Gaza, Palestin sememangnya dikenali dengan tanah yang paling subur dalam bidang pertanian. Antara tanaman popular di sana ialah kurma, anggur dan macam-macam lagi.
Bumi Gaza juga tidak ketinggalan dalam penanaman buah strawberi.
Penanaman buah strawberi hanya ada di wilayah utara Gaza sahaja kerana di kawasan ini, tanah dan keadaan persekitaran di sini lebih sesuai untuk menanam pohon strawberi.
Rata-rata tahu bahawa bumi Palestin mendapat tentangan hebat dari pihak Israel tidak kira dari segi pertahanan, ekonomi dan juga hak. Keadaan ini menjadikan buah-buahan khususnya strawberi ini tidak dapat di eksport ke luar negara secara besar-besaran.
Jom lihat betapa subur dan segarnya strawberi yang dihasilkan di ladang-ladang yang terdapat di bahagian utara Gaza ini.
Buah strawberry yang besar dan cantik yang terdapat di ladang tanah Gaza (Foto: pamoaksya)
Seorang wanita menunjukkan strawberry yang dijualnya (Foto: pamoaksya)
Selain mengusahakan ladang bagi tujuan jualan, terdapat juga ladang-ladang yang dibangunkan bagi tujuan pelancongan dan juga pembelajaran.
Sebagai contoh, memetik dari aneera.org mengatakan Ladang Akram sebuah ladang yang terletak di Beith Lahia, Gaza adalah antara ladang yang aktif membuka ladangnya pada orang ramai untuk melawat dan juga pada pelajar-pelajar sekolah bagi tujuan pembelajaran.
Pengunjung ladang strawberry berpeluang untuk memetik buah dengan sendiri dan merasanya (Foto: Aneera.org)
Ladang strawberry yang dibuka untuk kanak-kanak dan pengunjung bagi tujuan pembelajaran (Foto: Aneera.org)
Mengambil nama dari pengusaha yang bernama Akram, pengusaha ladang ini begitu mempunyai minat dalam bidang pertanian bermula dari kecil lagi semasa ayahnya mengusahakan kebun sayuran secara kecil-kecilan.
Akram di ladang usahaannya (Foto: Aneera.org)
Memang tidak dinafikan lagi betapa tanah Palestin mempunyai kesuburan yang tersendiri. Walaupun hidup mereka sering ditekan oleh musuh-musuh luar terutamanya Israel, mereka tetap mampu meneruskan kelangsungan hidup dan diberikan Allah kurnia mempunyai tanah yang subur untuk mereka bercucuk tanam mencari rezeki. - CARI |