|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
hafizi This user has been deleted
|
Untuk melaksanakan dan mengoptimakan peranan kedua manusia iaitu menjadi khalifah Allah di muka bumi, maka sistem pendidikan Islam dilengkapi juga dengan latihan dan pemberian ilmu yang bersifat kepakaran sesuai dengan yang diperlukan dalam kehidupan. Jadi dalam sistem pendidikan Islam, latihan dan pemberian ilmu yang bersifat kepakaran adalah pelengkap saja, bukan program utama.
Hasil dari pendidikan Islam akan lahirlah manusia-manusia yang mempunyai sifat-sifat hamba, manusia yang berakhlak seperti akhlak seorang hamba, yang bersikap sebagai seorang hamba. Manusia yang mempunyai sifat malu, menyerah diri dengan Tuhan, merujuk kepada Tuhan, redha dengan Tuhan, sabar, takut dan cinta Tuhan, membesarkan Tuhan, mensucikan Tuhan dari berbagai macara syirik, memuji Tuhan, dan lain-lain. Manusia bukan saja tahu bahawa dia seorang hamba tetapi dia juga bersikap sebagai seorang hamba.
Selain merasakan diri sebagai hamba sangat penting untuk diri sendiri, tetapi sangat penting bagi manusia dalam memainkan peranan kedua iaitu sebagai khalifah Allah. Supaya ketika dia melaksanakan peranan mentadbir dunia, mengatur duriia, mengimarahkan dunia, memajukan dunia, memakmurkan dunia, menyelamatkan dunia, mengamankan dunia, dan mengharmonikan dunia, dia akan tadbir dan atur dengan baik. Jika dia tidak dapat mengekalkan sifat hamba tersebut, maka dia akan zalim di bidang-nya. Kalau dia pemimpin, mengatur ekonomi, dia akan zalim di bidangnya. Begitu juga di bidang pendidikan, di bidang kebudayaan, dia akan zalim.
Mengapa terjadi demikian?
Bila seseorang tidak ada sifat kehambaan lagi, maka lahirlah sifat-sifat ketuanan seperti ego, sombong, pemarah, rasa tinggi diri dan lain-lain. Kalau khalifah bersikap seperti itu maka manusia akan mendapat kesusahan. Bukan sampai di situ saja kesannya, tapi dia pun pasti mendapat reaksi dari orang lain, iaitu dari pihak yang ditadbir. Maka akan terjadilah konflik di antara dua golongan, iaitu golongan yang mendapat kuasa dan golongan yang diperintah atau diatur. Bila terjadi kontlik, maka hilanglah kasih sayang, hilanglah perpaduan, hilanglah kebahagiaan dan keharmoiiian.
Sistem pendidikan Islam menjadikan pendidikan Rasulullah SAW sebagai model dan ikutan. Rasulullah mendidik manusia bukan dengan ilmunya dan bukan dengan fikirannya yang direka-reka. Selaku pesuruh Allah, baginda mendapat wahyu dari Allah. Rasulullah SAW tidak menambah atau mengurangkan kehendak Al Quran dan Sunnah dalam pendidikan yang diwujudkannya. Apa yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah itulah saja bahan-bahan dan cara yang dipakai, yang telah berhasil mengubah bangsa Arab menjadi bangsa yang besar, dihormad dan penting dalam sejarah. Dalam waktu hanya 23 tahun saja, pendidikan Rasulullah SAW sudah berhasil mengubah manusia-manusia gurun yang liar menjadi malaikat-malaikat berupa manusia yang mampu menguasai 3/4 dunia dengan iman dan kasih sayang.
Al Quran dan Sunnah membahagi pendidikan kepada dua tahap: tahap Makkah dan tahap Madinah. Di tahap Makkah, Rasulullah membangunkan insan. Sedangkan di Madinah, baginda mulai membangun fizikal, akal dan mental.
