|
--- edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 09:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
..rajinnya lady.... |
|
|
|
|
|
|
|
sila rajin ye ..semua dh siapkan ? tinggal tepek jer... kan kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
--- edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 09:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 21-3-2013 11:34 AM
Perkarangan hospital.
“Apa maksud kau tadi?”
X tau nak kata apa...simpati kat dona kalau kata2 mujahid my warrior tuh sengaja pujuk dona buat rawatn demi jiha... napa aku rasa lak diri ini seperti dona....sob, sob...
Semoga percutian lady dpt merajinkn diri menepak sebarg dua muka post....huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
motip eddie sentap bg munger kat jiha...?...apa tojoan dia hah... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeay Yeay eddie sudah dtg...teruskan eddie pikat jiha tuh..heheheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam all. Sambung...
“Eddie!” Terjerit dua harkat aku. Zaki yang mejanya di sebelah aku segera menoleh. Aku tersengih.
“Kenapa awak bagi bunga pada saya?” Soalku pantas.
“Sebagai salam perkenalan. Tak sudi ke?”
“Bukan... tapi saya rasa tak perlu. Tugas saya memang membantu sesiapa saja yang memerlukan. Tak perlu beri apa-apa hadiah mahu pun sumbangan. Lagi pun tenaga saya sudah dibayar oleh syarikat yang mengupah saya sebagai kaunselor ni.”
Eddie tertawa. “Itu bukan hadiah, Jiha. Kan saya dah kata sebagai salam perkenalan.”
“Perkenalan?”
“Ya! Awak juga yang suruh saya cuba belajar menyukai kaum Hawa. Sekarang saya nak cubalah ni.” Kata-kata Eddie membuatkan aku terkedu. Ah sudah... kalau sekadar nak berkenalan tak apa. Jangan nanti dia kata suka kat aku... Haru! Cepat saja mindaku memikirkan sesuatu. Kalau yang positif tak apa juga...
“Ok lah Jiha, I've got to go now. Nanti malam saya call lagi. Awak shif malam kan?”
Belum sempat aku menjawab, Eddie sudah mematikan talian. Suka sangat dia memutuskan talian sebelum aku sempat bercakap. Geram juga aku dengan sikap Eddie. Namun aku akui sikapnya itulah yang membuat aku sentiasa ternanti-nantikan pangilan darinya lagi.
********** Last edited by ladyFinger12 on 21-3-2013 03:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Jiha, Abang Zack dengar Jiha sedang handle masalah cik gayah.” Zaki bertanyakan aku. Mungkin Yasmin telah memberitahu kepadanya. Lagi pun dalam pejabat kami, boleh dikatakan kami mengetahui masalah klien para kaunselor, kecuali masalah klien yang tidak direkodkan, iaitu mereka yang menelefon untuk suka-suka atau menelefon sekali-sekala sahaja. Klien jenis sebegini biasanya tak serius dalam mengatasi masalah mereka.
“Ermm.. ada tu memang ada tapi dia tak mahu direkodkan, jadi susah juga Jiha nak bantu dia. Kalau dia hubungi Jiha, Jiha cubalah nasihat sekadar yang termampu. Jiha tak dapat nak contact dia balik sebab dia langsung tak mahu bagi maklumat tentang diri dia.” Aku menjelaskan kepada Zaki, pekerja yang lebih senior dari aku.
Tiap-tiap minggu kami ada mesyuarat dengan Encik Muzafar, ketua bahagian pejabat kaunseling. Dalam mesyuarat itu para kaunselor dikehendaki membentangkan status klien masing-masing. Jika ada masalah, kami sama-sama cuba bertukar buah fikiran bagaimana mahu menangani masalah tersebut. Namun dalam masalah Eddie, nampaknya aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku hanya mampu mengharap dia menelefon aku. Itu sahaja.
“Oklah Jiha, abang balik dulu. Jiha ok tak ni sorang-sorang? Ke nak abang teman kan?” Ulat bulu sudah mula nak naik daun. Namun aku anggap semua itu hanya gurauan dari seorang teman sepejabat. Zaki sudah pun berumahtangga dan punya anak empat, mustahil aku nak layan.
“Sekejap lagi kak Ruby sampailah. Ok, bye Abang Zack!” Kalau boleh aku mahu Zaki cepat-cepat balik. Rasa tak selesa tinggal berduaan dengannya dalam bilik.
“Bye!” Lega hati aku apabila Zaki sudah melangkah keluar.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Malam kian larut. Aku masih menunggu-nunggu panggilan dari Eddie. Dia kata nak call aku lagi malam ni. Andai lelaki itu menelefon aku lagi, ingin aku cuba mendekati dan membimbingnya ke pangkal jalan. Kata-kata dari Ustaz Khalim memberi suntikan semangat kepada aku. Kasiham umat Nabi Muhammad yang seorang ini. Kenapa mahu mengikut jejak langkah songsang umat Nabi Lut?
