CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 27-4-2011 10:38 AM | Show all posts
harap2 fb tue btol2 la brubah..
mne taw dtg blek habit lme..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2011 11:29 AM | Show all posts
cayok.......lia ngam amir
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 11:39 AM | Show all posts
mesti fb dpt penyakit aids...sbb sebelum ni selalu bertukar pasangan..

lepas ni mesti dia meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 11:49 AM | Show all posts
xpela lia maafkn jela farid 2...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 12:15 PM | Show all posts
dtg juga farid tu.......
kesian lia... asyik loya 2 je waktu majlis....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 12:20 PM | Show all posts
h.. drama saja lebih, cakap pun macam stail orang teater. Kalian konon. Aku goreng macam kailan ikan ...
qimi08 Post at 27-4-2011 09:42


Qimi...wah sodap tu...makan ngan tomyam..nasi panas...huhuhu...LAPARRRRRRRRR

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2011 12:48 PM | Show all posts
ishk....ni yg nak gi carik kailan ikan masin vichuda lunch ni ....lapor dah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 02:53 PM | Show all posts
“ Kenapa pula nak bersorry sorry? You tak buat apa apa salah pun, sayang.” Tubuh isterinya di rangkul kemas dari belakang. Kasihnya pada Dahlia melimpah ruah. Dahlia masih tak peka kah dengan keadaan dirinya? Atau dia sengaja merahsiakan dari aku?


amir dah tahukan??sbb dia cekgu biologi

lawak betul si dahlia, tgh serius leh lak dia buat lawak kailan lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2011 03:25 PM | Show all posts
amir dah tahukan??sbb dia cekgu biologi

lawak betul si dahlia, tgh serius leh lak dia b ...
mijot Post at 27-4-2011 14:53



ye la...
konon x th....
nk suh lia bgtaw la tue...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 03:49 PM | Show all posts
Reply 535# sang_arjuna

Timekasih N3 baru...

Harap Lia berjaya  'forgive and forget'...
Tapi kebiasaannya tang 'forget' tu lah yg susah... itulah manusia biasa....
Jika dapat 'forgive and forget' ..alhamdulillah
Tapi kalu berjaya 'forgive'  je dulu..ok gak ... Dan, pelan2 latih diri 'forget' gak...  
   
Kemaafan adalah ubat yg indah..hah..hah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 09:45 PM | Show all posts
Reply  sang_arjuna

Timekasih N3 baru...

Harap Lia berjaya  'forgive and forget'...
Tapi ke ...
sukahatiku Post at 27-4-2011 15:49


Betul tu... nak forgive senang jer.. tp tang forget tu yang payah cikit...
kena amik masa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 11:21 PM | Show all posts
Reply  pura


    puraaaa

mcmc dh lama benor tak nampak uols
jingga007 Post at 26-4-2011 23:05



mek jing... den ado je.. tp lately ni bz skit la.. so xleh nk bergebang sngt..
mcm mana pun den tetap akan sentiasa disisimu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 11:25 PM | Show all posts
mek jing... den ado je.. tp lately ni bz skit la.. so xleh nk bergebang sngt..
mcm mana pun  ...
pura Post at 27-4-2011 23:21



    ohh patutlah pun sbb nmpk jarang tgk nmpk pura dkt mana2 thread

hik hik mohtip tiba2 di sisi ai terharu ai
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 03:11 AM | Show all posts
Lia..jgn marah2 sgt Si farid..karang terkenan kat baby..susah. Nanti baby tu asyik nak marah jer kejanya...bekeng. Sabar Lia..awak tu pregnant.

TQ Kak Juna..nak n3 lagi...  ( Sambil buat aksi cute memohon simpati...aksi   si kucing kawan SHREK.)
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 10:16 AM | Show all posts
bila lia nak bgtau amir ni??
lia ni mcm merah dulu, en hubby yang perasan dah berisi tp dia diam je, nak tgk merah ni alert ke x... w/pun xbgtau kat dia tp dia mmg jaga la asyik tanya buat apa, makan apa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 10:21 AM | Show all posts
ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2011 12:38 PM | Show all posts
tq utk entry u nie .... bila la dahlia nak tahu fasal sarah yang dah menjadi janda tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 07:32 PM | Show all posts
malam ni ada entry ke,kak Juna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 12:46 AM | Show all posts
part farid dah settle
skrg tok mi plak
...................................................................................................................

