CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missayeen

missayeen & Frens Ghost sTory cOLLecTioN

 Close [Copy link]
Post time 23-3-2008 12:44 AM | Show all posts
aku setuju tu... ingatla pada Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2008 01:07 PM | Show all posts
x dak org nak ganti ayeen cerita ker???
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 01:11 PM | Show all posts
Tok Bidan

Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.

Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.

Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar.

Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia. Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara dan melakukan pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya. Menurut mereka lagi, dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu.

Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan "air" berkali-kali.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 01:12 PM | Show all posts
pengalaman sendiri oleh tonkpills.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 02:23 PM | Show all posts
salam..

erm.. ar.. ewah.. nak menyampok jugaakk.. hurm..       
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 02:24 PM | Show all posts
pada petang itu.. kroit dan abang ku.. sedang seronok bermain buih sabun didalam bilik a rumah..

amik sabun.. tiop..

tiba2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2008 02:25 PM | Show all posts
sabun habis!!



  sory, kroit nak citer gak.. tapi.. sebenarnye ada gak cerita.. tapi risau lar kalo nak citer, takut nanti ada orang kenal kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 04:50 PM | Show all posts
yuhoooooo...aku ader satu citer kat tempat stadi aku nii...tapi tatau le betoi ke x...so..aku citer je laaa...

skang ni bebudak kat sini tgh busy ngan citrawarna..so dorang ni sgt le rajin wat latihan tarian kat komplex sukan tu...ader 2 blok je kat tempat aku ni so satu blok wat kat court tenis, satu lg wat kat padang blakang bangunan komplex tu...

pada satu malam ni tgh syok dorang menari (yg kat blakang bangunan ni), dorang pon sibuk amek gambo time nari tu...pastu kecoh la ader mende skali dok nari ngn dorang dalam gambo tu...

aku ader gambo tu tapi cam superimposed pon ader gak..so tatau le betoi ke x...nak tny bdk yg dalam gambo tu pon xbley sbb dorang dah g betanding..

korang nk tgk x gambo tu?? kalu ader nak aku upload kann...nak? nakk?? nak takk??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2008 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 23-3-2008 02:24 PM
pada petang itu.. kroit dan abang ku.. sedang seronok bermain buih sabun didalam bilik a rumah..

amik sabun.. tiop..

tiba2..



wahhahah main buih sabun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by jai09 at 23-3-2008 04:50 PM
yuhoooooo...aku ader satu citer kat tempat stadi aku nii...tapi tatau le betoi ke x...so..aku citer je laaa...

skang ni bebudak kat sini tgh busy ngan citrawarna..so dorang ni sgt le rajin wat ...


upload jer Jai
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 07:55 PM | Show all posts

Reply #567 kroit92's post

kroit gunakan la ganti nama diri... mcm ayeen buat....

boleh gantikn ngan nama forumer kat cnie.... utk tdk memburukkn mana2 individu...

yg penting boleh kami amek tauladan dan pedoman....

kalau takda anggap ja sekadar hiburan....

go kroit go...!!!...:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 07:55 PM | Show all posts

Reply #568 jai09's post

cepatla jai... nak nengok jgk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 07:58 PM | Show all posts
yuhhhhhuuuu... AYAM HOME!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 08:03 PM | Show all posts
SEMAK JE UMAH NI...HAPE KOWANG BUEK!!!!

server mengong ek..?

apesal gemukk tetibe cakap menghampiri syirik..?

itu just story la mukk..tah betul tah tidak..just nak share dgn kengkawan semua ha..lagu tu sedih..tapi takla sampai kitorang 100% percaya lagu tu membawa hantu setan datang..

pasal link youtube  macam bercanggah dengan link cerita tu..memanglah...aku nak bagi korang sedar ada banyak versi ha..

dan mungkin...

ni just cerita-cerita kosong..

yang penting..yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan..

sesapa yang dah macam nak tersyirik cam mukk cakap tu,,,meh sesama mengucap balik..

asyhadualla ilahailallah..
waasyhadu annamuhammadar rasulullah..

bertaubat banyak2..moga-moga sebarang story yang dipaparkan kat sini tidak menjadikan kita golongan-golongan yang syirik...
amenn..

sepailemann...maktab mahmud tu kat KEDAH lorh.

