|
Reply #566 shamsadis's post
ya biar orang PR sendiri mendedahkan kebobrokan mereka..tak gitu Sham...
nanti jangan tuduh BN disebalik pendedahan tur udah ler |
|
|
|
|
|
|
|
Di Parlimen Sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
Di Tayangkan Di Perak Sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
Sahaja aku menubuhkan parti ini...
[size=100%]Fahamilah asas penubuhan parti-parti utama berikut:
UMNO: Ditubuhkan untuk MEMPERTAHANKAN hak-hak Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu.
MCA: Ditubuhkan untuk memperjuangkan hak kaum Cina di Tanah Melayu.
MIC: Asal pertubuhan adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan negara India. Tun Sambanthan selaku Presiden ke-5 yang kemudiannya telah mengubah dasar parti untuk memperjuangkan hak kaum India di Tanah Melayu.
PAS: Ditubuhkan akibat rasa KECEWA dan TIDAK PUAS HATI Ahmad Fuad iaitu mantan Ketua Hizbul Muslimin UMNO, rentetan kekalahannya merebut jawatan Presiden daripada Tunku Abdul Rahman; gara-gara NAFSU kepada KUASA yang meluap-luap. (Klik sini untuk bacaan lanjut).
PKR: Tujuan asal pertubuhan adalah untuk MEMBEBASKAN Brader Anwar Bin Ibrahim agar dapat memenuhi tuntutan NAFSUnya MENJADI PERDANA MENTERI.
DAP: Ditubuhkan bagi meneruskan hasrat dan cita-cita PAP untuk MENGUASAI Tanah Melayu serta memperjuangkan KESAMARATAAN antara kaum.
Jika '[size=130%]nawaitu' asal penubuhan sesebuah parti pun dah tak betul, bagaimana pula pewaris parti selepasnya nak jadi betul? |
|
|
|
|
|
|
|
Akaun Parti Keadilan Rakyat
Dipaparkan akaun bank Parti Keadilan Rakyat yang kami perolehi daripada sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Sahih atau tidak maklumat ni bolehlah orang2 PKR semak sendiri akaun bank parti mereka. Nombor Akaun 19901000076, Akaun Type Current (HLB) dan Current Balance RM540,766,850.40 bertarikh 16 Februari 2008. Apa yang menjadi kemusykilan kami ialah jumlah wang dalam akaun PKR yang mencecah lebih RM540 juta. Dikhabarkan pula duit ini datangnya dari akaun Citibank Anwar di Singapura. Banyak plak duit unemployed person nih. Kalo Anwar boleh bagi Parti Keadilan Rakyat lebih RM540 juta dan PAS dikatakan diberi RM150 juta, agak2nya berapa pulak jumlah sebenar duit dalam akaun Anwar di Citibank Singapura tu. Negara mana pulak yang sponsor agaknya? Entahlah.Wallahualam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
INILAH CONTOH MUSLIMAH PAS MELIHAT AURAT LELAKI
TENGOK TU....BUKA AURAT LAGI.BAGILAH PADA PESAKIT WANITA.MAK AII!!!! INILAH CONTOH MUSLIMAH PAS.PATUTLAH KES ELIZ DIA MENANGIS TERESAK-ESAK.
NAK BAGI SUMBANGAN PUN KENA AMBIL GAMBAR.TAK TAHU NAK BERLAKON.MINTA JURUKAMERA AMBIL GAMBAR SEWAKTU BERI SUMBANGAN.YANG LELAKI DI BELAKANG TU, MENGAPA TAK TUTUP LUTUT PESAKIT TU.YANG DI LIHAT TU LELAKI YANG BUKAN LUMPUH ATAU TAK SIHAT 100%.YA ALLAH! INIKAH MUSLIMAH??? |
|
|
|
|
|
|
|
PENGKULIAH PKR KATA WANITA UMNO TERUK TAK BERTUDUNG.BERTUDUNG SANGATKAH WANITA PKR?
