Post time 2-10-2021 09:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Purina replied at 1-10-2021 05:46 PM
Kalau rumah i mcm mana pulak ek..selalu dgr tengah malam rumah atas tarik perabot or tong gas kuat g ...
Aku pnh bc forum ni gak rasanya.bunyi tu sbnarnya dtg dr rmh kita sendiri walaupun kita dgr mcm dr atas.aku pn pnh kena mcm tu.heret perabot tak siap2 walaupun dh beberapa jam.geram aku nk call owner rmh.nasib x call.padahal rmh tu mmg ada org duduk dan diorang mmg x alih ape2 pun.mmg x logik pun klu diorang alih sbb diorang budak2 bujang ja.ape sgt la brg diorang ade.dh tu tgh2 mlm mcm pkl 2,3 pg gitu.mmg x logik
Post time 2-10-2021 10:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pn nk share gak tp x seram la sgt.citer ni wktu skolah rendah lg.klu bebudak zaman tu kan diorang ade main mcm2 kan.contohnya musim main badminton semua main badmnton,musim guli semua main guli.pastu masa tu musim main batu seremban plk.biasa la main kat beranda rmh.rmh papan gitu.ada satu hari tu lps main smpan tpt biasa (luar rmh).skali mlm tu ade plk yg main batu tu.lama okey dia msin.mmg mcm manusia main tp xde suara la.smpai skrg aku teringat lg.
Sorry x seram,x pandai nk olah crita mcm damerung
Post time 4-10-2021 02:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku takut hantu bila dekat Malaysia je hehe. Dekat tempat aku sekarang ni, rumah sebelah church and kubur lama tapi tak takut pulak, siap bawak anak pergi bergambar dekat kubur sebab sekarang musim bunga, cantik cantik atas kubur haha
Cerita masa aku jadi tour leader, bawa group matsaleh travel southeast Asia. Masa kami dekat Cameron Highlands, ada program night trekking dekat hutan mana entah. Boleh tetiba dengar suara merdu nyanyi tengah hutan, tapi aku je yang dengar. Group tu tak dengar pun.
Balik hotel dalam pukul 9.30malam, aku rasa macam ada benda ikut. Aku pulak duduk bilik tour guide, kat hujung block(selalu nya bilik tour guide bilik berhantu). Sebelum aku menapak ke bilik, aku singgah bar, order vodka neat then bawa go bilik.
Pastu sampai bilik aku cakap, jangan kacau aku. Banyak lagi hari aku nk kena survive bawa malaun ni sampai akhir destinasi, Singapore. Vodka tu untuk hang. Pegi main jauh jauh.
Aku tak sanggup nak mandi malam sebab sejuk (kalau ikut hati nak mandi la lepas balik hutan). Pastu aku amek bantal, tutup muka and tidur and ready to continue trip the next day Koh koh koh
Post time 5-10-2021 05:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Memandangkan aku x boleh tido.. Aku nak citer...
Semua org tau.. Aku selalu ternampak makhluk tak guna tu dan biasa rumah aku dok mesti ada benda pelik2..
Kali pertama mai rumah anak opah.. Aku dah nampak benda pelik.. Cuma aku ingatkan tu la org tua yg aku diupah utk jaga..rupanya bukan... Masa mula2 aku dah ckp kat anak opah..yg opah ada gangguan.. Tapi biasa la depa nafikan (masa tu depa takut aku x mo kerja)
Waktu siang ok... Cuma waktu mlm.. Aku suka bangun pukul 1-2 am utk minum air... Masa aku minum tu.. Dari ekor mata aku nampak benda tu lalu lalang.. Aku lantakkan saja.. Janji x kacau aku dan opah...
