CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
 Author| Post time 3-8-2010 03:05 PM | Show all posts
aku pun sbnarnya x pernah masuk dlm allamanda tu lg... stakat tgk2 dr luar jek...
ape susah, su ...
mikoodette Post at 3-8-2010 15:01



jom r tdo umah aku. bukan ada orang pon. ajak chengkeh skali. mlm tu boleh lyn tgk cte korea, tp tv umah aku kecik je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 03:18 PM | Show all posts
jom r tdo umah aku. bukan ada orang pon. ajak chengkeh skali. mlm tu boleh lyn tgk cte korea,  ...
bunick Post at 3-8-2010 15:05


ehehheee... ko offer, aku on jek... ajak org lain semua mcm hal jek wiken nie....
kirenya nie ko nak bukak panggung kecik kat umah ko laa ekk..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 03:19 PM | Show all posts
ehehheee... ko offer, aku on jek... ajak org lain semua mcm hal jek wiken nie....
kirenya nie k ...
mikoodette Post at 3-8-2010 15:18



kalo nk pakai lcd pn okey gak, nt aku bwk blk lcd opis aku. pastu pakai tabir cadar asrama sekolah menengah wt skrin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 03:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 3-8-2010 15:40

Kia buka pintu rumah dan terkejut bila tengok tiles yang berkilat mengalahkan iklan pencuci lantai Kiwi Clean. Hmmmm…tak ada orang lain la yang rajin bermusim kalau bukan Bunick ni. Semua orang dalam rumah ni maklum yang Bunick cuti hari ni, dari malam tadi lagi dia dah war-warkan perkara itu.


“Assalamualaikum…” Kia bagi salam kat Bunick yang leka menumis bawang dalam kuali.


“Waalakummussalam…Kan bagus kau ni Kia. Masuk rumah bagi salam. Sejuk telinga aku dengar. Harap-harap nanti ada la ustaz kacak yang akan ambil kau jadi isteri.” Bunick sempat lagi usik Kia.


“Amin Bunick…..kalau aku dapat kahwin dengan ustaz, aku lantik kau jadi wedding planner aku. Tapi ada ke ustaz nak kat orang yang brutal macam aku ni Bunick?”


“Isshhhh….jodoh tu mana kita nak tau Kia. Manusia ni dijadikan berpasang-pasangan. Saling melengkapi antara satu sama lain. Insyaallah, Kak Long yang baik macam kau ni akan dapat jodoh yang baik jugak.”


“Lain macam pulak bila dengar kau cakap macam ni Bunick. Kau sihat ke tak ni?”


“Aku sihat la.Sesekali kita kena serius jugak Kia. Jangan selalu main-main macam Chengkeh  dengan Miko tu.” Sempat lagi Bunick kutuk-kutuk mesra housemate diorang yang berdua tu.


“Haaa….ni baruBunick yang sebenar.” Kia gelak je sambil jenguk dalam periuk kat sebelah kuali. “Kau masak apa Bunick?”


“Aku buat ketam masak lemak. Teringin pulak nak makan ketam. Tinggal nak goreng sayur je. Jap lagi dah boleh makan. Chengkeh dah balik ke?”


“Hmmm….sedapnya ketam masak lemak cili padi. Chengkeh belum balik lagi. Miko mana?”


“Miko sibuk ni, production dia kat kilang tengah laju gila ni.”


“Production? Kilang?”


“Ha ah, dia tengah buka kilang tahi mata kat bilik dia.”


“Mati-mati aku ingat Miko dah jadi gadis industry sekarang ni.” Kia dengan Bunick gelak sama-sama.


“Korang mengumpat aku ye?” Miko dah tersembul di hadapan Kia dan Bunick. Panjang umur sungguh Miko ni, baru sebut nama dah muncul.


“Mengumpat apanya Miko, kitaorang bercerita je la.” Kia dah angkat kaki dari dapur. Ngelat betul Kia ni, takkan nak biar Bunick sorang-sorang bela diri.


“Ye la tu. Tapi takpe, memandangkan Bunick begitu rajin masak dan kemas rumah hari ni, aku dah maafkan korang sebab mengumpat aku tadi.”