“ Amir, Pak Mat sini. Puan Sri suruh Amir datang ke Rest house. Datin Elly tengah mengamuk. ” Suara Pak Wan tercungap cungap

Darah Amir berderau. Ini mesti sebab rahsia Abang sudah bocor. Jangan ambil mudah kebolehan isteri menghidu ulam pucuk muda walaupun cuba di sorok dalam bekas kedap udara. Matilah Abang kali ni!

“ Kejap lagi saya datang” Dahlia memandang dengan tanda tanya. Mesti ada krisis yang berlaku. Muka Amir selalunya tenang nampak begitu gabra.

“ Cepat  sikit. Huru hara kat sini. Datuk pula tak tahu hilang ke mana”

“ Ya..ya” Telefon bimbit di matikan.

“ Kenapa Abang? Mummy sakit?” Dahlia menyelak selimut yang menutup kakinya dan menarik sila. Rasa loya dan mual sudah hilang. Sama ada pembawakan budak atau memang aku allergi pada Farid. Sebaik saja dia pulang aku terus sihat walafiat.

“ Tak. Mummy is fine. You dah okay, sayang? Abang kena pergi ke Rest House kejap” Macam mana aku nak cerita kat Dahlia. Bab lelaki nak beristeri dua sangat sensitif. Tak mustahil dia backing Kak Elly walaupun mereka bermusuhan selama ini.

“ Nak ikut. Lia teringin nak makan nasi goreng kat sana.” Entah apa apa lah aku ni. Dah pekena nasi minyak pun nak nasi goreng lagi. Segaris senyuman terukir di bibir Amir. Perut Dahlia di usap.

“ Kali ini Lia tak payah ikutlah. Tak elok keluar masa malam malam ni. Abang tapau nasi goreng untuk Lia” Amir bergegas menukar pakaian dan mengambil dompetnya. Dahlia bangun dan memaut lengan Amir.

“ Ala… nak ikut lah. Boring tinggal kat rumah.” Bibirnya di juih.

Manjanya bini aku ni. Perempuan mengandung kerenah dia lain macam sikit.

“ Sayang, bukan Abang tak nak bawa Lia tapi er…. tak manislah pengantin keluar waktu senja. Abang pergi kejap saja. ” Dahi Dahlia di kucup. Sebaik kereta Amir meluncur keluar dari laman rumah , Dahlia mencari Ellisya dan Najwa. This is the cannot! Aku nak tahu apa yang Amir ingin sembunyikan.

Dahlia menyarung blaus lengan panjang dan slacks hitam. Tudung Ariani melengkapkan riasnya. Senyap senyap mereka bertiga menyeludup keluar berasingan Mesti  Usu dan saudara lain bising  kalau tahu kami  merayau malam malam. Ellisya menghidupkan enjin dan mereka menuju ke Rest House. Macam misi agen perisik lah pula…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 12:47 AM | Show all posts
Sebaik melangkah masuk ke rest house, seorang gadis  bergegas ke arahnya. Amir memincing mata. Semakin dekat, semakin dia rasa dia kenal gadis itu. Tapi sejak bila makcik rambut Loreal Copper Blonde ni bertudung?

“ Amir… Amir. Thank God you are here!  I.. I.. tak tahu apa nak buat. Kak Elly dah gila. “ Suaranya boleh mencecah telinga pengunjung taman di tebing Sg Perak. Airmata masih bersisa di pipinya. Jari jemarinya di kepak kepakkan.

“ Nia, please cool down. Mana Abang Mi dan Mummy?” Amir cuba meleraikan genggaman Nia di lengannya.