[ Last edited by  missayeen at 23-3-2008 08:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 08:05 PM | Show all posts
samekom...
hamba nak cite satu cerihik lame yg berlaku di zaman hamba masih
kebudakan...... alkisahnye berlaku 20 tahun dulu... ketika itu hamba
baru berumur 6 tahun...

maka diceritakan juga pada masa itu di
rumah hamba sedang mengadakan kenduri... adik angkat kepada ibu
hamba melangsungkan pernikahan... sedang org ramai sedang
menyibukkan diri mereka pada malam kenduri sblum pernikahan...
maka terjadilah satu peristiwa paranormal buat pertama kali dlam idop..
dan ianya masih segar dalam ingatan....

waktu senja sehari sebelum
pernikahan... hamba sebagai kanak2 riang sudah pasti teruje dengan
kenduri kendare spt ini... tak menang mate melihat gelagat pakcik2 dn makcik2 yg lbeh bnyk bergosip dari kerje.... sedang hamba leka
keulu keilir mencari tman... hamba terpandang akan makcik hamba yg akan bernikah esok sedang menangis... dikelilingi oleh keluarga
terdekat sambil memujuknya.... hamba tak pasti apa sbnarnya yg
berlaku... dn sampai sekarang hamba tak tahu....

sedang hamba ingin mencari ayah hamba... pabila keluar rumah melangkah anak tangga kedua, hamba terpandang akan satu bebayang
putih sedang berlegar2
di tepi jalan masuk rumah hamba... yg seakan2 casper tp tidak ada
muka...... berlegar seperti kaen putih yg
sedang ditiup angin... hamba terpaku dalam 2 minit melihat gerak
gerinya... perasaan ingin tahu menerpa... dan dgn tiba2 ia hilang spt
asap yg ditiup bayu... hamba angarkan ia telah masuk kebawah van
kontot pakcik jiran sebelah rumah... hamba terus memberitahu pakcik tersebut dengan mengatakan ada hantu telah masuk kebawah van
nya...

dengan penuh rasa terkejut... pakcik tu pon bekejar ke arah
van tu... hamba mengekori sambil terbongkok2 kunon2 jd penyiasat
supernatural... almaklumlah budak2.... selepas puas terbongkok2 n
tertirap2 melihat kebawah van, dgn perasan selambe pakcik tu kate
"mane ade orang.... ape lah yg ade kat van pakcik ni yg diaorang nak curik..." hamba memandang muke pakcik tu tanpa perasaan... dlm
hati berkate "org kate hantu la bukan pencurik" dn pakcik tu pun kembali bergosip dgn forum... tanpa rasa curiga atau cuak sekalipon....
hamba???? masih termanggu2 melihat kearah jln dengan harapan benda td muncul kembali.... tapi.... sampai sekarang, itu lah kali pertama
dan terakhir hamba melihatnya dgn mata hamba....

len kali hambe cerihik plak bunyi yg hambe dengar....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 23-3-2008 07:55 PM
kroit gunakan la ganti nama diri... mcm ayeen buat....

boleh gantikn ngan nama forumer kat cnie.... utk tdk memburukkn mana2 individu...

yg penting boleh kami amek tauladan dan pedoman....

kalau takda anggap ja sekadar hiburan....

go kroit go...!!!...:pompom::pompom:


ye lar.. nanti kroit citer.. time nih serber something wrong lar.. lembap, taip2 ilang.. nanti tak best lar.. citer je putus..

okeh kakak Hinata!:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2008 08:15 PM | Show all posts
hoh! dah sah page ilang!

huwaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 08:15 PM | Show all posts
isk.. takde gak.. salam.. pergi dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 10:41 PM | Show all posts

Reply #574 missayeen's post

ayeen da blk.....:pompom: :pompom:

best ker bercuti.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 10:43 PM | Show all posts

Reply #579 sosimple's post

BESTTTT!!!!

TAPI esok-esok ek kita stroy mory..?

malam ni ponattt skettt...

mana atreyu tak balik-balik lagi ke..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.082278 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list