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 8-7-2005 at 09:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 5-7-2005 09:57 AM:
erm, tgk arugument aku kat situ..banyak views tapi sikit poster (MBBA) bukan banyak view tapi banyak edit, dan kalo ko nak tau, view dari org yg sama banyak nick pon effect gak kesimpulannya? ba ...
sebenarnya malas nak kacau dalam thread tarbiah yg sungguh indah bila dibaca ni....tapi...
nak tanya abe sniper....ada data statistik ker nak membuktikan argument abe pasal hits dari multinick/editing/viewing tu?....
hehehe....kalau tak ader..tak yah buang masa..tapi bukalah mata besar-besar melihat hits dalam thread tarbiah yg akan meningkat dari masa ke semasa...insyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
salam buat semua
kau orang nak belajar tinggi mana pun, pi lah tak salah begitu
cuma dlm bab agama tu, timbulnya masalah... MASALAH YG SANGAT BESAR
sebab bila dah ada kelayakan yg agak tinggi dah mereka mengaku terrer
kononnya iman mereka itu lebih tinggi dr yg lain
tapi kita sebagai manusia dgn berpandukan KALAMNYA dan SUNNAHNYA
dan dgn gunakan sikit akal,
maka kita dapat bezakan antara mereka yg BENAR atau DUSTA
saya tak katakan abuya tu bodoh jika beliau hanya bersek rendah agama
saya tak kata Hadi tu pandai dgn PHdnya tu
tapi sesiapa yg mendekatkan dirinya kepada TUHAN
dan mengamalkannya(agar manusia lain boleh tengok dan ambil iktibar)
maka dialah yang BENAR
HELLO HAFIZI
AKU MENUNGGU DAN KAMU PUN MENUNGGU...............
[ Last edited by antiQue on 9-7-2005 at 05:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM BUAT SEMUA
saya mohon maaf dr kalian kalau terasa saya mengutuk kalian
tapi tak pernah terlintas dihati yg hina ini nak menghina sesama saudara saya
sebab hari ini mungkin saya lebih baik sikit dr yg lain
mana tau esok kalian tersangat baik dari saya
itu semua hanyalah dgn RAHMATNYA DAN PETUNJUKNYA
tapi saya paling tak suka, saya paling benci
apabila manusia menagungkan sesama manusia
fanatik kpd pemimpinnya dan meninggalkan saudaranya(kitalah tu)
kan elok kalau kita boleh berbincang utk cari kebenaran
bukan utk cari kemenangan
contohnya istilah `PERANAN TUHAN'
iss iss iss kalaulah ulama salaf dahulu dengar istilah ini
demam tak kebah mereka
ada yg terus meraung mati!!!!!!!!!!!
YA TUHANKU MEREKA MEMBICARAKAN ZATMU
TANPA PENGETAHUAN SEDIKIT PUN
AMPUNILAH MEREKA DAN BERILAH MEREKA PETUNJUK
PERKENANLAH YA TUHAN SEKALIAN ALAM |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Punca kejayaan Rasulullah yang paling utama ialah kerana baginda belajar dengan Allah tentang bagaimana mendidik manusia. O!eh kerana Allah yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka Dialah yang paling tahu cara-cara mendidik manusia. Manusia, walau bertaraf nabi atau wali atau ustaz atau Perdana Menteri atau ahli falsafah sekalipun, tentu tidak semampu Allah dalam menyelesaikan berbagai masalah. Sebab itu siapa yang merujuk kepada Allah dan Rasul yakni Al Quran dan Sunnah, insya-Allah akan berhasil mengulangi sejarah kejayaan Rasulullah.
Bila dikaji secara ringkas, bahan pendidikan melalui Al Quran dan Hadis yang diamalkan Rasulullah SAW adalah sebagai berikut:
1. Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap Allah SWT. Ini dibuat dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran Allah, kuasa Allah, kehebatan Allah, kebaikan Allah, rahmat Allah serta nikmat-Nya.
2. Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga Allah, rahmat Allah, keampunan Allah, bantuan Allah dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebutkan khabar-khabar gembira (tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut.
3. Mendidik iman dan taqwa di hati agar manusia merasa gerun dengan Neraka dan azab Allah, serta ancaman-ancaman dan kemurkaan Allah. Hal ini didapati dengan menyebut perkara-perkara yang menakutkan manusia (tanzir).
4. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. Untuk itu, AI Quran banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh yang patut dijadikan panduan hidup manusia.
5. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat dari api Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh Allah seperti Firaun, Namrud, Qarun, Haman dan lain-lain.
6. Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang Islam, agar selamat di dunia dan di Akhirat. Maka AI Quran mengajarkan tentang syariat atau undang-undang Allah. Ada perkara haram dan makruh yang perlu di-jauhi. Ada pula perkara wajib, sunat dan harus yang perlu buat.
