|
GAMBAR TERBARU NEELOFA YANG NAMPAK PEHA; Pg 25 #625
[Copy link]
|
|
Dugaan, kekuatan & lupakan yang laluOleh Murshid Eunos
[email protected]
SEBALIK lirikan matanya yang sesekali bagai menyembunyikan sesuatu, gadis jelita ini tidak henti memikirkan segala kerja dan komitmennya. Meskipun luarannya tampak penat dengan kelibatnya terkejar-�kejar membelek skrip pengacara, menjawab telefon akan tarikh penggambarannya dan kini terpaksa memikirkan soal pelbagai produk yang mengang�katnya sebagai duta, Neelofa hanya mengukir senyum.
Celahnya tatkala sibuk menyarungkan busana indah rekaan Jovian Mandagie yang baru dibelinya petang sebelum sesi fotografi itu, letih itu adalah penyuntik semangat buatnya untuk terus bekerja selagi mampu kerana kian entah bila lagi peluang sebegitu diberikan lagi kepadanya.
Hakikatnya, gadis berkulit gebu putih berusia 23 tahun ini memang kuat bekerja.
“Alhamdulillah dan saya sangat bersyukur apabila ramai pihak meletak kepercayaan kepada kerja saya.
Itu satu penghargaan terutamanya buat pendatang baru seperti saya,” katanya membuka bicara.
Fotografi petang itu dilakukan untuk mengintai persiapan Aidilfitri si cantik manis ini selain berkongsi perkembangan terbarunya.
Bukan mudah mengaturkan sesi fotografi bersama bekas juara pertandingan Dewi Remaja 2010 ini kerana jadual hariannya yang padat bagai tiada ruang berehat.
Kebetulan si empunya diri sudah terpacul di depan mata, persoalan mengenai segala kontroversinya, episod saman-menyaman dengan seorang lagi aktres tidak sekali dilepaskan.
“Tidak pernah saya me�nyesal, kecewa atau terkilan dengan apa yang sudah disuratkan kepada saya. Kes saman, dakwaan dan pelbagai fitnah serta maaf terbuka semua itu adalah pengalaman yang lebih mematangkan saya. Saya bersyukur diberikan semuanya di usia semuda ini kerana segala kesilapan dan rasa khilaf itu tidak akan diulangi lagi.
“Sebagaimana yang pernah saya katakan, semuanya sudah dianggap sejarah dan jujurnya saya sudah simpan episod itu dalam arkib hati dan enggan lagi dibuka. Biarlah ia menjadi satu kisah yang memberikan saya pengalaman. Saya tidak mahu ingat semula dan apa saja yang berlaku, adalah satu khilaf dan kesilapan.
“Saya fikirkan, Aidilfitri ini adalah masa paling sesuai untuk saya susunkan sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa saja yang pernah terasa atau bermasalah dengan saya secara langsung mahupun tidak kerana sebagai manusia, saya tidak terlepas dengan silap. Begitu juga dengan mereka atau mana-mana individu yang pernah menyakiti atau mengguris perasaan saya, sudah lama saya maafkan.
“Ikhlas apa yang saya inginkan adalah sebuah kehidupan yang lebih baik lagi selepas ini tanpa secalit rasa marah atau dengki. Apa yang berlaku saya lupakan dan selepas ini, saya inginkan nafas baru dengan semangat yang lebih dinamik,” katanya yang juga anak kacukan Melayu, Pakistan dan Arab.
Menjawab persoalan bimbang akan persepsi orang sekeliling akan dirinya yang tidak henti dihimpit kontroversi dan kisah sensasi, kemas dan lancar sekali jawapan yang diberikan anak ketiga daripada sembilan beradik.
“Siapa saya untuk menutup mulut orang dari berkata. Lantas saya pegang frasa jika takut dilambung ombak usaha berumah di tepi pantai. Pandangan atau andaian sesiapa saja yang memerhati adalah satu elemen yang tiada kuasa untuk saya mengawalnya namun insya-Allah apa yang penting adalah kerja dan diri sendiri,” katanya lagi.
Terlanjur bersembang me�ngenai kerjayanya, terlintas pula persoalan ramai pihak yang kononnya mengandaikan pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini bagai hilang fokus.
Belum lagi berjaya membuktikan kemampuannya dalam lapangan lakonan, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor yang mesra disapa Lofa sudah sibuk menyambar tawaran mengacara program Nona selain menjadi pengendali banyak majlis korporat dan anugerah.
Itu belum lagi dengan rangkaian perniagaan milik keluarganya, Bella Vita
yang kini rancak mengatur pelan pemasarannya untuk menjelajah seluruh negara.
