CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] [Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V135'

 Close [Copy link]
Post time 18-2-2022 01:58 PM | Show all posts
amiraira replied at 17-2-2022 09:24 PM
betul la tu

mira kan x leh perut kosong

mcm mira kena makan. zura mgkn dah biasa.
pagi2 tak makan yg heavy ok je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 01:59 PM | Show all posts
amiraira replied at 17-2-2022 09:25 PM
seronok jugak baca kan

keletah derang samada menegakkn benang yg basah

sampai skrg pun klu benang lopak ada je yg bertelagah. tak tau la nape derang mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:04 PM | Show all posts
amiraira replied at 17-2-2022 09:26 PM
ya betul dh tu

pasal kat luar lain hal lak kan

klu keluar kita pun dok pikir dia buat apa dgn kawan2 kan
jd baiklah duduk kt rumah. hadaplah game tu sampai lebam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:06 PM | Show all posts
amiraira replied at 17-2-2022 09:27 PM
mira bila dh lama x gi

teringin jugak zura

anak2 zura tak sangat ke arah mcm tu.
derang lg suka makan yg heavy.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:07 PM | Show all posts
amiraira replied at 17-2-2022 09:28 PM
rumah ni jarang derang makan roti

ank teruna mira suka la

klu zura yg tak abis tu nk bg laku buat roti celup telur.
klu dah mula berkulat zura siat2kan bg kt burung.
ada org roti simpan dlm fridge tau mira sb nk bg tahan lama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 02:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 02:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:15 PM | Show all posts
Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar
NOOR AZLIDA ALIMIN | | 18 Februari 2022


Ali Puteh dan Siti Nor Hidayah


KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, perintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.


Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Siti Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.


Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.


Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.


Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.


Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Siti Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.


Selepas prosiding selesai, Siti Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.


Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.


Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 0-kepada-kakak-ipar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:18 PM | Show all posts
bilalah kes ko nak selesai...


Peguam positif Covid-19, prosiding kes Rosmah ditangguh
| | 18 Februari 2022


Rosmah ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Prosiding kes Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, yang sepatutnya didengar hari ini di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan selepas seorang peguamnya disahkan positif Covid-19.


Hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan pasukan pembelaan yang membantah percubaan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengemukakan sendiri hujahannya terhadap permohonan Rosmah untuk membatalkan kelayakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes berkenaan.


Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakili Rosmah ketika dihubungi pemberita berkata pihaknya telah menghantar e-mel kepada Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas selepas prosiding kes itu semalam, bagi memaklumkan perkara itu.


Dalam e-mel itu menyatakan selepas pasukan pembelaan meninggalkan mahkamah semalam pada pukul 2.48 petang, seorang daripada peguam telah menerima laporan patologi yang mengesahkan bahawa beliau positif Covid-19. Laporan ujian patologi turut disertakan dalam e-mel berkenaan.


"Kami memohon prosiding hari ini ditangguhkan kerana semua pihak yang berada di mahkamah semalam adalah kontak rapat kepada peguam itu,” kata Geethan.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn ketika dihubungi berkata tarikh pendengaran baharu bagi permohonan itu ditetapkan pada 2 Mac ini.


Pada 27 Januari lepas, Rosmah menfailkan notis usul bagi membatalkan kelayakan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.


Dalam afidavit sokongannya, Rosmah mendakwa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah bertindak di luar bidang kuasanya apabila melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengetuai siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat.


Rosmah berkata selepas meneliti surat pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai timbalan kanan pendakwa raya bertarikh 21 Mei 2021, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah, beliau mendapati pelantikan itu tidak merujuk kepada kesnya.


Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Bangunan Getah Asli cawangan, Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017, dan di LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... es-Rosmah-ditangguh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:21 PM | Show all posts
'Tuduhan melampau, niat mahu jatuhkan kredibiliti saya' - EbitASYIKIN ASMIN | | 18 Februari 2022


Ebit didakwa di Mahkamah Litar, Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.


TENOM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah tidak berasas dan melampau selain bertujuan mahu menjatuhkan kredibiliti beliau.


Dakwanya lagi, pertuduhan yang dihadapi di mahkamah pada Jumaat adalah dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.


"Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya dan supaya saya nampak saya dihina, direndahkan dan supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.


"Saya percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan yang merancang bukan satu dua hari untuk mengenakan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir di Mahkamah Litar, di sini, pada Jumaat.


Beliau memaklumkan terkejut apabila mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika sedang melakukan kerja amal di negeri ini.


"Saya tahu beberapa hari lalu, saya pun terkejut juga masih dalam sedang melakukan kerja amal di Sabah 40 hari. Tiba-tiba saya dapat tahu terkejut juga kerana bukan perancangan untuk ke mahkamah, tidak ada.


"Tetapi saya tak rasa apa sebab saya tahu saya tidak bersalah dan saya yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi macam-macam gangguan terhadap kerja amal.


"Saya reda dan saya anggap ini ujian daripada ALLAH untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya kena pula kita tengah buat kerja amal," katanya.


Beliau dalam pada itu memaklumkan menyerahkan semuanya kepada peguam dan akan melalui proses di mahkamah sehingga selesai.


Sebelum itu, Ebit didakwa di Mahkamah Litar, Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.


Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan terhadapnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... edibiliti-saya-Ebit
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:21 PM | Show all posts
apasal kes dia kt mahkamah di sabah. yg dulu tu kena panggil kt bukit aman.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:32 PM | Show all posts
ada lg noti2 kt rumah lain. nk kuar kejap. mlm kot mereply lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
selamat petang matt..kaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hari nie merendang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-2-2022 02:18 PM
bilalah kes ko nak selesai...



Entahlah.....
Nanti kalau PRU 15, bi en menang, harus masuk longkang la kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ciksurie replied at 18-2-2022 04:12 PM
hari nie merendang

Dah siap ke rendangnya ciksurie?
Nanti share gambar ya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:15 PM | Show all posts
ciksurie replied at 18-2-2022 04:11 PM
selamat petang matt..kaka

selamat petang riri. matt cuti arini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.168783 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list