Demikianlah secara ringkas garis panduan tentang bahan-bahan pendidikan Rasulullah. Mengikutinya akan menjadikan seseorang itu beriman dan bertaqwa, berakhlak aulia dengan Allah dan dengan sesama manusia serta membanyakkan amal-amal soleh. Ini dapat kita lihat pada peribadi Rasulullah dan para Sahabat, mereka-lah orang yang paling banyak melaksanakan bahan-bahan didikan itu.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 2005-7-9 05:57 PM:
SALAM BUAT SEMUA
saya mohon maaf dr kalian kalau terasa saya mengutuk kalian
tapi tak pernah terlintas dihati yg hina ini nak menghina sesama saudara saya
sebab hari ini mungkin saya lebih baik sikit dr yg lain
mana tau esok kalian tersangat baik dari saya
itu semua hanyalah dgn RAHMATNYA DAN PETUNJUKNYA
tapi saya paling tak suka, saya paling benci
apabila manusia menagungkan sesama manusia
fanatik kpd pemimpinnya dan meninggalkan saudaranya(kitalah tu)
kan elok kalau kita boleh berbincang utk cari kebenaran
bukan utk cari kemenangan
contohnya istilah `PERANAN TUHAN'
iss iss iss kalaulah ulama salaf dahulu dengar istilah ini
demam tak kebah mereka
ada yg terus meraung mati!!!!!!!!!!!
YA TUHANKU MEREKA MEMBICARAKAN ZATMU
TANPA PENGETAHUAN SEDIKIT PUN
AMPUNILAH MEREKA DAN BERILAH MEREKA PETUNJUK
PERKENANLAH YA TUHAN SEKALIAN ALAM
Tersenyum mawar dgn kenyataan yg mawar redkan di atas. Mawar nak tanya org besi ni ada belajar kitab tauhid tak atau sekurang2nya risalah tauhid.
Kalau belajar takkan lah persoalan yg begitu mudah dan biasa kedapatan dari mana2 kuliah tauhid oleh mana2 guru atau risalah tauhid yg kita boleh dapati di kedai2 pun sdr dah jadi bingung.
Persoalan peranan Tuhan tidak sekali sama dgn persoalan soal zat Tuhan itu sendiri. Apakah perbezaan yg jelas spt ini pun orgbesi tak boleh nak bezakan?
Peranan Tuhan mencakupi apa yg Dia lakukan yg boleh kita lihat dan rasakan...apakah itu dikatakan membicarakan zat Tuhan itu sendiri? Kita hanya hambaNya yg lemah, biar macam mana sekalipun bertaqwanya kita, tetap takkan mampu membicarakan zat Tuhan.
Contoh persoalan berkat dlm kuliah abuya tersebut apakah tidak pernah orgbesi tahu sebelum ini. Makcik pakcik di kg2 pun biasa sebut berkat dan kita umumnya tahu apa itu berkat yg merupakan datang dari Tuhan. Bukankah berkat itu peranan Tuhan kerana kasih sayangNya pada kita? Berkat itu zat Tuhan kah atau hanya perananNya?
Salahkah membicarakan berkat (sbg contoh) yg merupakan peranan Tuhan yg mana boleh mendorong lagi kita sebagai hambaNya bersyukur bila kita sedar peranan Tuhan terhadap kita. Itu sebenar tujuan kuliah berkenaan.
Berkat itu zat Tuhankah?Biar betul sdr ni?
Membicarakan persoalan peranan Tuhan yg biasa kita rasakan dan lihat berlaku seharian dlm hidup kita spt di atas adakah salah? Mawar harap sdr belajarlah asas2 tauhid dulu. Kat masjid2 pun banyak kuliah2 tauhid. Ataupun join kelas tauhid yg dicadangkan oleh sdr always-typo tu....
mawar mahu orgbesi pastekan semula mana2 ayat dalam kuliah abuya di atas yg kononnya menbicarakan zat Tuhan itu begitulah beginilah dsbnya jika ada. Mana satu?
Jangan keterlaluan memandai2 mengatakan ulama salaf yg ilmu tauhid mrk tinggi, boleh demam tak kebah lalu boleh mati dgr istilah spt di atas sdgkan tanpa disedari asas tauhid sdr sendiripun org lain boleh pertikaikan. Apa bukti sdr mengatakan ulama2 salaf sedemikian. Hati2lah jangan menuduh org2 soleh di sisi Tuhan tanpa bukti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 11-7-2005 09:43 AM:
Tersenyum mawar dgn kenyataan yg mawar redkan di atas. Mawar nak tanya org besi ni ada belajar kitab tauhid tak atau sekurang2nya risalah tauhid.
