CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 11-5-2011 10:17 PM | Show all posts
Cantiknya Persekitaran Masjidil Nabawi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 10:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 11-5-2011 22:46

Nak cerita pasal hilang kasut kat Masjidil Nabawi. Masa solat zohor akak letak selipar (dalam sarung kasut) kat dalam lubang tiang aircond tepi tempat solat, tup tup lepas solat cari sarung kasut tak jumpa. Puas cari keliling situ tak jugak jumpa. Sampai teman2 jemaah kata cari lah lagi tapi akak cakap tak apa bukan rezeki.

Akak kalau gi solat kat Masjid selalu pakai stokin tebal serta kasut ballet diluar ( yang 2 riyal satu tu he he) nasib baik pakai cam tu. Jadi akak balik begitulah dalam cuaca panas, seluk beg adalah duit dalam SR20 jadi sampai je kat kedai beli selipar baru rega SR15.

Masa gi solat asar, tinjau tinjau juga sekitar tiang tiang juga rak kasut sekitar tempat solat zohor tadi hampa tak jumpa dalam hati kata memang bukan rezeki (yang sibuk jugak cari sebab selipar tu di beli di luar negara he he sayang). Lepas solat asar terpikir pulak nak jenguk jenguk lagi he he tiba tiba satu mak arab tegur dengan bahasa isyarat cari kasut ke? Dia tunjuk bawah tempat dia duduk. Dia duduk atas rak kasut he he ada kat situ alhamdulillah mungkin ada orang tersalah ambik tadi tapi dia letak balik. Itu lah kalau itu rezeki kita memang rezeki kita.

Moral of the story kalau hilang barang kata je tak ada rezeki jangan marah2. Dalam sayang2kan selipar tersebut akak tinggalkan ia kat Hotel di Makkah untuk kegunaan orang lain mungkin itu rezeki orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 10:59 PM | Show all posts
betul la ummi...klu ada brg yg hilang kita redha jer n ckp bukan rezeki kita..
pernah terjadi juga kat el..letak selipar kat tiang sebelah tpt el solat. elok jer simpan dlm karung tp ntah mcm mn selesai solat karung ada tp selipar x de..dlm hati kata ada juga yg berkenan dgn selipar el..mak ckp redha je la..bukan rezeki kita...tp sebelum bgn dr tpt duduk ada 2 org mak arab ni sedang berckp2..rupanya sorg bg tau yg kwn dia terslh ambil kasut jd dia pulangkan semula kpd el..karung selipar dia letak sebelah karung el.dia ingat selipar dia tp bila dh ambil x muat lak..sekali silap da..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:52 AM | Show all posts
zamnie bawak anak kan?? bleh x cerita pengalaman bawak anak? vie akan bawak anak berumur 14 bulan 24 ...
alvienna Post at 11-5-2011 17:52


anak sy dah besar 3thn (celebrate birthday kat mekah ari tuh).. my opinion lah mmg susah sikit bwk bdk nih byk dugaan tp kalau nak bwk juga mcm sy ari tuh terpaksa sacrifice sikit... mula2 mmg dia nanges sbb tak tahan maybe sbb penat sgt, long hours journey, lepas tuh tak selesa tido sbb kena bangun pegi masjid tp lama2 ok sikit.. mcm sy kat bilik hotel, subuh sy tak bwk bb nasib baik ada makcik tu dia tak pegi masjid sbb sakit so dia solat kat bilik jek sy mintak tlg tgk kan anak sy tgh tido.. kalau waktu zohor, maghrib & isyak takde masalah pegi masjid duduk lepak kat sana.. nasib hotel dekat jekk!! lepas tuh kalau nak buat umrah kena take turn dgn husband sbb leceh budak nih dia taknak jalan so kena dokong nak buat tawaf & saie pun agak sukar skit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 11:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum..

lagi beberapa minggu saya akan brangkat
perasan bercampur baur ni...

seronok, gelisah,berdebar2

saya nak tanya pada forumers yg dah pergi..berapa bnyk cash yg perlu saya tukar yer
saya dan en.hubby kalau boleh tak nak bawak cash banyak2..
sekadar mencukupi sudah la..
yg utama . hanya nak tunaikan ibadah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 11:32 AM | Show all posts
Untuk semua bakal2 tetamu Allah ke bumi Madinah/Makkah, sekarang ni Airport Jeddah dah baru dan keke ...
aily Post at 11-5-2011 13:57



   terimakasih atas tips dan ingatan berguna ini...saya akan jadikan note.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2011 11:59 AM | Show all posts
Reply 565# carold