“Ek eleh, ye la tu.” Bunick malas nak layan Miko, dia teruskan kerja menggoreng sayur yang tergendala tadi. Miko tanpa disuruh terus capai jag untuk buat air. Kemudian muncul pulak Chengkeh yang masih ayu berbaju kurung. Baru balik kerja la tu. Mesti nak kena lapor diri dulu bila balik rumah.


“Wah, hari ni ni rumah kita ada bibik ke? Aku tengok lantai berkilat, pastu makan malam pun dah nak siap ni.” Chengkeh buka peti ais dan keluarkan botol peel Fresh. Dia ambil gelas dari rak pinggan dan letak kat atas kabinet serta tuang air dari dalam kotak ke dalam gelas. Miko terus sambar gelas yang berisi air oren tu tanpa rasa bersalah.


“Wei, air aku la tu!” Chengkeh cekak pinggang ke arah Miko. Dia tengah haus gila ni, boleh pulak Miko main aci curi air oren dalam gelas dia pulak.


Miko sengih je sambil buat isyarat peace kat Chengkeh. “Sharing is caring maaa…”


“Korang ni kalau tak gaduh tak boleh ke? Aku tengah masak ni, kalau sayur goreng ni tak sedap korang punya pasal la.” Marah Bunick tiba-tiba.


Miko dan Chengkeh tengok satu sama lain. Pelik betul Bunick ni, ada ke kalau mereka gaduh masakan jadi tak sedap pulak.


“Apa connection masakan kau dengan kitaorang bergaduh?” Miko tanya Bunick.


“Ye la, nak masak ni kena penuh dengan kasih sayang baru masakan tu sedap. Ini kalau korang gaduh, tak sedap la masakan aku ni.”


“Eh, yang masak tu kau, yang gaduh ni aku dengan Miko. Tak ada kena mengena langsung pun!” Chengkeh tarik tangan Miko keluar dari dapur. Nanti tak pasal-pasal senduk Bunick naik atas kepala dia dengan Miko.



“Korang, makan!” Bunick jerit dari dapur sambil ketuk senduk kat kuali. Dah macam Sudin ketuk botol buat isyarat nak pergi dating pulak Bunick ni. Tak sampai seminit Kia, Chengkeh dan Miko muncul. Diorang ni kalau bab makan laju aje!


Lepas makan sambil bergurau senda, tugas Miko dengan Chengkeh pulak kemaskan meja makan. Kia cuma jadi mandur je, sesekali buat kerahan tenaga budak berdua tu okey jugak. Kia gelak dalam hati, tak boleh gelak kuat-kuat nanti budak berdua tu suruh dia join sekali basuh pinggan.


Bunick dah bersandar kat atas sofa sambil tengok drama bersiri Arjuna. Dia saja kuatkan volume TV nak bagi Miko dengki. Miko memang suka tengok Remy Ishak dengan stail rambut ala sabut dalam drama tu. Miko yang dah tak sabar-sabar nak tengok hero pujaan dia tu dah macam lipas kudung buat kerja. Kia ni memang saja nak dera dia kemas meja malam ni. Nak biar Chengkeh buat sorang-sorang dia tak sampai hati pulak. Bunick pulak dengan bangganya kuatkan volume TV, mentang-mentang la dia dah masak petang tadi.


Habis je kemas meja, Miko terus bersila kat depan TV. Dah lima belas minit dia missed drama ni. Chengkeh pulak terus hilang dalam bilik dia. Kia dan Bunick dengan penuh syok bersemayam kat atas sofa depan TV. Sebab tu lah Miko kena bersila kat atas karpet je.


Dekat satu jam jugak la Miko tersengih sorang-sorang depan TV tengok drama Arjuna yang agak tidak logik itu. Habis je drama tu, Kia dan Bunick cepat-cepat tekan remote.Sekarang ni turn mereka pulak nak tengok CSI New York.


“Miko, beg kau tu apa cerita?” Kia tiba-tiba teringat yang Miko tak kerja hari ni sebab nak buat aduan kat kaunter KL Sentral pasal beg dia yang tertukar.


“Entah la, mamat eksyen tu tak buat aduan pun. Aku dah tinggal nombor telefon aku tadi, tapi dia tak call pun. Maknanya dia tak pergi lagi lah tu.” Darjah kemarahan Miko pada mamat eksyen tu naik balik.


