CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kunangkunang

Batuk berkahak. Macam mana nak hilangkan?

[Copy link]
Post time 20-1-2006 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by crystal_angel at 19-1-2006 04:30 PM
madusawda? kat ner ader jual ek?:hmm:


Owen beli melalui kawan..tak tahulah plak kalau ada jual kat pasaran..Mungkin honeybee boleh jawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2006 02:56 PM | Show all posts
ari tuh honey terjumpa madusawda tuh kat warta bangi....kat booth bwh tangga kalo bese g...ada di celah2 buku...
Reply

Use magic Report

crystal_angel This user has been deleted
Post time 21-1-2006 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 20-1-2006 02:56 PM
ari tuh honey terjumpa madusawda tuh kat warta bangi....kat booth bwh tangga kalo bese g...ada di celah2 buku...


Alamak! :stp: jauh nyer kat Bangi.. CA kat Utara ni.. camnilah Honey klu ader info pasal madusawda tu pm CA k.. CA pun nak cuba jugak sebab pagi tadi anak CA mula batuk kuat plak..ubat2 lansung tak jalan... Kahak dier bunyi kuat la..risau CA..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 08:53 AM | Show all posts
oo..utara...rsnyer kilangnyer kat kedah.nanti balik umah saya check yer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by crystal_angel at 21-1-2006 09:15 AM


Alamak! :stp: jauh nyer kat Bangi.. CA kat Utara ni.. camnilah Honey klu ader info pasal madusawda tu pm CA k.. CA pun nak cuba jugak sebab pagi tadi anak CA mula batuk kuat plak..ubat2 lansun ...


Bawak gi jumpa Paed balik takut jadi cam anak owen ari tu paru2 ada jangkitan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 10:31 AM | Show all posts
anak epal skang di hospital sebab ada jangkitan paru2....risau betul dibuatnyer.....lama lak tu kena stay hospital...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2006 10:38 AM | Show all posts
kalo jangkitan peparu rsnyer kurang2 seminggu ler epal...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 24-1-2006 10:38 AM
kalo jangkitan peparu rsnyer kurang2 seminggu ler epal...


sib baik smalam dah kuar..5 hari duk spital...cont. antibiotik kat rumah...itupun still dada dia bunyik kahak byk lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2006 09:36 AM | Show all posts
alamak CA..luper lg nak check botol tuh..sori maa...
epal..Alhamdulillah dah dpt kuar...skang kite yg batuk sbb selsema baru2 nih...ari2 tido bilik sebelah je ler...ari nih ayahnyer lak tonsil bengkak..adus...jgn le anak aku kena aper2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by epalhijau at 25-1-2006 09:14 AM


sib baik smalam dah kuar..5 hari duk spital...cont. antibiotik kat rumah...itupun still dada dia bunyik kahak byk lagi....


Epal, Dr bagi antibiotik aper..Normally memang akan bunyi kahak lagi tapi dia akan hilang..cubalah bagi madu sawda..ari tu anak owen nyaris nak kena admit ..sebab jangkitan kuman kat paru2 ni..demam dekat 2 minggu..antibiotik yg memula Paed bagi tak jln dah complete 5 hari still demam lagi ..lastnya Paed bagi antibiotik yg kuat zithromax baru ok..tapi masa tu batuk memang dengar kahak lagi..complete antibiotik..bagi madusawda..ni dah ok..
Reply

Use magic Report

crystal_angel This user has been deleted
Post time 26-1-2006 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 25-1-2006 09:36 AM
alamak CA..luper lg nak check botol tuh..sori maa...
epal..Alhamdulillah dah dpt kuar...skang kite yg batuk sbb selsema baru2 nih...ari2 tido bilik sebelah je ler...ari nih ayahnyer lak tonsil ben ...


uikkss honey.. CA baru on9 arinie... baru2 nie CA plak yang tak sihat.. yelah anak asyik meragam jer.. malam x cukup tidur berjaga.. lelama kiter pun tak sihat jadinya..

CA nak kasik tau berita baik ni... CA bersyukur sgt Anak CA dah sihat.. cuma bunyik kahak skit2 jer.. CA tawakal time tu kasik dier minum air gula batu campur dgn air kelapa muda.. Alhamdulillah.. batuk nyer dah tak der .. kahak pun dah kurang.. malam pun dah boleh tidur lena.. Thanks honey, owen, n lelain..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 10:00 AM | Show all posts
Musim batuk dan demam?
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


BATUK adalah keluhan yang kerap membawa pesakit berjumpa doktor. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Ia juga kerap berlaku semasa seseorang mengalami selesema.

Batuk sebenarnya merupakan petanda baik bahawa badan kita berfungsi dengan normal. Ia adalah cara badan bertindak balas
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 10:01 AM | Show all posts
Rawatan

ADALAH diingatkan, ubat batuk tidak merawat punca batuk, ia hanya melegakan batuk. Apabila seseorang mengalami batuk dan demam, adalah disarankan agar mereka berjumpa dengan doktor, yang akan menentukan punca batuk dan rawatan sewajarnya.

Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu untuk menghentikan batuk (supresan batuk) dan untuk merangsang dan mencairkan kahak atau mukus (perangsang batuk).

Lazimnya, doktor akan memberikan supresan batuk jika batuk itu kering dan menyebabkan rasa sakit di dada semasa batuk.

Ubat ini dapat mengurangkan desakan untuk batuk dengan menyekat pusat kawalan batuk di dalam otak.

Sementara itu, jika batuk berkahak dan kahak susah dikeluarkan, doktor akan memberikan perangsang batuk atau mucolator.

Dengan ini, ia akan membantu membersihkan saluran udara dari sebarang perengsa bagi memudahkan kahak dibatuk keluar.

Sesetengah ubat batuk mengandungi kedua-dua supresan dan perangsang. Supresan mengurangkan kekerapan batuk manakala perangsang menolong mencairkan mukus.

Apabila digabungkan kedua-dua ramuan ini, ia akan membuat batuk anda lebih produktif dengan mengeluarkan lebih banyak kahak dan mukus, menjadikan anda terasa lebih selesa.

Lain-lain rawatan

- Ubat hisap (gula-gula berubat) hanya memberikan kelegaan pada kerongkong.

- Ubat bronkodilator akan digunakan apabila didapati ada penyempitan saluran pernafasan seperti yang berlaku pada pesakit asma dan bronkitis. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan dan akan melegakan batuk.

- Sedut wap bermentol untuk melembapkan dinding saluran pernafasan. Kristal mentol dimasukkan ke dalam air panas dan pesakit diminta menyedut wapnya melalui mulut.

- Antibiotik akan diberikan sekiranya batuk itu didapati berpunca daripada jangkitan bakteria.

Punca batuk berlarutan

- Radang paru-paru (pneumonia)

- Penyakit tuberkulosis (TB) paru-paru

- Jangkitan kuman atipikal

- Jangkitan kulat di paru-paru

- Paru-paru bernanah

- Lelah (asma) yang belum dikenal pasti sebelumnya

- Penyakit Penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD)

- Ketumbuhan (Kanser paru-paru, kerongkong atau bronki)

- Paru-paru berair disebabkan oleh kegagalan jantung

- Penyakit refluks gastroesofageal (GERD)

Jika batuk dan demam tidak dirawat pada peringkat awal, ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti septisemia di mana kuman merebak ke dalam saluran darah.

Pesakit juga akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan, kegagalan organ-organ lain seperti buah pinggang, jantung dan hati sehingga boleh membawa maut.

Oleh itu, adalah penting, jika mengalami batuk dan demam yang berlarutan segeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Amalan membeli ubat batuk dari kedai ubat atau farmasi tanpa mendapat nasihat daripada pengamal perubatan boleh memudaratkan keadaan.

Pencegahan

Kebanyakan punca batuk dan demam adalah disebabkan oleh jangkitan kuman sama ada kuman virus atau bakteria yang merebak melalui udara.

Contohnya, apabila seseorang penghidap jangkitan paru-paru batuk atau meludah di tempat-tempat awam, dia akan batuk keluar kuman ke udara dalam bentuk titisan air liur.

Titisan ini kemudiannya akan dihidu oleh orang lain yang berada di sekitarnya dan berpotensi untuk menjangkiti kuman tadi.

Oleh itu adalah menjadi amalan yang baik bila kita mempunyai jangkitan saluran pernafasan agar tidak meludah merata-rata, jangan pergi ke kawasan keramaian serta, menutup mulut dan hidung bila batuk di kawasan awam.

Begitu juga jika ada sesuatu wabak berlaku, orang awam tidak digalakkan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ada vaksin yang boleh diambil untuk mencegah kita daripada dijangkiti oleh kuman virus tertentu seperti vaksin pneumokokus yang disyorkan kepada bakal-

bakal jemaah haji.

Tip pengurusan sendiri batuk

- Sebelum mengambil sebarang ubat batuk, pastikan anda tidak alah kepada mana-mana ramuan yang terkandung di dalam ubat tersebut.

Kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap yang mengandungi gula. Kalau boleh, pesakit diabetes harus mengelakkan pengambilannya.

Ada sesetengah ubat batuk mengandungi pseudoephedrine yang boleh menambah tekanan darah. Justeru, pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini.

- Patuhi arahan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut jadual terutamanya antibiotik.

- Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan mukus) minumlah lebih banyak air terutamanya air suam, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak. Mandi dengan air panas kerana wap dapat mencairkan mukus.

- Untuk batuk bukan produktif (batuk kering), banyakkan minum air atau, minum minuman panas seperti teh limau dan madu untuk melegakan tekak.

