bobo nak pergi bulan 6 nanti... pergi dengan kawan-kawan lak tu... asalnya nak pergi berdua laki bini... kalu setakat dua orang laki bini memang kami selalu main redah je setelah berpandukan melalui pembacaan kat forum cari ni... tapi kali ni ada kawan2 nak ikut... so kena la bobo rancang betul-betul supaya mereka tak kesal ikut join bobo ...
Kuching ni masuk kali kedua la... kali pertama bobo masih sekolah... so, antara ingat tak ingat je la... dah tengok gugel map, gambar, dll... di bawah ni bobo susun itenary yang dirancang... harap kak dee yang telah dilantik jadi duta pelancongan cari Kuching, serta rakan-rakan yang lain, harap bagi komen ek...
Hari Ahad 7.00 pagi
Pasar Sarikin 5 Jun 2011
10.00 pagi
Pasar Satok
Coffee ’O’ Corner
2.00 petang
Jong’s Crocodile Farm
5.30 petang
Main Bazaar / Rivercruise
7.30 malam
Benteng Satok
Hari Isnin
9.00 pagi
Kampung Budaya Sarawak 6 Jun 2011
2.00 petang
Pantai Damai / sepanjang jalan
4.00 petang
Kilang Kek Lapis / Rivercruise
7.30 malam
Baruk / Topspot
Hari Selasa
9.00 pagi
Muzium Kucing / Negeri / Islam
7 Jun 2011
5.00 petang
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)
tiket murah dapat ke hari Sabtu malam Ahad... tu yang Ahad tu nak rush ke kedua-dua tempat... munasarawak je kan?
Taman Sahabat tu harus pergi ke tak ye?
ada cadangan tempat2 yang lain?
fasal kereta ngan homestay (kami ber-7), alhamdulillah dah beres dah... tinggal tunggu hari ajer... |