CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joyahglam

~MERGED~ Shamsiah Fakeh

[Copy link]
Post time 22-10-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by razhar at 21-10-2008 12:30 PM
mana ostad cipanbakar nih? wa nak dgr patwa dia....


jangan lah merayu camnih. dah la paras oksigen wa agak memuaskan nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 09:23 AM | Show all posts
kita tak hidup di zaman shamsiah fakeh.... dimana tiada kebebasan.. hidup tersempit...  kebanyakkan hidup melarat.... dan shamsiah fakeh nampak dgn jalan ini shj dia dapat berjuang utk negara... perempuan (even lelaki) skarang mana sanggup angkat senjata... kene tembak??
arwah shamsiah fakeh mmg sungguh berani.....
alfatihah.... semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah... amin
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:45 AM | Show all posts
Al-Fatihah utk arwah dan takziah utk familynya

aku kagum dgn semangat juang arwah (ada ditulis dlm mjlh mastika thn ni or thn lepas, x ingat)
meskipun dia berhaluan komunis, tp Perjuangannya JUJUR

bukan mcm sstgh totok ameno zaman skang ni yg berjuang krn gila betina, pangkat, , kuasa, rasuah, tamak haloba:@ :@ :@ :@ :@ :@ smpi sanggup fitnah sedara seagama.dan yg plg ptg, pemimpin yg makan duit rakyat:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by atira at 22-10-2008 09:23 AM
kita tak hidup di zaman shamsiah fakeh.... dimana tiada kebebasan.. hidup tersempit...  kebanyakkan hidup melarat.... dan shamsiah fakeh nampak dgn jalan ini shj dia dapat berjuang utk negara...  ...


sejuk ati aku baca post ko...
nasib ada lg org yg boleh letakkan diri di tmp arwah masa zaman itu...
zaman sekarang, lelaki pun belum tentu berani dan sanggup nak angkat senjata demi negara...:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 21-10-2008 04:35 PM


AN pun pernah dengar cerita jugak pasal Samsiah ngan Rashid Maiden ni...kalau boleh mereka tidak akan bertembung dgn askar2 melayu..silap2 mereka halau suruh balik je....tapi kalau ngan renje ...


betul....dlm bukunya, Shamsiah ada menyatakan bahawa beliau tidak bermusuh dgn askar2 melayu, malah beliau juga faham bahawa askar2 melayu ketika itu dipergunakan oleh Britsh....beliau hanya bermusuh dgn British yg mempergunakan kederat dan hasil pribumi Malaya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by razhar at 22-10-2008 12:30 AM


kat chin peng dan untuk komunis2 yg dah kiok dlm perang dgn askar2 tu tak nak hadiah jugak kaaa? :@ :@ :@


bro nie x abis2 lg ker?
chin peng tu nak hadiahkan fatihah gak ker....astagfirullah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 10:26 AM | Show all posts
teringat fatwa Dr. Mashth, pelacur juga boleh dihalalkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by atira at 22-10-2008 09:23 AM
kita tak hidup di zaman shamsiah fakeh.... dimana tiada kebebasan.. hidup tersempit...  kebanyakkan hidup melarat.... dan shamsiah fakeh nampak dgn jalan ini shj dia dapat berjuang utk negara...  ...


kannn??
haku secara jujur nye tak kuasa nak angkat senjata lawan penjajah kaedahnya...
dia wanita pada zaman dulu pun gigih berani angkat senjata nak lawan penjajah padahal wanita time tuh masih kepit2 yg ala2 kalau kawen stok dok dapur masak ubi rebus jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 11:04 AM | Show all posts
I envied her courage (tapi tak semestinya setuju dgn ideologi).. aku yang lelaki ni pun belum tentu ada kederat mental untuk berjuang secara terang2an macam beliau.. lagi masa zaman sebelum merdeka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:05 AM | Show all posts
kenapa Chin Peng masih lagi tak boleh balik Malaysia ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by dafina at 22-10-2008 10:09 AM


betul....dlm bukunya, Shamsiah ada menyatakan bahawa beliau tidak bermusuh dgn askar2 melayu, malah beliau juga faham bahawa askar2 melayu ketika itu dipergunakan oleh Britsh....beliau hanya  ...


