Penduduk di beberapa buah kampung di Kubang Kerian gempar dengan kemunculan orang minyak yang didakwa mengganggu ketenteraman sejak sebulan lepas.
Gangguan sampai ke kemuncak bila makhluk tersebut cuba mencabul seorang gadis berusia 17 tahun.
 Sosok yang didakwa orang minyak, Foto: Astro Awani
Astro Awani melaporkan, 'orang minyak' itu memasuki rumah gadis tersebut pada jam 9 pagi dan cuba mengikat sebelum mencabulnya.
Seorang penduduk di Kampung Pengkalan Demit, Mohamed Affandi Muhamed, 34 tahun, berkata, penduduk menyedari kehadirannya selepas ternampak kesan minyak hitam di jendela dan pintu.
Namun bila penduduk cuba menangkapnya, ia tiba-tiba ghaib.
 Kesan cedera diserang orang minyak, Foto: Astro Awani
Justeru itu, penduduk kampung yang mempunyai anak dara sunti meningkatkan pengawasan anak mereka dari menjadi mangsa.
Rondaan dan berjaga sepanjang hari juga dilakukan secara bergilir-gilir.
Penduduk turut mengadakan solat hajat dan bacaan al-Quran bagi menghalau gangguan 'orang minyak'.
Sementara itu mangsa gangguan orang minyak tersebut berkata, dirinya seolah-olah dipukau.
"Dia mencalit sesuatu berminyak di pipi. Selepas itu dia mengikat kaki dan tangan saya ke belakang. Bahagian perut saya juga diikat sehingga sukar untuk nak bernafas.
 Tali yang digunaka, Foto: Astro Awani
"Selepas diikat, dia cuba untuk menghiris tangan saya menggunakan kaca tapi tak sempat sebab jiran yang membuat rondaan naik ke rumah. Lepas tu dia mencekik tengkuk saya sebelum melarikan diri melalui tingkap.
"Saya tak tahu makhluk ke apa, saya pun pening tak tahu apa. Badannya kurus dan diselaputi minyak tanpa bau." katanya.
Mangsa mengalami trauma dan kini penduduk kampung sedang meminta bantuan pakar yang boleh membantu menghalang gangguan makhluk berkenaan. -CARI |