CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4594|Reply: 40

[Tempatan] 4 cedera pesawat AirAsia alami gelora udara

[Copy link]
Post time 17-8-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 4 orang cedera apabila sebuah penerbangan AirAsia X dari Taipei ke Kuala Lumpur mengalami gangguan gelora udara serius, semalam.

Mangsa cedera termasuk 3 penumpang dan seorang pramugari.

Sin Chew Daily melaporkan penerbangan D70373 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kira-kira 8.35 malam Rabu, tetapi penumpang hanya dibenarkan meninggalkan pesawat 15 minit kemudian selepas ambulans tiba.

Seorang penumpang wanita memberitahu akhbar itu, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di ibu negara Taiwan itu mengalami gelora udara serius ketika dalam perjalanan ke klia2 dan ada penumpang cedera akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Beliau berkata, bagasi jatuh dari tempat simpanan di atas akibat gelora udara, menyebabkan kepala seorang penumpang terluka.

Katanya, gangguan serius itu turut menyebabkan seorang pramugari terjatuh, manakala seorang kanak-kanak berusia 9 tahun cedera di kepala dan pinggang akibat terjatuh selepas hilang kawalan.

“Seorang nenek juga cedera di kepala dan tidak boleh bergerak.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 10:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:47 AM | Show all posts
biasa le tu air turbulence.. bukan dalam kawalan manusia, jgn nk salahkan pilot plak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:48 AM | Show all posts
adui..kesiannye...syukur xde kemalangan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:53 AM | Show all posts
ada penumpang cedera akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Selayaknya lah.. Jenis org degil tak ikut arahan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:55 AM | Show all posts
Edited by Themilo at 16-11-2017 05:08 AM

takziah diucapkan.. last week masa balik dari Penang, ada la anak ummah mana entah, pesawat belum stabil & still climbing, dia dah bukak seat belt semata-mata nak tengok view kat tingkap.. since anak ummah tu sebelah iols, iols suruh dia pakai balik seat belt tu, mana la tau kalo2 tetiba dia jatuh hempap iols plak kang..

Mak dia just membatu konkrit kat sebelah, diam jek.. rasa nak lempang maknya tu sebab tak reti nak ajar anak behave dalam flight for safety reason..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulan lepas pun aku kena turbulance gak dari London ke Abu Dhabi, kali ni goncangan dia aku rasa macam kuat sikit.....kakak aku dah mula genggam kerusi dia, nasib baiklah tak lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 11:29 AM | Show all posts
sampai terjatuh2 bagasi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 12:40 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 17-8-2017 11:23 AM
Bulan lepas pun aku kena turbulance gak dari London ke Abu Dhabi, kali ni goncangan dia aku rasa mac ...

i selalu kena area bengal bay if travelling to/back from europe especially flight malam.. i would never unbuckle my seatbelt unless nak bangun ke toilet. alang2 kalau nak crash ke biar la i terhempas atas tanah i still remain seated on my seat gitu huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:00 PM | Show all posts
hmmm takutnye.............
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:03 PM | Show all posts
Lately cuaca tak berapa nak cantik.  Sebab tu kena duduk dan pakai tali pinggang keselamatan sentiasa.  Kalau diminta tangguh ke toilet elok le tangguhkan seketika kalau mampu.  Takziah le buat mangsa yang cedera.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat mangsa yg tercedera
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:56 PM | Show all posts
Themilo replied at 17-8-2017 10:55 AM
takziah diucapkan.. last week masa balik dari Penang, ada la anak beruk mana entah, pesawat belum st ...

mungkin u salah judge.
beberapa minggu lepas, sebelah i sorang budak lelaki, emaknya dan sorang baby lelaki dipangku. sebelah sana ada bapaknya dan 2 orang anak lelaki. total 4 anak lelaki.

peramugari dah minta sorang dari anak yang sebelah bapak tu pakai seatbelt tapi budak tu tak endah. i pulak tolong mak nya jaga baby sebab baby tu meragam tapi bila sebelah tingkap baby tu diam.

i suruh budak yang tak nak pakai seatbelt tu pakai seatbelt dengan nada yang agak tinggi. alhamdulillah anak tu nak pakai tapi lepas tu emak nya cakap dekat i yang anak itu anak istimewa, tu sebab dia macam tu.

serba salah pulak i jadinya. anak istimewa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun sign unbuckle safety belt dah padam .. aku tetap pakai ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 02:10 PM | Show all posts
BebeQ replied at 17-8-2017 01:56 PM
mungkin u salah judge.
beberapa minggu lepas, sebelah i sorang budak lelaki, emaknya dan soran ...

huhu xpa la niat dah baik cuma xtau je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 02:14 PM | Show all posts
mesti keadaan dlm pesawat ms tu hingar bingar..ish takut betul aku. even air pocket skjp2 pun aku dh pucat lesi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 02:24 PM | Show all posts
BebeQ replied at 17-8-2017 01:56 PM
mungkin u salah judge.
beberapa minggu lepas, sebelah i sorang budak lelaki, emaknya dan soran ...

I kalau dalam flight yg long hours dan ade bdk2 yang terjerit-jerit atau tak behave tu i assume anak2 istimewa sbb kalau tak, i jadi sakit hati kenapa mak bapak die tak control anak masing2... emmm, so u dah bukti kan my assumption tu most probably betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 02:26 PM | Show all posts
kiambang replied at 17-8-2017 01:57 PM
Walaupun sign unbuckle safety belt dah padam .. aku tetap pakai ...

I pun... especially malam sbb nak tido je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 02:36 PM | Show all posts
yg ptg mujurlah semua selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.058676 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list