosial, sains dan sebagainya.
Perpustakaan mencerminkan keadaan tahap sosioekonomi, sosial dan budaya serta taraf pendidikan negara dan masyarakat di Malaysia secara langsung.
Negara dan masyarakat yang bertamadun dan memiliki budaya menghargai ilmu pengetahuan perlu menterjemahkannya kepada pembangunan perpustakaan dan sebagai permulaan, maka setiap dari kalangan kita perlu memiliki sekurang-kurang perpustakaan peribadi di rumah dan bilik pejabat masing-masing.
* MOHAMAD Sofee Razak ialah seorang peguam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku masa kecik kecik, selalu berangan nak ada buku yang banyakkkkk gile, tapi masa tu kuarga aku susah. Nak beli buku sebijik pun, mungkin dapat 2 tahun sekali. Majalah yang aku paling ingat paling best aku pernah baca dan ada ialah Majalah Bambina, tapi lepas tu majalah tu hilang tak tau mana pergi. Lepas tu aku jugak macma korang la, tapi aku punya ada satu je, iaitu buku Enid Blyton. Masuk darjah darjah, dapat jadi librarian, aku paling suka baca buku yang kita boleh pilih konklusinya, macam kalau nak orang tu macam tu, pergi page berapa, macam ni, pergi page berapa. Seronok gile. Kengkadang main tipu, gi je baca last page hehehe
Aku start baca bahan bacaan yang berat dari form 1. Tapi kebanyakan buku pinjam dari library la. Baca ensiklopedia (sebab terpengaruh dengan cerpen orang yang kena kanser otak habiskan usianya dengan baca ensiklopedia). Then satu hari, aku terbaca buku Frankenstein (translation), terus aku tersuka pada topik religion dan philosophy.
Jadi sampai sekarang bahan bacaan yang paling aku suka berkaitan dengan dua benda ni, tak kiralah fiction ke non-fiction ke. Tapi course aku ambik langsung takde kaitan. Tapi buku kat Mesia ni mahal kan, so koleksi buku aku tu dah ada dah, cuma tak la banyak kot. Kalau koleksi ebooks tu memang melambaklah. AKu beli PDA ni dulu pun sebab aku ingat tak mampu aku nak puaskan nafsu membeli buku aku tu. Kalau kuarkan duit sikit beli PDA, semua buku yang ada dalam cyberworld ni aku boleh baca.
Pasal buku fiksyen Melayu (alaa karangkraf la alaf 21 la), bukan aku nak berlagak, tapi aku memang tak baca sangat. Even yang English pun macam yang chic lit ke, yang romance ke, pun aku tak baca. BUkan nak cakap aku ni nak akademikla sangat, tapi aku suka je nak tambah ilmu aku, dengan benda yang aku suka, jadi aku taknak buang masa aku baca benda yang takkan bantu aku tau benda yang aku suka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baca buku ni kalo tak diamalkan atau digunakan atau sharing tak guna gak
Cuba fikir... Kita hidup hanya beberapa waktu je.. sampai masa kita jadi tanah... buku2 tu jugak jadi tanah...
Buat library besar2 pun kalo utk puaskan hati sendiri mcm syok sendiri la pulak
Sesetengah elitis beli koleksi buku2 ilmiah semata2 utk dekorasi house library diorg
So jln yg paling baik...Ni i rasa la...
Selepas baca buku... sharing la aper2 cerita atau aper2 ilmu yg menarik n berguna kpd ahli keluarga atau org berdekatan
Selepas baca buku... ambil masa seketika utk refleksi atau muhasabah diri dgn aper2 yg berkaitan dlm buku tu
Selepas baca buku... kalo ader yg nak pinjam... jgn la kemut sgt... rezeki itu ketentuan Allah... kalo dah buku tu jadi rezeki kita pusing mcm mana pun tetap akan jadi hak milik kita.
selepas baca buku seni... sharing la aper2 info kat sini nanti I kasi kredit ... InsyaAllah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #57 fleurzsa\ catat
saya setuju
tapi bagaimana pula kalau apa yang kita minat dan nak share tu orang lain pulak tak minat?
aku citer pasal agama lain je kengkawan aku dulu dah terbeliak bijik mata |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 and #58 fleurzsa's & artgeex post
yup...i believe sometimes baca buku n actually having learnt something from it is indeed very very good but mcm artgeex kate, kekadang org tak minat sgt dgn ape yg kita baca.
i like architecture because thats my career and my life. ade org kata i boring sbb i ala2 arkitek berfalsampah. yelah amek philosophy as my elective. huhu...pening woo...
but anyway, penting utk tau cross faculty knowledge sbb boleh relate dgn apa yg kita buat.
pastu i liked travel book writer, mcm VS Naipaul and Paul Theraoux but org lain tak minat sbb cara penulisan yg meleret2 (too detail). tula...baca2 ok, tapi bile nak vent out ideas, takde audience yg sudi mendengar.... *sob *sob |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tiap - tiap hari memang baca surat khabar The Sun & Berita Harian
selain tu majalah dan tak lupa membeli novel terbaru setiap bulan
dari kecil memang dididik oleh makayah untuk membaca. dan dari kecil hadiah harilahir mesti bahan bacaan.
dah jadi kebiasaan. sekarang dibelikan hadiah utk my daughter pun bahan bacaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|