|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Salam...
Ini dari Metro.
60 bakal haji kandasOleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]
PETALING JAYA: Kira-kira 60 bakal haji mendakwa menjadimangsa penipuan sebuah agensi pelanc ...
HarizAzhari Post at 5-11-2009 12:28
Masalah 6 bakal haji terkandas selesai
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengesahkan enam bakal haji yang mendakwa terkandas apabila nama mereka tidak tersenarai dalam penerbangan kelmarin sudah diselesaikan dan jemaah itu dijangka berlepas hari ini.
Namun, laporan yang disiarkan media massa mengatakan 60 bakal jemaah terkandas dalam kejadian itu adalah salah sebaliknya hanya enam yang mengalami masalah berkenaan.
Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji, Rashid Hussein, berkata masalah enam jemaah itu berpunca daripada agensi pelancongan yang lewat memaklumkan kepada bakal jemaah berkenaan bahawa tarikh penerbangan mereka ditukar kepada hari lain.
"Sebenarnya, enam bakal jemaah terbabit sudah tersenarai, cuma dalam penerbangan yang berasingan, bukan berlepas pada hari kejadian (pagi kelmarin).
"Pihak agensi pelancongan terbabit sudah memaklumkan kepada Tabung Haji bahawa masalah itu berpunca daripada pihaknya kerana gagal memaklumkan tarikh penerbangan sebenar kepada jemaah," katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, dakwaan jemaah mengatakan nama mereka tidak tersenarai hanya andaian semata-mata kerana tidak merujuk kepada agensi pelancongan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 7-11-2009 06:34
TITISAN HARAPAN: Doakan saya dipermudah tunai ibadat haji
Karim Sulaiman
“MENUNAIKAN haji.” Jawab saya spontan kepada soalan seorang wartawan pada akhir 2006 - sewaktu penyakit saya berada pada tahap paling buruk. Ketika itu, saya akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan, seterusnya rawatan. Pemberita itu ingin tahu apakah hasrat saya yang menderita sakit scleromyxedema yang belum diketahui punca dan penawarnya.
Saya berkata, sewaktu sihat dulu saya mampu dari segi kesihatan, tetapi kewangan belum mencukupi. Pada waktu itu (2006) saya sudah mempunyai simpanan mencukupi untuk diri sendiri dan isteri ke Tanah Suci, tetapi tidak berupaya dari segi kesihatan pula. Keadaan kesihatan saya pada masa itu memang buruk - berat badan hanya 36 kilogram, kurus kering, tidak mampu bergerak cergas dan pertuturan tidak jelas.
Hasrat dan niat itu menjadi pembakar semangat dan tekad untuk saya terus berusaha berubat supaya sembuh. Syukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, insya-Allah saya, isteri dan seorang anak lelaki bakal berangkat ke Tanah Suci, malam ini bagi menunaikan haji. Kami dimaklumkan perkara itu, Khamis lalu oleh KSKI Travel & Tours Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan pemergian kami ke Tanah Suci.
Pada awalnya, rombongan kami dijadual bertolak pada 15 atau 16 November ini. Insya-Allah kami akan pulang ke tanah air pada 27 Disember depan, selepas 49 hari berada di sana. Hasrat dan niat menunaikan Rukun Islam kelima sudah lama dipendamkan, sejak sebelum sakit lagi. Namun, sebagai manusia biasa, ada saja halangan sama ada secara sengaja atau tidak untuk melaksanakan tanggungjawab itu pada usia muda dan sihat.
Sejak diserang penyakit ini, saya memikirkan sama ada mempunyai upaya kesihatan dan usia untuk menunaikan fardu haji. Saya sentiasa berdoa supaya diberi keupayaan melaksanakan kewajipan itu. Pada 2004, saya membuka langkah awal dengan menunaikan umrah sebagai persediaan melaksanakan ibadat haji.
Haji dan umrah memang berbeza, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh mendapat gambaran dan pengalaman awal keadaan di sana. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya tidak menghadapi kesukaran menunaikan ibadat itu. Perkara ini menguatkan lagi azam dan semangat untuk menunaikan haji. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.
Pada sekitar 2005, penyakit semakin buruk yang membuatkan saya kurang upaya bergerak cergas. Namun, saya tidak putus-putus berdoa supaya dapat menunaikan haji. Pada 2007, saya mula menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pada masa itu, saya tidak mengharapkan akan sembuh 100 peratus berdasarkan pengalaman pesakit lain.
Saya hanya berharap supaya diberikan kekuatan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik untuk terus mengharungi kehidupan ini. Rawatan yang saya jalani, membuahkan hasil memberangsangkan. Perkara ini terus menguatkan semangat dan harapan supaya dapat menunaikan haji. Sejak akhir 2008, saya sudah menjalani latihan fizikal dengan beriadah setiap pagi.
Pada waktu itu, saya mampu berjalan sejauh satu kilometer tanpa penat.
