CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lilrose

"Jangan Bagitahu Orang Tau" - 215 Terbang Ke UK, Berapa Ramai Betul La

[Copy link]
Post time 1-10-2021 08:28 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 1-10-2021 08:30 AM

Melayu cemerlang akademik dari keluarga berjaya tidak berhak terima bantuan khas Bumiputera
Oleh ZAINAL ABIDIN ADLIN / September 28, 2021




Setiap kali saya menentang dasar pro-Bumiputera, akan ada suara yang mengatakan saya Melayu liberal dan lupa daratan.

Jadi, saya nak mulakan dengan kisah peribadi, walaupun saya kurang senang kerana seperti “masuk bakul, angkat sendiri”.

20 tahun dahulu, ketika saya di sekolah rendah, setiap tahun (kecuali darjah satu) saya mendapat nombor satu dalam kelas, dan kelas itu pula yang teratas di dalam darjah. Cikgu punyalah sayang, didaftarkan saya ke macam-macam sekolah menengah elit.


Alhamdulillah, UPSR saya cemerlang, dan saya mendapat tawaran ke tiga institusi elit – Kolej Yayasan Saad Melaka, STAR Ipoh, dan MRSM Taiping. Sedikit berat hati, saya menolak kesemuanya.

Selepas SPM, saya ditawarkan pula ke Kolej Matrikulasi Perak, dan sekali lagi saya menolak. Untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, saya langsung tidak membuat permohonan biasiswa atau pinjaman MARA. Kos pendidikan tinggi saya dibiayai sepenuhnya duit simpanan ayah.

Mengapa saya menolak semua peluang khas Bumiputera yang saya memang selayaknya terima? Kerana peluang dan kelayakan itu bukannya hak ya kawan-kawan.

Undurkan masa 50 tahun, seorang anak yatim diberikan biasiswa MARA untuk melanjutkan pengajian sarjana muda kejuruteraan di Rugby College of Engineering Technology, United Kingdom.

Setelah tamat pengajian, dia pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di Bank Negara Malaysia selama 30 tahun sehinggalah bersara.



Anak yatim itu adalah ayah saya.

Ya, ayah saya adalah bukti kejayaan MARA pada masa itu memperkasakan anak-anak Bumiputera yang kurang bernasib baik.

Tapi adakah saya, walaupun seorang pelajar cemerlang, dengan segala kelebihan seorang ayah yang sudah pun berjaya, masih berhak menerima bantuan khas Bumiputera?

Tentunya tidak.

Ayah mendidik saya dengan satu soalan mudah: Apa faedah kerajaan memberikannya biasiswa, jika hasilnya adalah kerajaan masih perlu menanggung keturunannya?

Masa itu saya berharap, setiap tempat yang saya lepaskan itu diisi seorang lagi anak susah atau yatim seperti ayah saya. Tapi mungkin saya terlalu idealistik dan naif.

Cukuplah dengan menghitung kenderaan mewah yang menghantar pelajar-pelajar ke SBP, MRSM, dan UiTM zaman sekarang.

Saya juga pernah dihubungi seorang kawan berbangsa Cina untuk bekerjasama menubuhkan syarikat di mana saya sebagai Melayu dijadikan penama pemegang saham kerana syarikatnya ingin memperoleh kontrak kerajaan.

Agak janggal bagi saya yang ingin membantu perniagaannya (yang sememangnya layak), tapi kerana saya tidak selesa mengambil imbuhan atas angin, saya menolaknya dengan baik.

Jika saya mengambil semua peluang yang dihidangkan kepada saya, mungkin saya sudah kaya raya sekarang. Tapi saya ingin persoalkan:

Adakah saya masih mendapat semua peluang itu andainya saya seorang anak kampung yang tidak mendapat “A” berderet-deret?

Atau saya tidak berkawan dengan ahli perniagaan? Atau saya tidak membesar di bandar dan fasih berbahasa Inggeris?

