|
Aminah Bahagian 2
Timbul tanda tanya di dalam fikiranku akan kelakuan Aminah itu…apa dia tak risau ke? Dah lah suami Aminah ni kuat cemburu. Ditariknya pula tanganku dan dibawa ke arah rumahnya.
Tidak lama kemudian, kami tiba di halaman rumah Aminah yang juga merupakan peninggalan arwah Pak Itam kepadanya. Kami mengambil masa yang agak lama sebelum membuka bicara kerana nafas kami yang masih tercungap2.
Untuk pengetahuan semua, rumah2 kampung ni memang agak2 jauh di antara satu sama yang lain. Katakan dulu kalau aku nak ke rumah Leman dan Rashid, kalau tak mandang basikal kat bawah rumah (sebab ayah atau adik beradik aku tengah guna) memang takdela jawapnya aku nak pergi rumah diorang.
“Kau kena tolong aku, John…”, ujar Aminah kepadaku dalam nafasnya yang masih tercungap2. Tangannya pula sedang mengesat peluh di dahi dengan menggunakan lengan baju.
Aku pula terus terduduk…bila pula kali terakhir aku berlari pecut semacam tu? Dalam nafasku yang masih tidak tenteram itu, aku pun bertanya, “nak tolong apa, Minah? Laki kau mana? Karang tak pasal2 bertumbuk pulak”.
Kalau nak diceritakan dahsyatnya cemburu suami baru si Aminah tu, dulu dia pernah menumbuk salah seorang AJK masjid yang juga merupakan bapa saudara Aminah yang singgah datang nak bagi makanan yang dikirimkan oleh isterinya.
Dari kejadian itu, suami Aminah kehilangan 3 batang gigi dan sebulan tak boleh makan makanan pejal. Bapa saudara Aminah tu dulu pernah buka gelanggang silat sewaktu budak2 kampung masih ramai dan aktif dengan aktiviti masing2. Jadi memang silap besar lah kalau serang orang tua tu…harimau tetap harimau walaupun jinak dengan isteri.
“Ni lah aku nak bagitau kat kau, laki aku hilang kat dalam hutan dah 2 malam dah tak balik2 rumah”, jawap Aminah kepadaku.
Timbul satu persoalan yang besar di dalam kepala aku…lalu aku pun bertanya kembali, “habis tu apa kena mengenanya yang kau heret aku ke rumah kau ni? Kalau kau bagitau kat laman Opah aku tadi pun boleh kan?”.
Aminah seperti membuat muka “ha’ah lah…” selepas mendengar pertanyaan aku tadi.
Kalau lah bukan sebab Aminah lebih kuat dari aku yang kekurangan zat ni, nescaya aku dah seligi2 kan kepala budak sekor ni.
“Hahahaha…sori lah John…aku dah kalut sangat tadi”, pujuk Aminah.
“Kau jangan banyak cakap…bawakkan aku ayor manis. Aku dah lama tak minum ayor manis ni. Lepas tu ikut lantak kau la nak cerita apa pun”, ujarku kepada Aminah.
Dengan tidak banyak cakap, Aminah pun masuk melalui pintu dapur dan membuatkan aku air. Sementara itu aku hanya mampu terbaring di atas rumput di hadapan rumah Aminah kerana kepenatan.
Punyalah lama aku tunggu…air kopi o panas pula yang dibaginya. Bukanlah aku tak bersyukur atau memilih, tapi dalam haus2 tu air sirap pun jadi lah Aminah ooooiii. Nekak hausnya tapi kena pulak tunggu ayor tu sejuk baru boleh teguk.
“Sekarang kau cerita lah…”, kataku kepada Aminah sambil meletakkan cawan ke atas rumput. Kemain panas lagi cawan tu. Berasap2 ngalahkan dupa kemenyan.
“Macam ni kisahnya…2 hari lepas, laki aku masuk ke hutan sana. Katanya nak mencari buluh lemang”, cerita Aminah kepadaku.
Lalu aku pun mencelah, “hahhh?!! Dah nak raya ke?”.
Perasaanku menjadi gundah gulana, kerana aku tak tau pun bila start puasa, kemudiannya takkan nak raya…dah lah rupa macam orang barbarian.
“Hish...kau ni…aku tak abis cakap lagi. Puasa pun belum lagi lah”, Aminah meninggikan suaranya sedikit kepadaku.
“Fuhhh…ingatkan aku dah tak puasa sebulan dah tadi”, kataku sambil menghembuskan nafas lega.
“Kau ni pun…tak menyempat. 3 hari lagi baru puasa”, Aminah memberitahu kepadaku.
Sekali lagi aku terasa bagaikan serba tak kena…pada fikiranku mungkin aku dapat kembali ke KL sebelum puasa. Tapi nampaknya aku kena meneruskan kehidupan macam ni sehinggalah aku dapat mencari jalan pulang.
Seterusnya, Aminah menyambung ceritanya yang panjang dan lebar kepadaku tentang suaminya yang hendak mencari buloh lemang untuk dibuat meniaga dari sebelum puasa hinggalah ke raya nanti.
Untuk pengetahuan pembaca semua yang hairan kenapa belum puasa lagi tapi dah nak meniaga lemang? Raya pun jauh lagi. Tapi bagi orang perak, raya tu hanya alasan je untuk makan lemang sepanjang hari…sebabnya orang Perak ni memang hantu pulut.