“ Semua kat atas. Nia tak nak apa apa terjadi kat Kak Elly. This is all my fault” Sedunya makin menjadi. Amir tidak memberi respons terus menaiki tangga.  Puan Sri Sabihah, Maya dan suaminya sedang mengetuk pintu bilik Datuk Azmi dan Datin Elly. Dua orang kakitangan rest house juga bersama mereka. Salah seorang memegang segugus kunci. Suara Datin Elly memaki hamun  kedengaran dari luar. Tak syak lagi Datuk Azmi lah puncanya.

“ Amir! Nasib baik Amir datang” Puan Sri Sabihah memaut lengan anaknya. Raut mukanya risau.

“ Apa dah jadi Mummy?”

“ Mi balik awal dari rumah Lia, katanya nak keluar main golf dengan kawan MCKK. Pak Tam hantar Elly balik sini. Bila Mummy sampai  , Mummy dengar suara orang bergaduh dari bilik sebelah. Mummy ketuk pintu , tapi Elly dan Mi tak buka. Mummy dengar bunyi macam barang kena campak lepas tu ada suara orang menangis. Mummy takut. Entah apa jadi kat dalam tu. “ Puan Sri Sabihah menarik nafas. Nasib baik juga episode ini terjadi di Kuala Kangsar. Kalau di KL mesti heboh satu dunia.

“ Apa punca nya?” Macam aku tak tahu. Habislah Abang Mi kali ini!

“ Jantan sial.  You bloody @#$%^* ! Dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni? Why her of all people? If I have a knife, I will cut off your balls! “ Jerit  Datin Elly dari dalam bilik. Suara lelaki menjawab tapi tak kedengaran butir bicaranya.  Pekerja resthouse memandang satu sama lain. Nak senyum tapi takut. Mereka sambung kerja mencuba setiap kunci spare ke lubang kunci. Nombor bilik yang di tulis di setiap kunci sudah pudar.

“ You dengan mak you sama saja. Tak berhati perut! You ingat I tak tahu kah? Ini semua mak you punya plan!” teriak Datin Elly bagai orang hysteria.

“ Astaghfirullah! Sampai hati dia tuduh Mummy!” Dada Puan Sri Sabihah berombak. Nafasnya tidak teratur.

“ Puan Sri masuk bilik dulu.  Nanti Puan Sri pula yang sakit”

“ Betul tu Mummy. Mummy bertenang. Mummy bukan tak tahu.  Abang dengan Kak Elly selalu bertekak. Itu perkara biasa saja.”

Amir dan Puan Maya memimpin Puan Sri Sabihah ke bilik. Puan Sri Sabihah melabuhkan punggung ke satu satunya kerusi empuk. Dia memanggung kepala.  Puan Maya menuang secawan teh o panas untuknya.

“ Mummy tak sangka. Dulu Mummy tahu abang kau tu ada ramai girlfriend tapi sejak Mummy kena kanser dia dah banyak berubah. Sembahyang tak tinggal, selalu ke masjid, pergi ceramah ugama. Mummy lega sangat. Tapi dalam diam, dia nak kahwin lagi satu rupanya.”

Amir menarik nafas. “ Siapa perempuan tu? Mummy kenal?”

“ Ini yang buat Mummy hampir kena sakit jantung. Dia nak kahwin dengan Nia! Sepupu Elly sendiri. Macam mana Elly tak mengamuk? Mummy malu dengan parents Elly dan parents Nia. Mereka semua kawan rapat keluarga kita.”

Rahang Amir terjatuh. Ya Robbana! Sejak bila abang aku bercinta dengan Nia Aurora? Mereka layak menerima anugerah pelakon terbaik di Malaysia. Abang berpura tak suka Nia kerja di Perkasa. Padahal mesti dia yang tolong tarik kabel. Hebat sungguh Datuk Azmi! Nia pun satu, takkan desperate sangat sampai sanggup rampas suami sepupu sendiri. Perempuan begitukah yang punya ciri ciri isteri solehah, yang abang sanjung sangat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.654662 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list