FAIRUZ GILA NI KADANG-KADANG HENTAM SOMBORONO WANITA DAN PUTERI UMNO.DIA LUPA WANITA PKR YANG MASIH BERGETAH LAGI TU PUN ADA YANG TAK BERTUDUNG DAN PAKAI IKUT TUBUH BADAN LAGI.PENGKULIAH PKR MACAM USTAZ MAKHTAR (SG BAKAP) ELOKLAH BAGI NASIHAT PADA FAIRUZ GILA NI.APA YANG FAIRUZ BUAT DI PULAU PINANG.POCIK YILLEK.YANG DIA TAHU BERCERAMAH DAN CAKAP BESAR.PI RAHH MABUK!!!!!!!!!
mysrimuara
polis pun bertudung...
[ Last edited by shamsadis at 3-3-2009 11:08 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar hadiri persidangan Islam Liberal di Doha, Qatar ?
email dari NTanwar
Anwar selalu berbangga di atas pentas PKR, bahawa dia baru balik dari Doha, Qatar. Dia angkat bakul sendiri kata dia beri ucap utama, di sebelah kirinya Madeline Al Bright, penasihat Hillary Clinton dan di sebelah kanannya, David PETRAEUS, general penyerang umat Islam di Iraq. Bangga gila Anwar beritahu para penyokongnya.
Bunyinya menarik, Doha, Qatar, Anwar sebut satu negara yang kaya dengan minyak. Maka terbayanglah di kepala kita bahawa yang menghadiri persidangan itu adalah tok-tok arab yang berjubah dan berserban dan Anwar memberi ceramah hingga tok-tok Arab, takjub gila kepadanya. Itu gambaran yang diberitahu kepada penyokongnya. Masuk bakul angkat sendiri.
Tetapi betulkah gambaran yang diberikan Anwar sama dengan realiti sebenar ? Memang dianjurkan oleh kementerian luar negara Qatar yang hendak membodek Amerika Syarikat khususnya Presiden Baru, Barack Obama. Amerika pula melalui badan pemikirnya Brookings Institution dan The Saban Center pula sanggup menjadi penganjur utama (yang memberikan kesemua bantuan tajaan program itu) selain berminat dengan kekayaan minyak di Qatar juga berminat mengembangkan pluralisme agama khususnya di negara Timur Tengah itu.
Qatar ini 'anak emas' Amerika umpama Amerika membela Kuwait. Oleh kerana Amerika sayangkan Kuwait, maka Iran dan Iraq berperang. Dua-dua negara Islam berperang, kerana 'anak emas jadi batu api. Yang untungnya Amerika kerana boleh jual senjata perang.
Itupun motif utama tokoh korporat Yahudi di Amerika bernama Haim Saaban menaja The Saban Center for Middle East Policy yang diletakkan di bawah The Brookings Institution. Kerana The Brookings Institution kurang pro-Israel (walaupun dikuasai oleh kumpulan Yahudi Amerika), kerana The Brookings Institution kurang berjaya mengembangkan pluralisme di Timur Tengah, maka dibentuk satu cabang khusus untuk Timur Tengah yang dinamakan The Saban Center for Middle East Policy.
Mohamed Abdullah AL-RUMAIHI, Timbalan Menteri Luar Negara Qatar diapit oleh dua singa Yahudi Amerika. Singa tua di sebelah kiri, Martin S. INDYK |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar dakwa dia penceramah utama ?
Anwar pun hadir dan sanggup jadi ahli panel kerana faktor Martin Indyk. Anwar sanggup meninggalkan perasmian sidang parlimen di Malaysia pun kerana faktor Martin Indyk. Anwar sudah tahu awal-awal jadual di Doha, Qatar bertembung dengan perasmian sidang parlimen Malaysia dan dia buat keputusan untuk bersama-sama Martin Indyk di Qatar.
Hebat betul 'aura' si Yahudi singa tua itu, hingga Anwar sanggup terkinja-kinja turun naik tangga kerana sakit tulang belakang.
