|
|
Pennywise84 replied at 22-2-2020 05:49 PM
Kini Azar memasuki bulan kedua kandungan dan dia kerap muntah. Kadangkala badannya terlalu letih h ...
Azar berpaling ke kiri dan ke kanan, beberapa kali dia menukar posisi tidurnya. Perutnya dirasakan sakit. Dia cuba menahan nafas seketika tetapi tiada perubahan,perutnya masih sakit mencucuk-cucuk. Dia bangun dan duduk di atas katil. Di lihat Dato Sham sedang lena tidur disebelahnya. Peluh dingin memercik halus di dahinya. Azar bergegas bangun dan berjalan laju menuju ke bilik mandi.
“Aaahhhhhhh!!” Suara jeritan mengejutkan tidur Dato Sham. Dia bangun mencari-cari Azar disebelahnya, bingung Azar tidak ada disitu. Dato Sham lantas bangun dan menuju ke bilik mandi, dari mana datangnya suara jeritan tadi. Pintu bilik mandi dibuka. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Azar terjelepuk di atas lantai sambil menangis. Tompokan darah terlihat membasahi kain yang dipakai gadis itu. Dato Sham panik. “Ya Allah Azar.. kenapa ni?” Tanyanya sambil mendekati gadis itu.
“Abang....” Balas Azar menangis deras melihat suaminya itu. Dato Sham mengangkat Azar yang mengigil seperti dalam ketakutan. Cuba ditenangkan isterinya itu. Dengan pantas dia menuju ke kereta untuk ke hospital.
————————————————————-
“Saya minta maaf Dato, kandungan tak dapat diselamatkan.”
Dato Sham mengeluh kecil sambil menutup mata. Hatinya sebak. Baru dia mendengar berita kehamilan isterinya semalam, pagi ni berita kehilangannya pula. “Isteri saya tahu pasal ni..?” Tanya Dato Sham
“Datin dah tahu Dato” Mendengarkan itu Dato kembali mengeluh. Hatinya hiba dapat merasakan perasaan isterinya.
Dato menggangguk faham dengan penjelasan doktor. Dia melangkah lemah menuju ke bilik isterinya. Dia melihat Azar terbaring lemah. Hatinya menangis hiba, kesian melihat isterinya kesakitan begitu.
“Sayang...” Panggilnya lembut sambil mengusap kepala Azar. Azar memandang dengan pandangan sayu. Air matanya kembali mengalir “Abang... anak kita....”
Dato Sham memeluk erat Azar.. dikucup ubun-ubun isterinya itu. Membiarkan Azar menangis di dadanya, melepaskan segala hiba.
————————————————————-
“Untuk seminggu dua ni Sayang duduk sini dulu.. Pantang kat sini. Nanti akan ada pembantu tolong-tolong sayang.” Terang Dato Sham.
Rumah semi d dua tingkat itu dibeli Dato seminggu selepas dia mengawini Azar. Hasratnya dia ingin isterinya itu tinggal disitu untuk mengelak rahsia mereka diketahui Syafiq dan Eyka, tetapi bila terfikir isterinya itu akan keseorangan, dan membuatkan keluarganya lebih curiga dia membatalkan hasratnya itu.
“Abang tak balik sini ke?” Tanya Azar
Dato Sham tersenyum “Sayang nak abang ada kat sini ke?”
Azar mencebik. “Kesian Mak Jah seminggu dua ni kena buat kerja sorang-sorang” Teringat tadi dia baru menelefon Mak Jah. Terpaksa dia berbohong mengatakan dia balik kampung atas sebab urusan penting.
“Mak Jah ok.. selama ni pun dia ok je buat kerja sorang-sorang”
“So abang nak cakap saya ade ke takde ke same je la kat rumah tu?” Tanya Azar melirik kearah suaminya itu.
Dato Sham tertawa kecil. “Of course la lain..” Dia menarik Azar lembut dan memeluk isterinya itu. Sesekali dia mencium ubun-ubun isterinya itu mesra. Dia mahu isterinya itu melupakan segala duka akibat keguguran itu.
“ For now sayang relax kat sini dulu, jangan fikir benda-benda yang bukan-bukan, yang negatif.. ok?” Pesan Dato Sham memandang tepat ke mata Azar
Azar hanya tersenyum kecil. Dipeluk erat suaminya itu mesra. Terasa hangat dan tenang dalam dakapannya.
————————————————————--
“Ok... belumm baru nak dinner.... ok daddy.. ok bye..” terdengar Eyka bercakap di telefon. Dato Sham telefon memberitahu dia tidak pulang ke rumah.
“Daddy tak balik harini...” beritahu Eyka pada Mak Jah sambil menarik kerusi di meja makan.
Mak Jah hanya mengiakan. Dia sudah tahu melalui suaminya Pak Man yang Dato tidak pulang sebab ada urusan kerja. Memandangkan Syafiq juga tidak dirumah, Dato Sham meminta Mak Jah tidur di banglo bagi menemani Eyka yang berseorangan.
“Eh... mana Azar?” Tanya Eyka mencari-cari
“Azar cuti... balik kampung ada hal penting katanya” Jawap Mak Jah
“Ohh... kahwin kot.. “ kata Eyka selamba sambil menuang nasi kepinggannya
Mak Jah ketawa kecil dengan sangkaan Eyka. “Ada-ada saja budak ni” bisik hatinya
“Saya rasa dia mengandung la Mak Jah, haritu berape kali saya nampak dia termuntah-muntah. Entah-entah mengandung tak..?” Kata Eyka meluahkan kecurigaannya pada Mak Jah
“Tak kan lah, dia belum kahwin lagi.. macam mana nak mengandung” sangkal Mak Jah
“Sebab dia tak kahwin lagi la saya pelik.... Muntah-muntah macam tu, Mak Jah tak perasan ke?” Tanyanya lagi
“Dia tak sihat... penat agaknya, ulang alik pergi kelas, lepastu kerja kat sini...haritu ada pergi klinik.. doktor cakap demam..” sangkal Mak Jah lagi
“Lama sangat demamnya pun....” bebel Eyka tidak puas hati.
Mak Jah terdiam. Memikirkan kata-kata Eyka. Pernah dia terlintas dan berfikiran begitu apabila melihat Azar yang sentiasa sakit sejak kebelakangan ini. Tapi disangkal semua fikiran negatif terhadap gadis itu. “Tak kan lah Azar macam tu, baik je budaknya” bisik hatinya menafikan
Sambungggg......
|
|