Anda juga boleh mencampurkan satu bahagian jus limau dengan dua bahagian madu. Jangan berikannya kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.

- Elakkan daripada makanan berminyak.

- Banyakkan memakan sayur-sayuran.

- Ambil vitamin C tambahan.

- Jika batuk itu kering dan kahak pekat, amalkan menyedut wap bermentol.

Berjumpa doktor sekiranya

- Gejala berterusan lebih seminggu.

- Batuk menjadi semakin teruk.

- Batuk diikuti dengan bunyi ronkus, demam, berpeluh pada sebelah malam, mengalami penurunan berat badan atau terdapat darah di dalam mukus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 12:34 AM | Show all posts

Reply #1 kunangkunang's post

sebagai pengalaman teman ex nurse. kalau kahak tu pekat bagi minum air suam banyak-banyak untuk mencairkan kahak tu. kemudian buat fisioterapi caranya,tepuk-tepuk sikit dadanya kalau takut just vibrate kan dadanya untuk merangsang dia lebih batuk coz dengan batuk dia dapat mengeluarkan kahaknya.Macam tu yang teman tengok fisioterapis buat kat pasakit. teman biasa buat kat pesakit dewasa je.Ada sesetengah baby kalau tengok dia tak pandai keluarkan kahaknya sebaliknya dia telan. tak pe sebab nanti benda tu keluar bersama najisnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by kunangkunang at 11-11-2005 11:15 AM
hai semua...

anak kunang skrg dah 1 thn lebih. masuk hari nie...dah dekat sebulan lebih dia kena batuk berkahak. bila pegi klinik, doktor ada bagi ubat batuk and cairkan kahak. masalahnya sekara ...

kunang..try kasik makan madu n titikkan setitik air limau nipis..Insya Allah ok...madu mmg elok diamalkan...limau plak utk hakis flam dlm tekak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 03:29 PM | Show all posts
Aku memang nak try bagi madu kat anak aku. He's 7 months old. Batuk teruk, kahak banyak. Masuk ni dah 3 kali gi clinic ambik nebulizer tu. Sekarang dah phobia dah dia tengok syringe ubat. Macam2 ubat dia kena makan - antibiotik la, ubat batuk la, kering kahak la. Kalau baby boleh ke madu tu campur air limau nipis ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


bakulkain This user has been deleted
Post time 28-12-2006 12:09 PM | Show all posts

Reply #56 french_fry's post

my baby pun ada masalah psl batuk berkahak dan nafas berbunyi spt 'kroohh...kroohh.." bila cuaca sejuk, tambahan lak bunyik tu berpanjangan tak baik2.. Bulan lepas saya ambik keputusan utk bawak jumpa doktor pakar, Klinik Dhillon di rawang siap buat scan dada dia dan kita boleh tengok betapa banyaknya kahak tu dah merebak masuk ke paru2 mmg gerun time tu sbb tak sangka paru2 dia mcm tu, selepas rawatan kahak anak saya beransur2 hilang dan ubat kat doktor tu mmg berkesan... saya sanggup berhabis sedikit utk anak saya asalkan hilang bunyik kahak tu sbb tak nak dia dijangkiti asma... ubat singulair pun dah pernah cuba tapi kesan dia sementara je pastu datang balik kahak tu..

[ Last edited by  bakulkain at 28-12-2006 12:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 10:41 AM | Show all posts
cuba bg madu amazing
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 09:55 AM | Show all posts
Anak batuk dan muntah setiap malam

Doktor,

ANAK kedua saya, perempuan, berusia 4 tahun lebih. Seperti kanak-kanak lain, dia aktif dan sihat. Menyusu botol tiga atau empat kali sehari dengan setiap susuan adalah pada kapasiti sembilan auns. Perkembangan tumbesaran mengikut kata doktor adalah normal.

Cuma apa yang membimbangkan saya ialah dia akan batuk-batuk pada setiap malam dan pengakhiran daripada batuk tersebut, dia akan memuntahkan segala isi perutnya. Barulah dia akan nyenyak tidur.

Keadaan bilik bukanlah sejuk ataupun panas sangat yang mungkin menyebabkan tercetusnya batuk itu. Saya juga akan memastikan bilik di sapu dan dibersihkan setiap hari bagi mengelakkan debu.

Jadi doktor, kami amat risau dengan keadaannya itu. Apakah terdapat kemungkinan lain yang menyebabkan dia berkeadaan sedemikian. Yang peliknya, dia tidak pula batuk pada siang hari.

Terima kasih di atas keprihatinan doktor.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 05:09 PM | Show all posts
anak puri pun sama doc kasi ubat singulair utk mengelakkan jadi asma... so kena ambik selama 4 bulan berturut2 utk mengelakkan jadi asma , now baby senang sgt batuk berkahak and then dorang tak pandai kuarkan sendiri, so kena bagi gas le ....memang melalak le
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059598 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list