|
(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)
[Copy link]
|
|
Raja Muda Perlis Mahu Askar Wataniah Rekrut 600 Anggota Baru Tahun Ini
KANGAR, 8 Mac (Bernama) -- Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri dekat sini mensasar merekrut 600 anggota baharu tahun ini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku komander rejimen berkenaan.
Menurut baginda pelbagai cara akan digunapakai agar sasaran itu tercapai antaranya setiap batalion dalam rejimen perlu merekrut 20 anggota baharu setiap bulan.
Selain itu institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini disasarkan mendaftarkan 10 peratus dari jumlah kemasukan penuntut barunya dalam Askar Wataniah dan 30 peratus dari tiga Rancangan Felda di Perlis, titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) mencadangkan setiap qariah masjid di negeri ini mendaftarkan empat anggota di samping setiap keluarga mempunyai seorang anggotanya menyertai Askar Wataniah.
"Beta mahu penyertaan rakyat bukan Bumiputera dalam Askar Wataniah digalakkan," titah baginda semasa berangkat menyertai program kayuhan berbasikal sejauh 18 kilometer bersempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-81 Tentera Darat di Kem Bukit Keteri petang semalam.
Baginda dan kira-kira 150 peserta kayuhan dengan diiringi Panglima Briged Sempadan TDM, Brig-Jen Hasagaya Abdullah dan Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron turut singgah menyampaikan sumbangan 'MAIPs PEDULI' kepada empat warga asnaf.
- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
MAJLIS PENUTUP KURSUS BAKAL PEGAWAI PSSTLDM DAN PALAPES TAHUN 1 DAN 2
LUMUT, 30 Jan 14 (Khamis). Majlis Penutup Kursus Bakal Pegawai Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan Kursus Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Tahun 1 dan 2 telah diadakan bertempat di Auditorium Venus, KD SULTAN IDRIS I (KDSI I) pada jam 1000H. Kursus ini disertai oleh 405 Pegawai Kadet Kanan (PKK) serta diiringi oleh 18 pegawai berpangkat Leftenan Muda (Lt M) PSSTLDM.
Peserta Bakal PSSTLDM dan Peserta PALAPES Tahun 1 dan 2
Kursus yang berlangsung selama 2 minggu ini telah disertai oleh 9 universiti tempatan dan pelatih dari unit simpanan TLDM. Sepanjang tempoh ini pelatih telah didedahkan dengan beberapa aktiviti dalam memastikan objektif pelaksanaan kursus tercapai dengan jayanya. Selain daripada mengikuti kelas pengetahuan asas seperti General Navigation, Maritime Law, Naval Communication dan Gunnery, peserta Tahun 1 telah didedahkan dengan kelas PIFA selaras dengan kehendak perkhidmatan. Selain mengikuti kelas, peserta tahun 1 turut mengikuti Latihan Kawad Kaki, lawatan ke Markas Udara, PUSTAKMAR, KD DUYONG dan KD PANGLIMA HITAM.
Manakala bagi peserta Tahun 2 pula, mereka telah berpeluang untuk mengenal dengan lebih dekat fungsi unit-unit TLDM setelah mengikuti lawatan ke Markas Udara, PUSTAKMAR, KD DUYONG dan KD PANGLIMA HITAM serta latihan pelayaran bersama KD MAHAWANGSA. Di samping itu, peserta telah berpeluang untuk melaksanakan latihan navigasi di WASPADA dan mengemudi kapal layar kecil di Boathouse. Selain itu, mereka telah turut terlibat mengkoordinasi program gotong-royong dan sukaneka antara pegawai dan peserta setiap bahagian di Teluk Batik.
Selaras objektif kursus, kesemua peserta kursus pada kali ini turut diberi pendedahan secara menyeluruh berkenaan dengan Latihan Pertahanan Pangkalan yang dikoordinasikan bersama oleh semua pegawai dari Fakulti Asas dan sea survivor di Pusat Latihan kemahiran Air (PLKA). Latihan seumpama ini adalah bertujuan agar peserta mendapat serba sedikit ilmu dan pengalaman semasa situasi perang. Dalam aspek sosial pula, peserta telah berpeluang untuk mengkoordinasikan Majlis Malam Mesra yang mana ianya bergantung kepada kreativiti mereka sendiri di samping bantuan yang penuh dari pihak staf.