Kalau belajar takkan lah persoalan yg begit ...
Teruskan tazkirah Akak Mawar buat saya yang jahil dan banyak dosa.
Moga Allah merahmati hidup mu dalam memperjuangkan kebenaran.
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
12.9.2004 - 3 Menjelang tidur
Akal tanpa ditunjangi oleh tauhid akal yang tersendiri
Akal yang tersendiri akal yang tidak ada kontrol bebas memikirkan apa sahaja
Sedangkan akal bukan Tuhan, ia dicipta Tuhan tentulah lemah,
jangkauannya adalah terbatas
Tidak semuanya dapat diteroka oleh akal
Padahal ciptaan Tuhan itu ada yang lahir ada yang batin
Ada yang boleh dilihat ada yang tidak boleh dilihat
Ada alam nyata, ada alam ghaib
Ada yang tersirat ada yang tersurat
Ada yang bersifat zahir, ada yang bersifat maknawi, ada yang bersifat rohani
Bahkan Tuhan, Dia adalah Zat yang mempunyai sifat
Dia adalah Pencipta alam lahir dan alam ghaib
Menjadikan yang tersurat dan yang tersirat
Yang zahir, maknawi dan rohani
Dia pencipta bukan dicipta.
Lebih-lebih lagilah akal tidak mampu mengetahui semata-mata dgn kekuatan akalnya
Kalau dia tidak bersandar dengan kekuatan wahyu dari Tuhan
kebenaran mutlak sudah tentulah tidak diketahuinya
Kerana itulah orang yang berbangga dengan akal hendak menyelesaikan dengan akal selalu sahaja bercanggah clan tersalah
Apabila bercanggah selalulah berbalah
Apabila selalu berbalah memecahkan ukhwah
Manakala nafsu pula campurtangan dititi pula oleh syaitan
Orang yang menggunakan akal semata-mata datang sakit hati,
hasad dengki pula menyerang
Jurang perbalahan pun bertambah dalam
Berlakulah pergaduhan, permusuhan dan peperangan
Begitulah sifatnya akal apabila bersendiri tanpa ditunjang oleh Tuhan
Dia telah menuhankan diri sendiri iaitu akalnya
Fikirlah Tuhan yang bukan Tuhan hendak menjadi Tuhan tentulah banyak kesilapan
Macam manalah tidak haru-biru kehidupan insan
Akal yang lemah tidak mengaku lemah
Akal yang banyak perkara tidak tahu memaksa-maksa diri tahu
Tidak haru-birukah? Tentulah haru-biru
Dunia yang haru-biru kerana akallah
Dunia sudah jadi neraka kerana akallah yang mengambil alih kuasa Tuhan
Tuhan berlepas diri, tanggunglah sendiri Tuhan tidak susah, Maha Suci Tuhan daripada susah
Yang susah dan parah adalah manusia itu sendiri
Nukilan Oleh Abuya |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
5.7.2003 Pagi
ROJAK KEROHANIAN
Untuk menjadi seorang mukmin dengan menjadi seorang Islam tidak sama. Untuk menjadi orang mukmin susah tetapi menjadi orang Islam senang. Oleh sebab itu dalam Al-Quran tidak ada suatu ayat pun yang Tuhan memberitahu hendak bela, tolong, jamin memberi kemenangan, memberkati, memberi rezeki yang tidak terduga kepada orang Islam.
Tetapi yang selalu Tuhan sebut ialah hendak memberi pertolongan, memberi bantuan, memberi rahmat, berkat dan kemenangan adalah kepada orang mukmin dan bertaqwa. Di sinilah kadang-kadang kita terkeliru apabila menjadi orang Islam, kita sudah berpuas hati.
Menjadi seorang Islam itu soal lahir atau sikap lahir iaitu mengerjakan sembahyang, puasa, zakat, seterusnya haji bila cukup syarat dan tidak boleh dikatakan orang kafir. Malah lebih mudah dari itu iaitu siapa sahaja yang sudah mengucap dua kalimah syahadah, maka jadilah dia seorang muslim atau orang Islam tetapi belum tentu mukmin.
Oleh kerana itulah kita baca dalam sejarah di zaman Rasulallah ada seorang Arab Badwi, dia sudah masuk Islam, maka dia buat pengakuan kepada Rasulullah dia sudah jadi orang mukmin lantas ditegur oleh Rasulullah masa itu juga.