Kalau pergi kedai makan atau kenduri, andainya dah letak nasi ke dalam pinggan pun boleh tuang balik bila ternampakkan pulut kuning…apatah lagi kalau ada lemang. Sampaikan benda ni jadi masalah bila nak balik kampung bini aku, lagi2 bila dia cakap nak singgah R&R Seremban. Tak pasal2 aku akan terbeli lemang dengan rendang tok…ditambah pula dengan ketupat palas.
“Habis tu…aku nak tolong macam mana ni Aminah? Baik kau report polis je kot?”, tanyaku kepada Aminah.
“Tapi kau kan selalu keluar masuk hutan? Mesti kau dah biasa jalan2 kat dalam hutan tu”, jawap Aminah kepadaku dalam nada terpecah2 seperti sebak.
Agak berat bagiku untuk meredah hutan itu untuk mencari suami Aminah, biarpun aku selalu masuk hari2, tapi aku tak rasa aku mampu untuk pergi ke bahagian yang lebih dalam lagi. Setakat ni aku terasa seperti masih bernasib baik kerana belum terserempak dengan harimau ataupun binatang2 berbisa.
Tapi melihatkan Aminah seperti orang yang tak keruan, maka aku pun berkata kepadanya, “aku tak janji tau…aku akan pergi ke dalam setakat yang aku mampu je...karang tak pasai2 dengan aku2 sekali hilang dalam hutan tu”.
Aminah mengangguk2kan kepalanya berkali2 sambil tersenyum gembira, sambil tangannya mengesat air mata yang berlinangan di pipinya. Dalam pada tu, aku mintakan Aminah buatkan aku bekal, supaya tidaklah aku kebulur di dalam hutan nanti. Dalam masa yang sama, inilah masanya untuk aku merasa kembali nasi lemak yang diajar oleh Pak Itam dulu kepada Aminah.
“Aku akan start cari suami kau esok pagi…takde sebab aku nak masuk hutan dalam hari nak senja ni…esok pagi aku akan datang ke rumah kau dulu, kalau laki kau dah balik…kira selesai lah. Kalau tak ada juga...kenalah aku mencarinya nanti”, terang aku kepada Aminah sebelum aku melangkahkan kaki pulang ke laman Opah aku sambil membawa secawan kopi yang diberikan Aminah tadi. Dah selesai cerita pun tak sejuk2 lagi airnya.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya di Hutan Bahagian 1
Pagi itu aku berjalan ke arah rumah Aminah lengkap dengan perkakasan untuk meredah hutan dan di bahagian kaki pula aku balut dengan pakaian terpakai. Malam semalamnya hujan turun agak lebat, mungkin akan menyukarkan misi untuk menjejaki suami Aminah. Ayat macam power je cari orang dalam hutan. Hahaha
Setibanya aku di rumah Aminah, aku mengambil bekal yang telah disediakan. Agak memanggil pula bau nasi lemak tu. Nasib lagi aku tak makan kejap2 tu juga.
Aku: Eh? Apehal kau hulur aku baju laki kau yang tak basuh lagi ni?
Aminah: Senang nanti kau nak cari dia dalam hutan.
Aku: Kau ingat aku ni anjing pengesan ke ape? Dah2…tok sah nak mengarut.
Aku memulakan langkahku ke dalam hutan dengan amalan2 yang pernah diajarkan oleh Pak Tahir dahulu. Tapi seperti kebiasaannya, akan ada suara2 sumbang yang berkata, “macam lah handal sangat”.
Tapi aku tak menghiraukan kata2 sumbang pematah semangat dari makhluk durjana tu. Lalu aku meneruskan saja perjalananku mencari suami Aminah.
Pada awalnya, laluan tidak begitu sukar kerana jalan tersebut telah biasa ku lalui sebelum ini. Tetapi bila telah lebih satu jam perjalanan dari sungai yang biasa aku memancing, laluan mulai sukar dengan lalangnya yang meninggi. Suara unggas dan kicauan burung memecah kesunyian hutan tersebut.
Sedang aku melangkah sambil melayankan saja perasaanku serta berzikir, tiba2 saja Kenanga muncul di sebalik pokok besar yang tidak jauh dari hadapanku.
Dia memberi salam kepadaku, lalu aku pun menjawap salamnya itu dengan ringkas. Sekaligus menimbulkan tanda tanya, kenapa dia muncul? Nak ngorat aku lagi ke? (perasan).
“Kalau boleh abang patah lah balik ke belakang…janganlah pergi terlalu dalam dari tempat abang mencari rezeki”, pujuk Kenanga dengan nada yang lembut.
Kalau korang boleh tergoda dengan Mira Filzah, apatah lagi bila mendengar suara Kenanga itu yang lembut dan sedap itu…siapa2 saja pun akan tergoda. Tu belum lagi cerita pasal rupa parasnya.
Tapi apa yang membuatkan aku terkesima ketika itu ialah dia memanggil aku abang? Umur dia berapa? Umur aku baru berapa? Perasan je minah ni.
“Aba…eh…aku bukan saja2 nak masuk ke bahagian yang lebih dalam. Tapi kawanku meminta tolong kepadaku untuk mencari suaminya yang hilang”, ujarku kepada Kenanga.
