CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 26-4-2011 12:28 PM | Show all posts
juna,arini ada n3 tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 12:52 PM | Show all posts
tq smiley.
sambung la, nak tau reaksi amir n family....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:48 PM | Show all posts
mesti datin elly jeles, bila puan sri makin sayangkan lia
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 03:40 PM | Show all posts
rasanya Sarah tak berani nak kacau Amir...
walaupun Puan Sri dah berubah...tapi agaknya kalau menganggu
rumahtangga anak2 dia...mahu Puan Sri tak berdiam diri..maybe lebih
teruk dari dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 04:50 PM | Show all posts
lia pitam ler plk...
pegnen plus penat ler tu....
n3 plez
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply  kaypo


    kay....aku dengar kau pun banyak memborong...dari kata just nak survey
terus ...
Ju'a Post at 26-4-2011 11:25


sah sah ko dapat berita palsu tu.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2011 08:44 PM | Show all posts
dahlia pengsan...
mesti heboh sekampung yg dahlia pengsan sbb mengandung...
bunting pelamin lagik
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 10:20 PM | Show all posts
tinggal jejakz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 11:05 PM | Show all posts
Reply 528# pura


    puraaaa

mcmc dh lama benor tak nampak uols
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 06:45 AM | Show all posts
selamat pagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 08:19 AM | Show all posts
salam smiley.....hari ni ade n3 tak.??
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 08:25 AM | Show all posts
x de n3 lagi ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 08:24 AM | Show all posts
aiseh...takde n3 lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 09:35 AM | Show all posts
sori lama tak sambung
seronok sgt dapat baca buku baru
so maaflah kalau sambungan pun mcm melepas batuk di tangga jer

.....................................................................................................

Dahlia membuka mata perlahan lahan. Dia berada atas katil bilik pengantin. Muka Amir, Hj Zul, Usu dan Puan Sri Sabihah cemas memandangnya. Apa jadi kat aku? Kenapa aku di bilik tidur? Dia masih memakai persalinan pengantin. Kepalanya berdenyut

“ Lia apa kena kamu ni? Semalam dah pergi klinik. Ini mesti sebab tak makan ubat.” Hj Zul tahu sangat perangai anaknya yang culas kalau bab telan ubat.

“ Panas sangat agaknya. Pakai baju songket , aksesori sarat dari hujung kaki sampai hujung kepala. Mana tak pitam. ” nada Puan Sri seakan memerli. Apa punya Mak Andam, bagi menantu aku pakai kerongsang, subang, gelang tangan dan gelang kaki yang berkilo kilo beratnya. Berdiri tengah panas berjam jam.  Tak rasional langsung orang kampung ni.

Usu mengebam bibir. Dia terasa. Pengantin kenalah pakai barang kemas sebanyak yang boleh. Kalau tak, tak nampak macam Raja Sehari. Tapi dia cuma diamkan diri.

“ Mummy, Babah, Lia cuma letih saja. Boleh tak biarkan Lia rehat sekejap? Nanti Lia keluar balik” Dahlia bersuara.

“Babah keluar dulu. Tetamu ada lagi tu. Jom lah kita, biar Lia rehat” Puan Sri Sabihah dan Usu menyusul Hj Zul. Cuma Amir seorang tinggal dalam bilik. Dia duduk di sebelah Dahlia. Rambut Dahlia di usap lembut.

“ Are you okay sayang?” Dahlia mengangguk seraya bangun ke posisi duduk.

“ Abang nak tahu something? Bukan sebab Lia penat tau. Lia nampak Farid tadi. Dia pakai jubah putih dengan  kopiah, dan ada janggut. Dia dah kurus sekarang. Mula mula Lia tak perasan tapi bila makin dekat Lia baru cam. What is he doing here? Lia takut” Kepalanya di letak di bahu Amir.

“ Ya kah? Are you sure its him? Berani dia datang!”  Amir terus ke tingkap dan menyelak jendela. Ingatkan Farid dah tak berani balik. Mak bapak dia pun dah pindah sebab malu dengan orang di sini. Matanya liar mencari lelaki yang pernah mengacau hidup mereka. Cuak pula bila dia tak nampak orang yang menepati deskripsi Dahlia. Pelik sungguh bila Dahlia tiba tiba ternampak orang berjubah putih. Malaikat kah?

“ Dia dah balik kot. Memang dasar jantan tak tahu malu. Kenapa terhegeh hegeh nak datang. Kalau I nampak dia, I belasah cukup cukup. Keparat!”

Dahlia cuba menarik senyuman. Amir betul betul nampak macam hero filem Melayu. Macam Hang Tuah sebelum membuka langkah. Kalau Farid ada di depan mata, mesti melayang si keding itu kena silambam.

“ Lia nak minum?” Dahlia mengangguk.