Terbaru, Lofa yang juga banyak terikat dengan produk selaku juru cakap termasuk Avon, King Koil, jenama jam U2 dan menjadi wajah rasmi siri jelajah Petronas ke pantai Timur, gadis yang peramah dan rendah diri ini menerima pula undangan pihak Tune Records milik Air Asia untuk menjadi penyanyi di bawah naungan mereka pula.
Persoalannya, ke mana fokus Lofa yang pernah membintangi drama Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Jiwa dan Lara dan kini popular menerusi drama rantaian Kau Yang Terindah?
“Tidak timbul soal fokus atau hilang hala tuju kerana cabang seni ini subjektif dan luas. Mengapa harus menyekat skala itu jika ada keyakinan dan kepercayaan. Jujurnya, prinsip diri saya mudah, perlu ada rasa yakin dalam diri dan insya-Allah apa saja yang dicuba akan berbekalkan kejayaan. Jujur dan senantiasa ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan itulah kuncinya.
“Impian dan cita-cita saya memang ingin menjadi seorang pengacara sejak dulu cuma tawaran berlakon datang dulu. Saya tidak sekali melihat peluang membintangi filem Azura yang memperkenalkan nama saya itu hanya sekadar percubaan sebaliknya ia lahir dari kesungguhan yang mana saya ingin mencabar kemampuan saya.
“Selain itu, peluang tampil di layar lebar itu juga adalah pintu kepada impian saya yang lain. Alhamdulillah doa saya terjawab dan kini rezeki untuk mengacarakan sesebuah program terlaksana. Namun selepas meletak komitmen di lokasi penggambaran, saya tidak mampu berbohong yang lakonan juga satu lapangan seni yang mampu saya lakukan.
“Kini ramai yang mempersoalkan keputusan saya menerima tawaran pihak Air Asia pula untuk menjadi penyanyi. Ia bukan eksperimen atau gambaran kononnya saya tiada fokus dalam kerja namun ini adalah kepercayaan yang diberikan. Kenapa saya sendiri tiada rasa percaya sedangkan orang lain pula ada keyakinan itu?
“Mungkin kerana peribadi saya yang gemar mengambil risiko dan orangnya jenis suka mencabar diri, ramai pula yang melihat dari perspektif lain sedangkan tiada siapa dapat membaca niat dan strategi saya.
“Biarkan saja dan lepaskan saya merencana semuanya dulu, usaha lekas menjatuh hukum,” katanya yang turut membintangi beberapa filem termasuk Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.
Lofa yang juga masih menuntut dalam jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway tidak ketinggalan bercerita mengenai sambutan Syawal keduanya sebagai selebriti.
Bakal pulang ke Kelantan bersama keluarga selama seminggu, pelakon yang bakal muncul dengan sebuah lagi filem bersama Fahrin Ahmad berjudul Pilot Kafe tidak sabar merasa juadah kegemarannya, nasi dagang masakan neneknya.
“Keluarga kami besar dan setiap tahun memang meriah sambutan Aidilfitri di Kelantan. Semua berkumpul dan mengambil peluang untuk bersembang sampai ada kalanya terlupa sudah jauh malam. Kami akan melawat semua rumah saudara dan beraya secara beramai-ramai. Itulah yang membuatkan saya lebih tidak sabar untuk pulang ke sana,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 27/08/2012
|
|
|
|
|
|
|
|
Utusan
ARKIB : 26/08/2012
Share on printShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services[url=http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120826/hi_01/Kemaafan-3-jiwa#]2[url=][/url][/url]
Kemaafan 3 jiwaOleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
[email protected]
Foto SYEFRY MONIZ
Lokasi HOTEL JW MARRIOT PUTRAJAYA
Baju Kurung SALIKIN SIDEK, AMPANG PARK
Kaftan BUTIK RUBAQ, SOLARIS DUTAMAS KL
Solekan Neelofa BOSCO Solekan Shila Amzah FIZA ZAINUDDIN
Solekan Nurfathia EPIE TEMERLOH
TIDAK ada apa yang lebih bermakna selain dapat memberi kemaafan tiap apa jua kesalahan yang dilakukan. Jiwa yang suci adalah jiwa yang bersih dari segala noda. Andai kata terpalit secalit dendam, maka robeklah kesucian jiwa seperti yang didambakan.
Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari segala kesalahan. Kesilapan yang kita lakukan ada kalanya tanpa disedari dan akhirnya akan bertukar menjadi igauan buruk yang akan terus menghantui jiwa nurani.