Waalaikumsalam..

sy pun masa nak pegi ari tuh bermcm2 perasaan yg dirasa.. takut, gembira, sedih etc... tp masa smpai kat sana Alhamdulillah semua berjln lancar.. anak2 kat sini pun x bg problem utk sy so rasa tenang beribadah kat sana!! pasal duit pulak terpulang pd individu msg2.. kalau rasa nak shopping byk bwk lebih sikit kalau tak bwk ikut kemampuan.. mcm sys mmg nak beli kat sana terutama kat madinah sbb ada ustaz ckp kalau nak shopping kat madinah kita takkan jadi papa... berkat pun ada gak!!!takat rm1500 tuk 2 minggu kat sana pun dah mewah gak.. mcm2 leh beli espc. kalau ada lelong lepas solat fardu.. mmg murah sgt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 12:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 12-5-2011 12:36

Reply 565# carold

saya nak tanya pada forumers yg dah pergi..berapa bnyk cash yg perlu saya tukar yer
saya dan en.hubby kalau boleh tak nak bawak cash banyak2..
sekadar mencukupi sudah la..
yg utama . hanya nak tunaikan ibadah


AsSalam

Memang tujuan kita nak tunaikan ibadah tapi kita perlu ingat jugak keadaan di sana macam mana.  Cuaca disana sekarang sangat panas jadi kita perlu ada persediaan. Kita tak tau samada kita sentiasa sihat ke dapat sakit ke jadi seeloknya bawaklah lebih sikit cash untuk tujuan emergency (doa2 semoga sentiasa sihat). Tak payah tukar Riyal banyak disini boleh bawak RM je tukar disana kiranya perlu. Sebab kawan office baru balik dari Umrah cerita macam tu jugak tujuan dia nak buat ibadah je jadi tak nak shopping2 tak bawak lebih cash cuma bawa sekitar SR300 lebih. Tiba disana isteri dia sakit tak larat sangat nak buat tawaf & saie, nak upah orang tolak dari hotel, tawaf & saie kena bayar RM250, duit tak cukup macam mana. Hotel pulak tak sediakan kerusi roda, last last jalan jugak perlahan2 untuk sempurnakan Umrah sebab nak elakkan keluar duit.

Seelok2nya tukar RM1,000 ke Riyal disini

Bawak extra RM500 (kalau perlu tukar disana) hehe

Selamat Menjalani ibadah Umrah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 01:50 PM | Show all posts
Reply  carold

Waalaikumsalam..

sy pun masa nak pegi ari tuh bermcm2 perasaan yg dirasa.. taku ...
zamnie Post at 12-5-2011 11:59


Mana tak nye Zamnie...dari tahun lepas asik tertangguh., barang2 pun dah lama siap dipacking
    tu yg cam tak percaya...hari nye akan tiba juga
syukur pada Allah..semoga berjalan lancar
itu la..bincang dgn en.hubby..kena bawak bnyk2 cash ke..pakai CC tak boleh kah
ada juga kawan2 yg mengirim...
ini juga jadi masalah bagi saya la..saya baru 1st time..mana la saya reti
lagipun benar ke org ckp..brang2 kat sana bnyk made in china...beli kat malaysia pun boleh
aduh! nk menolak., takut kecil hati pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 01:52 PM | Show all posts
Reply  carold
AsSalam

Memang tujuan kita nak tunaikan ibadah tapi kita perlu ingat jugak  ...
aily Post at 12-5-2011 12:24



   Terimakasih ye atas penjelasan ini..betol juga tu...sediakan payung sebelum ujankita pun tak tahu apa yg menanti kita kat sana
harap2 semua yg baik2 saja..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 02:03 PM | Show all posts
Reply 569# carold


   
ni juga jadi masalah bagi saya la..saya baru 1st time..mana la saya reti
lagipun benar ke org ckp..brang2 kat sana bnyk made in china...beli kat malaysia pun boleh
aduh! nk menolak., takut kecil hati pulak