sebenarnya itu la dakyah yang PKM selalu laung kan..dipergunakan konon.....

tapi apsal org ramai yang tak berdosa pun di bunuh jugak????

apsal lepas merdeka pun masih angkat senjata????

tak sangka sekarang pun ada org percaya dakyah komunis ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by Periuk_api1209 at 22-10-2008 11:11 AM

sebenarnya itu la dakyah yang PKM selalu laung kan..dipergunakan konon.....

tapi apsal org ramai yang tak berdosa pun di bunuh jugak????

apsal lepas merdeka pun masih angkat senjata????

tak sangka sekarang pun ada org percaya dakyah komunis ni....


agak2nya, sebab apa Shamsiah Fakeh boleh balik Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by Periuk_api1209 at 22-10-2008 11:11 AM


sebenarnya itu la dakyah yang PKM selalu laung kan..dipergunakan konon.....

tapi apsal org ramai yang tak berdosa pun di bunuh jugak????

apsal lepas merdeka pun masih angkat senjata???? ...


semua org ada pemikiran masing ikut pembacaan mereka... :re:
kalau kau rasa pemikiran kau betul, org lain pun boleh rasa sedemikian jua
so whatever bitch :re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:19 AM | Show all posts
tak habis2 nak maki hamun
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by Periuk_api1209 at 22-10-2008 11:11 AM


sebenarnya itu la dakyah yang PKM selalu laung kan..dipergunakan konon.....

tapi apsal org ramai yang tak berdosa pun di bunuh jugak????

apsal lepas merdeka pun masih angkat senjata???? ...


Ko tak tau ke kenapa lepas merdeka depa masih angkat senjata?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:27 AM | Show all posts
x kirala arwah neh ahli PKM kaa,berjuang angkat senjata kaa,pengganas komunis kaa..yg nyata dan facts nya ialah beliau seorang pejuang kemerdekaan yg hanya mau bebaskan malaya dr penjajah..mungkin cara perjuangan beliau tu x btul tp every human being has their own belief..there were no absolute truth in this world..wa arap juz iktiraf je yg samsiah fakeh neh salah sorang pejuang kemerdekaan...sama je dgn pejuang kemerdekaan lain, yg berbeza hanyalah cara nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 11:34 AM | Show all posts
Perginya pemimpin wanita berhaluan kiri

Oleh ROOSFA HASHIM

pejuang politik berhaluan kiri dan bekas Ketua Umum Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Shamsiah Fakeh meninggal dunia pukul 9 pagi semalam pada usia 84 tahun kerana sakit tua. Anak kedua daripada lapan orang adik-beradik itu lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ayahnya seorang peniaga, Sutan bin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai 'Fakeh' kerana dihormati atas keilmuan agamanya yang tinggi. Ibunya bernama Sa Asma binti Nonggok. Ibu dan ayahnya adalah perantau dari Padang, Sumatera yang berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Kuala Pilah.

Shamsiah pernah mengajar di Madrasah al-Akhlak Islamiyah, Masjid Tinggi, Bagan Serai pada 1945 dan bermulalah kegiatannya menyuntikkan semangat anti-Inggeris dan perjuangan kemerdekaan kepada masyarakat setempat.

Ketika usianya 24 tahun, beliau menerima undangan pucuk pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bagi menyertai parti itu dan menjadi Ketua Umum AWAS, iaitu sayap wanita PKMM menggantikan Aishah Ghani yang meletakkan jawatan.

AWAS kemudian dipimpin oleh Shamsiah untuk menyertai gabungan Pusat Tenaga Rakyat - All Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA). Shamsiah juga membawa AWAS bekerjasama dengan Angkatan Pemuda Insaf (API), pimpinan Ahmad Boestamam bagi menaikkan semangat pemuda pemudi Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.

Gandingan suami isteri pemimpin API-AWAS, Ahmad Boestamam-Shamsiah ini telah menjadi pemangkin dalam mempercepat kepanasan semangat nasionalisme dalam kalangan anak muda di Tanah Melayu.