Kira2 4 bulan (lepas posa jadi) opah mengamuk.. Dia nak balik tgh2 mlm.. Tak tau nak balik mana.. Dan masa tu la.. Anak dan cucu opah bgtau depa kena ganggu... Opah pulak.. Dia takut dok seorg.. Kalau aku ckp nak mandi dia akan tanya brp lama.. Dan x suka dengar org mengaji al quran.. Mcm biasa.. Aku buka rukyah dan ada ustaz dijemput dtg utk pagar lain rumah ni.
Selepas selesai sesi tu....opah ok 2-3 minggu... Tenang.. Tapi selepas tu dia buat perangai balik.. Cuma bezanya kali ni.. Bila dia buat perangai.. Aku cabar nak tgk apa yg menganggu.. Opah akan dok diam dan mlm tu lena.. 3-4 minggu lepas.. Opah buat perangai lagi teruk.. Dia nak keluar tgh2 mlm.. Dia cari alasan nak bergaduh dan menjerit...dan opkos x mo mandi (benda tu benci kot aku sbb aku bagi mandi opah dgn air sejuk) bila aku paksa juga dia mandi.. Opah tanya aku dgn smirk.. Aku pernah ka jumpa hantu ? Aku mcm biasa jawab merepek.. Kali ketiga aku nampak dah yg tanya tu bukan opah.. Jadi aku ckp.. Pernah.. Dan pelindung aku adalah Allah swt.. Terus opah diam...
Fast forward.. Khamis mlm Jumaat baru ni.. Aku nak terlelap.. Masa dlm keadaan lelap.. Aku betul2 rasa org kat belakang aku.. Bgn check x ada.. Bila aku terlelap lagi sekali.. Aku betul2 rasa kuku panjang cekak tengkuk aku... Terkejut aku.. Dan tindakan refleks aku adalah aku sikukan.. Opkos la kena angin.. Jadi aku malas nak fikir banyak.. Aku buka mp4 al baqarah dsn tido.. Cuma kejap2 aku akan terjaga.. Sbb aku boleh rasa something yg kat luar tingkap cari jln nak masuk.. Esk pagi lepas siap bagi opah segak dan makan.. Aku sembang2 dgn cucu dan anak opah.. Sekali depa juga kena kacau mlm tu.. ..
Skrg rumah ada bau busuk.. Kalau ikut aku buat kat dapur rumah arwah tok Sharifah dulu.. Aku mop dgn air panas + cuka.
Oh.. Anak opah ada klinik sendiri.. Aku lalu klinik depa masa nak ke mana entah.. Mmg nampak dilindungi, mcm ada benda besar dok lindung klinik tu.. So aku ada chit chat tanya napa klinik mcm kena tutup.. Baru la aku tau yg rupanya klinik depa kena buatan org... Aku rasa yg ganggu opah adalah yg dihantar.. Sebab opah paling lemah...
Mlm ni aku x tido sbb dok tgg benda apa yg dok kacau opah sangat
kisah pertama masa zaman duduk asrama - HISTERIA
asrama jenis duduk dgn tuan rumah dan kawasan kampung
nak dijadikan cerita, ada beberapa hari kami jumpa ayam mati depan rumah (padang). ada yg tinggal kepala ada jgk yg lengkap sekor
malam2 pulak terdengar org ngajuk perbualan kami di ruang tamu tempat study.. tp aku tak penah dgr la.. hijab telinga tertutup merangkap tdo mati
lepas kejadian ayam mati segala tu, bermulalah kisah histeria. Dari bilik satu ke bilik dua tp alhamdulillah sekejap je dh ok
bila kejadian dh terlalu kerap, pihak sekolah bagi kami cuti seminggu (cuti rehat la konon) tp ada je yg malas nak balik kg, buat aktiviti masa lapang main baling selipar susun tin, galah panjang segala..