Kenanga tersenyum dan cuba meluahkan keresahannya kepadaku, “di pokok besar ini adalah tanda berakhirnya kawasan perkampungan kami dan abang akan memasuki kawasan penghuni2 yang lain di hutan ini. Kalau terjadi apa2 di luar kawasan kami, ayahanda Kenanga tidak dapat menolong abang nanti”.
“Tidak mengapa…insyaAllah, aku tidak mempunyai sebarang niat yang lain. Aku serahkan saja kepada Allah untuk menjagaku”, jawapku kepada Kenanga.
“Kalau begitu kata abang…Kenanga akan pegang kata2 abang itu. Lelaki yang abang cari itu ada memasuki kawasan ini, pada mulanya dia ke arah rumpun buluh di sana itu. Tetapi kemudiannya dia memasuki ke bahagian yang lebih dalam lagi”, cerita Kenanga dengan panjang lebar.
“Terima kasih…aku meminta diri dahulu”, kataku ringkas kepadanya.
Aku memeriksa di kawasan rumpun buluh yang dikatakan Kenanga itu, terdapat beberapa barangan yang mungkin kepunyaan suami Aminah seperti sebilah parang, tali rafia dan posh bag yang mengandungi lighter dan rokok. Terdapat juga beberapa batang buluh yang telah diikat kemas di situ.
Dalam hal ini, aku mengharapkan dia tertidur di pokok buluh ni selama 3 hari. Jadinya tak payah la aku masuk ke bahagian yang lebih dalam lagi. Tapi nasib tidak menyebelahi aku…maka terpaksa lah aku memasukinya juga.
Tidak tahu kenapa, tetapi timbul perasaan berdebar2 bila melihat ke arah hadapanku. Yakni bahagian hutan yang lebih dalam itu. Seakan2 ada yang sedang memerhatikanku dari jauh dan menunggu saja aku memasuki kawasannya.
Lantas aku membuat keputusan untuk duduk dahulu bagi menenangkan diriku…aku mengambil sebatang rokok suami Aminah dan menyalakannya di situ. Kemudiannya aku memakan sedikit bekal yang telah diberikan Aminah kepadaku.
Setelah itu, aku menunaikan pula solat Dhuha dan meminta supaya dipermudahkan tujuanku itu. Usai saja solat, aku menyambung kembali langkahku. Sekaligus, degupan jantungku kembali berdebar2 ibarat gendang dalam cerita Jumanji. Seakan2 tahu akan bahaya yang menantiku.
Kumulakan langkah dengan bismillah dan meninggalkan kawasan perkampungan Kenanga. Walaupun di dalam hutan yang sama, tetapi kawasan ini sepertinya lebih gelap dari kawasan perkampungan Kenanga.
Bagaikan tidak membuang masa, beberapa kelibat seperti beruk mula muncul. Tetapi tubuh mereka seperti bayang2…gelap seluruh tubuhnya, hanya matanya saja yang menyala kemerah2an. Mereka berada di balik2 pokok dan ada yang berpaut di dahan2 memerhatikan langkahku.
Kemunculan mereka itu agak mengejutkan aku, sememangnya di kampungku juga ada makhluk2 yang sama bangsa dengan mereka ni. Tapi yang di sekelilingku kini kelihatannya seperti lebih buas dan merbahaya. Seperti tidak bertamadun…ibarat menunggu saja peluang untuk menerkam.
“Kalau siang hari pun dah macam ni perangainya, jangan nak ceritalah bila dah gelap malam nanti”, bisik hatiku sendirian. Lalu aku bertekad untuk keluar dari hutan tersebut sebelum fajar tenggelam.
Semakin lama aku berjalan, aku tidak nampak2 apa2 tanda yang manusia pernah memasuki hutan itu. Manakala di sekelilingku pula semakin banyak lembaga2 berupa beruk…pergerakan mereka seperti hendak mengepungku.
Belum pun reda kegelisahanku itu, tiba2 saja beruk2 itu bersorakan seperti menyambut kehadiran sesuatu. Tidak semena2 pandangan mataku seakan2 sedang melayang terbang. Satu lembaga yang jauh lebih besar telah menghayunkan lengannya tepat mengenai tangan kananku. Sekaligus membuatkan aku tercampak jauh dan terseret di atas daun2 kering.
Dengan pantas aku menggulingkan badanku ke arah kanan untuk mengelak hentakan dari kedua2 belah lengan beruk yang lebih besar itu. Kemudiannya aku bingkas bangun dan mengeluarkan bilah parangku.
Kali ini dapatlah aku melihat akan rupa beruk yang lebih besar itu, matanya hitam berkilat manakala tubuhnya pula seperti bayang2. Badannya pula 2 kali lebih tinggi dari aku dan lengannya pula ibarat tiang besarnya. Setelah itu, dia melakukan seperti war cry sambil mengangkat kedua2 tangannya, tertampaklah akan giginya yang putih dan tajam.
Beruk2 kecil di sekelilingku semakin rancak bersorak menyahut war cry beruk besar itu, terasa seperti aku berada di dalam coliseum Rom pula. Tapi masalahnya, ni bukanlah perlawanan yang adil. Aku tak rasa kalau aku hayunkan parang ni akan memberikan kesan apa2 pada makhluk2 ni. Hanya akan menembusi saja tubuh mereka yang ibarat seperti bayang2 itu.