Perkembangan ini meyakinkan saya untuk menunaikan haji pada 2009
ketika keadaan kesihatan mengizinkan.
Awal tahun ini, saya mendaftar dengan pakej haji swasta kerana
berdasarkan senarai Lembaga Tabung Haji,
giliran saya menunaikan haji selepas 2020.
Saya menjalani kursus haji pada Mac lalu walaupun belum mendapat tempat dan membuat rayuan supaya dapat menunaikan haji pada musim ini. Alhamdulillah selepas Aidilfitri lalu, rayuan itu diterima. Dalam tempoh yang agak suntuk kami perlu menyelesaikan urusan pasport, visa dan pemeriksaan kesihatan.
Saya bersyukur kerana urusan itu dapat diselesaikan dengan cepat. Kakitangan Tabung Haji di Maju Junction, Kuala Lumpur cekap dan mesra mengendalikan tugas mereka. Saya kagum dengan semangat kerja mereka walaupun terpaksa melayan kami di luar waktu pejabat. Begitu juga kakitangan Jabatan Imigresen di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang memudahkan urusan kami.
Pada kesempatan ini, saya, isteri dan anak memohon maaf di atas kesilapan kata atau perbuatan serta diminta halalkan makan dan minum. Doakan kami supaya dapat melaksanakan ibadat ini dengan mudah dan lancar serta dianugerahi haji mabrur.
Terima kasih juga kepada sanak saudara dan rakan taulan yang menziarahi dan mendoakan kami. Saya juga akan berehat daripada menulis sepanjang berada di Tanah Suci. Insya-Allah, dengan keizinan-Nya kita bertemu lagi.
Haa..tu dia..
Kalau ikut kuota Tahun 2020..
Kalau ada duit..nak pegi cepat..
Ikut aje Pakej Swasta..macam ayahjoe cakaplah..
Segalanya adalah atas kehendak dan ketentuan ALLAH jua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah 6 bakal haji terkandas selesai
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengesahkan enam bakal haji yang mendakwa terkandas apabila nama mereka tidak tersenarai dalam penerbangan k ...
aziefa Post at 7-11-2009 06:25
syukur Alhamdulillah selesai...
selamat berangkat...ya Duyyufur rahman |
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah malaysia yang tinggal di Janadiriyyah..jauh tu dekat 750 meter...
cayalah akak2 semua membukti jemaah Malaysia memang kuat...hari2 wo..40 hari berjalan 750 meter..pergi balik sudah 1.5 km... |
|
|
|
|
|
|
|
petugas tabung haji...vest baru nampak..cayalah
credit to lutfi..for the nice pic |
|
|
|
|
|
|
|
sebelah kanan makcik kenal....
sebelah kiri hj ridzwan...professional photographer |
|
|
|
|
|
|
|
al-ghazzah area... |
|
|
|
|
|
|
|
tmpt minum air zam zam dkt pintu sebelahtmpt saei... |
|
|
|
|
|
|
|
al-ghazzah area...fuuh ada bendera malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
solat menghadap haram dari safwah royale orchid
|
|
|
|
|
|
|
|
jv tabung haji dan felda...penyedia....catering untuh th travel... |
|
|
|
|
|
|
|
uwaaa....uwaaa..uwaa
dah boring pakai baju ngan seluar....
nak tuka rpakai ihram jugak...
kecian kain ihram kt rumah takde orang pakai.... |
|
|
|
|
|
|
|
ghazzah area |
|
|
|
|
|
|
|
saya jelous tgk pakcik2 nie...minum teh petang2...tp kt makkah...saya kt malaysia...fuuhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
jemaah indonesia sentiasa bergaya..berfesyen-fesyen..cayalah buat mbak semua...busananya cantek-cantek belaka... |
|
|
|
|
|
|
|
photo diatas ihsan hj lutfi...
fresh from makkah... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam mahabbah....
terima kasih hussain dgn gambar2 terbaru dr haramain...terubat rindu ni tatkala melihat gambar2 tersebut...terimbau nostalgia ketika berada di sana... |
|
|
|
|
|
|
|
photo diatas ihsan hj lutfi...
fresh from makkah...
HUSSAINTAHIR Post at 7-11-2009 09:40
Assalamualaikum Husain..
Jazakallah ...
Cantik kualiti gambarnya..
Jelas sekali....pandai org yg mengambil gambarnya..
Dia pakai kamera apa ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Last week bekas guru besar sek rendah sya pergi mengerjakan ibadah haji...dia ada jemput kami sekeluarga ke rumahnya..dpt la kami sekeluarga melihat pemergiannya ke tnh suci...walaupun hanya dr perkarangan rumah sahaja bukan di airport...kesyahduan tu betul2 terasa...penuh rumah beliau dgn org2 kg yg ingin menghantar...yg pergi hanya beliau suami isteri dan sorg anak...tp yg menghantar begitu ramai..tu la org katakan..x dpt pergi tp dpt menghantar org pergi haji pun dr terasa cm kita yg nak pergi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|