Sistem yang kita ada sekarang lebih menguntungkan yang sudah beruntung dan mengkayakan yang sudah kaya. Masa depan anak-anak jelata tidak boleh bergantung kepada sistem yang mengharapkan orang seperti saya untuk sentiasa melepaskan peluang kepada mereka.

Jangan salah faham, meritokrasi bukan penyelesaiannya.

Kita masih memerlukan dasar tindakan afirmatif, tetapi yang tertumpu kepada lapisan masyarakat yang benar-benar memerlukan. Dasar yang hanya menilai keperluan berdasarkan kaum terbuka kepada eksploitasi kuasa dan harta, merugikan Bumiputera juga akhirnya.

Lebih 60 tahun merdeka, dan 50 tahun dasar tindakan afirmatif berorentasikan kaum yang kononnya pro-Bumiputera, hasilnya Bumiputera masih golongan termiskin di Malaysia, terpaling ramai B40.

Memetik ungkapan popular, “Kegilaan adalah melakukan hal yang sama berulang-ulang dan mengharapkan hasil yang berbeza”.

Semua rakyat marhaen, terutamanya Melayu, perlu bersatu menentang dasar pro-kapitalis yang disolek sebagai dasar pro-Bumiputera.

Kita perlu sedar bahawa manifestasi moden dasar pro-Bumiputera jarang menguntungkan Bumiputera yang benar-benar memerlukan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2021 08:31 AM | Show all posts
berlambak kes camni...  padahal bantuan tu sepatutnya untuk anak2 yang cerdik pintar tapi dari keluarga susah/ sederhana...  masa kami nak hantar adik fly, berlambak2 yang kaya2 ni...  makpak orang besau2...  terkilan jugak la sebab patutnya seat tu boleh bagi pada yang betul2 memerlukan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang tu hubby CEO,  wife pensyarah.....guna kabel masukkan anak dalam MRSM.  MRSM dah jadi centre pelajar yg have2. Tak lama lagi antar anak ke UK pakai kabel gak. Just wait
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 08:42 AM | Show all posts
Edited by lurve82 at 1-10-2021 08:47 AM

Aku scholar local jer..degree dgn master…tp tgk scholar skrg byk mcm xbest…dorg dh xtanggung semua…scholar zaman dulu best…ni aku tgk anak buah aku yg dpt skrg la…dia dpt laluan ke us…nanti nk gi us kena pki jgk duit sndr sket…mara dh xde duit kot…zaman anak2 besok xtau la camne..payah sgt pki je la duit sndr..klu tak dpt univ local…
Klu nk ikut pasal kabel ni..aku ada terjumpa sorg la...sbb bapak dia org tggi gomen dkt sektor yg sama.. mmg org berckp la..kwn2 aku semua xpuas hati...tp aku selamba je sound depan2 dia..korg nk mohon pindah ke apa ke jgn pki kabel...xtau la dia sentap ke tak..mampos aku kang bapak dia pindahkan aku plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 08:51 AM | Show all posts
Yang pakai kabel or yang dikatakan tak layak tu berapa orang sebenarnya?
Mungkin ada and mungkin tak sampai pun 10 orang daripada 215 tu.
So jangan lah jadikan isu sangat sampai orang buat peresepsi buruk dengan majoriti budak-budak yang kerja keras untuk dapat scholarship ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 08:56 AM | Show all posts
iolss teringat masa iolss intern kat satu tempat ni. tempat iolss intern tu jadi venue utk IV scholarship JPA g obersi. CC kat situ ngadu kat ktorg, "ramai yg dtg naik kereta besar. ada sorang parents tu saya kenal. pegang jawatan besar dalam kementerian xxx"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2021 09:08 AM | Show all posts
dah lama dah isu pakai kabel ni. meols masa sekolah pun sama jah. masa meols masuk study dulu (study dalam negara under scholarship), ramai jah anak2 orka. mak ayah dr jgk ke, org2 besar ke. masuk pakai kabel. tapi masa meols, weols mmg dpt biasiswa jpa automatic wpun kaya ke beshe2 ke.

tapi teringat arwah abah meols bitter anak dia x masuk mrsm, sedangkan weols kategori b40. anak kwn heols yg t20 dpt pulak. meols kata x apa lah. meols lg suka dok rumah boleh makan masakan mak meols hari2. hahaha.

satu lagi yg meols perasan anak cikgu2, mmg privileged dapat mara/sbp ke? boleh pegi oversea? laki meols ex sekolah asrama lelaki di perak. tp heols x dptla pegi oversea.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cenderakirana9 replied at 1-10-2021 02:13 AM
Ada seorang kenalan ni mak accountant (kalau tak silap) and ayah doktor pakar, dapat MARA pergi US.  ...