Belum pun sempat aku memikirkan bagaimana aku hendak melepaskan diri dari makhluk2 itu, tiba2 saja kedengaran seperti deraman harimau bagaikan menggegar seluruh pelusuk hutan tersebut. Sekaligus menyebabkan beruk2 kecil bertempiaran lari.
Manakala beruk yang besar itu juga merangkak pergi dari kawasan itu, namun matanya masih memandangku dan mendengus ibarat mengatakan, “nasib kau baik”.
Akan tetapi baikkah nasibku? Mereka beredar dari situ kerana mendengar bunyi deraman harimau…maka tahulah kita apa yang akan muncul selepas ini. Aku pun tidak sedar bila…tapi aku terlihat badanku sedang terduduk di tanah. Kakiku tak bermaya.
Bersambung… |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 31-10-2020 05:06 PM
Bahaya di Hutan Bahagian 1
Pagi itu aku berjalan ke arah rumah Aminah lengkap dengan perkakasan u ...
Best ah john.... Nak tanya, harimau ni ada kaitan dengan unsur mistik kah? |
|
|
|
|
|
|
|
aiseymen...aku bknnye arif sgt psl benda2 ni...tp rasanya tu brgantung pada harimau tu. kalau harimau binatang tu xda apa. cuma jgn pulak ajak dia brgurau.
lain dari tu ade harimau jadian, saka/ pedamping, jin merupa2 & last sekali tu makhluk
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 31-10-2020 09:37 PM
aiseymen...aku bknnye arif sgt psl benda2 ni...tp rasanya tu brgantung pada harimau tu. kalau hari ...
John, saya menantikan sambungan tapi berehat dulu sambung esok tau jangan lupa hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Seram sejuk kelakar semua ada...ok sambungggggg plizz |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cari x jumpa.. Aku up bg semua baca |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik sarah kasi up benang ni, klu tak mmg tak perasan ada cerita baru. Best!!
Tggu incik tt sambung lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
hatikudus replied at 5-11-2020 02:22 PM
Nasib baik sarah kasi up benang ni, klu tak mmg tak perasan ada cerita baru. Best!!
Tggu incik tt ...
Cari merata tadi.. Mujur ada share link kat kwn suruh baca.. Hahahaha.. Cari balik kat conversation jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya di Hutan Bahagian 2
Itulah kali pertama aku merasai gerun harimau…sebelum2 ni aku hanya mendengar dari cerita2 orang saja, kalau monyet atas pokok pun akan terjatuh ke tanah bila kena gerun harimau ni.
Aku cuba berundur untuk melarikan diri…namun, kudratku seakan2 hilang. Tidak lama kemudian muncul beberapa lembaga dari arah hadapan menuju ke arahku.
Mereka berjalan dengan slow and steady ibarat berkata, “rileks la…mamat ni bukan boleh nak pergi mana2 pun”.
Apa yang aku dapat lihat dari lembaga2 tersebut, ada tiga orang perempuan memakai cawat kulit harimau. Dua dari mereka sedang memegang rantai yang disambungkan pada leher harimau2 yang mengiringi mereka.
Jika dilihat pada tiga orang perempuan itu, bentuk muka dan tubuh mereka seperti muka orang, tetapi mata, hidung, mulut dan telinga seperti harimau. Juga terdapat belang2 pada tubuh mereka.
Aku teringat akan pesan arwah Pak Mud dahulu, jin2 ni sekiranya mereka baik dan beragama Islam…maka rupa mereka akan hampir kepada manusia. Tetapi jika sebaliknya, rupa mereka itu akan bercampur dengan haiwan dan ada juga yang lebih ngeri melangkaui akal manusia.
Belum sempat aku berkata apa2, salah seorang dari mereka telah meletakkan aku di atas salah seekor harimau dengan hanya menggunakan sebelah tangannya. Seterusnya mereka berjalan menuju ke arah tempat mereka datang tadi.
Jantung aku semakin berdebar2 apabila diletakkan di atas harimau tersebut. Bukannya senyap menatang tu…sekejap2 dia menderam, sekejap2 dia mengaum. Bau badannya masyaAllah…kalau kucing aku bau macam tu, memang dah lama kena mandi. Bulunya pula bukan main lagi kasar.
Aku tidak tahu berapa panjang masa perjalanan kami, sedar2 saja aku telah tiba di suatu penempatan yang di mana ibarat sarang binatang la kot. Tulang2 bersepah di sana sini. Di dalam penempatan tu ada beberapa lagi perempuan yang rupanya saling tak tumpah seperti perempuan2 tadi.
Ada yang sedang menjilat bulunya, ada yang sedang meratah bangkai bersama2 dengan harimau seperti yang dinaiki aku tadi dan ada juga yang tengah mengawan.
Tiba2 saja belakang bajuku dipegang dan seterusnya aku di campakkan ke tanah dari belakang harimau tadi. Terasa diriku diperkotak katikkan macam apa je masa tu.
Seterusnya seorang perempuan menghampiri aku, nampaknya seperti ketua kepada mereka semua kerana perempuan2 harimau yang lain seperti tunduk menghormati dia.
Grroaarrr!!!
Tiba2 saja dia mengaum di hadapan aku…bau mulutnya…masyaAllah…memang lebih kurang macam bau nimbah busuknya. Itu pula yang ditalakan kat muka aku. Kat sini aku letak nama dia ni Nala je lah. Macam harimau peliharaan aku pulak nak letak2 nama.