Kata Rasulullah. "Jangan engkau katakan engkau telah beriman. Engkau katakan sajalah engkau sudah Islam". Mengapa?
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan....
Ini adalah disebabkan iman ada hubungan dengan hati/roh, nafsu dan akal. Iman termasuk soal rohaniah bukan sahaja orang tidak nampak, kebanyakan orang yang rohnya tidak hidup pun tidak tahu perjalanan dalamnya. Dia tidak boleh faham perjalanan rohaninya, tidak boleh membaca nafsu dan akalnya.
Iman ditentukan oleh faktor dalam, Islam ditentukan oleh faktor luar. Kesempurnaan ialah kedua-duanya sekali tetapi yang penting ialah faktor dalam. Iman itu isi yang Islam itu kulit, kalau tidak dipimpin oleh Tuhan atau ilmu kita tidak halus atau roh tidak bercahaya, banyak hal-hal dalam kita yang sudah berdosa dan derhaka tanpa sedar.
Tetapi kalau soal luar cuma kita boleh lawan nafsu atau tidak, itu sahaja tapi tahu kita buat dosa. Sebagai contoh kalau kita curi ayam orang, tidak akan kita kata tidak berdosa. Tanyalah sesiapapun kita tahu salah tapi jika hendak mencuri juga itu soal lain. Namun dia tahu dan berkata. "Aku ini buat dosa, kalau polis tahu tentu kena tangkap".
Orang tampar kita atau kita tampar orang, tanyakan kepada dia "memang saya salah saya tak dapat lawan nafsu saya". Kalau kita maki orang tentu rasa bersalah. Jadi soal Islam... soal luar, kesalahan lahir yang berbentuk fizikal mudah kenal. Orang yang melanggar itu pun tahu. Tetapi yang lebih banyak berdosa dan derhaka ialah soal iman, rohaniah, nafsu dan roh kita. Bahkan setiap hari buat dosa dalaman tetapi tidak rasa berdosa.
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan....
Sebenarnya kalau kita faham, dosa dalaman lebih banyak dari dosa luar. Dosa luar, rasa tidak berdosa apabila tidak mencuri, membunuh orang, pukul orang, berzina dan mengata orang. Terasa tidak ada dosa jadi rasa senang hati dan sudah terbayang mendapat syurga, rasa tidak membuat salah.
Sebenamya kalau kita buat dosa lahir satu, maka dosa batin sepuluh, kalau dua dosa lahir maka dosa batin dua puluh. Macammana kita kata kita sudah bersih, macammana hendak menjadi orang mukmin. Hanya boleh jadi orang Islam?
Kuliah ini ialah kuliah Rojak Kerohanian. Rojak fizikal sedap ada udang mee dan lain-lain. Ini rojak juga tetapi rojak kerohanian. Rojak ini tidak sedap, rasanya pahit. Oleh itu kena siap siaga, kena ambil perhatian.
Hujah-hujah menjadi orang mukmin itu susah. Mari kita membaca batin kita.
1. Kalau dilihat kepada kumpulan budak lepak yang jahat, sekejap mengusik dan meragut barang orang, ada dua perasaan atau dua sikap:
a. Kita kata dia punya pasallah bukan aku punya hal, usah ganggu itu hak asasi manusia, di barat orang bunuh orang pun dia tak ganggu. Kalau ada yang nak tolong selamat biarlah jangan kacau, itu hak asasi. Kalau nak kena tangkap pun dia bukan aku. Sudah sampai ke peringkat itu dibarat. Sikap yang pertama ini adalah dosa kerana tidak ada rasa tanggungjawab.
b. Bila melibat budak lepak, ada golongan yang mengatakan 'jahat betul', 'tak guna', 'sampah masyarakat'. Terasa tidak berdosa. Sikap yang kedua ini lagi berat. Sepatutnya bila melihat budak lepak itu timbul rasa kasihan lalu mendoakan, kerana dia tidak dapat petunjuk. Kalau tidak berani memberi nasihat takut dipukul oleh budak itu, berdoalah "Wahai Tuhan berilah petunjuk kepadanya".
Sebaliknya kita menghina mereka. Pernahkah kita rasa berdosa, bila rasa menyesal lalu istighfar, iaitu tadi sudah terlajak cakap terhadap budak itu. Jika tidak itulah dosa batin, ertinya roh sudah rosak.