Tidak mahu terus terheret dalam permainan emosi yang tidak berpenghujung, tiga jiwa ini tekad untuk memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan. Biarpun nada ketiga-tiga jiwa ini berbeza-beza, keikhlasan mereka memaafkan kesilapan orang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Tidak salah jika kita katakan mereka bertiga mempunya ‘sejarah’ cerita yang panas-panas. Seringkali dihentam dan dikritik melalui pelbagai cara, jiwa mereka tidak pernah tunduk kalah pada kata nista orang.
Bagi Neelofa, Shila Amzah dan Nurfathia, katalah apa sahaja pada mereka. Kata-kata nista akan mereka balas dengan senyuman dan kejayaan setelah bekerja keras. Orang yang berusaha pasti mendapat ganjaran, kata mereka sepakat.
Menjadi antara pelakon paling cepat popular dan pelakon yang paling popular ketika ini, Neelofa tidak terkecuali dihujani dengan cerita-cerita panas. Bagai tidak putus-putus menerima tempias pelbagai andaian dan spekulasi, dia sebenarnya cukup tegar.
“Apa lagi yang orang tidak bercakap mengenai saya? Pantang ada cerita pasal saya sahaja orang akan cakap macam-macam. Orang tak pernah tanya kebenaran terlebih dahulu dan terus tuduh Neelofa itu dan ini.
“Yang paling teruk bila cerita-cerita ini macam tak ada kesudahan. Saya tidak boleh lupa dengan apa yang telah terjadi, tapi dalam masa yang sama saya masih mampu memaafkan apa juga perbuatan jahat orang kepada saya andai kata dia datang meminta maaf.
“Besar atau kecil kesalahan mereka bukan jadi kayu pengukur memandangkan rasa bersalah dan benar-benar ikhlas itu yang paling penting. Kalau benar orang yang buat salah itu menyesal akan perbuatannya, saya tetap akan maafkan dia.
“Saya bukan jenis orang yang suka memanjangkan perkara yang kecil. Lagipun tidak elok nak berdendam lama-lama," kata Neelofa yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah.
Bakal menyertai Tune Record tidak lama lagi, Neelofa hanya bercuti lima hari sempena Syawal dan meraikannya di kampung kelahirannya Pasir Mas, Kelantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kulit Lofa ni makin putih ke? tapi masa drama Dibah Lori tu dia nampak lagi gelap dari Intan Ladyana. ni sure hasil minum produk Bellavita yang dia dok promote sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
manisnya lofa pakai baju melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
baru aku perasan mula lofa ni ada iras2 miranda kerr... |
|
|
|
|
|
|
|
putihnya dia..
jeles iols |
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 10-8-2012 09:07 PM
Curvynya body
x tau lah kalau kat umah pon pakai wonder bra
Mebi sbb pinggang secekak
wow cantik body dia, cam hour glass, patut ramai yg meroyan
|
|
|
|
|
|
|
|
gmbr neelofa ada fringe tu cm a.aida plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Parut dahi minah ni sama pattern dgn parut erma fatima....fasha sanda pun ada parut lubang besar kt pipi die... |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ker sore dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 27-8-2012 12:25 PM
manisnya lofa pakai baju melayu...
baju melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
farfar posted on 10-8-2012 04:28 PM
Korang, dulu2 banyak orang speku abdul halim khan tu ayah tiri neelofa kan? Banyak jugakla orang cak ...
ada ke fanatik lofa yg nak tolong bg pencerahan?
jawapannya idok, sbb depapun tak tau, yg pasti Mr Halim Khan tu sepupu Syed Mokhtar dan bapak tiri Lopa dan bbrp adik beradik lopa yg besar2 tu, yg lapis bawah tu aja anak Mr Mr Halim dgn Kartini..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku, klu dia tak buang parut dia, lbh cool..bukannya hodoh sangat pun parut tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 10-8-2012 09:07 PM
Curvynya body
x tau lah kalau kat umah pon pakai wonder bra
Mebi sbb pinggang secekak
mcm pelakon porno k...eh.!
hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya dia ni takde passion la dlm bidang seni sebelum ni..
Dh masuk dlm industri baru nak cuba2 apa2 yg sesuai dgn diri dia... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dok penah perasan pun dia ada parut kat dahi. xde ke gmbr dia yg jelas nmpk parut tu? |
|
|
|
|
|
|
|
masak kt dapur pon bulu mata palsu bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
neelofa mcm jlo .. heheheh sexy yg natural |
|
|
|
|
|
|
| |
|