“Kenapa kau masuk ke hutan ini?”, tanya Nala kepadaku dengan nadanya yang garau.
“Aku…aku mencari orang yang hilang dari kampungku”, jawapku dengan nada yang agak terketar2. Mustahil untuk aku control macho di sini ye. Keadaan aku itu ibarat ayam KFC berjalan di hadapan Ramli.
“Itu ke orang yang kau cari?”, tanya Nala sambil menunjukkan ke arah kiriku.
Perlahan2 aku menolehkan kepalaku, kelihatannya suami Aminah sedang mengawan dengan salah satu perempuan harimau di situ. Lantas aku terus memuntahkan isi perutku kerana jijik melihat apa yang di hadapanku itu.
Apa yang dapat aku lihat, tubuh suami Aminah kurus melidi sehinggakan tulang belulangnya kelihatan jelas dan air liurnya pula mengalir keluar dari mulutnya. Tak ubah seperti orang bodoh je. Tapi dia tetap meneruskan juga aksi2 jahanam dengan makhluk2 di situ. Lepas selesai sekor, sekor lagi datang mengawan dengannya.
“Bagus kau datang ke sini, tak lama lagi orang tua ni akan mati. Kau lah galang ganti untuk melakukan kerja dia sekarang”, ujar Nala kepadaku.
Terkejut aku mendengar apa yang bakal menimpa aku, lalu aku cuba bersuara, “tapi aku tak tergoda akan rupa paras kamu semua. Mustahil untuk aku…”.
Belum sempat aku menghabiskan kata2ku, Nala telah meninggikan suaranya, “Kau mesti! Apa lagi pilihan yang kau ada? Hahaha”.
Gelak macam puaka…eh, memang puaka pun. Lalu aku cuba mencari akal untuk melepaskan diriku dari keadaan ni, “tentu ada sesuatu yang kau mahu, yang boleh ditukarkan untuk aku dan orang tua ini keluar dari sini. Kalau tidak, masakan pula kau mahu bercakap denganku”.
“Kamu manusia sering memungkiri janji. Tambah2 lagi lelaki dari kampungmu itu…janji hanya tinggal janji”, kata Nala kepadaku.
Lelaki dari kampung aku? Siapa pula yang ada buat deal dengan makhluk jahanam ni? Kepala otak aku masih lagi berjalan untuk melepaskan diri, lalu aku mendapat satu akal.
“Tapi kampung kami dijaga oleh Pak Tahir, kau tak takutkah kalau dia ke sini mencari kami nanti?”, aku cuba menakut2kan Nala dengan nama Pak Tahir.
Tiba2 saja Nala dan semua perempuan2 di situ ibarat terkejut mendengar nama Pak Tahir. Beberapa dari mereka memberi riak muka yang pucat dan takut. Aku sendiri pun agak terkejut. Pak Tahir ni femes ke?
Selama aku kenal dengan Pak Tahir dan Pak Mud, memang ramai orang2 alam sebelah ni cuba memberi rasuah kepada mereka. Ini termasuklah orang2 dari alam bunian sekali. Tapi tak tahu kenapa pula sampai diorang cuba nak merasuah.
Nala kelihatannya mundar mandir memikirkan sesuatu, dia bagaikan tidak tenteram bila mendengar nama orang tua tu. Tetapi seandainya dia tahu Pak Tahir dah meninggal, tentulah aku pula yang jadi tak tenteram.
Nala melihat ke arahku, kemudiannya dia berkata, “aku boleh melepaskan kamu berdua…asalkan kau bagi apa yang aku mahu”.
Dia nak buat deal lah pulak…kalau diikut pengalaman2 hidup aku, perjanjian dengan makhluk2 macam ni takkan berakhir dengan baik.
“Apa yang kau nak?”, tanyaku ringkas.
“Aku mahukan lelaki yang telah berjanji dengan kami dahulu. Kebiasaanya dia datang tiap2 minggu ke sini untuk bersama dengan kami. Tapi dah bersilih tahun, dia tak muncul2 lagi”, jawap Nala kepadaku.
“Aku tak mahu berjanji dengan kau…rasanya kamu semua tak ada hak lagi untuk menghalang kami pergi dari sini”, kata2ku kepada mereka semua.
Nadaku agak sedikit eksyen di situ…yakin itu perlu untuk menipu makhluk2 ini.
Groaaaarrrr!!!
Sekali lagi Nala mengaum sekuat2 hatinya ibarat tidak berpuas hati dengan keputusan aku. Membuatkan aku terasa agak terkucil sedikit di situ, tapi aku cover dengan muka yang konfiden.
“Macam ni lah…kau hantar kami ke sempadan kampung bunian sana tu, aku akan cuba sampaikan pesanan kau kepada lelaki tu. Tapi aku tak janji tau…tak ada jaminan laki tu datang kepada kau. Aku pun tak janji akan cari laki tu di seluruh dunia ni sampai jumpa. Sekiranya aku terjumpa baru aku sampaikan. Kau jangan nak tuntut apa2 dari aku pula nanti”, aku cuba berunding dengan Nala dengan syarat yang panjang lebar.
Seandainya Nala melepaskan kami pergi sekalipun, aku masih perlu menghadapi beruk2 tadi. Jadi lebih elok lah kalau ada bodyguard yang beruk2 tadi kenal dan takut.