2. Bila kita melihat orang miskin, ada rasa simpati hendak tolong. Kalau kita pun tidak mampu hendak tolong kerana kita pun miskin, kita doakan semoga murah rezeki. Pernahkah kita rasa berdosa kerana tidak rasa begitu terhadap orang miskin? Adakah kita rasa berdosa sebab tidak merasa susah dengan kesusahan orang?
3. Katalah pagi-pagi kita keluar selepas subuh dan petang baru balik. Sepanjang pemergian itu tidak berzina, mencuri, membunuh orang dan mengata orang. Apakah sikap kita?
a. Senang hati kerana berasa satu hari tidak berdosa dan tidak merasa berdosa.
b. Adakah kita rasa berTuhan, bahawa Tuhan sedang mengawasi dan melihat kita, kuasa Tuhan tidak pernah terlepas walau satu detik?
c. Adakah sepanjang hari itu kita rasa hamba? Iaitu perasaan hina, dhaif, tidak berguna dan malu. Walaupun berpakaian cantik tetapi rasa malu sebab diluar cantik sedangkan di dalam rasa seperti kain buruk. 揂ku ini wahai Tuhan, hamba yang hina." Adakah terasa seperti itu?
d. Pernahkah rasa berdosa di atas tidak ada rasa- rasa tersebut?
lnilah yang Abuya maksudkan, dosa batin lebih besar daripada dosa lahir. Sedangkan dosa lahir memang tidak mahu buat, susah hendak buat tetapi dosa dalam, sehari berpuluh-puluh kita buat kepada Allah.
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Bersambung....
4. Satu hari kita dengar orang puji kita, dengar orang puji dan keji卭rang puji berbunga didalam, orang keji aduh sakitnya hati |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan.....
8. Ziarah rumah kawan rasa seronok, dibelai, disambut dan diraikan. Tetapi rumah ibu bapa tidak seronok sebab bila sampai sahaja ibu bapa berkata "Engkau hendak makan, masaklah". ltulah tanda ada kepentingan diri. Pernahkah rasa itu suatu dosa? Tidak pemah! Jika tidak rasa berTuhan dan tidak rasa hamba sepanjang masa, tidak akan rasa berdosa dalam hal seumpaman ini.
9. Orang yang agak beragama, tidak meninggalkan sembahyang, tidak meninggalkan puasa, sekali-sekala keluar zakat, pergi haji bila cukup syarat, sekali-sekala umrah, baca Al-Quran, wirid dan zikir, dia berkata, "Aku tidak cuai, aku tidak salah".
Dia terlupa babawa dia tidak cuai tetapi lalai. Fahamkah? Apa dia perasan seorang yang tidak cuai tapi dia lalai, yang punya diri pun tidak perasan. Kalau tidak sembahyang, dia sudah tahu, dia cuai dan terasa kecuaiannya. Kalau sudah cukup syarat, dia rasa cuai kerana tidak pergi haji.
Bagaimanakah yang dikatakan tidak cuai tetapi lalai? Ertinya tidak cuai tetapi adakah ibadah itu dapat dihayati? Bila rukuk dan sujud apakah yang dibaca? Apakah yang dia rasa dengan Tuhan? Ini adalah kes atau contoh tidak cuai tetapi lalai.
Inilah yang Tuhan maksudkan dalam ayat yang bermaksud "Dia sembahyang tetapi neraka wail disediakan untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya". Masuk neraka bukan kerana cuai tetapi kerana lalai. Kalau kerana cuai lebih teruk lagi kerana langsung tidak berbuat. Terfikirkah kita yang kita membuat dosa lalai?
Lalai adalah satu dosa. Kita tidak cuai berpuasa dalam bulan Ramadhan tetapi berdosa kerana sepanjang puasa itu lalai, tidak ada rasa kehambaan, rasa berTuhan, timbang rasa, takut dan cinta dengan Tuhan. Pemahkah ada merasa berdosa atau menganggap berdosa dan lalai dalam berpuasa?
ltulah hujah untuk mengatakan menjadi orang Islam senang sebaliknya untuk menjadi orang mukmin susah. Kita tidak cuai tetapi lalai. Tidak berbuat dosa lahir tetapi berbuat dosa batin. Ada kepentingan diri secara tidak sedar. Disangkakan orang yang berebut jawatan dalam parti dan dalam kerajaan, itulah orang yang berkepentingan diri. Sedangkan itu sudah besar sangat, tetapi yang setiap hari itulah yang kita tidak sedar.
