|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RIGHT ON TIME
[Copy link]
|
|
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sepuluh Wasiat Rasulullah SAW
عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ
Daripada Mu'adz bin Jabal RA berkata; "Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu. Janganlah kamu meninggalkan solat fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T. Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T." (HR Ahmad No: 21060). Status: Hadis Hassan
Pengajaran:
Rasulullah SAW dalam hadis ini meninggalkan sepuluh wasiat berbentuk pesanan:
1. Tidak melakukan syirik walaupun dibunuh
2. Tidak menderhakai ibu bapa meskipun mereka menyuruh berpisah dengan isteri dan harta-benda yang kita miliki.
3. Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana dia terlepas daripada tanggungjawab Allah
4. Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat
5. Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah
6. Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan pejuang telah terbunuh
7. Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak (kurantin) yang sedang merebak seperti covid 19, taun dan sebagainya
8. Berbelanjalah untuk keluarga mengikut kemampuan
9. Jangan mengelak daripada merotani atau menghukum anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik.
10. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).
21hb Dis. 2023
08hb Jamadil Akhir 1445H
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 21-12-2023 04:42 PM
bila dijangka dapat kunci rumah baru?
tentu seronok kan
Dah dpt kunci awal Nov tp psl ade isu lmbt dpt form api dan air. Pastu ade defect. InsyaAllah mgg dpn baru bole start reno |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki dan tunang mengaku tak bersalah rompak gelang emas nenek
MELAKA: Seorang lelaki dan tunangnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merompak gelang tangan seorang warga emas sehingga mengakibatkan kecederaan kepadanya.
Muhammad Shahezaimie Kamarudin, 19, dan Nurul Sakina Ali Mohammad, 22, serta seorang lelaki yang masih bebas, didakwa merompak gelang tangan itu secara paksa daripada Che Ahmah Buang, 74, yang merupakan nenek kepada Nurul Sakina dengan menekup mukanya dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bukit Katil, daerah Melaka Tengah pada 6.30 petang 7 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh, namun peguam Umar Zulkarnain yang mewakili mereka memohon jaminan itu dikurangkan memandangkan anak guamnya bekerja di sebuah pusat permainan go-kart dan penjaga stor.
Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 30 Jan. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... k-gelang-emas-nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Tol percuma pada 23,26 Dis sempena perayaan Krismas: Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan perayaan Hari Krismas Isnin depan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
“Pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga, menyambut Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga bersempena dengan cuti sekolah.
“Langkah ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.
Beliau berkata pemberian tol percuma bersempena dengan perayaan Krismas itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Disember.
“Tol percuma ini bukan diberi oleh pihak konsesi, (tetapi) diberi oleh Kementerian Kewangan,” katanya.
Ahmad berkata pemberian tol percuma melibatkan kos RM40 juta selama dua hari dengan anggaran 2.1 juta kenderaan berada di lebuh raya pada cuti perayaan Krismas.
Bagi 2023, beliau berkata pengecualian tol yang diberikan pada sambutan perayaan sebelum ini melibatkan kos RM206.19 juta dan jumlah ini tidak termasuk pengecualian tol selama dua hari bersempena dengan Krismas.
Beliau berkata pemilihan tarikh 23 dan 26 Disember iaitu pada Sabtu dan Selasa bagi tol percuma bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.
Ahmad berkata pemilihan dua tarikh itu juga dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya.
Beliau turut berharap agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang disyorkan.
Pengguna juga perlu menitikberatkan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan-peraturan di sepanjang lebuh raya, katanya. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... rismas-ahmad-maslan |
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 21-12-2023 04:38 PM
iols dah set dlm kepala
redho bila kertu hidup sorang2
lagi pun dlm kubur xde sape teman
Sama la kita.. moga2 iols pun tak liat beribadat.. |
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 21-12-2023 04:41 PM
petang tinot...
arini sara lambat beno pkl 5.30
nk blk rehat --- kepala pusing
Get well soon... |
|
|
|
|
|
|
|
Good morning semua..
Coti2 mesia 3 hari ni hangpa pi jjcm mana2 dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Morning tinot
Mlm td smpi KL pkl 11
Smlm jem sepanjang 9km
Ada lori rosak
Sabo aje dh lama x hadap jem
Coti berderet hang watpe
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq ya
Biasa la kita ortu sakit sana sakit sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi Vell Maaf jarang bersiaran skrg ni
Byk urusan dunia. Huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti x sabar nk pindah rumah baru
Reno dapur suda pasti kan
|
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 23-12-2023 07:43 AM
Morning tinot
Mlm td smpi KL pkl 11
Tatau.. nak perabih keje.. dah wasap kawan dia wat apa.. takde reply.. |
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 23-12-2023 07:45 AM
Tq ya
Biasa la kita ortu sakit sana sakit sini
Iols pun bakal tua.. bakal sakit sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Hari coti, kwn tu tido lg kot
Ptg nk ke HKL melawat acik yg sakit
Doc dah hint suh bawa blk sbb tiada rawatan lg
Body xleh terima , smlm buat buat CT Scan tunggu result
Skrg bg morfin dan panadol je
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakit sana sini kita redho je
Jgn diduga sakit kronik
|
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 23-12-2023 07:48 AM
Mesti x sabar nk pindah rumah baru
Reno dapur suda pasti kan
Dapur kecik je br smlm jmp contractor. Duk tgg quotation.
Tp at least ade dapur proper bole la msk. Rmh skrg dah bertambah mslh bahagian dapur. |
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 23-12-2023 08:19 AM
Hari coti, kwn tu tido lg kot
Ptg nk ke HKL melawat acik yg sakit
Doc dah hint suh bawa blk sbb ...
Ni kawan yg kanser stage 4 ka?
Moga dipermudahkan urusan.. kawan sakit tu nnt balik urus perihal sendiri ka ada famili tolong uruskan?
Iols doa agar takde isu kesihatan.. bila sakit2 mcm ni mmg susah nak handle sorang2.. ada kuarga tapi kuarga pun tak mampu nak uruskan pun susah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 23-12-2023 08:20 AM
Sakit sana sini kita redho je
Jgn diduga sakit kronik
Sakit terminal pun minta dijauhkan..
Kawan tu dah reply.. dia dah balik kg..
Iols tak pasti nak balik kg ka nak pi jjcm.. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat bersiaran tari
tak kira siang atau malam
matt bersiaran siang saje
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|