Aku reling jam di tangan. Hampir pukul 11:30 malam. Hmm.. Masih awal lagi ni. Aku bermonolog di hati.
“Jiha! Line three.” Laungan dari Kak Ruby sangat menggembirakan aku. Baru disebut-sebut. Tapi, cepatnya dia menelefon.
“Assalamualaikum Eddie.” Yakin aje aku itu panggilan dari Eddie.
“Eddie? Lelaki yang bersama dengan awak di hospital tadi tu, Eddie?”
“Rahul?” Terkejut aku apabila mendapat panggilan darinya. Bila masa pula dia nampak aku dengan Fahmi?
“Saya call handphone, kenapa tak angkat?”
“Ada apa awak call saya malam-malam ni. Dona sakit ke?” Tiba-tiba aku jadi panik apabila teringatkan Dona. Sambil itu tangan aku yang sebelah lagi membelek telefon bimbit. Ternyata ada beberapa panggilan tak berjawab. Macam mana aku boleh tak dengar?
“Taklah... saya yang sakit.” Berkejip-kejip kelopak mataku mendengarkan jawapan dari Rahul.
“Awak sakit? Saya bukan doktor.”
“Saya pun tak memerlukan doktor sebab fizikal saya tak sakit.”
“Habis tu, nak apa call saya ni?” Last edited by ladyFinger12 on 21-3-2013 03:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Garangnya. Macam ni ke cara melayan klien? Awak kata awak layan kilen awak dengan baik.” Rahul mempertikaikan cara aku melayani panggilannya.
Baru saja pagi tadi aku memberitahunya aku ok saja dengan klien. Tak marah-marah macam mana aku sering marah kepada nya. Adehh... Aku pula yang terbawa-bawa. Ini waktu kerja. Tak sepatutnya aku berkasar dengan pemanggil. Tambahan pula dia menggunakan nombor talian tele-kaunseling. Wajib aku melayannya sebagai klien.
“Hati saya sakit. Tak salahkan saya call kaunselor?” Aku terdiam kali ini.
“Siapa lelaki yang bersama awak dihospital petangtadi?"
“Encik Rahul, ini soalan peribadi. Sorry, saya tak boleh jawab. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak letak telefon ni.”
“Tadi tu Fahmi, kan?” Soalannya menyebabkan aku tak jadi meletakkan gagang telefon.
“Awak suka kan Fahmi, tapi menantikan panggilan dari Eddie? Aneh!”
“Encik Rahu,. suka hati sayalah nak sukakan siapa atau nak tunggu panggilan dari siapa...”
“Dan nak keluar makan dengan siapa...” Pantas Rahul meningkah kata-kata aku.
“Yang tu awak yang paksa..” Kemudian aku mendengar suaranya tertawa.
“Kalau macam tu, saya akan cari jalan lagi untuk paksa awak keluar dengan saya.” Semakin geram aku dengan lelaki itu.
"Malaslah nak layan awak ni!" Pantas aku meletakkan gagang telefon. Turun naik nafas aku menahan marah.
Eee.... kenapa dia suka buat aku marah? Aku hentak-hentakkan kaki bagi melepaskan kemarahan aku. Nasib baik Kak Ruby tak ada.
“Jiha! Ada orang nak jumpa ni!” Laung Kak Ruby lima minit kemudian. Pantas aku berpusing. Dan mataku terbundar luas sebaik sahaja aku melihat siapa yang datang.
********** Last edited by ladyFinger12 on 21-3-2013 03:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku menuruti kehendak Rahul kerana tak mahu Kak Ruby syak yang bukan-bukan. Pandai aje dia meyakinkan Kak Ruby yang aku dan dia saling mengenali di antara satu sama lain. Malah Kak Ruby turut memesan milo ais sebaik saja Rahul memberitahunya nak ajak aku minum di restoran berhampiran.
“Marah? Kan saya dah cakap saya suka kalau awak marah. Semakin cantik.” Kutelan liur yang kelat apabila mendengar kata-kata Rahul.
“Awak ni player? Dah berapa orang minah saleh yang awak goda?” Dengan rasa geram, aku menjerkah.
“Jadi, awak dah tergoda dengan saya?” Segera aku mencebik bibir setelah mendengar usikan darinya. Rahul mentertawakan aku. Bukan setakat hati, pipi aku pun turut rasa panas.
Sebaik sahaja pelayan meletakkan air minuman yang dipesan, aku segera membasahkan tekakku. Mata tajam Rahul memerhatikan aku tanpa kedip. Dan di bibirnya tersungging sebuah senyuman. Pastinya senyuman mengejek.
