|
[Tempatan]
Kerana fitnah 3,600 pencarum keluar RM500 juta deposit Tabung Haji
[Copy link]
|
|
dalam 3,600 tu mungkin ada antaranya yg simpan duit rasuah utk dicuci dlm washing machine th
pastu kan off late sprm menggila hambat perasuah sampai ke lubang th, para perasuah pon naik seram dan bawak keluar duit2 hasil rasuah mereka yg selama ni diperam kat th |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut suka hati penyimpanlah nak keluarkan duit sendiri... bkn duit bapak ko nk tahan2 org plak.. badigol sood jgk dia ni.. stetmen yg bodo gile |
|
|
|
|
|
|
|
“Bayangkan kalau duit TH telah dilabur dalam bentuk aset seperti rumah, kilang serta tanah...mana kami hendak cari tunai untuk pulangkan semula wang pencarum, nasib baik kami ada tunai yang mampu tampung pengeluaran ini,” katanya. - CARI
Ayat tu je dah menunjukkan TH taj dapat ROI yang sepatutnya dari pelaburan yang dilakukan, kenalah guna duit pendeposit yang belum dilaburkan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Bayangkan kalau duit TH telah dilabur dalam bentuk aset seperti rumah, kilang serta tanah...mana kami hendak cari tunai untuk pulangkan semula wang pencarum, nasib baik kami ada tunai yang mampu tampung pengeluaran ini,” katanya. - CARI
Ayat tu je dah menunjukkan TH taj dapat ROI yang sepatutnya dari pelaburan yang dilakukan, kenalah guna duit pendeposit yang belum dilaburkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hek eleh..orang tau la pasal pelaburan tu semua..yang jd pertikaian statement 'mane kami nak cari tunai utk pulangkan semula wang pencarum'..kalau guna akal yg logik ape maksud tersirat ayat tu? Seolah2 kau tak boleh ambik balik duit yg ko simpan dalam bank..da bagi kenapa mintak balik konsepnya .. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg p dedah konflik dlaman tu sapa suruh..tahniah la..lps ni lg ramai pakat bwk kuar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by penmarker at 21-1-2017 08:04 PM
umbut replied at 21-1-2017 02:26 PM
Dividen tahunan lah.. Terpulang, kalau takut sangat gi simpan skim cepat kaya @ cepat lingkup. ...
Kenapa nak fikir skim cepat kaya je..
Awak tak takut ke..terang2 dah cakap kat atas tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
tabung haji pun anak2 babi nak fitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2017 08:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dia nk kenakan pembangkang last2 terlondeh yg dia punya dalaman |
|
|
|
|
|
|
|
tolomana? replied at 21-1-2017 08:04 PM
tabung haji pun anak2 babi nak fitnah.
21 JANUARI 2017
AMANAH DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM ADALAH PULIHKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA TABUNG HAJI, SAMAN DI MAHKAMAH KALAU SAYA FITNAH
Saya ada membaca laporan media yang memetik luahan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kononnya “RM500 juta dikeluarkan oleh orang ramai kerana fitnah”. Beliau dilaporkan mengeluh bagaimana jika aset Tabung Haji dilaburkan dalam bentuk bangunan, kilang dan tanah, Tabung Haji akan menghadapi kesukaran untuk memulangkan wang pendeposit.
Seluruh dunia tahu bahawa walaupun Dato’ Seri Jamil Khir Baharom tidak berani menyebut nama saya, beliau maksudkan sayalah ahli parlimen pembangkang yang kononnya “memfitnah” Tabung Haji itu.
Masalahnya, sehingga kini Tabung Haji belum mengambil tindakan saman terhadap saya sekiranya benar saya memfitnah Tabung Haji. Saya faham sekiranya Tabung Haji tidak mahu ke mahkamah untuk membuktikan dakwaan saya telah memfitnah institusi milik rakyat itu kerana saya sudah tentu akan memanggil ramai saksi, termasuklah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara yang mula-mula sekali mengingatkan Tabung Haji bahawa rizabnya telah menjadi negatif.