Bagaimana kita boleh sedar bahawa kita sedang mengharungi dosa kejahatan batin? Kalau sembahyang seorang diri lebih kurang sahaja tetapi berbeza kalau bersembahyang ramai atau jemaah, begitu tertib dan bacaan pun sedap. Apatah lagi kalau menjadi imam. sedap bacaaannya. Sedangkan kalau sembahyang seorang diri, bacaan tidak sedap. Ada dosa di situ iaitu ada rasa kepentingan. Tidak sedar yang kita berbuat dosa.
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan....
Sebab itu Tuhan menyuruh kita samada,
a. ada dosa atau tidak ada,
b. buat dosa atau tidak buat,
c. nampak dan perasan ada dosa atau tidak perasan,
tetap disuruh rasa berdosa kerana memang ada dosa-dosa yang kita tidak sedar iaitu dosa-dosa yang sangat tersirat. Lebih-lebih lagi kalau tidak ada pemimpin dan mursyid, banyak perkara-perkara halus dan seni yang kita tidak nampak.
Sebab itu rasa kehambaan dan rasa berTuhan perlu dikekalkan. Termasuklah taubat dan rasa menyesal. Rasa berdosa mesti dikekalkan, walaupun tidak nampak dosa yang dibuat tetapi kerana ada dosa tersembunyi yang tidak dapat hendak dicungkil.
Orang mukmin yang sejati hatinya seperti gelombang ombak di laut, berombak-ombak tetapi tidak nampak. Kenapa? Ini adalah kerana orang mukmin;
a. sangat kenal dengan Tuhan.
b. sangat kenal dengan dosanya.
c. sangat dalam rasa kehambaannya.
d. rasa kehambaan dan berTuhan tidak boleh dipisahkan.
e. sangat terjalin hubungan dengan Tuhannya sewaktu dia seorang diri.
Dosa batin lebih banyak daripada dosa lahir tetapi tidak disedari. Biasanya dosa yang tidak berampun ini dosa batin. Oleh kerana tidak ada rasa berdosa maka tidak bertaubat. Dosa lahir mudah disedari dan bertaubat. Di akhirat, ramai orang tidak lepas dan masuk ke neraka kerana dosa batin. .
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Kepentingan ilmu itu.
a. Ilmulah yang boleh menyuluh kejahatan dan kebaikan.
Pada peringkat awal, ilmu itu menyuluh, memperlihatkan kejahatan dan kebaikan. Peringkat kedua, hanya untuk bertindak.
b. Seseorang yang mempunyai niat untuk berbuat baik tetapi tidak ada ilmu. Apakah perkara yang hendak dimujahadahkan? Walaupun ada niat, bagaimana pula hendak memperbaiki diri kerana ilmu tidak cukup.
c. Apabila kekurangan ilmu, tidak dapat dilihat apakah kebaikan yang hendak dibuat tetapi dirasakan tahu.
d. Apabila kekurangan ilmu dan minda, kisah-kisah yang dibaca dalam AI Quran tidak difahami kerana perkara-perkara yang halus tidak dapat dilihat.
e. Begitu juga dengan dosa. Dosa yang kasar-kasar jelas kelihatan tetapi oleh kerana ilmu kurang, dosa yang halus atau seni tidak kelihatan.
Kalau begitu, masih banyak lagi yang tidak selesai. Banyak lagi kejahatan batin yang berlaku. Oleh itu, banyakkan bertaubat dengan Tuhan. Cari ilmu lagi supaya boleh baiki diri.
Tidak cukup hanya menjadi orang Islam sahaja, mesti menjadi orang mukmin. Tuhan tidak akan menolong orang Islam kerana Tuhan menolong orang mukmin. Kalau hendak mengharapkan bantuan dan pertolongan Tuhan, mestilah kemaskinikan diri untuk mendapat bantuan Tuhan yang besar, iaitu kedatangan Imam Mahdi, yang akan menyelamatkan manusia dengan keadilannya.
Inilah 'Rojak Kerohanian' (sekadar istilah utk kefahaman), rasanya pahit dan tidak sedap.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Rasulullah Banyak Mendidik Secara Tidak Rasmi (Informal)
Rasulullah mendidik para Sahabat dan anggota masyarakat, 99% secara tidak rasmi, di semua tempat sama ada ketika di atas unta, di masjid, di pasar, di kedai-kedai, waktu istirahat, ketika musafir, di majlis kenduri, di majlis kematian, di medan perang atau lain-lain. Hal inilah yang dilakukan dan diteruskan oleh para Sahabat. Kalau kita kaji sejarah, belum pernah kita dengar misalnya, 'Malam Sabtu ini datanglah ke masjid A, ada ceramah dari Rasulullah atau hari Ahad ini akan ada program tabligh akbar Rasulullah jam 11 pagi di kampung ini.'