Amir menuang air mineral dalam botol di meja sisi katil ke dalam gelas yang tersedia. Dahlia meneguk rakus untuk menghilangkan dahaga. Terus dia terasa mual. Apa kena aku ni? Dia berlari  ke bilik air lalu memuntahkan isi perutnya. Tangannya terketar memegang birai sinki. Peluh sejuk merenik di celah rambut. Amir mengusap belakangnya. Hmm.. sudah sah apa yang aku jangka!

“ Abang , I’m sorry.” Dia berkumur dan menggosok gigi. Matanya yang berair di kesat.

“ Kenapa pula nak bersorry sorry? You tak buat apa apa salah pun, sayang.” Tubuh isterinya di rangkul kemas dari belakang. Kasihnya pada Dahlia melimpah ruah. Dahlia masih tak peka kah dengan keadaan dirinya? Atau dia sengaja merahsiakan dari aku?

Dahlia membilas muka dengan air sejuk. Fuhh…baru rasa segar. Rambutnya yang sudah terurai dari sanggul di ikat ekor kuda.

“ Abang keluar kejap. Lia nak salin baju. Tak tahanlah pakai  songket ni. Rasa gatal”

Amir senyum. Sepanjang mereka berkahwin , Dahlia memang tak pernah menukar pakaian di depannya. Pemalu sungguh isteri aku!

“ Tukar saja. Abang tutup mata”

“ Ala… keluar lah kejap. Kawan kawan dan murid murid abang masih ramai di luar. Kesian, tak ada orang nak layan dia orang”

“ Abang pun nak tukar baju lah. Tak matching nanti. ”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 27-4-2011 09:42

Dahlia sudah masuk ke bilik air dengan persalinannya.  Baik aku mandi, badan dah bau peluh. Sebelum menyarung pakaian, dia memerhati tubuhnya di cermin. Masih tak ada perubahan. Perut masih leper. Berat badan dia pun tak bertambah sebab ligat ke hulu ke hilir. Harap harap anak dalam perut ni sihat.

Tak lama kemudian dia keluar memakai baju kurung syifon berlabuci. Hah… baru selesa!

“ Lia, tolong ikat sampin Abang. Pastu pakaikan butang baju” Amir memakai baju Melayu putih yang di pakai waktu pernikahan dulu.

“ Manja!” Dia menepuk pipi Amir sebelum mengikat sampin kain tenun.

“ Dah lama tak bermanja dengan isteri abang ni. “ Amir memegang kedua belah pipinya dan merenung dalam ke matanya, membuat Dahlia tidak keruan.

“ Jomlah kita keluar. Lama sangat dalam bilik, apa orang kata nanti”

“ Orang kata kita pasangan normal.  Nak kata apa lagi. Dah sah nikah, dah bersanding….

Ketukan di pintu bilik menghentikan tangan Amir yang mula menjalar di tubuh Dahlia. Dia melepas keluhan. Dahlia meleraikan diri dari Amir. Pintu di kuak. Hj Zul menjengukkan kepala

“ Lia, kamu dah okay? Nanti bila dah siap , keluar lah kejap. Ada tetamu nak jumpa pengantin”

Dahlia mengemaskan selendang di kepala. Hatinyatiba tiba tak tenteram. Siapa tetamu istimewa itu?

“ Okay Babah. Lia , jom”  Amir mencapai tangan Dahlia dan berbisik di telinga nya “ Kita sambung aktiviti ni kejap lagi”

Siapa pula tetamu yang datang waktu majlis dah berakhir? Ketiga tetamu itu membelakanginya. Sebaik dia dan Amir menghampiri, mereka menoleh. Jeng! Jeng! Jeng! Dahlia terpempan melihat Encik Sulaiman, Puan Zurina dan Farid. Amir bernafas lega . Dahlia bukan berilusi. Betul lah kata Dahlia, Farid berjubah putih dan berkopiah. Janggut sejemput menutup dagu. Mata Amir mencerun melihat lelaki tak makan saman itu.

Puan Zurina terus bangun memeluk Dahlia. Dia tersedu sambil mengucap tahniah. “ Auntie doakan perkahwinan kamu berdua bahagia dan berkekalan”

“ Uncle pun macam tu juga. Dahlia dah macam anak Uncle sendiri. Amir jaga dia baik baik” Encik Sulaiman menepuk bahu Amir. Farid membatu di kerusi.

“ Terimakasih Leman, Zu kerana sudi datang dari jauh” celah Hj Zul.

“ Uncle dengan Auntie tinggal di mana sekarang?” tanya Dahlia sekadar berbasa basi. Tubuhnya seram sejuk. Dia mengelak dari memandang Farid. Kalau tidak kerana Uncle Leman dan Auntie Zu , aku dah belasah Farid cukup cukup. Badan kerempeng macam tu aku pun boleh lanyak.

“ Kami pindah ke Nilai. Uncle dah lama beli rumah di sana. Dulu bagi sewa” Jawab Uncle Leman. “ Datanglah melawat kami. Nilai tak jauh  dari KL. Lia dengan Amir tinggal di mana?”

Mata Dahlia bertaut dengan Amir. Tolong jangan bagi tahu. Aku tak mahu mamat sial ini ganggu kita.