Majlis Penutup Kursus Bakal Pegawai PSSTLDM dan PALAPES (L) Tahun 1 dan 2
Ucapan Perasmian Penutup oleh Ketua Jurulatih KDSI I
Majlis Penutup Kursus Bakal PSSTLDM dan PALAPES Tahun 1 dan 2 ini telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih KDSI I Kdr Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM di dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta kursus kerana berjaya menamatkan kursus tanpa sebarang masalah. Di samping itu juga, beliau turut mezahirkan rasa gembira kerana peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan kursus. Beliau juga turut mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa proses pembelajaran tidak akan berakhir sehingga ke akhir hayat dan mengharapkan agar mereka berkongsi ilmu yang ditimba dengan rakan-rakan yang tidak dapat hadir supaya ianya dapat dimanfaatkan dengan lebih meluas.
Semasa majlis penutup ini juga, Universiti Malaysia Terengganu telah dinobatkan sebagai universiti terbaik keseluruhan. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan perarakan keluar para pegawai.
Wakil dari Universiti Malaysia Terengganu menerima hadiah daripada Ketua Jurulatih KDSI I
Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... lapes-tahun-1-dan-2 |
|
|
|
|
|
|
|
Platun khas Rejimen 508
Mohamad Hasan (dua dari kiri) memeriksa kawalan kehormat pada majlis Pelancaran Latihan Askar Wataniah Rejimen 508 di Kem Rasah,baru-baru ini.
USAHA untuk memperkasakan pasukan Askar Wataniah diteruskan apabila Rejimen 508 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Rasah di Seremban, Negeri Sembilan mengambil inisiatif melancarkan Platun Perkhidmatan Awam.
Platun berkenaan dibentuk khusus bagi menarik penyertaan kakitangan awam di negeri ini untuk menganggotai perkhidmatan askar wataniah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sembilan berkata, inistiaf itu selari dengan hasrat untuk menambah bilangan anggotanya sekali gus memperkasakan pasukan wataniah di negeri ini.
“enubuhan platun ini diharapkan dapat menaikkan semangat golongan muda khususnya dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini untuk bersama-sama menyumbang bakti mempertahankan negara tercinta ini.
“Saya juga akan mewujudkan platun ini di setiap daerah secara berperingkat dari semasa ke semasa dalam memperluaskan pasukan askar wataniah ini di kalangan penjawat awam,’’ katanya.
Mohamad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Latihan Askar Wataniah 2014 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah, Seremban, baru-baru ini.
Jelas beliau, pihak kerajaan negeri akan memberikan sokongan padu dalam sebarang bentuk latihan yang terasnya untuk mempertahankan negara dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan semua.
“Kerajaan negeri sentiasa menyokong segala aktiviti dan pelaksanaan latihan yang dikendalikan Rejimen 508 Askar Wataniah dalam usaha menarik lebih ramai anak watan menyertainya,’’ katanya.
Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang telah dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah memakai pangkat Kolonel bermula 1 Januari lalu.
Pelantikan Khairy itu menggantikan Datuk Shahrom Mohammad yang dilantik sebagai Penasihat JPAW.
Khairy telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di atas perkenan baginda selain dipersetujui Majlis Angkatan Tentera Malaysia
Mohamad berkata, beliau yakin di bawah kepimpinan dan kewibawaan Khairy, Rejimen 508 Askar Wataniah akan bertambah gah dan maju serta dapat menarik lebih ramai lagi anak muda menyertai Rejimen 508 AW.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Komander Rejimen 508 Askar Wataniah Datuk Shahrom yang telah lama dengan kita. Di atas dedikasi beliau, pasukan ini telah dapat menunjukkan kewibawaan kita sebagai anggota rejimen sukarelawan yang dapat membantu Angkatan Tentera Malaysia, baik dalam apa jua keadaan," ujarnya.
Sementara itu, Khairy ketika ditanya berhubung hala tujunya sebagai komander baharu berkata, beliau akan berusaha untuk menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertai pasukan wataniah melalui pelbagai perancangan yang ditetapkan.
