me suka nengok tarian kuda kepang. masa kecik2 dulu, my neighbour mesti panggil group tarian kuda kepang ni utk perform masa majlis kawin anak2 dia. so, tiap kali ada majlis kawin, dpt la nengok tarian kuda kepang free. maklum org johor...
so, satu kali tu, penari kuda kepang ni dah in trance...siap jadi macam kuda meragut2 rumput. tak taulah dia makan ke tak. pastu ada sorg mamat ni bersiul kat penari tu. apa lagi, dia kejar mamat tu. org ramai sumer kejar penari tu. rebahkan dia kat tanah dan tak tau lah dorg buat apa. me masa kecik, terus lari masuk rumah. :bgrin:
menurut ceritanya, bila penari dah kerasukan. mereka ni pantang dengar bunyi siul, bau wangi2an...tak tau la betul ke tak....
tapi mungkin dulu. skrg ni tak lagi macam tu. murid2 sekolah di Johor memang giat menghidupkan semula tarian kuda kepang ni dan dorg tak de la guna mentera bukan2 atau sampai kerasukan. satu kesenian yang sangat2 menarik terutamanya jika disaksikan dengan mata kepala sendiri. rugi kalau tiada pelapis.
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu - lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu - lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
Tarian Asyik
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
Tarian Ayam Didik
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
Tarian Balai
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.
Tarian Canggung
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua
Tarian Siti Wau Bulan
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.
Tarian Cinta Sayang
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
Tarian Dabua
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.
Tarian Gambus
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali di daerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.
Tarian Gamelan Pahang
Gamelan mula diperkenalkan ke Pahang sewaktu zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muazam Shah yang pertama, yang ditabalkan pada 6 Ogos 1882 hingga 9 Mei 1914. Atas daya usaha Tengku Ampuan waktu itu iaitu Wan Fatimah (Wan Cha) gamelan telah dipertingkatkan lagi dan langkah ini kemudiannya dituruti oleh isteri kedua Sultan Ahmad Muazam iaitu Che Bedah yang melahirkan puteri Tengku Meriam. Apabila Tengku Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan ditabalkan sebagai Tengku Ampuan di Terengganu, gamelan telah dibawa bersama dan dikembangkan di negeri Terengganu. Gamelan dimainkan dalam istana. Biasanya dimainkan atas titah Raja yang memerintah. Gamelan akan dimainkan dalam majlis formal seperti dalam majlis pertabalan Raja, majlis ulangtahun pemerintah, menyambut kedatangan utusan dari luar, majlis santapan diraja dan majlis perkahwinan diraja. http://www.phg.lib.edu.my/gamelan_pahang.htm
Tarian Inai
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
Tarian Joget
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
Tarian Kuda Kepang
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Labi-Labi
Tarian Labi-Labi dikatakan berasal dari Endau dengan seorang penari diiringi alat musik biola dan gong. Tarian ini bercorak komedi. Para penarinya terdiri daripada orang lelaki sahaja. Mereka berpakaian Melayu tradisi selengkapnya iaitu memakai kain samping dan tengkolok. Gerak tarinya seperti gerak labi-labi. Penari yang berlagak sebagai anak- labi-labi akan keluar daripada sarangnya lalu cuba mendapatkan pisang yang dilemparkan kepada penari-penari. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan serunai. Tarian Labi-Labi juga popular di daerah Rompain dan Pekan. Bagaimanapun di daerah Rompin dan Pekan Tarian Labi-Labi ditarikan oleh dua orang penari.
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
Tarian Mak Yong
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Lebih lanjut mengenai Mak Yong
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan di sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an. Zapin begitu porpular pada tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan di daerah Pekan terutamanya di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin biasanya ditarikan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam rentak yang cepat. Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil inisiatif mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang, Lancang Daik. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh isteri beliau Cik Norlia yang berasal dari Singapura.
Hi all,
In case you guys are interested in looking at pictures of Balinese dance and costumes, you may go here http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1 but please do not quote or copy or save the pictures that I posted there. Thank you.
Originally posted by fleurzsa at 27-4-2006 04:58 PM
Wooo menarik sungguh gambar2 tersebut.
Cuci mata dan ambil pengetahuan he he he he
Thanks n really appreciated it.
you're most welcome. I malas nak post sini walaupun sini bod arts and culture. Tak kenal sangat orang kat sini dan I pun tak tahu ada ke tak yg.gemar. Ada yg. tanya rtentang gamelan instuments ,jadi I akan post lagi beberapa gambar instruments pula.
aku penah belajar tarian kuda kepang, yang basic punye...
basic2 pun, kena menunggang jugakla, kena naik syeh...
siap ada tali pacu lagi...so far tak penah kena benda pelik2...
cuma ada skali tu, mulut aku cabul ke ape ntah...
aku cakapla "tali pacu ni apsal lekeh sgt (buat daripada tali nylon yg digulung)...aku tengok dlm citer pontianak tu tali pacu buat dari tali yg btol2 utk buat tali pacu pastu bole siap meletup2 lagi"
pastu aku terus palu tali pacu tu....ketasssssss!!!! bunyik meletup punyela kuat...tak penah aku dengar bunyik camtu..padahal tali lekeh je...
Originally posted by iscol_klang at 31-5-2006 03:44 PM
aku penah belajar tarian kuda kepang, yang basic punye...
basic2 pun, kena menunggang jugakla, kena naik syeh...
siap ada tali pacu lagi...so far tak penah kena benda pelik2...
cuma ada skali tu ...
My professor, org Indonesia, pernah pergi ke satu Persatuan Kuda Kepang di Johor. Kalo tak silap dia cakap...itu satu2nya kumpulan kuda kepang yg popular di Malaysia.
Dia cakap lagi...Hiasan kuda2 kepang tersebut teramatlah lusuhnya. Di Indonesia hiasan kuda kepang sentiasa up to date krn biasanya setiap kampung akan ada persembahan atau pertandingan.
Nice pictures! Omputih dapat menghargai budaya orang Melayu tapi malangnya orang Melayu sendiri malu pada identiti bangsanya. Pakaian ini dah hampir nak masuk ke muzium saja.
Misteri: Dabus berunsur ritual
Oleh Mustafa Ngah Mansor
Jampi serapah dilakukan khalifah elak perkara tidak diingini sepanjang persembahan
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum he tepung tawar tepung jati,
Aku tahu asal engkau mula menjadi,
Dijadikan Allah pada embun setitik,
Aku minta tawar sekalian yang biasa
ITULAH antara bait jampi yang lazim dipraktikkan dalam tarian dabus tradisional yang kini masih diamalkan di beberapa daerah di Perak. Ia dilakukan sebelum gong dipalu, diikuti alunan rebana yang terus mencuit hati penari tarian dabus yang tidak sabar untuk menari mengikut rentak bunyian peralatan muzik tradisional itu yang 憈ak lekang dek panas dan lapuk dek hujan