“Baik…aku ikut syarat kau, tapi kau jangan cuba2 nak mempermainkan aku”, Nala memberi amarannya kepadaku.
Bersambung… |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya di Hutan Bahagian 3
Kemudiannya Nala meletakkan aku dan suami Aminah di belakang salah seekor harimau. Manakala dia pula menunggang seekor lagi harimau. Lalu kami mula bergerak ke arah kampung Kenanga. Sekali lagi aku terpaksa memeluk belakang harimau yang baunya busuk…cuma kali ni aku kena pegang suami Aminah sekali supaya tak terjatuh.
Bila saja aku terpandang ke atas, aku akan nampak salah satu beruk kecil sedang mengekori kami dengan berpaut dan melompat pada dahan2 pokok. Ibarat mengintai peluang saja.
Tidak lama kemudian, kami pun tiba di pokok besar yang dikatakan Kenanga sebelum ini sebagai sempadan kampungnya. Di sebaliknya itu, aku ternampak Kenanga dan ayahnya beserta dengan beberapa pengawal yang bersiap siaga dengan senjata masing2.
Aku memapah suami Aminah dan seterusnya berjalan ke arah pokok besar tersebut. Tapi langkahku terhenti apabila Nala menyapa belakangku.
“Bagaimana dengan syarat2 kita tadi?”, Nala mengingatkan aku.
“Baiklah…tapi kalau orang tu dah mati atau aku tak jumpa, kau tak boleh tuntut apa2 kat aku”, sekali lagi aku mengingatkan Nala dan kemudiannya aku meminta dia bersumpah dengan nama Allah.
Kemudiannya aku bertanya kepada Nala, “apa nama lelaki tu?”.
Nala menjawap, “orang2 kampung kau memanggil dia Zul”.
Dalam hati aku berkata, “s**t…mamat tu nafsu iblis ke ape? Semua benda alah dibantainya. Bukannya orang kampung aku pulak tu”.
Sambil aku melangkah masuk ke kampung Kenanga, dengan wajah yang tenang aku memberitahu Nala, “Oh...aku kenal laki tu…”.
Kemudian saja je aku diam sekejap bagi saspen sikit. Jalan slow2 bagi jauh sikit dengan garisan sempadan tu.
“Zul dah lama dah meninggal”, kataku kepada Nala sambil mengenyitkan mata kepadanya. Seterusnya aku tidak menoleh ke arah Nala di belakangku lagi. Hanya kedengaran beberapa ngaumannya yang kuat bagaikan menggegar langit.
Pengawal2 tadi pula menghunuskan senjata2 mereka ke arah Nala menunggu sekiranya dia berani memasuki sempadan mereka. Biarpun aku terasa bagai nak menari sambil mengejek2 Nala tu, keadaan suami Aminah ni macam dah kritikal sangat.
Ayah kepada Kenanga menyuruh aku memasuki ke arah kabus yang ditunjukkannya sebagai jalan pintas untuk ke kampung aku. Sekelip mata saja aku telah keluar dari hutan tersebut dengan melalui kabus itu.
Tanpa melengahkan masa, aku memikul suami Aminah merentasi bahuku dan berlari ke arah rumah mereka. Ketika itu azan isyak baru saja berkumandang, aku pun tak menyangka yang aku akan berjaya keluar dalam hari yang sama.
Setibanya aku di rumah Aminah, terdapat kereta polis di halaman rumahnya. Kami disambut dengan tangisan Aminah kerana dia menyangka aku pun dah hilang kat dalam hutan juga. Aku ingatkan aku balik dalam hari yang sama, rupa2nya dah masuk hari kedua.
Suami Aminah kemudiannya dikejarkan ke hospital, tapi disebabkan covid…hanya Aminah yang ditemani bapa saudaranya saja yang diizinkan menunggu di situ. Apa yang aku dapat tahu, doktor tak dapat nak selamatkan suaminya sebab telah banyak organ2 yang rosak dan gagal berfungsi.
Satu lagi kenyataan yang lebih sukar diterima Aminah, apabila doktor memberitahu terdapat juga jangkitan pada kelamin suaminya. Lantas membuatkan Aminah jatuh pengsan di koridor hospital tersebut.
Suami Aminah menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa jam kemudian dan diuruskan oleh pihak hospital untuk mandi jenazah dan solat jenazah pun di situ juga. Seterusnya dikuburkan di tanah perkuburan kampung kami. Tidak boleh ramai2 di tanah perkuburan hanya Aminah, bapa saudaranya dan pekerja2 tanah kubur. Tahlil juga hanya dibuat di rumah masing2 saja.
Aku pula ditanya pihak polis dengan pelbagai soalan dan diminta menunjukkan di mana lokasi aku jumpa suami Aminah. Tak Wajar kalau aku bawa polis2 tu ke tempat Nala, jadi aku hanya tunjukkan di rumpun buluh saja. Polis menjumpai barang2 kepunyaan suami Aminah, jadinya kes tu macam selesai lah.
Cuma aku je yang tak selesai, setelah polis tu beredar baharu lah aku teringat…patut tanya macam mana kalau nak balik KL.
Setelah Aminah agak beransur pulih dari kesedihannya, dia pernah tanya kat aku apa yang sebenarnya terjadi kat dalam hutan tu. Tapi aku hanya jawap, kadang2 ada benda yang lebih elok kalau kita tak tahu.