“Salah satu usahanya adalah kita akan merangka aktiviti latihan yang lebih menarik selain memberikan kepelbagaian program dalam usaha menarik minat penyertaan dalam golongan muda.
“Saya juga akan mencuba untuk menarik seberapa ramai anggota baru tertuamanya daripada penuntut kolej termasuk institusi pengajian tinggi untuk menyertai pasukan ini,’’ ujarnya.
Pihaknya juga telah menjalankan perbincangan antara beberapa kolej dan institusi kemahiran untuk tujuan tersebut.
“Kita telah pergi ke beberapa institusi kemahiran dan hari ini mereka telah berkunjung ke tapak pameran di sini dan pada masa sama kita turut menyediakan ruang khas bagi mereka yang berminat untuk menyertai pasukan ini,’’ ujarnya.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... un-khas-Rejimen-508 |
|
|
|
|
|
|
|
Anggota tetap diminta terus komited
Ahmad Bakri (tiga, kiri) diiringi pegawai tetap dan sukarela bersalaman dengan Ahmad Tajuddin.
PEKAN - Anggota tetap Askar Wataniah diminta terus bersemangat dan komited dalam melaksanakan amanah melatih anggota sukarela seperti yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Timbalan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Bakri Majid berkata, tanggungjawab yang dipikul amat penting di mana sasaran yang diletakkan dalam menghasilkan pelapis Askar Wataniah berkualiti turut bergantung kepada mereka (anggota tetap).
Menurutnya, sasaran yang dimaksudkan ialah memastikan anggota sukarela memiliki kemahiran yang setaraf dengan anggota tetap melalui segenap latihan yang dijalani mereka.
“Selain latihan yang dianjurkan, modul program latihan ketenteraan yang dilaksanakan dengan sempurna dapat membantu meningkatkan tahap ketahanan fizikal dan mental di kalangan anggota sukarela.
“Ia seterusnya dapat diaplikasikan ke arah kecemerlangan dari sudut mental dan fizikal yang menjadi teras untuk memantapkan diri dalam menjadi sebahagian daripada anggota barisan pertahanan dan keselamatan negara,” katanya selepas meraikan Lawatan Ulung Panglima 4 Briged Mekanize, Brigedier Jeneral Ahmad Tajuddin Abd Ghani ke Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Force 136, Sungai Miang, Pekan di sini.
Ahmad Bakri berkata, proses latihan yang dilalui amat penting bagi setiap anggota sukarela bagi menjadi seorang anggota pertahanan yang baik serta cekap dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat dan negara.
“Setiap anggota sukarela juga akan lebih berkeyakinan menyertai barisan kedua anggota keselamatan negara dan merupakan salah satu cara menyampaikan sumbangan peribadi terhadap negara,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/ed ... us-komited-1.264420 |
|
|
|
|
|
|
|
jazim posted on 2-7-2004 10:22 AM
Mereka yg berminat utk menyertai angkatan tetap ATM tetapi telah gagal dlm permohonan rekrut/pegawai ...
berapa lama jangkamasa sebelum boleh mohon kursus bakal pegawai??. adakah wajib masuk kor dulu sebelum boleh mohon atau hadir ke kursus tertentu??
|
|
|
|
|
|
|
|
2 JUN 2014 - Majlis Penutupan Kursus Asas Perajurit Muda Siri 2 /2014 telah dijalankan di Rej 513 (AW),Kem Bukit Pinang, Kedah. Seramai 168 anggota sukarela terlibat dengan kursus yang telah dijalankan. Penuntut keseluruhan terbaik telah disandang oleh Perajurit Muda Anas Sufian bin Ibrahim.
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... iri-22014-rej-513aw |
|
|
|
|
|
|
|
17 Mei 2014- Lawatan sambil belajar dari Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah diadakan di 19 RAMD (Mekanize). Seramai 100 pelajar dan 6 orang tenaga pengajar dari PERDA mengetuai lawatan tersebut. Tujuan lawatan adalah bagi memberi pendedahan mengenai alam perkhidmatan tentera seterusnya meningkatkan semangat bagi anggota sukarela.