dijadikan cerita, malam tu bilik kami (bilik ketiga) yg diduduki seramai 11org diserang histeria
ngam2 lepas abis bacaan Yassin, berenti utk mkn sementara tunggu solat Isyak
mangsa histeria tu duduk sebelah aku. terdengar dia baca surah Yassin sekerat-sekerat.. kdg dgr dpn je, kdg bunyi belah belakang dan kdg belah tgh je... mmg dia ada bagitau tak lancar bacaan tp takde la gini jadinya.. pelik tp aku lek lek lagi
bilik kami connected ke surau kecik dan dapo. masa tgh ambik wuduk kt sinki (yg kecik je mampu guna sinki hahahaaa), sorg tu dh jerit suruh dtg surau tolong pegang mangsa. Mata mangsa lain machiamm. renjis sikit air Yassin, oiii terus dia marah "air apa ni, basah laaa"... kami baca ayat Kursi, ehh dia boleh ikut sambil senyum menyindir.. hampehhhhh!! ada masa tempoh mangsa bertenang, mangsa siap bgtau itu dia yg sebenar.. kami angkat dia bwk masuk bilik & baringkan kt tetengah.. haa masatu mula la drama "dorang ramai, tolong meow (bkn nama sebenar)". masa tu agak kalut jgk la, tp alhamdulillah takde yg panik melampau. Memasing dh tau tugas, mana yg pegang tgn, pegang kaki, duduk atas kepala segala.. dlm masa kalut, terselit jgk lawak. Kami duk azan, tiba2 dgr org duk qamat. bergema gelak. Nampak tak kelaku memasing? dh rupa dukun aje. paling takleh lupa kena tendang, senak perut kami oiiii. 'mangsa' berjaya menipu kami "ini meow, lepaskan meow.. sakit". diselangi senyuman dan mata melirik tajam menyindir. tak sempat kami jerit "jangan lepaskan kaki dia" sedebuk tendangan di perut. phew! ke bintang kejap
pung pang pung pang.. jiran dpn rumah dtg masa keadaan terkawal. bdk2 aspura pn ada jengah dan dorg dh panggilkan ustaz
agak sakit hati jiran bila jiran tu cakap "takde apa tuuu.. bdk tu letih sgt.. mana ada histeria segala ni" ehhhhhhh jebatttt!! memandai je ekkkk.. kami yg duk hadap dpn mata, kami tau laaa. sesungguhnya ada mahluk lain selain manusia dlm dunia ni okay!
hampir jam 12am baru ustaz tu mai
mangsa siap cakap "kenapa panggil dia" kami “ehh siapaaaa???” hahahaa.. padahal ustaz tu tak masuk rumah lagi okay! aura tuuuuuu.. goyang la tuuu
kendian ustaz tu masuk bersama tuan rumah dan senior perempuan
sejam lebih jgk la dorg kt dlm bilik. bila ustaz tu keluar, dia cuma cakap "kamu ada main dpn rumah ni ke?" dah tentulah tempat main kami. aktiviti mengisi masa lapang ukur padang
"kamu dh terlanggar rumah dia.. tp takpe, semuanya dh ok dgn izinNya, insyaAllah"
tu je beb! lepastu mmg takde dh kekami beraktiviti kt padang. Aktiviti ditepian rumah jelaa.. seremmmm hahahhaaa
tapi kami tetap kena kacau manjah manjah.. dgr suara org bercakap memalam buta la, mahluk tu menyerupai kawan lain la, td si A kt bilik, bila keluar ke hall, ehh dia tgh baca buku. ahh lantakkkkk, malas layan, janji mahluk tu tak usik lelebih sudeh!
jd kami pun aman2 jaaa
keadaan mangsa selepas kejadian tu, memang dia tak ingat apa
malam tu jgk family dia dtg ambik.. cuti lama dlm sebulan gitu
tp dia ni agak nakal. dia suka ngajing kekami lepas kejadian. family dia cerita apa jd kt dia. Kemain galak dia mengenakan kami
ramai yg mempermainkan hal histeria ni. hanya mereka yg pernah alami sahaja yg tau…
sekian sahaja kisah misteri nusantara iols yg pertama.. kang bersambung kisah lain pulak. di rumah dan juga di dalam hutan. kbai