Dia hanya tunduk menerima kata2ku itu, seterusnya dia bertanya pula soalan yang aku tak ada jawapannya, “John…tupperware aku mana?”.
Tamat
Maaf sebab lambat sikit aku update cerita kali ni, ada beberapa gangguan pula dari hujung minggu lepas. Buat aku macam 2 hati nak post ke tak cerita ni sebab menda alah tu datang siap bagi warning tak nak manusia tahu pasal mereka. Jadi adalah yang aku terpaksa edit2 sikit supaya tak sama sangat.
Prinsip aku simple je, lagi kurang aku berjumpa dengan2 makhluk2 macam ni…lagi aman hidup aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga diampun dosa somi si aminah & ditempatkan rohnya di sisi org2 beriman.
Tima kasih tt a.k.a john, best sgt citer ni. Tak sangka mcm2 bentuk/rupa makhluk di dlm hutan di alam berlainan. Syukur tt selamat, tapi mcm mana dpt blk kl? Duk situ sampai abis pkp ke? Lama tuuuu
Hakak baca citer tt berlatar belakangkan suara menteri kewangan yg tak penat2 bentang bajet dr kul 4 lebih tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-11-2020 07:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
hatikudus replied at 6-11-2020 06:27 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga diampun dosa somi si aminah & ditempatkan rohnya di sisi or ...
rileks...rileks...blm abis lg cerita masa pkp ni
ke nak tamat kt sini je?
insyaAllah weekend ni sambungannya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tlg up... TT bila nak sambung seru naaa |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 6-11-2020 07:52 PM
rileks...rileks...blm abis lg cerita masa pkp ni
ke nak tamat kt sini je?
insyaAllah weekend ...
haipppp...ofkos lah nak smbg. Hakak tggu tau tt...@sarah82 pun sama tu |
|
|
|
|
|
|
|
hatikudus replied at 7-11-2020 03:31 PM
haipppp...ofkos lah nak smbg. Hakak tggu tau tt...@sarah82 pun sama tu
Hihihi.. Boleh baca sambil translate utk buka thread bod sy.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tungguu
ater minah bg tupperware kat hang buh nasi lemak. pakai tipuware sudah laa
x ralat sgt tertinggal kat kg bunian tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Tupperware wei..kalau Tipuware tu takpe lagi pakai buang je. Baik lagi masuk kg bunian cari Tupperware dari mengadap jelingan maut ..kih3
Terbawa betul penceritaan exos....terbayang wanita harimau tu.....mengawan tu agaknya nak dapatkan zuriat hybrid agaknya. Arwah laki Aminah teraniaya dgn tipu daya syaitan....Al-Fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-11-2020 10:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sori lambat sikit...kelam kabut pulak hujung minggu ni dgn x ada air sbb repair paip pecahnya lepas tu black out punya la byk kali kt taman ni...dh mcm thn 90an dulu pulak dh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku, PKP dan … Bahagian 6
Bulan puasa aku disambut serba sederhana, tapi yang baiknya masa tu Aminah bagi aku guna warung Pak Itam atas sebab bukannya boleh makan kat kedai pun. Dia nak masak untuk orang tapau pun macam tak semangat lagi lepas apa yang dah jadi.
Jadinya, boleh lah aku caj telefon…lepas tu contact family dan ofis aku. Awal2 tu macam jejak kasihan lah jugak video call sana sini, tengok SMS berderet2 orang try call aku termasuklah dari scammer. Tentulah yang paling banyak sekali SMS dari MKN dan KKM.
Kedai tu agak selesa lah juga dan mudah sikit sebab ada kemudahan2 asas seperti dapur gas dengan periuk nasi elektriknya, cerek, air paip dan tv pun ada jugak. Jadi boleh lah aku tengok siaran yang macam takde function masa PKP tu. Berita pun macam tak ada isi...sampai tunjuk je apa2 yang ada kat internet.
Aminah juga ada bagi pinjamkan comforter dengan bantal untuk aku tidur kat situ. Kalau nak ke toilet pun senang juga sebab bapa saudara Aminah ada pinjamkan aku kunci pintu pagar tepi masjid, jadi boleh lah menumpang kat tandas masjid.
Semua ni aku anggap hikmah lah selepas aku tolong cari suami Aminah, jadinya orang tau apa masalah aku masa PKP tu. Maka bermulalah rutin baru hidupku…aku dah jarang masuk ke hutan, sebabnya kedai Pak Mat dah mula lengkap dengan barang2nya.
Cuma yang tak lengkapnya mata dia je…
Aku: Pak Mat, rokok surya 16 satu.
Pak Mat: Aihh…sejak bila pula kamu ni merokok, Mazlan?
Aku: Mazlan kemendenye Pak Mat…ni A*****, anak Ngah Ismail.
Biasanya kalau di Perak, orang dulu2 akan ada gelaran Ngah atau Nyah pada nama anak kedua. Bukan Nyah aawwww tu ye.
Pak Mat: Ohhhh…kamu rupanya John. Kabor le awei2 tadi...aku ingatkan tadi Mazlan anak si Wan Munah tu datang tadi.
Aku: Astaghfirullah hal azim… (dalam hati: dah start mengarut dah orang tua ni). Mazlan tu bukan ke udah meninggei 4, 5 tahun lepas. Ajernye Pak Mat ni…jangan memain…awak ni udah ler tidor sorang2.
