CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
Post time 17-1-2023 11:11 AM | Show all posts
klu tak cemana penyamun tau org ada bwk keluar duit byk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 11:12 AM | Show all posts
klu ikut prosedur keluar duit yg byk kt kaunter, biasanya customer kena tunggu sekejap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:13 AM | Show all posts
masa customer tengah tunggu tu ada kemungkinan org dlm call penyamun yg dah tunggu kt luar bank.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:14 AM | Show all posts
klu customer lps keluar duit singgah kt mana2 mmg nahaslah dia. gerenti duit hilang masa dlm keta.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:15 AM | Show all posts
sedangkan dulu ada juga citer org yg dah sampai rumah pun kena samun masa tengah buka gate rumah. penyamun tu ikut dr bank.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 11:15 AM | Show all posts

Pengukuhan ringgit beri kesan positif sektor automotif


Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi manfaat kepada penggiat automotif yang mempunyai import dalam denominasi dolar AS. - GAMBAR HIASAN

    Oleh NUR NAZLINA NADZARI
    17 Januari 2023, 9:16 am

PETALING JAYA: Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi manfaat kepada penggiat automotif yang mempunyai import dalam denominasi dolar AS, kata MIDF Research.

Menurut nota penyelidikannya, UMW Holdings (UMW) dan Tan Chong Motor (TCM) adalah dua penerima manfaat terbesar ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

Katanya, ini kerana, kedua-dua syarikat terdedah kepada import dalam denominasi dolar AS bagi kit  kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU).

Oleh itu, firma penyelidikan itu berkata, dolar AS yang lebih lemah mengurangkan kos import dengan berkesan.

“Setiap perubahan satu peratus dalam dolar AS berbanding ringgit dianggarkan memberi kesan kepada unjuran pendapatan tahun kewangan 2023 UMW sebanyak 3.7 peratus dan TCM sebanyak 17 peratus. 

“Keputusan kunci kira-kira TCM lebih sensitif kepada pergerakan dolar AS berbanding ringgit kerana unjuran kami untuk keuntungan bersih tahun kewangan 2023 menghampiri paras pulang modal,” katanya di sini semalam.

Firma itu berkata, kadar  pertukaran antara dolar AS dan ringgit berada dalam aliran menaik sejak lewat suku keempat 2022 dengan ringgit kini didagangkan pada tahap RM4.34 berbanding dolar AS.

Katanya, pencapaian itu adalah peningkatan yang ketara selepas mencecah paras rendah sebanyak RM4.75 pada November tahun lepas .

“Dolar AS yang menyusut berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah yang telah menaikkan harapan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kadar dasar monetari lebih awal,” ujarnya.

Berbeza dengan trend ringgit berbanding dolar AS, MIDF Research berkata, pendedahan Bermaz Auto Bhd. terhadap import dalam denominasi yen Jepun mungkin menyaksikan setiap satu peratus daripada perubahan dalam kedua-dua mata wang tersebut akan memberi kesan kepada unjuran pendapatan tahun kewangan 2023 syarikat sebanyak 0.9 pertus.

“Ini secara khususnya menerusi unit CBU Mazda yang melibatkan kira-kira 30 peratus daripada jualan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya kekal positif dengan sektor automotif dan aliran ringgit yang lebih kukuh berbanding AS menyokong tesisnya untuk 2023, yang menggariskan persekitaran mata wang yang lebih menggalakkan sebagai salah satu pemangkin sektor itu pada tahun ini.

“Pemain industri memasuki 2023 dengan tertunggak pesanan sebanyak enam hingga bulan bulan yang kukuh, di samping pelancaran model baharu dijangka dipercepatkan semula kelewatan pada tahun lalu,.

“Selain itu. persekitaran makro yang lebih baik iaitu inflasi meredakan dan pasaran buruh yang bertambah baik untuk memacu penggunaan domestik. Pemain industri juga dijangka menikmati tunai bersih yang besar, disokong dengan dividen yang menarik dan potensi penggabungan dan pengambilalihan (M&A),” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/ekonom ... f-sektor-automotif/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2023 11:16 AM | Show all posts
semoga ekonomi malaysia dilandasan yang betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 11:16 AM | Show all posts
untuk rakyat menikmati kehidupan yg lebih selesa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2023 11:21 AM | Show all posts
Kadar pengangguran 2023 dijangka terus menurun


KADAR pengangguran di Malaysia kini turun ke paras terendah sejak pandemik. - GAMBAR HIASAN

    Oleh SHAFIQAH SHUKOR
    17 Januari 2023, 8:50 am

PETALING JAYA: Kadar pengangguran pada tahun ini dijangka akan terus menurun walaupun negara berdepan dengan masalah kemelesetan ekonomi, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). 

