|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Last edited by Nicki_Meow on 30-7-2012 02:05 PM \n\n
Aduuhhhh.....Phobia jadinya dengan perkataan 'NEXT'
Hensemnya Datuk BC - tapi dia bukan Mix Chinese Kokesen....
Anyway....Calon-calon Eddie adalah...
1) Alex Yoong
2) Sherson Lian
Kih Kih Kih....
********************************************
Gambar tak keluar......
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 30-7-2012 12:36 PM
Ha ah... pastu baca komen2 sambil tersenyum sumbing.
Lady dah terkantoi dgn cik abe byk kali ta ...
abe lady ade mcm iras iqbal tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by Nicki_Meow on 30-7-2012 02:24 PM \n\n
Episode 29
“Aku faham” Panggilan telefon di matikan lalu telefonnya di campakkan ke atas meja. Nafasnya turun naik, menahan kemarahan.
“Shark!” Zidan memanggil sambil memerhatikan sikap Shark yang tiba-tiba berubah setelah menjawab panggilan telefon.
“Woi! Apa hal lu ni?” Sekali lagi Zidan bertanya, memandang muka Shark yang semakin bengis.
“Siapa yang call?”
“Jedi” Shark menjawab. Zidan diam, menunggu Shark menghabiskan ayatnya.
“Masa delivery, ada orang sudah rembat duit Jedi” Serentak dengan itu, tangannya menghentak meja.
“Lu biar betul, Shark?”
“Lu ingat gua suka-suka nak kencing lu?” Shark menjawab kasar. Zidan kembali mendiamkan diri. Telefon bimbit Shark di atas meja di pandang lama.
“Siapa yang buat delivery?” Zidan bertanya.
“Ajak!” Shark menggetap bibir ketika menjawab.
“Boon! Panggil budak-budak masuk” Shark melaung. Beberapa saat kemudian. Kuncu-kuncunya, Boon, Jack dan Lando menapak masuk lalu duduk di hadapannya. Shark memandang muka mereka satu demi satu.
“Mana Ajak?” Keras dia bertanya.
“Gua tanya! Mana Ajak?!” Kali ini Shark bertempik. Menghamburkan amarahnya.
“Err..boss. Ajak dah tiga hari tak tunjuk muka. Tapi dia ada cakap, mak dia sakit” Lando teragak-agak menjawab.
“Mak dia sakit?”
“Err.. betul boss”
“Bodoh. Kalau mak dia mampus sekalipun, apa dia boleh buat?” Shark bertempik lagi. Tiada sesiapa yang berani bersuara. Tidak mahu mencari nahas.
“Pergi cari Ajak. Berani dia cari pasal dengan gua!”
“Sekarang!”
“Okay boss!” Ketiga-tiga mereka bangun, lalu pergi dari situ dengan segera. Setelah hilang dari pandangan, Zidan menyoal Shark sekali lagi.
“Lu yakin ke, Ajak yang rembat?”
“Dia yang buat delivery”
“Kalau bukan Ajak?” |
|
|
|
|
|
|
|
“Maksud lu?”
“Macam mana kalau orang Jedi yang rembat?” Zidan bertanya lagi. Pertanyaannya kali ini menyebabkan Shark turut terfikir kemungkinan itu.
“Tak mungkin!”
“Kenapa lu percaya sangat dengan orang-orang Jedi? Bag tu bertukar tangan dua kali, doh! Kalau lu cakap Ajak yang rembat, gua pun boleh tuduh Sony yang rembat!” Zidan berkata lagi.
Sudah arif benar dia dengan cara Jedi. Selalunya, Zidan yang menjadi penghantar wang itu. Bag hitam yang berisi duit, akan di hantar ke lokasi yang di tetapkan. Bag itu kemudiannya akan di tinggalkan di situ dan orang Jedi – Sony akan mengambilnya. Jedi tidak akan sekali-kali menunjukkan muka, hanya menghantar orangnya melakukan tugasan. Sony juga selicik ketuanya. Walaupun pernah beberapa kali di ekori pihak berkuasa, dia sentiasa dapat melepaskan diri.
“Gua kadang-kadang tak faham dengan lu. Ajak budak lu. Yang lu nak percayakan Jedi lebih dari budak-budak lu sendiri kenapa?” Dahi Shark berkerut mendengar kata-kata Zidan.
“Yang lagi gua tak faham, Jedi tak pernah buat kerja. Semua lu yang buat, kita yang buat. Jedi senang senang dapat habuan. Serius gua tak faham!” Suara Zidan agak tinggi bila berkata.
“Siapa Jedi? Kalau dia berani sangat, tunjuklah muka!” Kata-kata Zidan yang berbaur provokasi menaikkan amarah Shark sekali lagi.
“Lu diam, Zidan!”
“Kita cuma anjing-anjing dia ajelah, bodoh!”
“Bangsat lu!” Secara tiba-tiba, sepucuk pistol yang memang berada di atas meja di acukan tepat ke muka Zidan. Nafasnya turun naik.