“Dia tak sempat lagi la tu. Esok-esok mesti dia pergi jugak. Takkan dia tak nak balik boxer Spongebob dia tu.” Bunick dah gelak besar. Kia dan Miko sama-sama gelak.


“Bunick, kau tolong kemas bilik aku ke tadi?” soal Chengkeh dengan muka serius.


“Ha ah, nape?”


“Kau ada jumpa tak kertas kecil warna kuning?”


“Aku nampak Bunick masuk kertas tu dalam plastik sampah.” Miko jawab dengan sukarela bagi pihak Bunick.


“Kau buang kertas tu Bunick?”


“Ye la, dia ingat kertas tu sampah.” Miko masih belum puas jadi jurucakap tak bergaji.


Chengkeh dah tepuk dahi. Aduh…..habis la nombor telefon Hadif Iman kena buang!!!!


“Errr, penting ke kertas tu Chengkeh?” Bunick dah cuak dah. Silap haribulan pulak dia rajin hari ini.


“Nombor telefon mamat JPJ ada kat kertas tu.” Chengkeh jawab sambil duduk kat atas sofa. Terpancar riak kecewa di wajahnya.


“Mamat JPJ????” Serentak Miko, Kia dan Bunick tanya Chengkeh.


Chengkeh angguk je….


“Mamat JPJ mana pulak Chengkeh?” Kia tanya.


“Pakwe kau keChengkeh?” Bunick pulak tanya.


“Handsome ke Chengkeh?” Miko pun tak nak lepas peluang tanya jugak.


Chengkeh diam je. Aku tak cerita lagi ke pasal mamat JPJ tu kat budak-budak ni? Chengkeh pun tanya jugak kat diri dia sendiri. Dia garu kepala yang tak gatal. Makhluk bernyawa tiga orang tu masih terlopong depan Chengkeh. CSI New York dah jadi taraf Senario je, langsung tak menarik minat untuk ditonton.


“Plastik sampah tu ada kat mana?” Chengkeh tak jawab soalan budak bertiga tu.


“Errr, aku rasa Alam Flora dah datang ambil kot sampah tu petang tadi…” Bunick memang dah berpeluh dah. Dibuatnya mamat JPJ tu kekasih awal dan akhir Chengkeh, mau dia rasa bersalah seumur hidup.


Chengkeh mengeluh perlahan. Bukan jodoh dia dengan Hadif Iman kot. Nak marah Bunick pun tak boleh jugak, dia dah tolong kemas bilik pun dah nasib baik. Tapi kalau tak marah, geram la pulak!


“Tapi kan Chengkeh, kau tak nak cerita ke macam mana kau jumpa mamat JPJ tu?” Bunick tanya lagi walaupun dia dah rasa bersalah sangat.


“Dia tahan aku masa roadblock minggu lepas. Lesen aku kan hilang, so aku kena pergi buat lesen baru kat kaunter JPJ Maju Junction. Masa nak pergi sana la dia tahan aku. Aku mati-mati ingat dia nak saman aku, tapi dia bagi nombor telefon dia….”


“Aduh romantisnya Chengkeh…” Miko dah start berangan dah.


“Habis tu kalau Bunick tak buang kertas tu memang sampai sudah la kau sorok pasal mamat JPJ tu ye?” Giliran Kia pulak buat serangan ke atas Chengkeh.


“Errr…aku memang nak cakap, tapi lupa.” Chengkeh sengeh je. Tak tau nak buat apa dah. Dah la nombor telefon Hadif Iman dah selamat kat pusat pelupusan sampah, lepas tu sekarang ni kena ambush dengan minah bertiga tu pulak. Dia kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, tangga konkrit pulak tu. Jatuh pulak kat dalam lopak air yang ada itik ayam berkubang kat dalam tu….

