Edited by idakamaruddin at 4-1-2019 03:23 PM
anak ayam kehilangan induk kucar kacir dan bercerai-berai disebabkan hilang tumpuan
asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang kepelimbahan tabiat orang tidak akan berubah
ayam bertelur di padi
hidup senang dan mewah
ayam ditambat disambar helang
nasib yang malang sekali
ayam hitam terbang malam
sukar untuk menjangka (tentang perkara dan sebagainya)
ayam itik raja padatempatnya
setiap orang berkuasa di tempatnya atau di kawasannya
ayam laga sekandang
berkelahi atau bertengkar dengan keluarga sendiri atau teman seperguruan
ayam putih terbang siang
mudah untuk menjangka (tentang perkara dan sebagainya)
carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga
perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga
hangat hangat tahi ayam
kemahuan yang tidak tetap atau tidak kuat dan sering bertukar-tukar
mati ayam, mati tungau
jika tuannya celaka, anak buahnya ikut merasakan celaka juga
memperlapang kandang musang, mempersempit reban ayam
memberi kesempatan baik kepada orang yang bermaksud jahat
menggantang anak ayam
melakukan pekerjaan yang tidak mungkin atau sia-sia untuk dikerjakan
menjunjung sangkak ayam
mendapat malu besar
mulut bagai ekor ayam diembus
seseorang yang mulutnya tidak berhenti-henti berkata
musang berbulu ayam
orang jahat berlakon sebagai orang baik
sebagai ayam diasak malam
tidak berdaya lagi
sebuah lesung ada seekor ayam jantannya (ataupemimpinnya)
tiap-tiap kaum ada seorang penghulunya atau seorang cerdik pandainya yangakan melindungi kaum itu dari kejahatan orang lain
seciap bak ayam, sedencing bak besi
seia sekata
terbulang ayam betina
orang yang disangka berani dan sebagainya, ternyata tidak
tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa tahu
tidak ada orang yang dapat menentukan nasib seseorang
|