Sebaliknya, Tabung Haji telah membuat laporan polis supaya saya disiasat di bawah kanun jenayah yang pertimbangannya sangat berbeza dan Tabung Haji tidak perlu mengemukakan bukti kenapa ia menuduh saya telah memfitnahnya. Setelah saya didakwa di bawah kanun jenayah dalam bulan April 2016, sehingga sekarang pendakwaraya belum memulakan kes itu. Sudah beberapa kali pendakwaraya yang memohon penangguhan dan terkini saya difahamkan perbicaraan (kalau pun bermula) hanya akan bermula dalam bulan Mei 2017 (setahun selepas saya didakwa).
Hakikatnya, sehingga kini Tabung Haji belum memberi jawapan yang memuaskan mengenai segala kerugian yang telah saya dedahkan. Tabung Haji juga terpaksa diam apabila bekas pengurusan terkanannya yang pernah mengetuai TH Heavy Engineering Berhad ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan penyelewengan di syarikat bersekutu Tabung Haji itu, seperti yang saya pernah dakwa.
Malah, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom juga lupa bahawa beliau telah kalah dalam kes saman malunya terhadap rakan saya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Akmal Nasir semasa kami membongkarkan keborosan yang melibatkan beliau (menteri) sendiri menggunakan dana YaPEIM.
Oleh kerana Dato’ Seri Jamil Khir Baharom memetik nama saya malah menuduh saya memfitnah Tabung Haji, maka saya akan kembali memberi fokus kepada isu-isu kerugian dan ketirisan di Tabung Haji yang merugikan jemaah haji (yang sebahagian besarnya golongan berpendapatan rendah). Minggu depan, selain isu Felda dan MRT yang kini saya sentuh, saya akan juga akan memulakan siri pendedahan baru mengenai Tabung Haji.
Jika pendedahan-pendedahan baru ini tidak dijawab dengan ikhlas dan telus, lebih ramai yang akan mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji kerana hilang keyakinan dengan pengurusannya yang dilihat diperkudakan oleh ahli politik. Dato’ Seri Jamil Khir Baharom perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan amanah beliau menyelesaikan kepincangan pengurusan di Tabung Haji untuk mengembalikan keyakinan rakyat; bukannya bermain politik dengan cuba menimbulkan kebencian rakyat terhadap saya apabila gagal menjawab isu-isu yang saya timbulkan.
RAFIZI RAMLI |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-1-2017 07:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Susah nk percaya TH menyeleweng sebab majoriti staff dia dh gi haji
Tanda2 haji makbul ialah lepas balik haji kita lakukan perkara kebaikan shj |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 22-1-2017 07:42 AM
Susah nk percaya TH menyeleweng sebab majoriti staff dia dh gi haji
Tanda2 haji makbul ialah lepas ...
4 kali aku baca masih aku x paham |
|
|
|
|
|
|
|
Ak kuar duit TH bkn sbb termakan fitnah, tp terdesak, duit xde terlebih belanja |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke tabung haji ni juga adalah sebuah institusi kewangan semacamana bank2 lain gak kan?
aku rasa normal la kot modal di invest untuk dapat pulangan lebihan atau buat keuntungan. Mana nak bayar gaji pekerja dalam erti kata TH sebagai tempat simpanan deposit org nak wat haji dan menguruskan jemaah haji dan pelbagai. Mana2 badan dan syarikat pun akan buat investment sebagai kepelbagaian income.
ni aku rasa2 jelah...jangan seranah pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah mwnyimpan di TH jatuh hukom wajib? |
|
|
|
|
|
|
|
Menyimpan di tabung haji kerana nak dpt quota pi haji..kalau utk tambah pendapatan,nampaknya gelap masa depan.berjaga2 mungkin piranha muncul Ketika musim2nya di Malaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|