CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] [Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V135'

 Close [Copy link]
Post time 18-2-2022 06:16 PM | Show all posts

nk tengok pic.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 06:18 PM | Show all posts
acikbrown replied at 18-2-2022 04:25 PM
Entahlah.....
Nanti kalau PRU 15, bi en menang, harus masuk longkang la kes ni.

itulah...skrg ni pun byk nau dalihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:21 PM | Show all posts
Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi
NOOR AZLIDA ALIMIN | | 18 Februari 2022


Ali Puteh - Foto Instagram aliputeh_official


KUALA LUMPUR – “Saya sudah bersedia dengan keputusan kes, sebab saya tahu kalah kena maki, menang pun kena maki,” kata Ali Puteh di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.


Ali Puteh, 34, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia sudah lali dengan makian daripada netizen ekoran kontroversi antara keluarganya dengan kakak ipar, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 30.


"Sepanjang dua tahun ini, saya sudah lali dengan situasi tersebut dan tidak mahu membuat kenyataan yang boleh mengundang lebih banyak kecaman," katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata, selepas berbincang dengan peguam, dia dan keluarga akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.


Meskipun gagal dalam saman fitnah, Ali Puteh berkata, mereka menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.


Sementara itu, peguam, Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, rayuan akan dibuat dalam masa 14 hari.


“Kita menunggu penghakiman secara bertulis kerana kita mahu lihat dari mana hakim membuat keputusan dan kami akan menilai semula hujahan di peringkat rayuan kelak.


“Apa pun kami hormat dengan keputusan itu dan akan menggunakan hak untuk merayu,” katanya.


Mahkamah Sesyen pada Jumaat memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan di Instagram dua tahun lalu.


Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.


Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.


Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Sepanjang keputusan dibaca, Siti Nor Hidayah dilihat menundukkan kepala dan mengalirkan air mata.


Isteri Allahyarham Abam Bocey itu juga melakukan sujud syukur di galeri awam, selepas prosiding selesai.


"Saya maafkan semua apa yang orang kata pada Dayah.


“Terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya dengan anak, saya bersyukur sangat-sangat sebab hari ini pun hari Jumaat, memang saya bersyukur,” katanya yang turut berkongsi berita gembira itu menerusi Instagramnya.


Siti Nor Hidayah berkata, dia bersyukur kerana mahkamah memutuskan kemenangan kepadanya serta mengucapkan terima kasih kepada peguam, ibu bapa, anak tunggal, adik-beradik, keluarga dan rakyat Malaysia.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -di-Mahkamah-Tinggi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:45 PM | Show all posts
'Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif' - Hakim
NOOR AZLIDA ALIMIN | | 18 Februari 2022


Ali Puteh


KUALA LUMPUR – “Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata Hakim Zulqarnain Hassan di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.


Beliau berkata demikian ketika keputusan prosiding kes saman fitnah membabitkan keluarga Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terhadap Siti Nor Hidayah Mohd Ali selaku defendan.


Dalam kes itu, ibu, Allahyarham Sabariah Arshad; bapa, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan; kakak, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan dan Ali Puteh dinamakan masing-masing plaintif pertama hingga keempat.


Ketika membaca keputusan penghakimannya, Zulqarnain berkata, setelah meneliti semua keterangan saksi dan hujahan peguam, mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta ialah bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.


Katanya, ia jelas pada hari kedua Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia, ahli keluarga plaintif adalah pihak yang mengajak Siti Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.


“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.


“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” katanya.


Beliau berkata, mahkamah berpuas hati persekitaran dan keadaan pada masa berkenaan amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham dan dia berada dalam keadaan tertekan.


Katanya, ia jelas daripada kata-kata Siti Nor Hidayah bahawa perasaannya sedih dan satu-satu perkara yang difikirkan ialah bagaimana mahu membesarkan anak.


Menyentuh hantaran yang dibuat Ali Puteh menerusi Instagram terhadap Siti Nor Hidayah pada Februari 2020, Hakim Zulqarnain berkata, ia amat keras, melampau, menjatuhkan maruah dan mengaibkan.