Ha ha ha..ketawa Martin Indyk..dia merupakan perisik Israel yang mempengaruhi dasar-dasar Amerika. Kawan rapatnya adalah Yitzhak Rabin dan Ehud Barak (keduanya bekas Perdana Menteri Israel). Sekarang dia merupakan pemain utama dalam dua badan pemikir Amerika iaitu The Brookings Institution dan The Saban Center for Middle East Policy
Kenapa Anwar sanggup berkorban untuk Martin Indyk, si Yahudi singa tua itu. Sanggup jadi ahli panel, sanggup turun naik ke dewan kuliah seumpama peserta PLKN ? Huh! tak sangka Anwar boleh jadi peserta PLKN di Doha, Qatar, sedangkan dalam ceramah PKR, dia dakwa jadi penceramah utama.
Penceramah utama..huh?
Kerana Anwar mahu tunjuk muka kepada Martin Indyk bahawa dia amat komited dengan program anjuran Amerika Syarikat. Kerana Anwar tahu Martin Indyk adalah orang berpengaruh dalam pentadbiran Presiden Obama, kerana Martin Indyk adalah pelobi rangkaian kumpulan Demokrat dan pernah berkhidmat kepada Presiden Bill Clinton.
Untuk membetulkan pembohongan Anwar, Anwar bukan penceramah utama. Dia hanya dipanggil sebagai 'tukang sokong atau tukang tambah' untuk mengiakan apa yang diucapkan oleh dua penceramah utama Amerika iaitu Madeline Albright (penasihat Hillary Clinton) dan David Petraeus (komender Tentera Amerika yang serang Iraq.
Seorang lagi anak didik Albright yang dipanggil jadi 'tukang angguk' adalah Barham Salih, Timbalan Perdana Menteri Iraq. Dia jadi Timbalan Perdana Menteri pun kerana ihsan 'serangan David Petraeus', sebab itu, dia hanya hadir untuk tersenyum dan menganguk-angguk!
Sayang sungguh Barham Salih kepada Madeline Albright, si singa tua. Sampai ditepuk belakang Yahudi itu. Maklumlah jawatan Timbalan Perdana Menteri Iraq pun dapat kerana ihsan Amerika Syarikat
Bermakna slot Anwar hanya satu sesi, itupun sekadar ahli panel tambahan, pada 14 Februari 2009. Jadi kenapa Anwar tidak balik ke Malaysia untuk menghormati Yang Dipertuan Agong merasmikan sidang parlimen pada 16 Februari ?
Anwar tidak boleh balik, kerana program US-Islamic World Forum, juga tamat pada 16 Februari. Anwar berdaftar sebagai peserta, dia wajib mengikuti setiap ceramah yang dianjurkan. Maka Anwar terpaksa menadah telinga mendengar ceramah-ceramah dari kumpulan pemikir Yahudi termasuk Martin S. INDYK, Stephen R. GRAND dan Carlos PASCUAL yang memberi ceramah lebih dari dua kali.
Ingatkan Anwar beri ceramah kepada Martin S. INDYK, Stephen R. GRAND dan Carlos PASCUAL, rupa-rupanya Martin S. INDYK, Stephen R. GRAND dan Carlos PASCUAL yang beri ceramah kepada Anwar!
hahaha padan muka lu! |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa peserta persidangan ?
Kalau ditanya kepada Anwar, siapakah peserta-peserta persidangan. Dia akan jawab, semuanya alim ulamak dari negara-negara Arab, Timur Tengah. Semua ternganga semasa saya beri 'ucap utama'. Itu kata Anwar.
Kalau dirujuk pula kepada senarai peserta yang disediakan oleh pihak penganjur, seperti yang didedahkankan oleh AIDC Fotopages (klik di sini), peserta itu amat jauh berbeza dengan yang Anwar gambarkan.