Zidan mengangkat muka. Secara senyap, dia juga memegang hulu pistol miliknya yang tersisip di belakang pinggang. Dia juga takkan teragak-agak bertindak sekiranya Shark memang berniat membunuhnya. Mereka saling merenung tajam, menanti siapa yang akan memulakan tindakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah.. makin banyak konflik.. next!! |
|
|
|
|
|
|
|
adoi... main tembak2 la pulak...
cam citer gerak khas plak... hehhehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 30-7-2012 03:17 PM
errr... errr....
Ke macam Ustaz Naim?
Sorry...sorry...cheq gurau na...
Cheq yakin, walau Maher Zain sekalipun datang menggoda, abang Ladylah jua tetap di hati....
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa saat berkeadaan begitu, akhirnya Shark menurunkan pistol lalu di letakkan kembali di atas meja. Dia takkan sanggup membunuh Zidan. Dalam ramai-ramai orangnya, Zidan adalah yang paling di percayai. Membunuh Zidan adalah satu kerugian. Dan jika dia membunuh Zidan, sepertinya dia membunuh sahabatnya sendiri.
“Sorry bro. Gua tak patut provoke lu" Zidan berkata apabila melihat ketegangan kian reda.
"It's okay" Shark membalas lalu meraup wajah.
"Tapi gua tak puas hati. Kenapa lu lagi percaya budak-budak Jedi daripada budak-budak lu sendiri? Siapa Jedi?” Zidan bersuara lagi. Teka-teki itu kembali bermain di kepalanya. Siapa Jedi? Muka Shark di pandang penuh tanda tanya.
“Gua takkan sekali-kali khianat pada Jedi” Shark berkata, lalu menundukkan muka. Bagai ada satu rahsia tersimpan kemas dalam sanubarinya. Soalan dari Zidan di biarkan begitu sahaja. Zidan mengangguk. Dia tahu, tak guna lagi mendesak Shark untuk memberikan jawapan.
“Duit tu kene rembat masa Ajak buat delivery, terus lu tuduh Ajak. Kalau gua yang buat delivery, lu nak tuduh gua ke yang rembat duit tu?” Zidan bertanya.
“Tak bro. Gua percaya lu” Shark menjawab perlahan. Zidan bangun, menepuk bahu Shark beberapa kali lalu keluar dari situ.
****************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-7-2012 04:13 PM
Ahahahaha...lupa nak letak warning.
Adik-adik,
makin puasa makin mjadi2 ya
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam sudah menunjukkan pukul 6:15 petang. Seperti biasa, pada waktu ini Fandi akan bertolak untuk pulang ke rumah. Tetapi, sedikit pun dia tidak menyangka yang hari ini bakal menjadi lain dari kebiasaannya. Baru beberapa meter motornya bergerak keluar dari C&C Batu Caves, datang sebuah kereta jenis Proton Putra berwarna hitam, membunyikan hon dan menghimpit motorsikalnya ke tepi. Kereta itu terus menghalang laluannya. Mujurlah motorsikalnya di tunggang agak perlahan. Jika tidak, pasti dia sudah terbabas.
Beberapa saat kemudian, pemandunya keluar.
"Bro…apa hal ni?” Fandi bertanya dengan nada kasar. Mahu sahaja dia memaki hamun pemandu tersebut. Cermin topi keledarnya di tolak ke atas.
“Sorry Bro. Terpaksa. Ada hal sikit nak cakap dengan kau” Tanpa salam, tanpa mukadimah, pemandu itu berkata. Fandi cuba mengamati wajah pemandu itu. Tetapi, dengan kaca mata hitam beserta topi, menyukarkan Fandi untuk mengecam siapa dia sebenarnya.
“Cakaplah” Fandi berkata.
“Aku tahu kau suami kepada Sofea Raihana” Fandi terdiam seketika, keningnya berkerut.
“Jadi?”
“Kau dengar sini baik-baik. Pastikan Sofea tak berhubung lagi dengan Shahrizal”
“Apa ni? Siapa kau?”
“Siapa aku, itu tak penting. Tapi kau mesti pastikan Sofea tak berjumpa atau berhubung langsung dengan Shah. Kalau kau nak nyawa dia…dan nyawa kau selamat” Kali ini, Fandi tergamam.
Ya Allah…apa semua ni? Siapa dia? Siapa sebenarnya Shahrizal?
“Ingat bro. Sofea dalam bahaya kalau dia cuba berhubung dengan Shah lagi. Jaga dia baik-baik” Tanpa menunggu Fandi membalas kata-katanya, pemandu itu masuk kembali ke dalam kereta dan terus meninggalkan Fandi. Fandi yang masih dalam keadaan terkejut, hanya memerhatikan kereta itu pergi dari situ. Fandi menarik nafas beberapa kali, cuba untuk menenangkan perasaannya sendiri.
Hanya pada-MU ku bermohon. KAU lindungilah isteriku YA ALLAH…
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang jugak fandi kt bini ya |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-7-2012 04:40 PM
Yelah...nama pun gangster. Takkan le si Shark dgn Zidan nak cakap style sopan santun macam ni:
...
I mean 'blood go upstairs' okey!
Eh apsl x leh tekn smilie plk nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Haje_hbz posted on 30-7-2012 04:44 PM
Sape lelki ni eh?
malasnya nk teka tgh2 puasa ni...kite tggu jwpn dr nicki jelah..nextt..
...
Jejai
Psl dia kn suka pkai topi
Bosn ah x leh tekn smilie nih
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|