Ringkasnya, ke mana saja Rasulullah pergi dan siapa saja yang ditemui, baginda akan menyampaikan didikannya. Kalau yang hadir itu seorang, maka seoranglah yang dididiknya. Tapi kalau ramai, ramailah yang terlibat. Rasulullah tidak membiarkan maksiat atau kesilapan seseorang itu terus terjadi. Waktu itu juga ditegur dengan kasih sayang dan dibaiki.
Bila jumpa orang, itulah kuliah, itulah dakwah, itulah pendidikan. Walau tidak bercakap, tapi Rasulullah menunjukkan secara lisanul-hal (perbuatan). Bila Rasulullah SAW berjalan, dia melihat orang yang sedang memerah susu kambing, maka Rasulullah SAW akan menghampiri dan bertanya khabar. Rasulullah SAW akan bercerita bahawa Allah yang Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Baginda berjalan lagi, ingin minum di kedai. Orang yang ada di sana lebih ramai lagi. Katalah yang akan disampaikan tajuk pemurah dan dia tidak ada kesempatan untuk bercakap, sebab semua orang sibuk. Maka dia akan buat secara lisanulhal. Selepas makan dia akan membayarkan semua orang. Begitulah Rasulullah SAW mendidik secara tidak rasmi dan hasilnya lebih berkesan kerana ia dari hati ke hati.
Hari ini kita banyak berhadapan dengan keadaan yang rasmi, Cara pendidikan begini, yang disebut mubasyarah (secara langsung), dilakukan dengan lisan (Iisanulmaqal) atau dengan sikap (lisanulhal). Dalam sistem pendidikan sekarang, pendidikan begini disebut pendidikan informal (tidak rasmi). la dapat dilakukan di sebarang tempat, pada sebarang waktu, dan pada setiap orang. Rasulullah memberi kelebihan kepada pendidikan informal dari-pada pendidikan formal kerana cara informal ini lebih berhasil, praktikal dan memberi hasil yang cepat dan konkrit. Manakala pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang jarang dipraktikkan.
Sistem pendidikan Rasulullah ini kelihatan mempunyai maksud untuk melahirkan manusia yang mengamalkan ilmunya. Baginda tidak menekankan ilmu yang tinggi atau ilmu yang banyak,;se-baliknya memberi keutamaan kepada pengamalan ilmu
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Tarikh : 5/7/2003 Pagi
Soalan : Mengapa begitu banyak dosa batin dapat disenaraikan sedangkan bukankah dosa2 batin ini selagi tidak lahir dan tidak dikeluarkan, itu dimaafkan oleh Tuhan?
Jawapan Abuya:
Dosa lahir kalau bersifat niat, belum lagi berfungsi. Kalau niat hendak pukul orang tetapi tidak jadi melakukannya, itu tidak berdosa.
Dosa batin tidak menunggu perbuatan lahir. Ia adalah perbuatan batin yang tidak ada hubungan dengan fizikal. Contohnya:
1. Kalau org memuji, terus rasa bangga berbunga. Itu tetap dikira berdosa walaupun tidak ada kaitan dgn perbuatan.
2. Tidak ada timbangrasa dengan orang susah. Itu juga berdosa
3. Seseorang yang aqidahnya sudah rosak, dia rasa hendak menyembah tokong ttp tidak sembah, sudah dianggap sembah. Sebagai contoh, kisah Syeikh Barsisa, sewaktu tangan dan kaki sudah diikat dan hendak dihukum bunuh, datanglah iblis menyerupai manusia buat2 kasihan.
揔enapa Barsisa, kasihannya engkau, bolehkah saya bantu awak? |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Ulasan oleh Ummu Jah (merujuk kpd kuliah Rojak Kerohanian)
Ini adalah hasil corak pendidikan Islam di zaman ini. Sebagai cth, ada pendapat orang yang berkata 揟akkanlah hendak menjadi pemurah sampai habis, sedangkan di dalam Islam kita disuruh mempunyai harta. |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan ulasan ummu Jah...
Ulama masih yakin dgn ilmunya iaitu awal2 agama 憁akrifatullah |
|
|
|
|
|
|
| |
|