Selepas berpisah dengan Boestamam, Shamsiah berkahwin pula dengan Wahi Annuar, pemimpin Ikatan Pemuda Tanah Air yang juga bekerja rapat dengan PKM.

Menentang

AWAS menganjurkan Hari Wanita Pekerja Antarabangsa di Jenderam, Selangor pada 8 Mac 1947. Shamsiah juga memimpin ahli-ahli AWAS turut serta dalam rapat umum dan perarakan anjuran Pembela Tanah Air (PETA) di Temerloh pada penghujung Mac 1948 bagi menentang penjajahan Inggeris. Tumpuan beliau juga diberikan bagi mengukuhkan AWAS di Pahang khususnya di Lubuk Kawah, Temerloh sehingga berjaya mengumpulkan 65,000 ahli dalam 67 cawangan.

Selepas Inggeris mengisytiharkan darurat, Shamsiah diburu manakala PKM, PKMM dan AWAS diharamkan. Semua kegiatan radikal dan komunisme diharamkan. Shamsiah dan teman-temannya berundur ke dalam hutan di Temerloh dan menyertai Rejimen Ke-10, pasukan gerila Melayu pimpinan Abdullah C.D. yang juga bekas pimpinan pusat PKMM dan anggota Jawatankuasa Pusat, Parti Komunis Malaya. Dengan tekanan yang diterima, Rejimen Ke-10 berundur lebih jauh ke sempadan Malaysia - Thailand pada 1953.

Shamsiah kemudian dihantar oleh PKM ke China sebelum ditukarkan bersama suaminya Ibrahim Mohamad ke Jakarta dan berkhidmat dalam Liga Pembebasan Nasional Malaya (LPNM).

Di Jakarta mereka berdua berkhidmat bersama Abdullah Sudin dari Singapura. Dengan tercetusnya Gestapu (30 September 1965), Sukarno digulingkan, Shamsiah dan teman-temannya dalam LPNM ditangkap dan dibuang negeri ke China. Bagi meneruskan hidupnya, Shamsiah bekerja di kilang besi.

Shamsiah tidak lagi aktif berjuang bersama PKM sejak 1968. PKM menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 di Haadyai dan ketika itu Shamsiah dan keluarganya masih berada di China.

Beliau kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994. Apabila kembali ke tanah air, Shamsiah menulis kisah hidupnya dan menerbitkannya dengan judul Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10.

Shamsiah dan AWAS akan terus dicatat dalam sejarah sebagai pejuang dan pertubuhan berhaluan kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by kecimpret at 22-10-2008 11:27 AM
x kirala arwah neh ahli PKM kaa,berjuang angkat senjata kaa,pengganas komunis kaa..yg nyata dan facts nya ialah beliau seorang pejuang kemerdekaan yg hanya mau bebaskan malaya dr penjajah..mungki ...


Orang sunni pun kata syiah salah gak. Tapi adakah tu bererti orang sunni benar-benar betul di mata Allah?

Ruang waktu yang berbeza menghasilkan pemikiran yang berbeza.

Orang yang dok sebut-sebut komunis ni tak percayakan agama, agak-agak masa tu depa tau ke yang ideologi sebenar komunis ni memang menolak kehidupan beragama?

Sekarang ni senang la, ada wikipedia dengan Google...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by dafina at 22-10-2008 11:34 AM
Perginya pemimpin wanita berhaluan kiri

Oleh ROOSFA HASHIM

pejuang politik berhaluan kiri dan bekas Ketua Umum Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Shamsiah Fakeh meninggal dunia pukul 9 pagi sema ...


al fatihah utk SRIKANDI NEGARA
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:39 AM | Show all posts

Reply #533 juwaini's post

jadi, syiah salah ker tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71371 Replies : 2282
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 21769 Replies : 10
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69882 Replies : 594
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 23292 Replies : 10
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 7888 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 19007 Replies : 28
✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵
Vellfire✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵
Views : 195696 Replies : 1787
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 55326 Replies : 283

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057872 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list