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... -pulau-pinang-perda |
|
|
|
|
|
|
|
2 JUN 14 – Majlis penutupan kursus APMS Siri 3/2014 Rej 514 (AW) , Kem Bukit Beruang, Melaka telah disempurnakan oleh Brig Jen Datuk Adnan Bin Abu Bakar, Panglima Bgd Pertama Infantri Malaysia. Seramai 162 rekrut telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Pelancaran Dataran Rekrut Di Kolej Profesional yang dirasmikan oleh Pn Hayati Binti Hasyim, Pengarah Kolej Profesional Mara, Ayer Molek
|
|
|
|
|
|
|
|
4 Jan 15 – Panglima Tentera Darat mengadakan lawatan di Sekolah Rendah Manik Urai, Kelantan. Penglibatan anggota sukarela daripada Rejimen 512 (AW), Kem Padang Midin telah bekerjasama membantu mangsa banjir.
Kerja pembersihan sedang dijalankan di Sekolah Rendah Manik Urai, Kelantan oleh anggota sukarela Askar Wataniah daripada Rej 512 (AW).
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... glima-tentera-darat |
|
|
|
|
|
|
|
6 Jan 15 –Bantuan makanan kepada penduduk yang terlibat dengan bencana banjir telah disampaikan oleh Mej Rosini bin Mahmod, Penolong Pegawai Memerintah, Batalion ke-2 , Kem Sri Tembila, Rej 512 (AW), Terengganu.
Kerja pembersihan mencuci pinggan mangkuk makanan harian telah dibantu oleh anggota
sukarela Rej 512 (AW).
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... epada-mangsa-banjir |
|
|
|
|
|
|
|
6 Jan 15 - Kerja - kerja pembersihan di semua stesyen PE Tanah Merah Kelantan, telah dilaksanakan oleh Rej 70 Pakar Pengendalian Elektrik RAJD (AW) di bangunan HQ TNB Kota Bharu.
Kerja pembersihan sedang dijalankan di banggunan HQ TNB Kota Bharu oleh anggota sukarela Rej 70 Pakar Pengendalian Elektrik RAJD (AW).
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... an-elektrik-rajd-aw |
|
|
|
|
|
|
|
7 Jan 15 – Kerja-kerja pembersihan di Sek Keb Paya Pulai, Temerloh Pahang sedang dijalankan bagi membantu pihak sekolah. Kerja pembersihan ini dianggotai oleh anggota sukarela Rej 505 (AW).
PLKN juga turut serta melakukan kerja pembersihan di Sek Keb Paya Pulai, Temerloh, Pahang.
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... -sek-keb-paya-pulai |
|
|
|
|
|
|
|
7 Jan 15 – Kerja-kerja pembersihan di ibu sawat Telekom Malaysia telah dilakukan oleh RSD Pakar Telekom (AW) yang disertai seramai 3 Pegawai dan 5 LLP Sukarela.
Pembersihan turut dilalukan di sekitar kawasan ibu sawat.
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... han-di-ibu-sawat-tm |
|
|
|
|
|
|
|
9 Jan 15 – Program Sukarela 1 Mindef turut disertai oleh Rej 504 (AW) dan pasukan sukarela tersebut di lepaskan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Komander Rej 504 (AW). Program tersebut telah disertai seramai 4 orang Pegawai dan 38 orang LLP Sukarela.
Pelepasan anggota Askar Wataniah oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Komander Rej 504 (AW).
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... 35-program-1-mindef |
|
|
|
|
|
|
|
12 Jan 15 – Program Sukarela 1 Mindef telah disertai oleh Rej 509 (AW) dan anggota-anggota sukarela yang terlibat di lepaskan oleh Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JPAW). Program tersebut telah disertai seramai 11 orang Pegawai dan 85 orang LLP Sukarela.
Pelepasan anggota Askar Wataniah oleh Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JPAW).
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... 38-program-1-mindef |
|
|
|
|
|
|
|
12 Mac 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan anggota LLP telah disempurnakan oleh Mej Jen Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Mansor, Asisten Panglima Pasukan Simpanan di Dataran BPS. Seramai 2 orang Pegawai dan 11 orang anggota LLP dipakaikan pangkat.
Sumber:
http://army.mod.gov.my/raw/index ... dan-anggota-llp-bps
|
|
|
|
|
|
|
| |
|