Wah sedapnya hidup taknak susahkan parents tapi susahkan pembayar2 cukai lain yang takde kena mengena hidup dengan mati dengan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
amansihat replied at 1-10-2021 06:23 AM
lagi satu jangan ambik hak orang.ramai anak-anak kita tak berapa berjaya dalam hidup sebab nak masuk ...

LIKE 100x.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia selpish meratarata
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:28 AM | Show all posts
kesiannye lah korang yg tertindas

nasib baik boss aku tak buat prangai keji begini
anak2 dia belaja obesi sume sendiri tanggung
in fact, dalam perkara vaksin pun bini dia gigih rebut vaksin AZ
walaupun ada yg offer nak fast track ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo die apply ikut cara betul and diterima berdasarkan merit and layak patut ok jer.

Cume kalo result biasa tapi still dpt tajaan tu yg x betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mclaren at 1-10-2021 09:38 AM
fizamn replied at 1-10-2021 07:47 AM
tu pasal org cakap kalo students Malaysia yg study negara especially negara barat or europe ada dua  ...


Anak PM yang mana (siapa PM atau PM2 nya) yang anak2 dapat tajaan belajar? Sebab takde kot PM2 kita yang miskin atau hidup sederhana ala tgna tu so.... if ditaja memang melampau lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 1-10-2021 02:33 AM
Local grad skrg kena usaha lebih sikit..bukan xde peluang..tp..mmg kena pulun betul2...

Ramai n ...

Yes ni betul. Uolls company kt malaysia sgt glotified student oversea and rate gaji dyrg sgt berbeza dgn student malaysia sgt la sedih nasib2 dyrang yg blaja luarnegara dot jawatn sedp2 mmg la sombong tapi x leh buat kerja hanya pndai speaking BI saja
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu golongan inilah yang memandang rendah orang2 miskin cakap pemalas. Sedangkan mereka tak tahu rasa struggle nak hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:36 AM | Show all posts


dunia mmg mcm ni bosskur
bertabahlaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 1-10-2021 08:28 AM
Melayu cemerlang akademik dari keluarga berjaya tidak berhak terima bantuan khas Bumiputera
Oleh ZA ...

True much. Dah puluh2 tahun menanggung bumiputera dan menidakkan keistimewaan sama pada bukan bumiputera walhal mak ayah kadang tu datuk nenek kedua2 golongan lahir kat bumi ni, tapi rata2 bumiputera masih kurang maju kalau ikut peratusan.
Sebab dah biasa makan disuapkan so takde daya nak pecahkan ruyung habis2an untuk dapat hasil sebab sentiasa ada bantuan. Jadi complacent. Which is not good for future generations. Sebab tu juga negara kurang maju.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kuihbakar at 1-10-2021 09:43 PM

ya lah rasanya... sebab salah seorang sedara laki iols pegawai mara. anaknya dapat 1 a upsr dapat masuk MRSM. baru2 ni ada terjumpa iols. dia dah siap bgtau anak dia nanti dia nak hantar pergi oversea tajaan MARA.... hhhhmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 1-10-2021 09:38 AM
ya lah rasanya... sebab salah seorang sedara laki iols pegawai mara. anaknya dapat 1 a upsr dapat ma ...

Hai kaben lama tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu member satu kuliah abis belajar. Siap offer sapa nak gi belajar obersea bagitau dia. Yang penting lepas min requirement. Rupa2 bapak dia pengarah di MxRx.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.140536 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list