Siapakah mereka ? Lebih dari tiga orang berjawatan paderi di Amerika Syarikat; lebih dari lima orang yang menjadi penganjur persefahaman antara agama (pluralisme); lebih dari lima orang tokoh-tokoh korporat Amerika yang berminat mencari gali minyak di Qatar dan lebih daripada lima orang yang terlibat yang teknologi komunikasi termasuk media cetak dan media eletronik tajaan Amerika Syarikat.
Selebihnya ahli-ahli The Brookings Institution yang bertebaran di Timur Tengah, pembantu pengiring kepada Anwar Ibrahim, Madeline Albright, David Petreaus, wakil-wakil dari Singapura, Indonesia, Filipina dan sebagainya.
Lihat senarai lengkap yang dilampirkan di bawah.
Inikah 'alim ulamak' yang mengikuti persidangan US-Muslim World Forum ? Huh..alim ulamak?
Dua warganegara Amerika yang merupakan kawan baik Anwar iaitu Dr jamal Berzinji dan Dr Annas Ali, diletakkan sebagai wakil dari Malaysia.
Sejak bila kedua tokoh Amerika ini mendapat kewarganegaraan Malaysia ?
Kazi Aasil Ahmad (kanan), pembantu khas Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat. Dia dianggap tulang belakang pengaturan jadual Anwar anjuran Amerika Syarikat. Di sebelah kiri adalah Saifuddin Nasution Ismail, pembantu khas Anwar Ibrahim untuk kem Erdogan PAS
Dr Jamal Berzinji(kanan), rakan baik Anwar dalam The International Institute of Islamic Thought (IIIT). Dia merupakan warganegara Amerika dan pelobi imej Anwar di sana. Dia merupakan salah satu kempen menager untuk kumpulan Demokrat menyokong Hillary Clinton. Forum 'canadiancoalition.com' mendedahkan Dr Jamal Barzinji telah menggunakan badan lobi Yahudi, Jack Abramoff berkempen membebaskan Anwar Ibrahim (dari penjara Malaysia) kepada Presiden Bush pada tahun 2004.
Selain dari wakil-wakil negara Arab yang pro-Amerika Syarikat, penganjur juga turut menjemput wakil-wakil dari Asia Tenggara. Wakil dari Malaysia diketuai oleh Anwar Ibrahim dan para pembantunya termasuklah Kazi Aazil Ahmad (pembantu khas Anwar di Amerika) dan Dr Jamal Berzinji (pelobi imej Anwar di Amerika).
Wakil dari Indonesia, majoritinya adalah dari kumpulan Islam Liberal termasuk, Anies Baswedan, yang sekarang pemegang amanah Universitas Paramadina, warisan Islam Liberal Nicholas Majdid. Seorang lagi yang seangkatan dengannya adalah Hamid Basyaib, Pengarah Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia dan Pengarah the Freedom Institute Indonesia.
JIL dan Freedom Institute merupakan projek anak angkat Amerika Syarikat untuk melaksanakan projek liberalisme dan pluralisme di Indonesia.
Wakil dari Filipina pula adalah kawan baik Anwar iaitu Amina Rasul-Bernardo. Dia seperti Anwar ditugaskan mengekang kebangkitan Islam di Selatan Filipina (Morro) dengan senjata bekalan Amerika iaitu demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia.
Dengan tiga bekalan senjata itu Amerika berharap Amina Rasul Bernardo dapat mengekang pengaruh kumpulan minoriti Islam Morro yang tidak berpuas hati dengan penindasan majoriti Kristian di Filipina.
Selain itu, Anwar pula turut membantu Amina Rasul dengan berulang alik ke Filipina bermesyuarat dengan Joseph Ekstrada, Fidel Ramos, Corazon Aquino dan tokoh-tokoh Kristian lain yang kesemuanya menindas umat islam di selatan Filipina.
Kalau Amina Rasul di Filipina ditugaskan mengekang pengaruh pejuang Islam Morro, Anwar di Malaysia pula ditugaskan mengekang pengaruh siapa ? Hahaha..lu fikirlah sendiri!