“Kalau kata-kata seperti 'kamu bodoh' atau 'kamu jahat' boleh mengaibkan, apatah lagi menggunakan perkataan 'binatang'.


"Jika ditujukan kata-kata itu kepada pesakit yang uzur dan terlantar di hospital, dia akan cuba bangun lalu mempertahankan maruahnya,” katanya.


Beliau berkata, ia seolah-olah isteri Allahyarham adalah spesies asing yang kerjanya merompak harta.


Apatah lagi katanya, ia ditujukan kepada seorang wanita yang baru beberapa hari hilang tempat bergantung, masih bersedih dengan kematian pasangan hidup dan risau bagaimana mahu membesarkan anak kecil yang berusia lebih kurang setahun.


Mahkamah Sesyen pada Jumaat memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan di Instagram dua tahun lalu.


Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.


Siti Nor Hidayah


Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.


Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Dalam prosiding pada Jumaat, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Siti Nor Hidayah diwakili peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad, sementara usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.


Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Siti Nor Hidayah dan Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.


Dalam saman itu, Ali Puteh bersama bapanya, Syed Mohd Ridzuan, 67, Sabariah dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah, 44, pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.


Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.


Sehubungan itu, Ahli Puteh dan keluarganya memohon satu perintah menghalang Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah daripada mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.


Mereka juga memohon agar kedua-dua individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik dan memadamkan video temubual yang berbaur fitnah tersebut di kesemua media sosial milik Aliff Syukri.


Turut dimohon ialah ganti rugi am, teruk dan teladan yang akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah serta kos dan relif-relif lain yang difikirkan kemudian.


Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tapi-plaintif-Hakim
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
acikbrown replied at 18-2-2022 04:26 PM
Dah siap ke rendangnya ciksurie?
Nanti share gambar ya.

limit cari nie dah tak lepas nak upload..esok saya upload
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 06:15 PM
selamat petang riri. matt cuti arini.

mlm dah nie kaka baru berkesempatan reply sini...esok matt mai la kut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 06:16 PM
nk tengok pic.....

esok saya upload
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 06:45 PM
'Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif' - Hakim
NOOR AZLIDA ALIMIN | | 18 Februari 202 ...

elokla balu arwah menang...
kesian dkt anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 09:30 PM | Show all posts
ciksurie replied at 18-2-2022 08:59 PM
mlm dah nie kaka baru berkesempatan reply sini...esok matt mai la kut

kaka pun on off je arini. harap2 esok matt tak bz. lately ni dia agak bz.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:31 PM | Show all posts

ok. rendang daging ke ayam?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:32 PM | Show all posts
ciksurie replied at 18-2-2022 09:03 PM
elokla balu arwah menang...
kesian dkt anak

lgpun tu harta keluarga arwah abam la kan. apasal adik dia sebuk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 12:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:01 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 11:10 AM
klu nov nk retire awal boleh tp pastikan ada income lps tu. klu tak susah juga nov.

Wajib la kaka. X de income mcm mn nk survive. Hrp ada miracle one day. InsyaAllah aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 11:13 AM
mgkn itu bhgn dia. harap2 dia sedar dan bertaubat.

Skrg ni semua management terang2an fight cara dia handle HR section. So skrg keje mcm rimau x de taring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 12:57 PM
sabar je la nov. in shaa Allah ada rezeki nov yg lain. bukan rezeki gaji je.

InsyaAllah kaka sbb konsep ni luas kan. Doa yg sm utk kaka jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 01:02 PM
kaka penah buat sekali tomyam putih. pakai pes adabi.

Nov buat pki kiub ayam x pakai pes
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 01:08 PM
nov mmg selalu beli byk2 eh.

Bole la x de la byk sgt. Sbb jns x sm. Mcm no 2, 3 suka mkn kopok ngan biskut. Mcm stg ni nov ngan yg sulung je. Kitaorg dah kenyang ns x mkn bnd lain dah sbb tido pun awal dr yg 2 org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 01:17 PM
owh patutlah. kita doa je la semoga peniaga tu dimurahkan rezeki. aamiin.
ye nov peniaga kopekkan. ...

Nov x prnh bwk blk buah kelapa. Sbb nk bgks siap sng blk minum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.954337 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list