Pak Mat: Udah meninggei? Haishh…kamu ni pun bior benor sikit cakapnye tu. Semalam elok je dia nyinggah ke mari…diap borak2 lagi dengan aku.Aku: Hahhh…masak orang tua ni.
Pak Mat: Kamu nak rokok ke nak masak?
Aku: Eh, terlepas kat mulut pulak…cer hulorkan rokok surya tu. Lerah sikit…awak nak masak berbuka ni.
Begitulah banyak masa aku dibuangkan begitu saja kat kedai Pak Mat…tu belum lagi masuk anak dia, si Mira. Pernah satu hari tu…
“Mira, buatkan aku kelapa separuh”, aku mengorder kelapa parut kepada Mira.
“Mana ada separuh2 Abang Jaws, Mira boleh bagi sepenuh hati ni kat Abang Jaws”, jawapnya kembali sambil tersipu2.
Membuatkan aku berkata di dalam hati, “MasyaAllah…apalah dosaku…”.
“Jangan la macam ni, Mira…aku nak mintak kat Pak Mat, matanya tak nampak. Silap2 mau terkukorkan tangannya karang kat mesin tu”, kataku sambil menerangkan sekali lagi aku apa yang aku minta tadi.
“Hah? Abang Jaws nak mintak ayah Mira buat silap mata sambil mesin tangan kerang? Apa abang cakap ni?”, tanyanya kehairanan.
Pelepap!
Lantas aku menampar dahiku…apa yang aku cakap? Apa pulak yang kau dengar? Maka terpasrah lah aku layan diri pecahkan kelapa dan mungukornye kat mesin.
Sambil tu aku berkata seorang diri, “kerang mana ada tangan, sialan…silap gayanya mau terbukak pose aku kat sini karang…dan nama aku bukan Jaws laaaaa”.
Kebiasaannya dari pagi sampai ke petang aku ada video conference call dengan ofis aku setelah sekian lama diorang tak dengar apa2 berita dari aku.
Masa awal2 tu bos bising juga, orang lain rambut je panjang. Aku pula siap berjambang lagi…ni semua sebab walaupun barang2 kat kedai Pak Mat dah banyak, tapi pisau cukur yang ada kat kedai dia tu jenis pisau mata belit. Macam kat kedai gunting rambut tu…ngeri la pulak.
Bila video conference call pulak, backgroundnya kalau bukan outdoor, mesti kat dapur. Tapi kadang2 diorang enjoy tengok video call aku tengah mancing udang galah. Yelah…bukannya ada kerja pun tapi sebab nak gaji jalan buat je lah conference video call.
Bila dah petang, waktu dah tak jauh nak berbuka baharulah aku akan kedai Pak Mat. Kalau pergi awal2 sangat nanti memang silap2 berbuka makan aiskrim aku lepas takde perkataan2 yang baik keluar.
Sahabat Lama
Aku biasa solat maghrib, isyak dan terawih kat laman rumah opah aku. Atas tapak rumah yang belum siap lagi tu. Sebabnya rasa macam syok pula solat outdoor ni, dengan angin nyaman malam2. Yelah…kampung kan. Kadang2 aku berbuka kat situ juga sebab rasa macam berkelah pula.
Satu hari tu tengah aku solat isyak, tiba2 je ada orang tepuk bahu kanan aku. Terkejut lah jugak masa tu…dah macam dalam cerita makmum tu pulak. Bila aku buat tak tahu, dia takbir kuat pula kat belakang aku. Tak pasal2 aku jadi berdebar2 nak tunggu solat tu habis.
Selesai je bagi salam, aku toleh ke belakang rupa2nya kawan sekampungku…Azim Mamak atau biasa budak2 kampung panggil Am je.
Aku: Kamu rupanya, Am…jimbet betui. Aku ingatkan natang haram jadah mana lah ngaco aku dalam bulan pose ni
Am: Hahaha…bukan main cuak lagi kau kan. Berpeluh2 hah…ngalahkan nak salam tok kadi
Aku: Tok kadi kejadahnya…fasa tu dah lepas dah. Takde sebab nak salam kadi bagai…salam kalau jumpa kat masjid tu boleh la.
Am: Aku berseloroh je lah…kau dah berapa lama dah kat kampung ni? Balik kampung pun idak berkabor.
Aku: Lama lah jugak…dari awal PKP lagi, tak pasei2 sangkut kat sini. Eh, aku nak lepak kat rumah kau boleh ke?
Am: Aku ni bukannya tak nak bagi, tapi kau paham je lah mak aku tu kan?
Am ni juga merupakan salah satu kacang hantu dalam kampung ni. Macam2 juga lah kenakalan yang dibuatnya. Tapi yang bestnya, mak dia cakap akulah kepala punca dia jadi macam tu walaupun aku ni takde kena mengena dalam ini wayang gambar.
Mak dia sangat2 lah anti dengan aku, andai kata jumpa kat majlis kawin, memang panjang muncungnya paling muka dari aku.
Aku: Apa yang nak pahamnya? Yang setannya tu kamu, aku pulak yang dituduhnya ngajor buat mende bukan2.
Am: Hahaha. Eh, sebut pasal setan ni…
Bila je kalimat tu disebut Am, maka terus aku berkata di dalam hati, “oh, s**t…here we go again”.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
| |
|