“ Tengah cari rumah” jawab Amir pendek. Dia memandang Farid dengan bucu mata.

“ Amir, Dahlia, … aku ..er.. aku nak minta maaf pada korang. Aku dah banyak berdosa pada …” tergagap gagap suaranya.

“ Humph.. sedar pun. Kau ingat senang kami nak maafkan kau. Kalau boleh aku nak sekeh kau. Kau bukan manusia, kau..kau..kau binatang!” Kata kata kesat meluncur keluar dari mulut Dahlia. Walaupun suaranya tidak di tinggikan tapi cukup memberi kesan pada mereka. Puan Zurina mengesat mata

“ I tahu susah untuk Dahlia maafkan I. Dosa I pada Dahlia dan Amir tak terhitung. I memang manusia keji. Tapi tolonglah,… I dah insaf. I dah bertaubat. Selama ni I tinggal di kampung dekat Golok di Kelantan. Nasib I baik, Allah masih sayangkan manusia keji ini. “ Farid menunjuk dadanya. Suaranya tersekat sekat. “  I belajar agama dengan ustaz di sana. Syukur pada Allah, I dah berubah”

“ Betul ke kau dah berubah ? Lepas kena tangkap khalwat dulu pun kau kata kau dah taubat. Alih alih, kau cuba culik aku. Kau ingat aku nak percaya cakap kau?  Jangan mimpi lah” Dahlia mendengus. Semua terdiam. Farid meraup mukanya yang cengkung. Matanya merah. Kesal dan sesal berlabuh dalam hati. Begitu keras hati gadis yang dulu hampir menjadi isterinya.

“ Lia, tak baik bermusuh sesama Islam. Kalau dia berpura pura pun, Lia tak rugi apa kalau maafkan dia.” Kata kata yang keluar dari mulut Amir menyentap tangkai hati Dahlia. WHAT?!!! Begitu mudah Amir lupa apa yang Farid buat? Sampai hati Amir memperlekehkan perasaan aku. Tapi ada betul juga apa dia kata. Aku ni pun bukannya maksum. Airmatanya bertakung. Mudah sungguh emosi aku terganggu sejak kebelakangan ini.

“ Farid, Lia tengah penat. Dia tak sangka kau akan datang.” Amir rasa serba tak kena. Sebentar tadi dia memang meluat tengok Farid tapi terbesit rasa kasihan terhadap lelaki itu.  

“ Saya yang bersalah. Saya cuba menculik dia dan paksa dia kahwin di Siam. Saya upah orang untuk pukul awak, dan langgar kereta awak. Kemudian saya guna Aishah untuk fitnah awak. Saya memang manusia paling teruk. Tapi percayalah, saya tak akan ganggu Dahlia dan Amir lagi. Ini mungkin kali terakhir saya bertemu kalian. ”

Ah.. drama saja lebih, cakap pun macam stail orang teater. Kalian konon. Aku goreng macam kailan ikan masin baru padan muka. Dahlia menjeling tanpa kata.

“ Baguslah kalau Farid dah sedar kesilapan Farid. Sekarang Farid buat apa? “ tanya Hj Zul.

“ Saya nak balik semula ke Kelantan, Uncle. Sejak saya ke Narathiwat, saya tak pernah balik ke sini. Tapi beberapa hari sudah saya termimpi Mama dan Papa. Ayah Din, ustaz yang membimbing saya menyuruh saya balik. Hajat saya cuma satu, meminta maaf pada semua orang yang telah saya sakiti. Dosa sesama manusia Allah tak ampunkan selagi orang yang saya aniaya memaafkan saya.   ” Sayu suaranya.

“ Aku maafkan kau. Kita semua manusia biasa. Everybody makes mistakes. Aku harap kau pegang janji kau. Buang perangai buruk kau tu jauh jauh” Tegas Amir. Jemari Dahlia di capai seolah memberi kekuatan. Dahlia memandang Amir. Budiman sungguh suami aku. Tak mudah nak maafkan orang yang cuba merosakkan hidup kita.

“ Aku maafkan  tapi aku tak boleh lupa apa kau buat. Lepas ni aku tak mahu tengok muka kau. Don’t you ever come near me again” Dahlia bersuara tanpa memandang muka Farid. Selagi aku tak maafkan selagi tu mamat ni tak balik. Aku dah letih. Lagi lama aku tengok dia, makin  rasa loya. Urghhhhh… Dahlia bergegas ke bilik sambil menekup mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 09:42 AM | Show all posts
h.. drama saja lebih, cakap pun macam stail orang teater. Kalian konon. Aku goreng macam kailan ikan masin baru padan muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2011 10:05 AM | Show all posts
camne agaknya reaksi AMIR kalu tau LIA pregnant...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 10:08 AM | Show all posts
sian lia...sian pulak dkt farid....tp bagusla dia dah insaf
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 10:13 AM | Show all posts
thanks sis...
berbaloi sy tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 10:37 AM | Show all posts
ble lia nak ckap kat amir ney??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.178519 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list