|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
Arif mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat. Seluruh ahli lembaga pengarah dan ketua jabatan turut menghadiri mesyuarat tersebut yang akan membincangkan index pencapaian semasa untuk setengah tahun kewangan dan pelan tindakan bagi suku tahun terakhir.
Mesyuarat yang bermula jam 3 petang berlarutan hingga ke jam 7 petang. Masih belum surut perbincangan. Arif menoleh kearah jam tangan. Solat Asar masih belum ditunaikan.
Rata2, pencapaian syarikat itu memuaskan dan mecapai matlamat yang telah disasarkan dengan kenaikan pendapatan sebanyak 4% berbanding prestasi tahun lepas. Arif menghela nafas, jika terus dibiarkan Mr. Tan, Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran terus bercakap, pasti sampai maghrib pun mesyuarat itu takkan habis.
Arif terpaksa memutuskan beberapa perkara secepat mungkin. Mesyuarat ditangguhkan untuk tarikh yang akan datang. Semua isi bilik beredar. Arif mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat dengan Wardah di sebelahnya.
“Meeting minutes ni esok you distribute pada semua board. But before that, let me check before distribute it,” pesan Arif kepada Wardah. Wardah mengangguk.
“Saya tanya satu soalan boleh Encik Arif?” soal Wardah sebaik tiba didepan pintu bilik Arif.
“Sure,” jawab Arif sambil memandang Wardah.
“Saya rasa, Logistics side really need an improvement on their KPI. Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi, kalau tak salah saya, dah 3 kali masuk dalam meeting minutes, but still no improvement or action being done. Can I put a reminder for that department in the meeting minutes ?” soal Wardah.
Arif yang mendengar ternganga. Benar kata Wardah, sudah 3 kali mesyuarat, tapi jabatan Logistics masih membincangkan perkara yang sama. Masalah mereka masih belum selesai. Pasti ia berkait rapat dengan pengurusan yang lemah. Dia turut menegur Mr. Ramachitra sewaktu mesyuarat kali kedua dahulu. Tapi, hal yang sama masih berulang.
“Sure! You can put a reminder,” balas Arif lalu menolak daun pintu biliknya. Wardah tersenyum manis kepadanya. Pintu bilik ditutup. Kata2 Wardah bermain dibenaknya. Begitu cekap gadis itu memerhatikan perjalanan mesyuarat meskipun kali pertama menghadirinya.
Arif mengukir senyum. Terbit sedikit rasa bangga dengan kecekapan Wardah dan keberaniannya bersuara. |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Zaharah tersenyum memandang Jasmin yang telah menunggunya di ruang tamu utama. Awal2 pagi tadi, dia telah memberitahu gadis itu, dia akan membawa Jasmin keluar ke beberapa tempat. Jasmin tidak pula bertanya.
Jasmin yang memakai t-shirt biru gelap dan jeans dipandang.Rambutnya masih ditocang. Jasmin senyum sebalik Datin Zaharah menghampirinya.
“Kenapa tak pakai baju yang mama beli hari tu?” soal Datin Zaharah girang. Sejak kedatangan Jasmin kerumahnya, dia tidak merasa kesunyian seperti dahulu lagi. Sebut sahaja hendak kemana, pasti ada gadis comel itu menemaninya. Barang2 yang sejak dulu diangankan untuk dibelikan kepada seorang anak perempuan, kini telah dimilikinya.
“Mmm..” bibir Jasmin kelu untuk menjawab. Sebetulnya, baju2 yang dibelikan oleh Datin Zaharah semalam terlalu cantik untuk dipakai. Terutama dress yang beraneka jenis dan warna.
“Tak apa…Lain kali boleh pakai. Jom..” ajak Datin Zaharah sambil menjinjing beg kulitnya. Jasmin memandang Datin Zaharah sambil bejalan beriringan dengannya.
“Kita nak kemana mama?” soal Jasmin. Hendak tergeliat pula lidahnya menyebut perkataan ‘mama’ setelah berkali dimarahi oleh Datin Zaharah. Tapi, bila dia menuturkan perkataan itu, rasa sebak menyerbu dadanya. Seumur hidupnya, dia tidak memanggil mana2 wanita dengan panggilan itu. Pemergian arwah ibunya sewaktu melahirkannya dulu, tidak memberi Jasmin peluang untuk memanggil seorang wanita ‘emak’ .
Datin Zaharah sudah memasuki kereta sambil diikuti Jasmin. Pemandunya sudah bersiap sedia. Di dalam kereta, Datin Zaharah yang duduk di tempat duduk belakang bersama Jasmin, mengeluarkan sekeping kertas dari begnya.