Bab bab mengirim ini menjadikan kita serba salah. Kalau benda kecik insyaallah kita boleh cuba usahakan tapi kalau bab bab yang kena sampai mencari tu sikit masalahlah he he. Kalau nak membeli, beli lah di Madinah macam kurma, kacang, coklat & lain sebab benda tu semua fresh kalau di Makkah rasa cam dah lama. Jubah pun sama kat Makkah punya lah letak rega lepas tu tak banyak selection.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply  carold

Bab bab mengirim ini menjadikan kita serba salah. Kalau benda kecik insy ...
aily Post at 12-5-2011 14:03



  nak mengelak ,payah la pulaklast2 saya ckp insyallah.sebab ada yg mengirim tu mak/ayah dah penah buat haji
jdi pada pendapat , tiada apa lagi yg perlu dikirim


apa pun..mana yg boleh saya tunaikan
insyallah saya cuba tunaikan..
asal tidak menganggu ibadah saya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 02:26 PM | Show all posts
mmg brg byk made in china kan tp itulah kata org nak ambek berkat kat sana pasal tuh ramai yg kirim kalau pegi sana... sy nasib baik hari tu x ramai sgt kirim sbb ramai yg dah pegi so kira ok lah jugak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 08:11 AM | Show all posts
Terubat rindu melihat gambar2 Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi.

Baru balik dari Umrah 22/3/2011
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 06:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 13-5-2011 18:02

Gambar Imam Masjidil Haram Syeikh As Sudais bersama Ketua Pengarah JAKIM semasa melawat Darul Quran JAKIM..



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 06:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 13-5-2011 18:05



Agenda kemuncak yang dinantikan ialah sesi muhadharah yang disampaikan  oleh al-Imam Syeikh as-Sudais kepada para jemaah yang terdiri daripada masyarakat setempat, imam-imam masjid sekitar Hulu Selangor, para kakitangan dan pelajar Darul Quran. Antara amanat yang disampaikan dalam muhadharah tersebut ialah:

1) Beriman dengan al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.

2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yang disebut di dalam al-Quran.

3) Kepentingan menghafaz al-Quran, dan setiap individu muslim itu perlu menghafaz al-Quran setakat mana yang mampu.

4) Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah mu’jizat yang agung yang menjadi taklifan untuk dihayati oleh setiap insan.
      

5) Melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

7) Menjadikan al-Quran sebagai sumber perundangan dan sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah

8) Mengambil al-Quran sebagai penawar (shifa’), dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat.

9) Mengawasi dan mengambil berat pada bi’ah sekeliling jika tidak merealisasikan ajaran al-Quran.

10) Menjadikan Islam sebagai cara hidup (way of life) kerana Islam adalah agama yang sempurna merangkumi seluruh aspek  termasuk ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply 259# Rosputih


Salam kak ros....sayunye baca coretat hussain n balasan akak......mmg saya teramat rindu yg spt akk ckp x de titik noktahnye..tetiba mengalir air mata ni mengharap di jemput NYA lagi menjadi tetamuNYA..amin

Setiap kali dgr crite kwn2 yg baru blk dari umrah baru2 ni...melonjak2 ati ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 06:42 PM | Show all posts
Reply 577# shaffa


Waalaikumusalam Shaffa,

Dah lama kita tak sembang ye...

Dah berapa tahun,  boleh dikatakan tiap hari telah menjadi kemestian buat kakak untuk menjengah di thread ini.  Ingin membaca cerita atau pengalaman rakan-rakan yang baru balik dari mengerjakan umrah, dan ingin menatap gambar-gambar terbaru Makkah dan Madinah....

Ianya tak pernah menimbulkan kebosanan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 11:37 AM | Show all posts
harinie...di KLIA td...menaiki penerbangan ke alor setar...

Asyik-asyik jumpa jemaah umrah....al- ...
HUSSAINTAHIR Post at 12-4-2011 23:44


sy salah seorg yg mengikuti pakej Al-Nile Travel itu..alhamdulillah syukur..sy dpt menjejakkan kaki ke sana & berdoa, berharap satu hari nnt akan dpt kesana lg...insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 01:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by yassara at 15-5-2011 13:24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.078044 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list