Jadi sekiranya The Brooking Institution dan The Saban Center memilih tokoh-tokoh Islam seperti Anies Baswedan, Hamid Basyaib, Amina Rasul, Anwar Ibrahim dan golongan Islam lain yang seangkatan dengan mereka, jenis persidangan apakah itu ?
Anies Baswedan adalah rektor Universitas Paramadina, sebuah pusat pengajian yang diasaskan oleh Nicholis Madjid, pendukung Islam Liberal Indonesia.Dia juga merupakan Pengarah penyelidikan di The Indonesian Institute, Center for Public Policy Analysis in Jakarta. Pernah menjadi Fellow Gerald Maryanov di Universitas Northern Illinois dan master di School of Public Policy, Universitas Maryland, Amerika Syarikat.
Amina Rasul-Bernardo adalah Pengarah Philippine Council for Islam and Democracy yang bertujuan mempromosi hak asasi manusia (human rights),keadilan (justice) dan demokrasi dalam masyarkat Muslim di Mindanao. Pernah dilantik sebagai Senior Fellow oleh United States Institute for Peace di Washington DC. Dia mendapat master dari the Kennedy School of Government, Harvard University..
Hamid Basyaib, Pengarah Jaringan Islam Liberal Indonesia. Sekarang dia menjadi Pengarah the Freedom Institute Indonesia yang memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia, demokrasi, liberalisme, pluralisme dan negara sekular di Indonesia.
Semua-nama yang disenarai itu telah dikenalpasti oleh RAND Corporation sebagai pendokong Islam Liberal yang turut bergiat dalam sebuah lagi alat Amerika yang dinamakan CSID (Center for Study Islam and Democracy).
Nama-nama ini juga telah disenaraikan sebagai Muslim Moderat oleh pihak Amerika. Dari Muslim Moderat dikembangkan lagi menjadi Muslim Liberal atau Islam Liberal.
Maka, adakah persidangan di Doha baru-baru ini adalah persidangan Islam Liberal bersama Amerika Syarikat yang bertopeng nama US-Islamic World Forum ?
Sebab itu saya bersetuju dengan tulisan al-faqir dalam blog Korban Demokrasi yang mengatakan persidangan di Doha itu sebagai Persidangan KEPALA2 MUNAFIQ DAN YAKJUJ MAKJUJ. Klik di sini |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai Nama Peserta US-Islamic World Forum, Doha, Qatar
13 Februari 2009 -16 Februari 2009
Jumlah peserta 249 daripada 35 buah negara
1. Mr Saad Mohseni (Chairman Moby Group) Afghanistan
2. Dr Sima Samar (Chairperson Afghan Independent Human Right Commission) Afghanistan
3. Dr Yahya Mohammed Michot (Prof Islamic Studies & Christian Muslim Relations |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shamsadis at 3-3-2009 10:22 AM
PAS: Ditubuhkan akibat rasa KECEWA dan TIDAK PUAS HATI Ahmad Fuad iaitu mantan Ketua Hizbul Muslimin UMNO, rentetan kekalahannya merebut jawatan Presiden daripada Tunku Abdul Rahman; gara-gara NAFSU kepada KUASA yang meluap-luap. (Klik sini untuk bacaan lanjut).
Bila terbaca kenyataan shamsadis tentang matlamat penubuhan PAS,
aku pun ingat lupa sejarahnya, so cuba cari sat...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia
sebahagian drpd isikandungan...:
Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.
Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
- Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
- Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
- Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
- Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
- Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
- Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
- Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
so antara sebabnya ialah kerana masa tu pemimpin umno nak taja PERJUDIAN!!!
Hmm... dari dulu sampai sekrg parti umno ni tak boleh nak lepas dari maksiat!!!
dulu, arak, judi, perempuan, bomoh...
skrg rasuah, dengki mendengki, berebut kuasa kerana ianya lubuk harta utk dapatkan projek... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|