“Kenapa awak nak jumpa saya ni?” Soal aku untuk menghilangkan gabraku yang asyik ditenung Rahul.
“Dona... Dia sedia jalani rawatan kemo.”
“Alhamdulillah!” Kegembiraan mendengar berita yang disampaikan Rahul menghilangkan rasa marah aku terhadapnya. Hmm... aku selalu begini. Walau pun marah tapi cepat saja sejuk. Sebab itulah agaknya aku masih boleh bertahan dengan sikap Kak Syirah mahu pun Yasmin. Kalau orang lain, terutamanya Lili, teruk dah mereka ni kena hamput.
“Nampaknya Dona akan ikut saja apa kata Fahmi. Tell me who this guy is. Dona dan Fahmi ada apa-apa hubungan?”
“BFF! Macam saya dengan Dona lah.” Pantas aku menjawab supaya Rahul tidak terus mengesyaki.
“Tapi dengan awak, Dona tak ikut pun.” Kata-kata Rahul membuatkan aku terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
last one...
“Awak tahu kan sebab apa saya merajuk selama 3 tahun ni?” Soalan Rahul tidak aku jawab. Sebaliknya aku menelan liur yang tersekat.
“Saya tak mahu perkara yang sama berulang. Appa tak akan merestui hubungan Dona dengan lelaki yang tak sebangsa. Dalam keadaan kesihatan Dona sekarang, don't give her false hopes, Jiha.”
Tak berkejip aku merenung Rahul. Kata-katanya.... Apakah dia tahu segala-galanya? Tapi macam mana dia tahu?
“Kenapa? Hairan macam mana saya tahu?”
Aku menunduk. Bukan saja dia tahu hubungan cinta tiga segi antara aku, Dona dan Fahmi, apa yang tersirat dalam hati aku pun dia boleh baca?
**********
Pejabat kaunseling.
“Terima kasih Jiha.” Ucap Kak Ruby sebaik sahaja aku menghulurkan milo ais yang dipesannya.
“Mamat tadi belanja.” Aku menolak duit yang dihulurkan oleh Kak Ruby.
“Oh, nanti cakap terima kasih pada dia, ya. Boy friend ke? Handsome.” Kak Ruby mengusik aku. Aku hanya tersengih. Kemudian aku kembali ke tempat duduk ku. Memandangkan tiada siapa menelefon ku, aku buka laptop.
POP! Satu bunyi letupan yang agak kuat kedengaran. Aku terkejut. Skrin laptop aku pecah. Tergamam aku..
“Bunyi apa?” Kak Ruby berlari mendapatkan aku. Aku tuding jari ke arah laptopku. Kak Ruby juga nampak panik. Satu persatu rekahan skrin yang pecah jatuh. Tapi yang menghairankan bukannya jatuh ke atas meja. Hilang entah ke mana. Kemudian skrin laptop aku kembali pulih sedikit demi sedikit.
“ANDA TELAH DIGODAM!” Tulisan itu muncul lagi.
“Pergghh! Virus ni...” Kata Kak Ruby.
“Tapi lepas tu dia elok balik kak.” Aku beritahu Kak Ruby masalah yang sering berlaku kepada laptop kesayanganku itu. Sudah acap ia kali berlaku. Tapi kali ini agak menarik sebab siap ada bunyi letupan dan rekahan. Cantik pula nampaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 21-3-2013 03:31 PM
“Garangnya. Macam ni ke cara melayan klien? Awak kata awak layan kilen awak dengan baik.” Rahul me ...
Rasa macam nak call jiha je...nak suh jgn layan rahul hahahaha
ada ke perkidmatan kaunseling mcm ni kat mesia? Teringin la nak call...
|
|
|
|
|
|
|
|
lowgil posted on 21-3-2013 01:07 PM
Yasmin cakap eddie hensem....
calling2 tea ...
Kompom la eddie hensem...lagi hensom dr rahul dgn fahmi hikhikhik
|
|
|
|
|
|
|
|
rahul must be the hacker to jiha's laptop
dia kan programmerrrrrrrrrr....
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 21-3-2013 03:43 PM
last one...
“Awak tahu kan sebab apa saya merajuk selama 3 tahun ni?” Soalan Rahul tidak aku ja ...
Perghhh...mmg pro org dok godam laptop jiha ngan cara camtu...hampeh tol...
|
|
|
|
|
|
|
|
marcell posted on 21-3-2013 04:06 PM
rahul must be the hacker to jiha's laptop
dia kan programmerrrrrrrrrr....
Maybe yes, maybe not...tp aku pon memula fikir rahul sbb dia programmer ...tp x nampk lak tujuan dia..lain ler eddie...mana tau eddie pon programmer macm rahul ...
Menjadi tanda tanya gak nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
mana lady nih...masih menganyam sama hubby ke...? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|