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 03:39 PM | Show all posts
Uwaaahhh sadisnya chengkeh apsal ko
save dlm hp no tu ......
kan dah terlepas...melepas
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 03:40 PM | Show all posts
kalo nk pakai lcd pn okey gak, nt aku bwk blk lcd opis aku. pastu pakai tabir cadar asrama sek ...
bunick Post at 3-8-2010 15:19


agak2 kalo ko cilok bwk balik, x de pak gud tangkap ke????
kole boleh ko cilok, aku lyn jek.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2010 03:42 PM | Show all posts
Uwaaahhh sadisnya chengkeh apsal ko
save dlm hp no tu ......
kan dah terlepas...melepas :lol ...
qimi08 Post at 3-8-2010 15:39



tu la psl kak,
org kata diam2 ubi, dh melepas sape yg rugi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 03:42 PM | Show all posts
agak2 kalo ko cilok bwk balik, x de pak gud tangkap ke????
kole boleh ko cilok, aku lyn jek.... ...
mikoodette Post at 3-8-2010 15:40



x koser aku nk ngusung bnda alah tu bwk balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 03:44 PM | Show all posts
kesiannya ko chengkeh.. kan aku dah kate, si bunick tu terlebey rajin sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 03:48 PM | Show all posts
x koser aku nk ngusung bnda alah tu bwk balik
bunick Post at 3-8-2010 15:42


mane laa tau kan ko terlebey rajin nak ngusung..
semata-mata nak bukak wayang pacak kat umah ko tu nnt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 03:52 PM | Show all posts
mane laa tau kan ko terlebey rajin nak ngusung..
semata-mata nak bukak wayang pacak kat umah ko ...
mikoodette Post at 3-8-2010 15:48



KITA PAKAT DATANG TENGOK KT OPIS AKU JE LA
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 03:54 PM | Show all posts
KITA PAKAT DATANG TENGOK KT OPIS AKU JE LA
bunick Post at 3-8-2010 15:52


errrr.... volleyh ke... silap2 aku yg kena wayang dgn pak gud kat tpt keje ko tu nnt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 03:58 PM | Show all posts
errrr.... volleyh ke... silap2 aku yg kena wayang dgn pak gud kat tpt keje ko tu nnt..
mikoodette Post at 3-8-2010 15:54



OHHHH... XPYH LA NKA WAYANG NGAN PAKCIK GAD OPIS AKU SBB DIORG TU LG RELA TDO DR LAYAN KITA NI HA
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 04:02 PM | Show all posts
OHHHH... XPYH LA NKA WAYANG NGAN PAKCIK GAD OPIS AKU SBB DIORG TU LG RELA TDO DR LAYAN KITA NI ...
bunick Post at 3-8-2010 15:58


ooo... aku pun kalo ikutkan nak laa smpai berwayang-wayang dgn pakcik gud kat opis ko tu.. kang x [sl2 masuk berita bagai.. haru-haru...   
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 04:07 PM | Show all posts
chengkeh, ko punya copstik ngan eraser ada ngan aku. nt aku bwk wiken nih.
bunick Post at 3-8-2010 14:25



orait....
letak siap2 dalam kete....
takut nanti ko lupa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 04:11 PM | Show all posts
orait....
letak siap2 dalam kete....
takut nanti ko lupa...
chengkeh Post at 3-8-2010 16:07



EH, DH TUKAR PLAN LA CHENGKEH. MIKO NK DTG TDO UMAH AKU LA....KO PON KENA DTG TDO CNI GAK LER
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 04:17 PM | Show all posts
Uwaaahhh sadisnya chengkeh apsal ko
save dlm hp no tu ......
kan dah terlepas...melepas :lol ...
qimi08 Post at 3-8-2010 15:39



itula pasal kak...
silap ar...hari tuh kalut nak renew lesen punya pasal...
terus lupa nak save....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 04:17 PM | Show all posts
kesiannya ko chengkeh.. kan aku dah kate, si bunick tu terlebey rajin sgt...
mikoodette Post at 3-8-2010 15:44



no penting plak tuh...
ada ke patut dia nampak cam sampah...
kot ye pun nak buang...agak2 ar kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 04:19 PM | Show all posts
no penting plak tuh...
ada ke patut dia nampak cam sampah...
kot ye pun nak buang...agak2 ar ...
chengkeh Post at 3-8-2010 16:17



SAPE SOH KO BUANG SAMPAH MERATA????
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 04:20 PM | Show all posts
EH, DH TUKAR PLAN LA CHENGKEH. MIKO NK DTG TDO UMAH AKU LA....KO PON KENA DTG TDO CNI GAK LER{ ...
bunick Post at 3-8-2010 16:11



join memang konpemla aku join ...tdo mah ko kena tgk dulu camner ek...
sbb nak kena tanya adik aku dlu camner...dia cakap nak balik umah aku wekend ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.121609 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list