“Okay…ini jadual Min hari ni. Pagi ni, kita pergi daftar kelas etiquette, then lepas tu kita pergi grooming class. Next is, kita pergi daftar driving class. Grooming class ni, kawan mama punya. Dia kata nak bagi special discount untuk kita hari ni….” Kata Datin Zaharah teruja.
Jasmin yang mendengar, terlopong. Meskipun dia tidak berapa fasih bertutur bahasa Inggeris, tetapi semasa SPM dahulu dia mendapat A1 di dalam keputusan bahasa Inggerisnya. Jadi, serba sedikit dia faham apa maksud Datin Zaharah tadi. Jasmin memandang ke depan sebaik kereta bergerak.
Terasa seperti patung, Jasmin hanya mengikut sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila hari sudah malam, barulah selesai semua urusan Jasmin bersama Datin Zaharah. Jasmin memejamkan matanya di dalam kereta, mencari waktu untuk tidur sejenak.
Bermula lusa, dia akan mempunyai jadual yang ketat untuk menghadir semua kelas2 yang telah didaftarkan oleh Datin Zaharah olehnya. Itu termasuklah jadual lawatan ke spa, salon, majlis tahlil, majlis kenduri yang bakal dihadiri bersama Datin Zaharah. Jasmin menarik nafas penat.
“Min…” tangannya disentuh lembut. Pantas Jasmin membuka matanya memandang Datin Zaharah disisinya.
“Penat ye?” Datin Zaharah mengukir senyum. Melihat wajah pucat gadis itu, terbit rasa simpati kerana mengaturkan pelbagai acara untuk Jasmin.
“Mengantuk saja mama…” balas Jasmin perlahan. Datin Zaharah senyum lagi.
“Kalau Min rasa Min penat, bagitahu mama. Mungkin…mama terlalu ghairah dapat anak perempuan…semuanya mama nak buat dalam waktu yang singkat…” keluh Datin Zaharah. Jasmin terdiam.
“Mama jangan bimbang. Sebenarnya Jas nak ucapkan terima kasih pada mama sekeluarga yang beri Jas peluang belajar tanpa dikenakan bayaran sesen pun. Pada Jas, Jas sangat bertuah mama..” luah Jasmin. Ditatapnya mata Datin Zaharah sambil bibirnya menguntum senyum.
Datin Zaharah senyum lagi. Ditarik nafas lega. Jasmin memang tidak banyak kerenah. Dia anak yang mendengar kata. Sekalipun tidak pernah dipersoalkan setiap usul dari Datin Zaharah. Datin Zaharah senyum bahagia.
“Esok kita bangun awal….mama nak masak special for our family lunch!” ujar Datin Zaharah bersemangat. Lama juga dia tidak memasak.Rasanya sesekali perlu ditajamkan skill memasak yang sedia ada supaya tidak berkarat. Jasmin yang mendengar, tersenyum simpul.
Datin Zaharah ni, kadang2 kelakar juga…..Sikapnya jauh berbeza dari tanggapan Jasmin terhadap orang2 kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih fizi |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih fizz, nanti sambung panjang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa wardah muncul di saat2 ini ? |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa wardah muncul disaat2 "kami" bahagia ? |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa mesti ada orang ketiga ? |
|
|
|
|
|
|
|
belum tahu lagi siapa yang di hati abang baik hati |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm nak jd anak angkat datin zaharah jer..ada lg ke kosong fizz?? |
|
|
|
|
|
|
|
hati arif dah dipegang oleh jasmin sejak mula2 diorg jumpa lg...
so kemunculan watak wardah ni juz nk mewarnai je....
dont worry...
ariff milik jasmin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 454# hotskirt
aku pun sama,membayangkan cite ni jadik drama. Bestnye kalau watak arif bg kat adi putra. Hehe. Sbb aku suka dia. Kalau watak jasmin lak,sapa yek yg layak..ermm,adik sam bunkface ok gak. Dia cun je aku tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
terubat rinduku kat abg baik hati
fizz...ceta ko lagik best dr drama2 yg kat dlm tv...teruskan ceta ni...i followwww... |
|
|
|
|
|
|
|
best2 nak lagi.....
thanks sakura..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
pagi2 dah ada sarapan...
bestnya kalau dapat keluarga angkat mcm nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
As salam.... bestnya jadi Jasmin...... |
|
|
|
|
|
|
|
kelas grooming ni teringat kat Ijah...wahahahha
Kat Sg Besi zaman-zaman dulu |
|
|
|
|
|
|
|
T/kasih Fizzi, hari ni lewat-lewat sikit ada lagi kerr?
Kalau ada tu bagus juga....mcm tak cukup aja |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|