Pasir Gudang: Nur Atikah Mohd Sharin, 21, yang hilang sejak 26 Januari lalu ditemui dalam keadaan selamat di Bandar Tenggara di Kulai pada 10 malam tadi.
Bapanya, Mohd Sharin Mahmood, 49, berkata, Nur Atikah didapati tinggal bersama keluarga seorang wanita tidak dikenali keluarganya selama enam hari.
Menurutnya, usahanya menjejaki Nur Atikah yang disebar menerusi media disedari keluarga wanita itu sebelum menghantarnya ke Balai Polis Bandar Tenggara.
Katanya, keluarganya kemudian menerima panggilan daripada polis memaklumkan perkara itu.
"Nur Atikah selamat dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Cendana, Pasir Gudang pada 5 pagi hari ini.
"Dia menyatakan ada lelaki yang tidak dikenali membawanya dari tempat kerjanya menaiki kenderaan sebelum ditinggal di pusat membeli-belah di Kulai.
"Seorang wanita yang ditemui di pusat membeli-belah itu membawanya pulang kerana bersimpati melihatnya bersendirian," katanya pada sidang media di Pejabat Umno Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.
Dah 21 tahun tak tahu jalan pulang @ bagitahu lelaki/wanita tu alamat rumahnya? Sampai seminggu dik kau tumpang rumah 'wanita tak dikenali AKA BAKAL MAK MERTUA KAU KAN??