Presidennya, Datuk  Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, kadar pengangguran di Malaysia masih dapat dikawal walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Menurut peruntukan Akta Kerja seksyen 60N,  jika ada keperluan untuk mengurangkan tenaga kerja, tenaga kerja tempatan tidak boleh ditamatkan melainkan majikan telah menamatkan pekerja asing di dalam pengajiannya yang melakukan kerja yang serupa dengan pekerja tempatan. 

“Sebagai contoh, dalam keadaan krisis kewangan tahun 2017/2018, Malaysia telah menghantar pulang kira kira 800,000 pekerja asing untuk memastikan pekerjaan pekerja tempatan dikekalkan. 

“MEF berharap dengan penubuhan kerajaan baharu, keadaan ekonomi negara akan berada di landasan yang betul walaupun ekonomi global tidak menentu dan dijangkakan lembap dalam tahun ini.

“Inisiatif untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan pengambilan pekerja asing akan membolehkan syarikat swasta beroperasi secara optimal tidak lama lagi dan akan dapat menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dijangkakan antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Baru-baru ini, bilangan penganggur terus menunjukkan penurunan kepada 600,900 orang pada November berbanding 602,000 pada Oktober tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM)

Kadar pengangguran kekal 3.6 peratus, sambil DOSM menyifatkan penunjuk positif itu selaras perkembangan aktiviti ekonomi semasa dalam negara.

Sementara itu, Prof. Madya Felo Penyelidik Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan perbankan Universiti Utara Malaysia, Dr. Shazida Jan Mohd. Khan berkata, sekiranya bilangan mereka yang bekerja terus meningkat maka tahun mencabar 2023 mampu melihatkan perkembangan ekonomi yang positif.

Jelasnya, bagi memastikan ia berlaku, adalah penting untuk kerajaan meneliti Bajet 2023 dari segi pasaran buruh bagi memastikan peningkatan daya tahan pasaran dan memantapkan pasaran buruh yang sedia ada. 

“Peruntukan bajet 2023 yang dibentangkan sebelum ini memperuntukkan RM99.7 billion yang untuk tiga tujuan utama iaitu memastikan bekalan buruh yang mencukupi melalui memperkasakan kumpulan B40, M40, wanita dan belia (RM8.6 bilion), memastikan peluang pekerjaan yang berterusan (RM80.9 bilion) serta pelbagai inisiatif mencari pekerjaan dan pemadanan untuk meningkatkan peluang pekerjaan (RM208 juta).

“Kepelbagaian insentif yang disediakan dilihat mampu menyediakan dan mengekalkan momentum pasaran buruh sedia ada,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun terdapat lonjakan jumlah pekerja namun isu kos sara hidup masih menjadi isu utama. 

“Peningkatan kos sara hidup masih terus menekan dan ini salah satu faktor mengekang pendapatan boleh guna.

“Kerajaan juga perlu memastikan pekerjaan yang tersedia adalah seimbang serta menepati kehendak pasaran pekerjaan. 

“Selain itu, kerajaan perlu menyediakan dan meneruskan inisiatif sedia ada bagi memastikan peluang pekerjaan sentiasa tersedia selain meningkatkan kebolehpasaran di setiap peringkat,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/ekonom ... ngka-terus-menurun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 11:21 AM | Show all posts
ekonomi semakin baik kadar pengangguran makin menurun
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:25 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 16-1-2023 11:30 AM
Anak3 nov jns mkn semua. Tp bdk2 kan bnd cute lg laju diorg mkn.

klu makan ok je nov order. tak lah membazir nti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 11:25 AM | Show all posts


NANI Maslina Sulaiman Najidi menjemur kuih bakul yang dihasilkannya sebelum dipasarkan kepada pelanggan di Kangar, Perlis. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 11:26 AM | Show all posts
ramai yang suka makan kuih bakul?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:26 AM | Show all posts

apa yg nov blur..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:27 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 16-1-2023 11:37 AM
Tp ade yg physical dan mental x seiring dgn usia

biasalah nov.
lumrah manusia.
tp ada yg jenis terlebih2 nmpk mcm budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:27 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 16-1-2023 11:43 AM
Tau je dr suara kan perempuan. Tp ok je klu nk jmp

saja lah tu nk cari pasal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 11:28 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 17-1-2023 11:30 AM
novelloverzz replied at 16-1-2023 12:02 PM
Ingatkan org negeri.

Yg sil org perak tu adik no 3 kan

tak. yg no 2 tu org jamaica. klu time final bola jamaica lwn sgor mmg kecoh
SIL suruh anak2 sokong jamaica.

aah yg perak tu yg sil no 3.
mengajar kt sek kafa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 11:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:32 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 16-1-2023 01:35 PM
Itu la hrp ade la rezeki suatu hr nnt

in shaa Allh. aamiin.
klu kita ada niat in shaa Allah akan sampai juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 11:32 AM | Show all posts


Rahimah menunjukkan kuih cek mek yang dijual di Pasar Berek 12, Kota Bharu.
Rahimah jual cek mek 10 sen sebiji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.328381 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list